Thursday, 1 August 2019

Al-Kisah “Sport Toto” di Pokok Sena



Al-Kisah “Sport Toto” di Pokok Sena

Merata group whatsapp/fb orang share geng lebai PAS buat demo bantah kedai “Sport Toto” di Pokok Sena. Semua placard yang dipamer bertulis "Masyarakat Pokok Sena Nak Tahu Pendirian YB Mahfuz"

Ni..nak habaq kat hampa, “Sport Toto” yang dikata baru buka tu bukannya baru dapat lesen daripada Kementerian Kewangan, lesen dah lama cuma depa “BERPINDAH” dari lokasi asal di Jalan Pegawai Alor Setar ke Pokok Sena. Kementerian Kewangan cuma memberi kelulusan untuk berpindah setelah syarikat itu mendapat kelulusan daripada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

“Disinilah puncanya”

MBAS meluluskan/menyokong perpindahan premis itu ke Pokok Sena tanpa merujuk masyarakat setempat. Malah MBAS juga tak maklumkan dalam Mesyuarat Ahli Majlis MBAS. Jika dibentangkan dalam mesyuarat sebelum kelulusan dibuat, sudah tentu Ahli Majlis lantikan politik akan membantah permohonan “Sport Toto” tersebut. Berbalik kepada pendemo yang mengangkat sepanduk bertulis "Apa Pendirian Yb Mahfuz", sedang Ahli Majlis pun tidak tahu bila MBAS luluskan permohonan itu,tambah-tambahlah Dato Mahfuz.

Disini kita kita boleh nampak apa tujuan demo itu..tujuan semata-mata untuk tujuan POLITIK. Sedangkan diwaktu tengahari, Dato Mahfuz telah mengeluarkan video penerangan dari Dewan Rakyat  yang menyatakan akan mendesak MBAS membatalkan lesen iklan premis “Sport Toto” itu.

Demo dilakukan sebelah petang hari yang sama.
Kesilapan PAS apabila mensasarkan serangan kepada Dato Mahfuz. Sepatutnya sepanduk ditulis "Kami Mahu Kedai Judi Di Tutup" atau apa saja tulisan sepanduk yang hanya fokus kepada isu. Dari sini, orang yang mampu berfikir akan tahu yang PAS hanya mengambil peluang atas isu tapi tujuan utama untuk menyerang Dato Mahfuz sebab dendam dan sakit hati.

Untuk pengetahuan, premis “Sport Toto” itu mengikut carian, dimiliki oleh Syarikat Stimulus Dollars Sdn Bhd bernombor pendaftaran 0937331D yang berdaftar pada 23.3.2011 di Kedah. Premis lama di Jalan Pegawai Alor Setar di buka pada tahun 2011. Bermakna, premis itu di buka di zaman PAS memerintah Kedah.

Untuk rekod, PAS memerintah Kedah pada 2008-2013. Pada waktu itu, PAS langsung tak buat demo untuk membantah. Mungkin demo tidak perlu dilakukan kerana tidak mendapat keuntungan dari segi politik. Apa pun premis itu telah di tarik balik kelulusan oleh MBAS.

Bila tak faham isu, situasi dan bidang kuasa, “Jadilah Seperti PAS” hentam kromo asal boleh main politik

Pesanan pada PAS, “Elok tukaq bidang saja la, Politik dah tak relevan buat PAS!” (Tolong ambik nama YB yang jerit sampai terkeluaq urat tu)

Mantan Kaki Ekoq + Walaun


Manakala di media sosial sekarang di tularkan surat kebenaran yang telah di keluarkan oleh pihak polis.

No comments:

Post a Comment