Pengerusi Parti Pribumi Malaysia (Bersatu), Tun Mahathir Mohamad 
mendakwa Perdana Menteri mahu mencuri lebih banyak wang selepas 
1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menyaksikan sebanyak RM42 
bilion lesap.
Menurutnya, Datuk Seri Najib Razak mencadangkan Projek Laluan Rel 
Pantai Timur (ECRL) yang mencecah kos jauh lebih tinggi melalui cara 
berhutang dengan China.
"Dia (Najib) nak curi duit lagi banyak. Dia tahu negara China kaya 
dengan itu dia membuat cadangan kononnya hendak bina landasan kereta api
 di pantai timur.
"Belanja yang diperlukan RM55 bilion walaupun kiraan pakar-pakar 
meletakkan nilai RM30 bilion," ujar bekas Perdana Menteri selama 21 
tahun itu.
Sehubungan itu, beliau menyifatkan Najib sudah terikat dengan kuasa 
besar ekonomi tersebut manakala usaha untuk melaporkan penyelewengan 
yang berlaku hanya akan ditangkap.
"Apabila kita hutang dengan orang, kita sebenarnya terikat dengan 
pihak yang memberi hutang. Sekarang ini Najib hutang lagi RM55 bilion. 
Dia sudah tidak bebas.
"Semakin lama Najib di situ (Putrajaya), semakin banyak jenayah akan 
wujud. Kalau kita lapor berkenaan kecurian, orang yang lapor itu pula 
ditangkap. Ini undang-undang Najib," selarnya dalam Ceramah Pakatan 
Harapan di Kota Bharu malam tadi.
Mengulas lanjut, Mahathir memberitahu Najib pernah dinasihatkannya 
supaya tidak lagi menarik sokongan rakyat dengan menggunakan wang.
"Dia (Najib) percaya wang tunai itu adalah raja. Itulah yang dia sembah dan dia percaya orang lain sembah yang dia sembah.
"Dia nak curi duit. Kita tahu RM42 bilion hilang. RM2.6 pula bilion 
masuk ke akaun peribadi Datuk Seri Najib. Perdana Menteri mencuri. 
Apabila sampai ke tahap itu, saya tidak boleh bersama Najib," ujarnya.
Beliau sekali lagi mengecam Najib dengan menganggap Presiden Umno itu sebagai tidak tahu malu.
"Kita mahu singkirkan penyangak, pencuri Datuk Seri Najib. Sekarang 
wang itu ada pada pada Jho Low, Rosmah Mansur. Tubuh 1MDB bukan nak 
meniaga. Karut saja.
"Kita malu di luar negeri. Inilah Datuk Seri Najib. Tak tahu malu 
langsung walaupun buat salah. Najib tidak malu sedikit pun," tegas 
Mahathir lagi.
 

Kenapa kalau orang lain PM selalu ugut nak saman selasa minggu depan tetapi bila mantan PM Tun buat tuduhan,PM Najib membisu seribu bahasa........hmmmmmm.Tidihhhhhhhhhhh!!!!!!!
ReplyDelete