Wednesday, 31 May 2017

YDP PAS GOMBAK PADAM STATUS FITNAH DI FB KERANA TAKUT DI SAMAN?

DAP hari ini membuat laporan polis terhadap Yang Dipertua Agung PAS Gombak, Salehhuddin Nasir dan didesak membuat permohonan maaf kerana mengeluarkan kenyataan menghina pemimpin DAP yang berbuka puasa dengan masyarakat Islam.



YDP Pas Gombak tersebut dalam satu status di facebooknya telah membuat tuduhan kepada DAP menganjurkan pesta arak dan onani dan kemudiannya telah memadan posting tersebut selepas Timbalan Presiden parti tersebut membuat teguran.

Seorang ahli Pas yang di temui berkata tindakan YDP Pas Gombak tersebut memadam posting fitnah tersebut kerana takut di saman bukannya sebab teguran daripada timbalan presiden parti itu.

DAP telah memberi tempoh masa 48 jam kepada YDP Pas Gombak tersebut untuk memberikan bukti atas tuduhannya tersebut dan sekiranya tidak dapat memberi bukti tindakan undang2 akan di ambil terhadap YDP Pas tersebut.



Video laporan polis tonton di sini :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155512368829883&id=87363369882

Monday, 29 May 2017

LUAHAN BEKAS TENTERA TERHADAP KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG.


Assamualaikum.. Tan Sri 2, Dato Sri 2, Dato2, Tuan2 dan Semua Grup Politik Veteran Tentera.

Saya berkhimat dalam tentera selama 22 tahun dan bersara sebagai anggota biasa pada 31 Julai 2008. Saya tidak pernah menjadi ahli mana2 parti politik di Malaysia. Perkembangan politik saya ambil tahu.

Saya menetap di Permatang Pauh
Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

Setahu saya Pakatan Rakyat ketika itu berpakat PKR.PAS dan DAP nak menubangkan kerajaan BN dalam PRU 2008 dan menubuhkan kerajaan Berkebajikan Kepada Rakyat. Dibawah Pakatan Rakyat dapat menawan 5 negeri iaitu Kelantan, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Hanya Pulau Pinang dan Selangor sahaja yang dapat melaksanakan negeri Berkebajikan mungkin 2 negeri ini kaya sedikit dari negeri2 lain. wallahhualam..

Saya ambil contoh di Pulau Pinang sebab saya menetap disini saya tahu perkembang di sini. Di Johor , Pahang atau di negeri lain saya tahu.

Di Pulau Pinang kerajaan Pakatan Rakyat mula melaksanakan negeri  berkebajikan tahun 2009.

Contoh 1. 

Sejak tahun 2009 Budak darjah 1 darjah 4, tingkatan 1 dan tingkatan 4 dapat RM 100 janji rakyat pulau pinang diberi kerajaan Pakatan Rakyat .Tak kira bangsa kaya dan miskin semuanya dapat hingga sekarang ini.

Tahun 2013 kerajaan pusat mula bagi RM 100 dari darjah 1 hingga tingkatan 5.
Ini bermakna rakyat Pulau Pinang untung berbanding dengan negeri2 lain walau pun nilainya tak seberapa dapat 2 kali  setahun.Kerajaan negeri bagi dapat dan kerajaan pusat bagi dapat. Berbanding BN memerintah Pulau Pinang sebelum itu.

Contoh 2. 

Sejak tahun 2009 Warga Emas lelaki  perempuan  asal rakyat pulau pinang umur 60 tahun ke atas akan dapat RM 100 setahun diberi oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan termasuk ibu tunggal dan orang OKU tak kira umur pun dapat. Dan 2 tahun lepas di perkembangkan lagi suri rumah sepenuh masa pun dapat RM 100 setiap tahun. Walau pun nilainya tak seberapa tapi dapat berbanding kerajaan BN selelum ini. Untungnya rakyat Pulau Pinang.

contoh 3.

Sejak tatun 2009 Penarik beca asalkan  rakyat pulau pinang kerajaan Pakatan Rakyat negeri Pulau Pinang beri setiap bulan kos sara hidup RM 200. Tak kira bangsa dan agama.Walau pun nilainya tak seberapa. Berbanding kerajaan pulau pulau diperintah oleh BN sebelum ini. Untungnya rakyat pulau pinang. Ianya diberi hingga sekarang ini.

contoh 4. Sejak tahun 2009

Duit khairat kematian ibubapa tak kira bangsa dan ugama miskin atau kaya RM 1000 kepada waris asalkan rakyat pulau pinang di beri oleh Kerajaan Pakatan Rakyat . Walau pan nilainya tak seberapa tapi Berbanding kerajaan BN memerintah sebelum ini. Untungnya rakyat pulau pinang.

Contoh 5 Sejak Tahun 2009

Anak2 orang islam asalkan rakyat pulau pinang yang belajar mentafiz Al Quran akan diberi RM 750 setiap tahun hingga habis belajar. Diberi oleh kerajaan Pakatan   Rakyat. Itulah kelebihan rakyat pulau pinang.Walau pun nilainya tak seberapa. Berbanding BN merintah sebelum ini.

Contoh 6 Sejak tahun 2009

Pemandu teksi tak kira apa kaum asalkan rakyat pulau pinang dapat RM 650 tunai setahun sekali diberi oleh Kerajaan Pakatan Rakyat. Kerajaan pusat bagi baucer tayer RM 600 setahun kat pemandu teksi pun dapat. Untungnya rakyat pulau pinang dapat 2. Baucer dan wang tunai. Walau pun tak seberapa nilai tapi dapat berbanding kerajaan BN memerintah pulau pinang sebelum ini.

Contoh 7. Sejak tahun 2009

Nelayan asalkan rakyat pulau pinang akan diberi baucer RM 600 setahun 2 kali untuk membeli pukat di beri oleh kerajaan negeri Pakatan. Walau pun nilainya tak seberapa tapi dapat berbanding BN memerintah sebelum ini. Untungnya rakyat pulau pinang.

Contoh 8. Sejak tahun 2011

Ini yang baru di laksanakan Anak Emas.
Bapa atau emak asal dari pulau pinang dan menetap di pulau pinang isteri bersalin di pulau pinang akan mendapat RM 200 untuk membuka akaun bank beby yang baru lahir. Ini diberi oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Walau pun nilainya tak seberapa tapi lebih baik dari kerajaan BN yang memerintah pulau pinang sebelum ini. Untungnya rakyat pulau pinang.

Contoh 9 sejak tahun 2009

Anak yang masuk universiti asalkan rakyat pulau pinang tak kira bangsa dan agama kerajaan negeri Pakatan Rakyat akan memberi RM 1000. Ini saya rasa kerajaan negeri2 lain di Malaysia pun memberinya. Untuk anak melayu dan ugama islam boleh mohon dari zakat negeri  pulau pinang akan mendapat sekurang kurangnya RM 800 tertakluk kepada jangkamasa belajar. Yang pasti permulaan RM 800. Walau pun nilainya tak seberapa tapi dapat.

Ini kerajaan Negeri Pulau Pinang diuruskan Oleh Kerajaan Pakatan Rakyat walau pun tonggaknya DAP Ketua Menterinya Cina .Lim Guan Eng tapi kelebihan dan
kebaikannya ada dari kerajaan BN sebelum ini Ketua Menterinyn Cina juga
Tan Sri Kho Shu Koon.

Mungkin negeri2 lain yang diperintah oleh BN lebih baik dan elok dari Pulau Pinang dan Selangor  membantu untuk mengurangkan beban rakyat.

Saya harap Tan Sri 2, Dato Sri 2 , Dato 2 , Tuan 2 dan sahabat 2 dalam Politik Veteran Tentera membacanya dari mula hingga habis, tak kira apa juga faham politik. Dan jangan kita anggap Cina jahat dan kafir semuanya, manalah tahu kalau ada bangsa Cina yang sempat memerluk islam dan mengucap kalimah Syahadah. Kita yang dah Islam ini pun belum tentu sempat bertaubat sebelum mati. Bapa saudara Nabi Muhammad, yang cukup sayang pada Nabi, Abu Jahab pun mati dalam tak islam... Berfikir fikirlah jangan sampai berpolitik tak tahu baik buruknya. Saya doakan Sahabat Grup Politik Veteran sihat semuanya.

Saya sudahi dengan Assalamualaikum...


Dari Sahabat: BEKAS TENTERA grup WathApps

KENAPA GUAN ENG SAJA MAHU DILARANG BERBUKA PUASA?

KENAPA GUAN ENG SAJA MAHU DILARANG BERBUKA PUASA?
Sudah menjadi amalan dan kebiasaan di seluruh dunia, orang bukan Islam akan turut sama meraikan setiap kali hadirnya Ramadan.
Ia tidak saja melibatkan pemimpin-pemimpin dunia, malah juga orang-orang biasa.
Mereka tidak sekadar menghargai ketibaan Ramadan dengan memberi ucapan kepada rakan-rakan yang beragama Islam, malah turut mengambil peluang untuk merasai nikmat berbuka puasa bersama umat Islam.
 Perdana Menteri Kanada dan Perdana Menteri Singapura adalah antara pemimpin dunia yang biasa hadir dalam majlis-majlis berbuka puasa.
Terdapat juga, pemimpin dunia, Barack Obama misalnya, pernah menganjurkan majlis berbuka puasa di Rumah Putih yang menjadi tumpuan dunia itu.
Malangnya, di Malaysia ada pula percubaan untuk menghalang pemimpin bukan Islam yang bernama Lim Guan Eng yang menjadi ketua kerajaan Pulau Pinang daripada menghadiri majlis berbuka puasa sepanjang Ramadan ini.
Kata mereka yang ekstrem itu sambil berdemo, kalau Guan Eng nak hadir berbuka puasa, masuklah Islam dulu.
Islam apa mereka itu?
Di mana letaknya keindahan Islam dan Islam sebagai "rahmatan lil alamin" jika orang bukan Islam mahu turut serta merasai nikmat berbuka puasa pun tidak dibenarkan?
Golongan ekstrem ini, jika dibiarkan dan tidak segera dibendung, tidak mustahil suatu hari nanti orang bukan Islam mahu membeli juadah di bazar Ramadan juga mahu disekatnya sama.
Peliknya, tak kedengaran pula mereka ini melarang Presiden MCA, Presiden MIC atau Presiden Gerakan agar jangan hadir majlis berbuka puasa?
Kenapa hanya Guan Eng saja yang mahu dilarang?
Kenapa juga ketika Pas berpeluk dengan DAP dulu, semua ini tidak kedengaran, bahkan mereka sebaliknya begitu gembira dapat berbuka puasa bersama-sama Guan Eng? (ShahbudinHusin 28/05/2027).

Sunday, 28 May 2017

BERBUKA PUASA BERSAMA AYAH ANGKAT BUKAN ISLAM

PUCHONG - “Saya tak lihat bangsa dan agama…kalau mereka miskin, lapar dan susah kita kena bantu.. saya tak kira dia parti biru ke, kuning ke, merah ke, hijau ke kerana mereka manusia,” kata Pengerusi Persatuan Kepolisan Masyarakat (CP) Malaysia, Kuan Chee Heng.
Beliau yang dikenali sebagai Mr Kentang atau pernah digelar Hero Malaya kerana membelikan makanan untuk satu keluarga Islam berbuka puasa tahun lalu sekali lagi membuat kejutan tahun ini.
Pada 1 Ramadan kelmarin, beliau berkunjung ke rumah anak angkatnya, Siti Sirna Mohd Rashid atau lebih mesra disapa Manja membawa dia bersama kakaknya membeli juadah di Bazar Ramadan di Puchong Prima sebelum bersama-sama menikmati hidangan berbuka puasa.
“Saya buat ni kerana nak galakkan Manja berpuasa… biasa makan di luar, kali ini saya sertai dia buka puasa di rumahnya, seronok juga dapat makan macam-macam juadah yang kami beli di bazar malah barulah saya tahu bagaimana tak sabarnya nak tunggu azan.
“Saya galakkan semua masyarakat,kalau nak suap makanan ke mulut…jenguklah kiri dan kanan, mana tahu ada jiran kita yang tak makan..kalau kita bantu orang, kita akan rasa puas, malam boleh tidur lebih lena,” katanya.
Chee Heng berkata, dia bukan mahu mencari populariti sebaliknya kerja-kerja amal yang dipaparkan di laman sosial untuk memaklumkan kepada penyumbang yang merupakan rakannya di alam maya bahawa barang sumbangan sudah disampaikan kepada penerima.
Katanya, sudah menjadi amalannya membantu apabila melihat kesukaran orang lain termasuklah jika mereka yang bukan warganegara.
“Hidup kita sekali dan singkat…ini negara kita, kalau bukan kita bantu siapa yang nak bantu orang susah. Kalau bukan warganegara pun saya akan bantu, gembira lihat senyuman orang susah kerana ia penghargaan paling baik, dan doa mereka menjadikan saya sihat,” katanya lagi.
Sementara itu, Sirna berkata, dia terharu Chee Heng yang mesra disapa ayah datang berbuka puasa bersamanya.
“Sebelum ni ayah tak pernah pun buka puasa dengan manja lepas abah (bapa kandung) meninggal dunia lima tahun lalu.
“Rasa syukur ada ayah angkat macam Mr Kuan yang baik…tak pernah berhenti bantu Manja, mak dengan adik-beradik lain,” katanya.

BEKAS PEMUDA PAS SELAYANG BAKAL KETUAI KUMPULAN PENGANAS DI FILIPINA

PETALING JAYA: Dr Mahmud Ahmad, pensyarah Malaysia yang kini bertindak sebagai militan disebut-sebut bakal menjadi pemimpin Negara Islam (IS) di bandar selatan Filipina Marawi yang sedang menyaksikan pertempuran sengit, lapor Star Online hari ini.
Beliau dipercayai bersembunyi di bandar di mana tentera Filipina sedang bertempur dengan kumpulan Maute, menyaksikan 44 orang, termasuk 2 rakyat Malaysia terbunuh.
Mahmud dikenal pasti sebagai individu yang akan membentuk kubu IS di Asia Tenggara, kini di bawah pimpinan Abu Sayyaf, Isnilon Hapilon.
Isnilon diisytihar sebagai Emir IS di Filipina awal tahun lalu tetapi dia dilaporkan cedera parah dalam serangan udara di Basilan kira-kira 2 bulan yang lalu.
Laporan itu menambah, Mahmud mengetuai rakan-rakan militan untuk menyelamatkan Isnilon dalam serangan di Marawi, kata sumber, sambil menambah, mereka percaya dia juga cuba untuk mengisi kekosongan dalam kepimpinan jika Isnilon disahkan mati.
Kata mereka, khalifah IS Abu Bakr al-Baghdadi cuba sedaya upaya untuk mencari seorang pemimpin baharu dalam puak Asia Tenggara yang pernah diketuai oleh Muhammad Wanndy Mohamed Jedi, yang terbunuh dalam serangan di Raqqa, Syria baru-baru ini.
Menurut sumber itu, Mahmud yang turut dikenali sebagai Abu Handzalah, kini adalah orang kanan yang dipercayai, dikaitkan dengan Abu Bakr selain Isnilon.
Mereka berkata terdapat beberapa warga asing yang terdiri daripada rakyat Malaysia, Singapura dan Indonesia dalam kumpulan Maute, yang kebanyakannya terdiri daripada masyarakat Kristian Filipina yang memeluk Islam.
Menurut sumber risikan, rancangan Mahmud adalah untuk membentuk puak IS rasmi di Asia Tenggara dengan menyatukan sel-sel pengganas yang berbeza di Malaysia, Indonesia dan Filipina.
Menurut sumber, mereka tidak dapat menganggarkan bilangan rakyat Malaysia di kawasan itu tetapi percaya ramai warga asing dengan kumpulan militan seperti Abu Sayyaf di Mindanao dan Basilan.
Pegawai Filipina masih belum mendedahkan nama-nama kumpulan militan terbunuh di Marawi di mana pertempuran sengit berterusan dengan tentera Filipina yang cuba untuk menawan semula bahagian bandar yang dikuasai kumpulan militan sejak Selasa lalu.
Sumber telah mengenal pasti 2 rakyat Malaysia mati sebagai Ustaz Abdurahman Asmawi dari Kelantan dan Dr Kamsa Yahya dari Kedah. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan dengan segera sama ada kedua-dua mereka terlibat dengan kumpulan militan atau sekadar melawat bandar tersebut.
Antara lain terbunuh ialah seorang warga Indonesia dan Arab Saudi, sumber berkata, sambil menambah, 9 lagi adalah warga Filipina.
Mahmud, yang dilatih di kem Al-Qaeda di Afghanistan bawah pimpinan Osama bin Laden semasa belajar di Universiti Islam Islamabad Pakistan pada akhir 1990-an, pulang ke Malaysia sebagai pensyarah di Universiti Malaya.
Selepas didedahkan sebagai militan pelampau oleh Bukit Aman pada tahun 2014, dia melarikan diri ke Filipina. Dia dikenal pasti sebagai ketua pengambilan kumpulan pengganas dan bertanggungjawab untuk melatih dan menghantar militan untuk berjuang di Syria dan Iraq.
Mahmud adalah antara 5 rakyat Malaysia yang meninggalkan negara ini. Yang lain adalah pembantunya paling dekat, Mohd Najib Husen (yang terbunuh di Filipina), pekerja Majlis Perbandaran Selayang Muhammad Joraimee Awang Raimee dan ahli Darul Islam Sabah, Mohd Amin Baco dan Jeknal Adil.
Mereka telah bekerja dengan kumpulan militan lain yang termasuk Abu Sayyaf di pelbagai serangan dan aktiviti jenayah di selatan Filipina.
Star Online memetik Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Timbalan Komisioner Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata, Mahmud diketahui sebahagian daripada kumpulan Abu Sayyaf.
“Bagaimanapun, kita masih cuba untuk mengumpul maklumat yang cukup untuk mendedahkan militan Malaysia yang terlibat di sana (Mindanao),” katanya.
Mengenai kemungkinan Mahmud mungkin menjadi pemimpin sel IS di selatan Filipina, Ayob berkata, beliau mengesyaki itu adalah matlamat utama Mahmud.
Semalam, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, kawalan di sempadan negara khususnya di Sabah dipertingkat bagi mengelak penyusupan anggota kumpulan bersenjata ke Malaysia susulan pertempuran dengan tentera Filipina di bandar Marawi.
Katanya, anggota kumpulan berkenaan berkemungkinan cuba melarikan diri dari bandar tersebut berikutan tekanan daripada pihak berkuasa Filipina.
Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengisytiharkan undang-undang tentera di wilayah selatan negara itu.

Friday, 26 May 2017

MEJAR ZAIDI MAAFKAN WARGA EMAS YANG MEMUKULNYA

Pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Mejar Zaidi Ahmad yang di pukul sewaktu hendak meleraikan provokasi kumpulan pro penyatuan  Pas dan Umno di hadapan Masjid Simpang Enam kelmarin telah pun memaafkan si pelaku yang menyerangnya itu.

Dalam kejadian kelmarin beberapa orang penyokong penyatuan Pas dan Umno berang apabila demontarasi yang mereka anjurkan selepas solat jumaat di masjid tersebut tidak mendapat sambutan dari umat islam dan apabila Mejar Zaidi cuba untuk meredakan kemarahan kumpulan tersebut, seorang daripada ahli kumpulan tersebut telah melepaskan kemarahan dengan memukul Mejar Zaidi.

Mejar Zaidi yang tidak melawan kerana memandangkan yang memukulnya adalah seorang warga emas dan bertindak mengikut arahan polis di situ agar beredar dari kumpulan tersebut.

Perbuatan membuat kacau dan bising ketika umat islam masih mengerjakan ibadah selepas solat jumaat di masjid tersebut kelmarin telah mendapat kecaman dari ahli jemaah masjid tersebut yang tidak tahu menahu tentang demontrasi tersebut.

Tindakan memaafkan si pemukulnya itu telah menyelamatkan warga emas tersebut yang terpedaya dengan hasutan kumpulan pro penyatuan Pas dan Umno ini kerana jika di sabit kesalahan warga emas boleh di hukum dengan hukuman penjara selama setahun lapan bulan..

Mejar Zaidi adalah individu yang bertanggungjawab mendedahkan penipuan dalam pilihraya dan mungkin atas sebab ini kumpulan pro penyatuan Pas dan Umno ini sangat marah kepadanya kerana salah sorang daripada mereka adalah bekas pemimpin Pas di Pulau Pinang yang telah di bawah berjumpa dengan Presiden Umno dato Sri Najib beberapa ketika dahulu.

Berita kejadian di :

https://www.roketkini.com/2017/05/26/kumpulan-pro-pas-umno-keluar-kata-kesat-depan-masjid-tampar-hina-bekas-tentera/

Thursday, 25 May 2017

PERLEMBAGAAN NEGARA JAMIN KEDUDUKAN ISLAM DAN MELAYU - Dr Aziz Bari

Pakar undang-undang dan perlembagaan.yang juga mantan Professor Kuliyah Undang-Undang UIAM berkata jaminan kedudukan Islam dan Melayu di dalam sistem pentadbiran negara sebenarnya sudah jelas termaktub di dalam Perlembagaan negara. Malah Institusi Raja-Raja Melayu mempunyai kata putus yang jelas di dalam perkara agama sesuai dengan kedudukan Sultan sebaga
Tidak ada parti politik yang berupaya menggugat kedudukan yang sedia termaktub di dalam perlembagaan ini. Beliau menolak keras sebarang andaian bahawa sekiranya PH menang, maka kedudukan Islam dan Melayu akan terancam. Ianya sekadar mainan politik bagi menakutkan sebahagian rakyat yang kurang memahami sistem politik dan perlembagaan negara.
Apa yang mungkin terancam sebenarnya ialah pemahaman Islam sempit yang cuba dipaksakan ke atas rakyat oleh pihak-pihak tertentu yang cuba mempergunakan agama untuk mencapai cita-cita politik sempit mereka.
Pihak yang paling berupaya mendokong perlembagaan negara adalah sebenarnya pihak yang paling layak diberi amanah mentadbir negara, sekaligus menjamin kedudukan Islam dan Melayu sepertimana yang termaktub di dalam perlembagaan.
Dr Aziz Bari dengan berani menyebut bahawa kedudukan Islam dan Melayu adalah lebih selamat di bawah seorang pemimpin non-muslim yang benar-benar menghormati perlembagaan, berbanding pemimpin Melayu kleptokrat yang korup.
Ayuh ... Negara ini kita bina semula.
Jamzuri Ardani 24 Mei 2017.

Wednesday, 24 May 2017

PROTON JADI MILIK CHINA DI BAWAH NAJIB RAZAK

Syarikat DRB-Hicom akan menjual 49.9 peratus ekuiti dalam Proton Holdings kepada syarikat pembuat kereta China, Kumpulan Zhejiang Geely Holding.
Menurut DRB-Hicom, kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan dan akan memeterai Perjanjian Definitif pada Julai 2017.
Syarikat bermasalah itu juga dilaporkan akan menjual semua kepentingannya dalam syarikat pembuat kereta sport British, Lotus kepada Geely dan Etika Automotive Sdn Bhd.
"Perjanjian itu juga akan menyaksikan Proton menjual keseluruhan ekuitinya dalam Lotus yang akan melihat kumpulan itu tidak lagi akan berkecimpung dalam segmen kereta sport," kata DRB-Hicom yang dipetik oleh portal The Star.
Dengan keputusan itu, Geely yang menguasai Geely Automobile Hong Kong dan Kumpulan Kereta Volvo Sweden menjadi pemilik kereta nasional negara yang diasaskan pada tahun 1983 oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad.
Geely Holding, yang juga memiliki The London Taxi Company, adalah antara syarikat pembuat kenderaan penumpang terkemuka di China.
Ia mempunyai kemudahan di sebahagian besar dunia, termasuk 16 kilang pembuatan, tujuh studio reka bentuk dan lima pusat penyelidikan dan pembangunan.
Pengarah Urusan DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata perjanjian itu bagi memastikan jenama Proton akan terus berkembang.
"Hasrat kami adalah sentiasa untuk memastikan nama Proton terus giat semula. Ia adalah jenama kereta nasional pertama di Malaysia dan mempunyai sejarah lebih 30 tahun.

Wednesday, 10 May 2017

BLOGGER UMNO CADANG UMNO DAN PAS DI BUBARKAN

Seorang blogger terkenal Umno yang menggunakan nama Facebooknya Azmi Ibrahim telah menyarankan kepada Umno dan PAS kedua-dua parti melayu tersebut di bubarkan dan di bentuk satu parti baru.

Menurutnya hanya ada satu cara sahaja untuk mengekalkan kuasa melayu iaitu kedua parti ini perlulah berani,iklhlas dan mendapat sokongan semua untuk di bubarkan dan bersatu di dalam sebuah parti politik yang baru. "Bubarkan parti masing masing dan tubuhkan parti baru di mana semua ahli Pas dan Umno boleh duduk di bawah satu bendera" tulisnya

Cadangan yang beliau kemukakan tersebut mungkin di lihat dengan situasi politik sekarang ini di mana Pemimpin Pas di lihat semakin tidak sabar untuk bersatu dengan Umno tetapi tidak berani untuk menyatakan terus kepada ahli ahli parti ini kerana majoriti ahli parti Pas masih belum dapat menerima kerjasama yang sedang di usahakan oleh kedua-dua pemimpin parti melayu yang telah lama bermusuhan ini. Lalu cadangan tersebut di lihat sebagai satu cadangan menang menang apabila kedua dua parti melayu ini di hubarkan dan di tubuhkan sebuah parti baru dan ianya sudah pasti akan di terima oleh ahli parti Pas yang masih belum dapat menerima Umno.


Tuesday, 9 May 2017

VETERAN DAN BEKAS PIMPINAN TERTINGGI PAS RAMAL PAS KALAH TERUK DALAM PRU14

Seorang Veteran dan bekas pemimpin tertinggi Pas berkata bahawa Pas akan kalah teruk di dalam pilihanraya yang akan datang ini sekiranya berlaku pertandingan 3 penjuru. Subky Abdul Latif yang telah menjadi aktivis Pas sejak awal penubuhan parti ini berkata demikian sebagai menjawab persoalan yang di bangkitkan oleh penulis politik terkenal Mohd Sayuti Omar.

Mohd Sayuti telah menulis kenyataan Subky Latif tersebut di dalam satu status facebooknya pada hari kelmarin





Thursday, 4 May 2017

UTUSAN ONLINE BERI 10 DALIL KENAPA PAS PERLU DI TOLAK OLEH UMAT ISLAM




Saudara Pengarang

SETELAH membuat kajian dan pemerhatian yang lama, saya mendapati Pas memang sebuah parti yang perlu ditolak oleh orang Islam di Malaysia dan dunia.
Berikut saya senaraikan sebab-sebab mengapa Pas perlu ditolak.
Pertama, Pas pernah mengkafirkan orang Islam lain sewenang-wenangnya berdasarkan fahaman sempit mereka. Punca Pas mengkafirkan orang-orang UMNO ialah kerana UMNO bekerjasama dengan bukan Islam dan juga kerana tidak melaksanakan hukum hudud seperti mana ucapan amanat Hadi di Banggul Peradung.
Akibat amanat Hadi, maka timbulnya pelbagai kepincangan dalam masyarakat seperti sembahyang dua imam, haram sembahyang di masjid UMNO, haram makan sembelihan orang UMNO, tidak sah dinikahkan oleh imam UMNO, anak mengkafirkan ibu bapa, ibu bapa mengkafirkan anak, bercerai suami isteri kerana berlainan parti dan banyak lagi peristiwa sedih dan benar terjadi kepada orang Melayu Islam di Malaysia.
Kedua, Pas menghalalkan perbuatan buruk seperti mengeji, menghina, memberi gelaran buruk, memaki hamun, memfitnah dan banyak lagi. Hukum mencaci, memaki, memberi gelaran buruk tidak dikatakan sebagai wajib ditinggalkan walaupun ia jelas dilarang dalam al-Quran.
Hukum hudud dan aurat dikatakan wajib dilaksanakan kerana jelas disuruh dalam al-Quran. Jika perkara hukum tinggalkan perbuatan mencaci, mencela dan sebagainya tidak dapat dibuat, macam mana hendak menjalankan syariat Islam lain yang lebih besar sedangkan syariat yang kecil pun tidak mampu dilaksanakan dengan sempurna.
Ketiga, Pas hanya memperalatkan Islam untuk mendapati simpati dan kuasa daripada orang Melayu. Perjuangan Pas bukannya seratus peratus hendak menegakkan Islam. Buktinya kebanyakan yang saya ketahui mereka yang menyertai Pas ini bukannya kerana sebab Islam itu sendiri, tetapi lebih kepada rasa tidak puas hati dan nafsu amarah kerana tidak mendapat sesuatu seperti kebendaan, dendam peribadi dan pelbagai lagi sebab yang semuanya tidak berkait dengan faktor agama Islam semata-mata.
Jika kita lihat kepada pemimpin Pas dan penyokongnya, kebanyakan mereka mengejar kebendaan seperti juga orang UMNO tetapi bezanya jika orang itu pengikut Pas, dia tidak akan dilabel mengejar kebendaan walaupun banyak harta dunia tetapi jika orang UMNO, mereka menuduh hanya mahukan kebendaan tidak kepada agama Islam.
Keempat, Pas telah menghakmilikkan Islam untuk partinya iaitu telah menyamakan Islam dengan partinya. Ini bukan rekaan. Saya sendiri pernah mengikuti ceramah Pas dan mendengar sendiri ucapan penceramahnya menyamakan Pas itu dengan Islam. Beliau telah membuat perumpamaan bahawa Islam dengan Pas ibarat kain dengan benang. Tanpa benang (Islam), maka kain (Pas) tidak akan ada dan sebaliknya. Jadi tidak hairanlah jika pengikutnya begitu taksub, taat dan takut dengan larangan atau ucapan pemimpinnya.
Mereka menganggap jika menentang Pas ibarat menentang Islam dan jika keluar daripada Pas, takut menjadi kafir seperti orang UMNO. Satu soalan yang tidak pernah dijawab oleh pemimpin Pas, adakah orang Islam lain di negara lain juga tidak Islam kerana tidak pernah kenal dan menyertai Pas?
Kelima, Pas tidak pernah membuat kenyataan mengutuk atau menolak golongan seperti Al-Maunah, Al-Qaeda, Jemaah Islamiah dan KMM. Ini membuktikan bahawa Pas menyokong sifat ekstrem, militan dan ganas. Sebaliknya Pas menuduh kerajaan menentang golongan yang cuba memperjuangkan Islam dan tidak ingin Islam berkembang. Paling sedih sekali, tuduhan kerajaan ingin menghapuskan terus agama Islam di Malaysia ini.
Keenam, Pas mengajar para pengikutnya konsep yang salah tentang syurga dan neraka terutama kepada golongan pengikut yang taksub dan kurang pengetahuan agamanya. Pas mengatakan bahawa pangkah partinya atau sokong akan dapat masuk syurga kerana mereka telah menyokong perjuangan Islam. Semua orang Islam menyokong perjuangan Islam tetapi tidak menyokong cara perjuangan Pas yang ekstrem, riak, bangga diri, mengaku lebih bijak dan pelbagai lagi sikap buruk yang menunjukkan cara perjuangan Pas yang tidak berhemah dan berhikmah.
Pemimpin Pas tidak menjelaskan bahawa banyak lagi syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh seseorang muslim untuk melayakkan diri masuk syurga. Tidak cukup hanya pangkah dan sokong Pas sahaja dapat masuk syurga, tetapi amalan lain seperti sembahyang, puasa, zakat, beramal jariah dan berakhlak baik termasuk tidak buruk sangka, tidak mengata orang, tidak memfitnah, tidak takbur, riak dan angkuh.
Jika ditanya kepada Hadi dan Nik Aziz, mereka sendiri pun tidak tahu sama ada dapat masuk syurga kerana mereka juga melakukan banyak dosa mulut yang boleh menyebabkan kebinasaan besar. Jangan ingat hanya tangan yang boleh melakukan kebinasaan, bahana mulut adalah lebih teruk lagi.
Ketujuh, Pas cuma bersandiwara dan tidak bertanggung jawab dalam melaksanakan hukum hudud di Terengganu. Pas cuba mengelirukan orang Islam dengan mengatakan bahawa mereka telah melaksanakan hukum hudud sedangkan mereka tidak pernah melaksanakannya. Jika Pas melaksanakan hukum tersebut sudah tentu ada kes hudud dan qisas telah dilaksanakan sejak ia diwartakan pada bulan Ramadan 1424H. Kita harus faham makna warta dan laksana. Mewarta tidak bermaksud melaksana. Jadi Pas hanya mewartakan sahaja hukum tersebut bagi menunaikan janjinya sahaja dan untuk modal bagi menghadapi pilihan raya 2004.
Pas tidak bertanggungjawab kerana cuba melaksanakan hukum hudud bukan kerana Allah tetapi kerana tujuan politik.
Ini kerana pemimpin dan pengikutnya mengatakan mereka sudah lepas daripada tanggungjawab apabila mewartakan hukum hudud dan qisas dan masalah untuk melaksanakan tidak dibuat bersungguh-sungguh. Mereka seolah-olah takut kepada Abdullah Badawi daripada Allah kerana memberi alasan kerajaan cuba menghalang pelaksanaannya.
Kelapan, Pas menerapkan fahaman dan konsep yang salah dalam menuntut ilmu. Ramai kanak-kanak tadika PASTI telah diasuh dengan sikap dan sifat yang tidak elok. Mereka menipu kanak-kanak dengan mengatakan ilmu agama lebih penting daripada ilmu-ilmu dunia yang lain. Pas juga menuduh kerajaan mengajar ilmu sekular. Pas sedar bahawa kerana tanpa ilmu dunialah umat Islam ditindas dan dibunuh sewenang-wenangnya oleh orang kafir. Allah mengajar kita supaya mendapatkan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Mereka tidak faham bahawa ilmu sains, teknologi dan ekonomi juga adalah ilmu kurniaan Allah. Mana bisa manusia boleh pandai sendirian tanpa kurniaan Allah.
Nabi Muhammad s.a.w tidak mengajar kita supaya berdoa tanpa berusaha. Jika mahu berusaha dengan baik, tentulah kita memerlukan ilmu dan kemahiran yang relevan.
Kesembilan, Pas menanam sikap kepada pengikutnya supaya tidak perlu bersyukur kepada kerajaan yang memberi bantuan kepada mereka. Pas memberikan fahaman bahawa bantuan yang diberikan oleh kerajaan adalah tanggungjawab kerajaan dan mana-mana kerajaan pun termasuk kerajaan kafir akan membantu rakyatnya kerana sudah menjadi tanggungjawab.
Tetapi Islam mengajar dan menggalakkan umatnya bersyukur dengan nikmat yang diterima sama ada daripada kerajaan ataupun pihak lain kerana segala nikmat itu datang daripada Allah. Apakah para pemimpin Pas dan para pengikutnya tidak faham atau tidak mahu faham bahawa Allah mengurniakan rahmat melalui makhluk-Nya termasuk manusia, hujan, bumi, air dan segalanya. Maha Suci Allah!
Nabi Muhammad s.a.w mengajar umatnya bahawa bermulanya agama dengan mengenali Allah, tetapi para pemimpin Pas seolah-olah tidak kenal Allah.
Kesepuluh, Pas sebenarnya telah meletakkan kesucian Islam di tempat yang hina dan rendah pada pandangan orang kafir kerana menggunakan perkataan Islam pada nama partinya. Ini memberi fahaman yang salah kepada orang kafir kerana setiap perbuatan buruk yang dilakukan oleh pengikut Pas akan dianggap sebagai sebahagian daripada ajaran Islam.
Perbuatan mencaci, memaki hamun, memberi gelaran buruk, memfitnah, berbohong dan sebagainya akan dianggap sebagai tidak menyalahi dan menjadi satu amalan yang biasa oleh orang Islam. Sedangkan Islam tidak mengajar umatnya begitu. Pada zaman Rasulullah, dakwah Islam tidak semestinya melalui percakapan tetapi perbuatan dan akhlak yang baik yang ditunjukkan oleh umat Islam pada waktu itu dapat menarik lebih ramai orang kafir memeluk Islam berbanding dakwah secara lisan. Tetapi ini tidak berlaku disebabkan pemimpin dan pengikut Pas yang mengaku Islam tetapi sikap dan akhlak mereka lebih teruk daripada orang kafir sendiri. Ini menyebabkan orang kafir memandangkan rendah kepada ajaran Islam dan seterusnya gagal menarik mereka memeluk Islam. - SEKADAR MUKMIN, Kemaman, Terengganu.