Monday 31 July 2017

HINA KETURUNAN TUN MAHATHIR : SURAT TERBUKA DARI SAHABAT ZAHID HAMIDI

Warkah Terbuka kepada Zahid Hamidi

Sahabatku Zahid, 

Kenapa aibkan Tun Dr Mahathir (Tun M) sampai macam ini? 

Kenapa ungkit ungkit asal usulnya 

Apa yang salah berkenaan asal usul Tun M? 

Bukankah Tun M, Zahid dan saya juga,kita semua sama sama ciptaan Tuhan?

Apa lebihnya asal usul keturunan kita pula?

Zahid sahabatku, 

Kalau Tun M ada buat salah semasa beliau jadi Perdana Menteri selama 22 tahun, maka kritiklah dia secara jujur. Kalau perlu dedahkan kesilapan pentadbirannya,dedahkanlah scars objektif dengan disokong fakta sebagai bukti.Tetapi apa perlunya membangkit bangkitkan asal usul Tun M Di khalayak ramai seperti sengaja untuk memalukannya? 

Orang Melayu berkebudayaan tinggi tidak buat macam itu Zahid. 

Orang Islam yang menolak faham asabiah atau perkauman sempit tidak akan buat seperti apa yang Zahid buat itu.

Sahabatku Zahid, 

Ini warkah terbuka untukmu. 

Apakah masih kenal saya sahabatmu yang bernama Hassan Karim? 

Kita sama sama kawan baik semasa di Universiti Malaya awal tahun 70an dulu?

Saya malu Zahid dengan perbuatanmu. Terlajak perayu boleh diundur. Terlajak cakap, buruk padahnya.
Saya tahu anda berkuasa sekarang. Anda Timbalan Perdana Menteri. Anda orang nombor 2 dalam kerajaan. Tetapi kerana saya anggap anda sahabat baik saya dari dulu sampai sekarang walaupun kita berbeza pendirian politik, maka saya memberanikan diri untuk menegur dan mengkritik anda secara terbuka kali ini.

Saya malu Zahid dengan keceluparan anda menghina Tun M sampai begitu sekali. Saya juga tak kurangnya dalam mengkritik Tun M. Malahan saya menentang Tun M semasa Dia menjadi PM dulu. Zahid pun tahu hal ini. Tetapi kita buat secara beradab.Soal soal amat peribadi seperti asal usul seseorang kita tidak jaja jajakan Di khalayak ramai.

Saya tahu sahabatku Zahid Juga Menteri Dalam Negeri yang jaga polis dan penjara. Kalau Zahid hendak tangkap saya, tangkaplah. Saya tidak akan lari. kalau Zahid hendak tuduh saya dengan Akta Hasutan atau Akta Komunikasi dan Multimedia, tuduhlah. Saya tidal akan padam Warkah Terbuka ini.

Biarlah Warkah ini menjadi bukti bahawa di umur usia emas seperti ini, sebagai sahabat baikmu, saya bangun bersuara mengkritik saudara.

Sekian, sahabatku Zahid.

Yang benar
Hassan Karim
Pontian, Johor
1 Ogos 2017

Wednesday 26 July 2017

BEKAS NAIB PRESIDEN MIC DI DAKWA TIPU RM13JUTA

KUALA LUMPUR - Bekas Naib Presiden MIC, Tan Sri S. Balakrishnan dan anak lelakinya Ashok  Kumar dihadapkan di dua Mahkamah Sesyen berasingan sebentar tadi atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu dan bersubahat mengemukakan tuntutan palsu berhubung projek pengindahan dan pemulihan sungai melaka berjumlah hampir RM13 juta empat tahun lalu.

Balakrishnan, 63, dan Ashok Kumar, 31, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan dihadapan hakim Allaudeen Ismail dan Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan Balakrishnan didakwa mengemukakan tuntuan bayaran interim yang mengandungi butiran palsu bagi kerja 'supply and deliver dewatering container' sebanyak 358 unit berjumlah RM12,888,000 sedangkan dewatering container yang dibekalkan hanya 89 unit sahaja.

Dokumen berkenaan dikemukakan melalui jurukur bahan yang dilantik syarikatnya iaitu Nuri Abdullah kepada pengarah bahagian projek khas ibu pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran.

Sementara itu anak lelakinya, Ashok Kumar pula didakwa bersubahat melakukan kesalahan tersebut.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Projek Khas Ibu Pejabat JPS, Jalan Salehuddin, Kuala Lumpur antara 27 April 2012 hingga 23 Oktober 2013.

Hakim Allaudeen Ismail membenarkan kedua-dua tertuduh diikatjamin RM500,000 setiap seorang dengan dua penjamin dan menetapkan 28 Ogos untuk sebutan.

Thursday 20 July 2017

ISA SAMAD DAN ISTERI HANCURKAN FELDA?



Tahniah sprm mencekup geng penyamun harta negara ni..dan amat berharap isa n isteri bibi juga di siasat dgn telus hingga ke lubang cacing tentang segala cerita yg timbul..sejauh mana kebenaran n kesahihan salah laku yg dah melampaui batas ini..

PENGALAMAN SAYA SENDIRI SATU KETIKA BERSAMA TEAM SAYA MENGADAKAN MESYUARAT DGN CHAIRMAN FELDA..T SRI ISA DI PEJABAT NYA SEBANYAK 2 X ..TUP TUP BINI NYA BIBI MEMANG DAH SIAP ADA DLM OFFICE CHAIRMAN N JOIN SEKALI MEETING YG MELIBATKAN BUSINESS PROPOSAL TO FELDA..

APA HAL APA JADAH DLM URUSAN FELDA ANGKUT BINI.SANA SINI..INI OFFICIAL BUKAN GI MAKAN ANGIN..dan saya juga ingin melontar kan beberapa persoalan yg baru saya dapat maklumat dari bekas org kanan felda..apa kah BENAR SEMUA YG SAYA DENGAR INI ATAU CERITA FANTASI???...YG SCARY..NGERII N MENJIJIK KAN...

HARAP SPRM SIASAT SAMPAI LUBANG CACING LAH..

1) Mengapa perlu felda menanggung segala perbelanjaan bibi isteri isa tiap kali keluar negara dgn tiket penerbangan kelas pertama...apakah benar..

2) Apa perlunya bibi isteri isa menggunkan khidmat polis pengiring felda untuk kesana kemari yg tiada kaitan langsung dgn kepentingan felda..apakah benar

3) siapa rahman sultan ni???..katanya contractor n interior yg mendapat jutaan kontrak untuk pembangunan semarak dan ada kaitan pemberian komisen kpd bibi..apakah benar...

4) Dlm pembelian tanah di bukit katil..katanya bibi berperanan di situ dan menerima sebahagian komisen..apakah benar tuduhan ini dari org dlm felda sendiri???

5) Dalam pembelian hotel grand plaza..di.london..apa kah benar Dato.David broker hartanah telah memberi komisen atau business dealing dgn bibi bini.isa..apakah benar..???

6) Apakah benar bibi juga telah melantik sepupunya yg bernama shidan sbg pegawai khas kpd Dato Zakaria arshad..Presiden n ceo felda...apakah benar???

7) Apakah benar bibi juga telah melantik kroni nya norazmin..bekas ketua puteri umno selangor sbg Ceo felda travel...apakah benar???

8) Apakah benar keluarga n suku sakat bibi telah mendapat kemudahan hutang/credit facility untuk tiket tiket penerbangan keluar negara melalui felda travel hingga mencecah ratusan ribu ringgit hingga 400k..apa kah benar???

9)apakah benar..norazmin kroni bibi juga mendapat kemudahan tiket penerbangan first class tiap kali keluar negara bersama bibi..serta kemudahan tiket untuk suku sakat nya juga..apakah benar???

10) Apakah benar rumah tsri.isa di nilai menggunakan khidmat polis felda 24 jam..apakah benar..????

11) Apakah benar rumah isa di senawang juga menggunakan khidmat polis felda 24 jam..apakah benar...????

12) Kita juga ingin bertanya status anak.tsri isa yg bernama Najib dlm kes yg terdahulu.. ketika ceo nya bernama zaid dicekup dan di reman.. dan.anak.isa juga di panggil.. di katakan anak.isa yg bernama najib menerima 200k dlm urusan penjualan hotel di port dickson.. apakah itu hanya fitnah atau sememang nya tiada kes n bukti.. tapi kenapa sampai dua minggu ceo direman???.. apakah cerita ini sekali.lagi sampai ketelinga saya pagi ini benar atau cerita dongeng.. harap sprm.siasat lah.. apakah benar...

13).Siapakah Dato Lokman Mat Dan si jutawan ni di mata bibi???..apa kah benar yg di sampai kan pada saya pagi ni..dato ni org kanan bibi.org kepercayaan bibi untuk urusan urusan penting di felda...apa kah benar semua cerita yg di sampai kan ini dari org dlm felda sendiri???

14) Adakah benar projek renovation n interior design condo mewah trioka di kws segitiga emas next to klcc..iaitu antara pelaburan felda..diberikan kpd adik bibi..adik ipar isa yg di kata kan cecah jutaan ringgit juga..ADAKAH BENAR WAHAI ISA N BIBI????..



Tak perlu lah kamu laki bini menjawab nya lagi..semua maklumat yg saya perolehi dari org paling kanan tsri isa sendiri..biar lah sprm menjawab nya dlm bentuk tindakan yg seterusnya kerana saya telah pun menghubungi orang kanan sprm untuk di.persembah kan segala info n maklumat yg saya perolehi..berilah sprm masa dlm menegak kan keadilan n ketelusan tanpa mengira status n kedudukan..samada bilis or jerung..wajib berlaku adil n saksama..

DEMI KEPENTINGAN RAKYAT ..HAK RAKYAT ..HARTA NEGARA..N WARGA FELDA..DEMI AGAMA N DEMI NEGARA. MAKA WAJIB LAH SAYA MELAPURKAN BERITA YG SAYA DENGAR INI KE PENGETAHUN SPRM..

Fuh sesak nafas mendengar nya..menyirap..boiling..kecewa bagaimana salah guna kuasa di sana sini dlm kerajaan n tampuk kepimpinan..laknatullah.akan.sampai.kpd semua kiranya kita semua menghalalkan cara..its high time istihar PERANG PD SEMUA YG SALAH GUNA KUASA TERMASUK BAPAK BAPAK RASUAH YG BERMAHARAJALELA.. Kalau sampai isteri di bawak masuk kedlm kementerian..jabatan..pentadbiran..parti untuk.turut serta campur tangan n buat keputusan.lingkup negara..harta n aset negara ranap begitu saje..

Kalau dlm kes anwar ibrahim lapuran salah laku 22 muka surat yg ditulis oleh saya akhirnya tpm ketika itu tersungkur.. rebah n di heret kemuka pengadilan dan akhirnya ke penjara.. saya harap dlm KES FELDA INI KEADILAN N KETELUSAN JUGA DAPAT DI TEGAK KAN.TANPA MENGIRA STATUS..IKAN BILIS OR IKAN PAUS..HERET SEMUA KE MUKA PENGADILAN TAK.KIRA BAPAK BINI ANAK.KRONI ..KIRANYA MEMANG WUJUD ELEMEN SALAH LAKU DI SITU...DAH MELAMPAUI BATAS DAH..RAKYAT TERHIMPIT DGN GST N.KOS SARA HIDUP.YG TINGGI..

MEREKA YG DIATAS MCM SETAN MELAKUKAN PENIPUAN.. ROMPAKAN.. RASUAH.. SALAH GUNA KUASA TANPA RASA BERSALAH..ITS ENOUGH..WE HAD ENOUGH WITH ALL. THIS RUSCAL.. BETTER PUT A FULL STOP..HERET MEREKA SEMUA KALAU BENAR..JGN.BAGI.MUKA...

Umi Hafilda Ali

Monday 17 July 2017

Najib Sekeluarga Bercuti Mewah Dengan Wang Rakyat


Sikap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang gemar bercuti secara bermewah di luar negara pada hujung tahun menunjukkan sikap acuh tak acuh terhadap penderitaan yang dirasai rakyat Malaysia.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, sementara menjadi hak bagi Najib untuk bercuti dengan keluarganya, perdana menteri perlu berbuat demikian pada masa yang sesuai.



"Buatlah dengan menggunakan duit sendiri dan masa tersendiri dengan sensitif kepada realiti kesusahan yang sedang dihadapi rakyat hari ini.

"Adakah Perdana Menteri sedar masa yang sukar kepada negara ini ekoran kos menjalani kehidupan yang semakin meningkat kerana beliau sendiri luluskan kenaikan harga petrol baru-baru ini," kata Raja Kamarul Bahrin dalam kenyataan.


Jelas beliau, ketika Najib dan keluarganya menikmati percutian luar negara, rakyat sedang bergelut dengan banjir, perbelanjaan persekolahan dan bayaran cukai pendapatan, antara lain.

Raja Kamarul Bahrin berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pegawai khas isteri perdana menteri, Datuk Rizal Mansor yang mempertahankan tindakan Najib bercuti di Australia baru-baru ini.

Saturday 15 July 2017

PENYOKONG PAS TANYA ADAKAH MUFTI PULAU PINANG BERAGAMA BUDDHA?

Seorang penyokong Pas yang menggunakan nama Giustizia Spada di dalam satu statusnya bertanyakan adakah Mufti Pulau Pinang seorang yang beragama Budhha.

Tidak dapat di pastikan kenapakah penyokong Pas ini membuat persoalan tersebut tetapi menurut sumber daripada komen komen yang di tulis oleh beberapa rakannya pemilik FB bernama marah kepada mufti Pulau Pinang kerana telah mengeluarkan arahan kepada masjid masjid di Pulau Pinang untuk mengalunkan 2 kali azan subuh.

Kemungkinan keputusan yang di buat oleh mufti Pulau Pinang Datuk dr Wan Salim ini telah membuat penyokong tegar Pas ini marah kerana tidak boleh lagi membuat fitnah kepada kerajaan negeri Pulau Pinang yang di katakan tidak membenarkan azan.

Salah satu komen daripada pembaca yang sangat kesal dengan status penyokong Pas ini yang membuat persoalan tentang status agama mufti Pulau Pinang ini pula berkata tidak perlu ambil hati dengan pemilik FB yang bernama Giustizia Spada ini kerana di katakan beliau adalah seorang OKU.

Status yang di muatnaikkan dalam Fbnya bertanyakan adakah Mufti Pulau Pinang seorang Budha?

Sunday 9 July 2017

UMNO Kaut Berbilion RM Hasil Penjualan IPP Ananda Krishnan Kepada Kerajaan (1MDB)




Wang rakyat digunakan untuk membeli aset dari konco-konco Barisan Nasional (BN) dengan harga tinggi dan parti itu diberi balik sejumlah keuntungan oleh si penjual, dakwa bekas Ketua Penerangan Umno Pekan, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.

Beliau mendakwa mereka “menggunakan wang rakyat untuk membeli asset dari konco-konco dengan harga yang tinggi di mana sebahagian dari lebihan itu akan di pulangkan kepada pembeli”.

“Kenapa 1MDB membeli perniagaan (Tan Sri) Ananda Krishnan pada harga RM8 bilion lebih walhal nilai asset tetap sekitar RM1 billion dan dicampur goodwill, mungkin harga Tanjung Energy itu hanya RM4 billion.

“Jawapannya, kerajaan BN akan di beri balik sejumlah wang untuk (menghadapi) pilihan raya umum.

“Demikian juga, rakyat curiga bagaimana Mex Highway dijual pada harga yang begitu tinggi sedangkan pembiayaan nya datang dari kerajaan dan pencadangnya hanya mengeluarkan sekitar RM60 juta.

“Adakah keuntungan RM1 billion itu dikongsi dengan penaung-penaung dari Umno?” bekas Adun Pulau Manis itu mempersoalkan.

Ananda baru-baru ini telah menjual aset penjana tenaga bebas (IPP) miliknya, Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd (Tanjong Energy), kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bernilai RM8.5 bilion dan ia merupakan antara urus niaga terbesar pernah dicatat dalam industri tenaga negara dan di rantau ini.

Maju Expressway (MEX), lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya sepanjang 26 kilometer baru-baru ini dijual dengan harga RM1.7 bilion kepada vendor Proton dan Perodua, EP Manufacturing Berhad (EPMB) oleh Maju Holdings Sdn Bhd.

Menurut Ariff, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memerlukan wang yang banyak kerana itulah sahaja satu-satunya cara yang beliau tahu untuk menyelesaikan masalah.

“Najib hanya tahu satu cara sahaja menyelesaikan masaalah – bayar sana sini,” kata beliau yang pernah berkhidmat secara langsung di bawah Najib ketika menjadi Ketua Penerangan Umno Pekan.


Friday 7 July 2017

Pendedahan Bukti Panggilan Telefon Pegawai Atasan PDRM Berhubung Dengan Anggota Kongsi Gelap

If the IGP thinks it is not an issue that a score of top cops received calls from jailed suspect Gopi, what about the emerging evidence that those same officers were ringing Gopi back during the weeks before his arrest?

Sarawak Report has obtained phone bill records which show this to be the case.

Questioned by journalists over the connections between Malaysia’s top brass in law enforcement and the alleged gangster behind a police protection racket in Malacca, the Inspector General (IGP) has so far been dismissive.

So what that he and fellow officers had taken numerous calls from the suspected ringleader Gopinathan Krishnan, known as Gopi, he maintained on Thursday:

“A lot of people have called me every day, just to wish me ‘good morning, sir’, ‘how are you today’ and wishing me well. I (think I have received) hundreds of calls every morning. Is that suspicious? You can check my phone and make an analysis from it,” he said.

“If you want to say that calls are something suspicious, well, I have commented about this and I don’t want to entertain (anymore). Sarawak Report has made up a non-sensible story,” he said. [Malaysiakini and other news portals]


Two Way Traffic

Quite apart from the concern that the country’s top police officer wastes time receiving such calls on his official handphone in his official time, this is clearly not a matter that sits well as a joke when no solid explanations have been provided for the calls.

However, Sarawak Report now has confirmation that at least one of these officers, none other than the Head of CID, Mohamed Salleh (phone number 0196000148) has himself called Gopi (phone number 0126193971) back. The call was at 1040 am on April 24th, which was not long before the latter’s arrest:


CID Chief Mohammed Salleh called Gopi
Telco Record for  0196000148 – showing CID Chief Mohammed Salleh called Gopi late at night on 24th April
At least the CID chief, who is in charge of the country’s gambling and vice squads, was not calling this alleged gangster contact during police hours.

However, it begs the question why would he be in touch with such an apparently disreputable character, reponsible for organising the collection by Malacca police officers of huge sums of cash from gambling dens and massage parlours, so late at night?

Does the IGP want to make a bit of a joke of this as well or might he now decide that a full and open explanation is rapidly in order from himself and all those caught up in Gopi’s web of top police contacts?

After all, the clutch of police officers already in custody have allegedly testified that they were forced to cooperate with Gopi, because the protection racket that was allowing these houses of vice to continue in business (in return for those cash collections) was organised by their superiors.


One Of Khalid’s Cops Received over 100 Calls From Gopi!

The remainder of the list senior police contacts confirmed by investigators as having been dialled up by Gopi during the four months prior to his arrest in May are as follows:

ACP Mohammad Azlin Sandari (OCPD Subang Jaya) – 0176181818 (7 contacts made)
Supt Anbalangan (OCPC Balik Pulau) – 019-4512635 (6 contacts made)
DSP Azlihan Ishak (KBSJD IPD Batu Pahat) – (no further details provided so far)
DSP Tharmalingam Chandram (KBSJD Gombak) – 019-4206000 (two contacts)
Abdul Aziz Yusof (Dep DPO Sarawak) – 019-7000211 (19 contacts made)
ASP Rozaiman (RO IPD Klang Selatan) – 019-3996513 (16 contacts made)
ASP Iskandar (IGP’s ADC) – 019-3566357 (11 contacts)
ASP Sobri ADC to PJSJ Mohamad Salleh – 012-6553436 (26 contacts made)
Insp Zulfadhly (RO D7 IPD Sungai Buloh) – 012-6521614 (112 contacts md)
Insp Firdaus IO IPD Jasin – 017-6118813 (10 contacts made)

The fact that the Inspector in charge of controlling gambling in the Sungai Buloh district, Inspector Zulfadhly, received no less than 112 contacts from Gopi in the four months prior to his arrest is particularly notable. Analysis by Sarawak Report of the records show that these calls were made throughout the day, from early morning, through the working day until late at night.

All times of day
All times of day
Sample calls from Gopi
Sample calls from Gopi
to Sungai Buloh cop Zu
to Sungai Buloh cop Zulfadhly
Malaysians are entitled to wonder why?

Sarawak Report

Anak Taib Mahmud Jual Saham RM161 Juta Bayar Hutang



Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, Sarawak state governor Tun Abdul Taib Mahmud’s son, sold Cahya Mata Sarawak Bhd (CMS) shares to pay off his debts. Mahmud, a longtime CMS director, has almost halved his personal stake in the conglomerate since December last year.
Eyebrows were raised when CMS announced on May 26 that Mahmud had ceased to be a substantial shareholder. Between Dec 30, 2016 and June 5, 2017, the governor’s son had sold 38.88 million shares for a total of RM161.48 million in proceeds, based on regulatory filings.
Prior to the string of sales, Mahmud directly held 88.2 million shares or an 8.51% stake. As at June 5, his stake had been reduced to 49.31 million shares or 4.59%.
“The simple fact is, I have to pay off some loans with very high interest [rates]. I will continue to serve the CMS Bhd board, since my sisters and brother want me to continue representing their interests on the board,” Mahmud told The Edge Financial Daily when asked about the sale of his stake.
Mahmud was first appointed group executive director of CMS in January 1995, six years after it was listed on the Kuala Lumpur Stock Exchange. He had not sold any shares for almost 22 years until Dec 30, last year when he began selling his shares on the open market, according to Bloomberg data.
A new substantial shareholder of CMS has yet to emerge despite the sale of Mahmud’s stake, except for Lembaga Tabung Haji (LTH) whose shareholding dipped slightly below the 5% threshold in November last year, before resurfacing on May 30.
He is also chairman of Sarawak Cable Bhd (SCB), in which he retains over 26% in both direct and indirect interests. He has not pared his stake in SCB so far.
Mahmud and his family members are CMS’ major shareholders. He is the only sibling on the board apart from his brother-in-law Datuk Syed Ahmad Alwee Alsree.
His sisters, Jamilah Hamidah Taib and Datuk Hajjah Hanifah Hajar Taib-Alsree, collectively control a 12.54% stake through Majaharta Sdn Bhd, while the estate of their late mother Datuk Patinggi Dr Hajjah Laila Taib controls a 10.33% share.
Taib’s other son, Datuk Sri Sulaiman Abdul Rahman Taib, has an 8.23% stake. However, Sulaiman and Mahmud are not deemed to have an interest in Majaharta’s stake.
Other substantial CMS shareholders are the Employees Provident Fund (EPF) with a 12.27% stake and the Sarawak Economic Development Corporation with a 5.67% share. LTH has a 5.32% stake as at June 5.
CMS’ share price had a good run for most of the year, gaining over 30% between end-November and early May. It hit a 13-month high of RM4.58 on May 3.
However, the stock has since retreated to close at RM4.13 last Tuesday, wiping out most of the year’s gains. It had earlier tumbled in 2016, hitting a two-year low of RM3.19 in mid-May. – The Edge

Thursday 6 July 2017

Bongkar: Noh Omar anugerah tender RM164.8Juta kepada kroninya yang tak punya kelayakkan



Ini baru betul kepimpinan melalui tauladan... Najib anugerahkan projek MRT kepada kroninya yang disahkan tidak layak oleh Kementerian Kewangan..

Jadi berdasarkan apa yang ditunjukkan Najib, Noh Omar pula menganugerahkan tender membekalkan benih padi bernilai RM164.8 Juta pada kroninya yang juga tidak ada kelayakkan..




Malaysiakini melaporkan..

Tender bernilai RM164.8 juta untuk membekalkan benih padi kepada petani di bawah program yang dikendalikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, didakwa telah dianugerahkan kepada beberapa pembekal yang gagal memenuhi kriteria tender, demikian menurut dakwaan dalam sepucuk surat yang dikatakan bocor dari Kementerian Kewangan. 

Di samping itu, ia mendakwa pembekal bumiputera yang berkelayakan telah ditolak atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan dalam kriteria tender. 

Bagaimanapun, salah seorang pembekal yang dikatakan gagal memenuhi kriteria tender, dan yang digambarkan sebagai kroni Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, telah mempertahankan keputusan tender tersebut, manakala seorang lagi pembekal yang dihubungi oleh Malaysiakini enggan mengulas mengenai kontroversi itu. 

Surat yang dikatakan bocor itu, bertarikh 20 Julai 2012, telah didedahkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar di Parlimen Rabu lepas dan salinannya diedarkan kepada pihak media. 

Surat itu ditandatangani oleh bahagian perolehan kerajaan Kementerian Kewangan dan dialamatkan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Hashim Abdullah ~ Malaysiakini



HARGA BARANG MAHAL : SELEBRITI CHEF WAN SALAHKAN KERAJAAN

Chef selebriti Datuk Redzuawan Ismail mendakwa pada masa kini tidak ada apa lagi yang murah di Malaysia selepas pengalamannya membeli ikan untuk masakan dirumah.
Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Chef Wan mengatakan bahawa harga ikan sekarang sangat mahal. Beliau juga seolah-olah menyalahkan kerajaan di negara ini apabila mempertikaikan kenyataan pemimpin negara tentang keadaan ekonomi Malaysia yang bertambah baik.
Rungutan Chef Wan bermula apabila peniaga mengenakan harga RM 40 bagi tiga keping besar Ikan Merah yang dibelinya. Namun beliau tidak pula menyatakan berapa berat tiga keping ikan tersebut, sebaliknya menjadikan golongan miskin sebagai alasan untuk menghentam kerajaan.
Tak dapat dipastikan pula sama ada Chef Wan mengambil inisiatif ‘berleter’ kepada peniaga yang menjual ikan merah “mahal” tersebut kepadanya.
“Ambil ikan merah tiga keping besar sedikit nak buat sup ikan pun dah harga RM40,” kata beliau dalam laman Instagramnya.
Chef Wan berkata, beliau terperanjat setiap kali membeli makanan laut.
“Tak ada apa lagi yang murah di Malaysia walapun kerajaan melaung-laungkan ekonomi kita bertambah baik.
“Iyo la kan ajo…” kata Chef Wan.
Dalam masa yang sama, seorang ahli korporat pula merungut harga udang besar yang dibelinya terlampau mahal di sebuah pasar di ibunegara.
Menerusi portal Malaysia Dateline, beliau mendakwa harga satu kilogram udang di pasar tani Taman Melawati RM75, kepah satu kilogram RM10 manakala ketam pula RM25 satu kilogram.
Hasil tinjauan menerusi laman Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mendapati, harga tempatan bagi Ikan Merah ialah RM 31.00. Manakala Udang Harimau pula ditetapkan pada minimum RM 46.67 sekilogram (mengikut saiz) dan Udang Putih Besar pada RM 41.63 sekilogram. – UN

Wednesday 5 July 2017

Skandal Noh Omar beli 30 ekar tanah pada harga RM100,000 saja

Dewan Negeri Selangor (DNS) digemparkan tentang skandal pembelian tanah oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang pada 1995.

Lebih lagi, Noh, yang sekarang Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, telah memulakan projek ternakan udang pada tahan 30 ekar itu bersama sebuah syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd.



Penglibatan Noh di dalam syarikat itu, kata Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang mendedahkan skandal tersebut, menimbulkan persoalan percanggahan kepentingan kerana Noh merupakan menteri yang bertanggungjawab mengelola industri itu.

Noh membeli tanah 30 ekar itu dengan hanya membayar RM100,000 berbanding harga asal kira-kira RM3 juta pada ketika itu, kata Suee Lim.



Katanya, tanah itu yang asalnya berstatus komersil kemudiannya ditukar kepada tanah pertanian demi menjayakan projek ternakan udang itu pada 2011.

“Rakyat susah untuk mendapat tanah tetapi seorang pemimpin kanan diberi tanah dengan mudah pada ketika itu. Saya telah melawat kawasan itu dan mendapati statusnya adalah untuk ternakan udang,” katanya semasa sesi perbahasan di hari terakhir persidangan DNS.

Suee Lim dalam pada itu turut mendedahkan surat akuan sumpah yang membuktikan usahasama Noh bersama pengarah Pristine Agrofood Sdn Bhd, Chu Bak Teck.



Mengikut dokumen yang didedahkan Suee Lim, Noh mendapat tanah itu pada 13 Jun 1995. Hasil carian di laman web Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menunjukkan Noh memenangi kerusi Ahli Parlimen Tanjong Karang buat kali pertama pada April 1995.

“Kes ini saya anggap sebagai skandal tanah dan bukti wujudnya percanggahan kepentingan kerana beliau ketika ini ialah seorang menteri yang memegang portfolio pertanian dan industri asas tani yang secara terang terlibat secara langsung dalam industri itu.

“Di manakah maruah Umno-BN yang kononnya memperjuangkan hak rakyat tetapi parti terlibat dalam kes sapu tanah rakyat?” soalnya.

Sementara itu, DNS meluluskan Rang Undang-undang yang dicadangkan Suee Lim supaya tidak membenarkan wakil rakyat, ahli majlis dan pihak berkuasa tempatan membuat sebarang permohonan untuk memiliki tanah kerajaan negeri.

Usaha TV Selangor menghubungi Noh bagi mendapatkan respon beliau bagaimanapun gagal. Panggilan dan mesej pesanan ringkas yang dihantar kepada nombor telefon beliau tidak dibalas - Selangorku