Thursday, 6 April 2017

TIDUR DI HOTEL BAJET PUN AKAN DI KENAKAN CUKAI.

Selepas satu cukai ke satu cukai, kini yang terbaru kerajaan Barisan Nasional mahu mengenakan pula cukai kepada setiap individu yang bermalam di hotel atas alasan ianya adalah satu cukai pelancungan.

Begitulah seperti apa yang di perkatakan oleh seorang pengusaha hotel bajet di dalam satu status facebooknya,

Lebih malang lagi menurut Amizudin Ahmat sekiranya pihak hotel engkar satu dengan sebanyak RM10ribu akan di kenakan kepada pengurusan hotel tersebut.

Yang lebih mengecewakan ialah cukai ini di kenakan kepada pengunjung hotel bajet di mana kita semua tahun hotel hotel bajet ini selalunya di gunakan oleh golongan yang berpendapatan rendah dan golongan ini hanya menggunakan hotel sekiranya ada kerja kerja luar kawasan dan bukan untuk tujuan melancung.

Semakin hari rakyat bawahan semakin di bebani dengan berbagai cukai yang tidak masuk akal oleh kerajaan Barisan Nasional.

Persoalannya kenapa kerajaan Barisan Nasional begitu terdesak dalam menegenakan berbagai cukai kepada golongan bawahan dan berpendatan rendah sedangkan dalam masa yang sama isteri Perdana Menteri di laporkan bermewah mewah dengan keborosan yang terlampau seperti yang di dedahkan oleh media media luar negara.


No comments:

Post a comment