Saturday 15 April 2017

PRESIDEN PAS SERU RAKYAT PILIH UMNO DALAM PILIHANRAYA

Presiden Pas hari ini telah meminta rakyat Malaysia memilih Umno dalam pilihanraya ini untuk mentadbir Malaysia. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan kewujudan Parti Pribumi Melayu Bersatu (PPBM) yang di katakan akan menggugat kuasa politik Umno dalam pilihanraya ini.

"Kuasa politik orang Melayu adalah dengan PAS dan Umno. Jika mana-mana pihak ingin untuk mentadbir Malaysia mesti memilih PAS atau Umno.

"Kami sentiasa terbuka kepada mana-mana pihak yang mahu bersama dengan PAS, keadaan ini adalah untuk menerima Islam," katanya dalam satu temu bual halaman penuh yang diterbitkan dalam edisi Ahad akhbar berbahasa Melayu Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia.

Dalam temubual Utusan itu, Hadi turut ditanya mengenai PAS dan hubungan dengan Umno kerana kerajaan kononnya telah memberi laluan untuk Bill Persendirian RUU355 di Parlimen dan mengenai persepsi bahawa kedua-dua parti politik mempunyai pakatan rahsia.

Hadi menjawab "kami (Pas dan Umno) tidak berperang 24jam adakalanya kita berkerjasama.

Berita asal :

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/hadi-choose-either-pas-or-umno

1 comment: