Wednesday 16 September 2020

Shafie ikrar bawa kes 2 anak Anifah Aman ke Mahkamah

 


Menurut Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu, beliau bersedia jika perkara itu dibawa ke mahkamah oleh Anifah
“Bukan saya yang selewang.

“Kita akan dedahkan semua apa yang terkandung, iaitu sebuah syarikat yang dimiliki keluarga Anifah dan bagaimana di tengah-tengah tanah Yayasan Sabah, di situ ada kilang, dan kilang itu dimiliki 50 peratus.

“Bawalah pergi ke mahkamah. Kita ada bukti semua. ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan) ada, SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) ada di situ, di mana ada menyatakan siapa pemiliknya. Kami ada butiran terperincinya,” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sabah di sini semalam.

Kelmarin Anifah menyatakan akan mengambil tindakan undang-undang selepas tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16.

Dalam kenyataan yang dibuat pada Selasa, Anifah berkata beliau menolak sekeras-kerasnya dakwaan yang menyatakan beliau berserta abang dan ahli keluarganya telah memperoleh kontrak 100 tahun ke atas tanah kepunyaan Yayasan Sabah.

Jelas Anifah lagi, tindakan Shafie itu membuktikan keterdesakan beliau untuk memenangi PRN Sabah yang akan datang.

No comments:

Post a Comment