Thursday 31 August 2017

ZAHID HAMIDI AKUI 3 PENJURU BUKAN LALUAN MUDAH UNTUK BN



MARANG: Senario politik ketika ini memberi gambaran semua kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan melibatkan pertembungan 3 penjuru, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, keputusan PAS yang mahu bersendirian dan tidak lagi menyertai pakatan pembangkang turut meningkatkan keyakinannya parti itu akan meletakkan calonnya untuk bertanding dan menjurus kepada pertandingan 3 penjuru.
“Ekosistem dan senario politik telah berubah, dahulu seolah-olah kita berada dalam sistem 2 parti iaitu Barisan Nasional (BN) lawan pembangkang…kini di tengah-tengahnya ada PAS.
“Hampir pasti di semua kerusi akan hadapi (pertandingan) 3 penjuru. Kepastian ini kerana Majlis Syura Ulama PAS telah memutuskan tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan PKR dan (sebelum ini memutuskan hubungan dengan) DAP, mereka (PAS) akan bersendirian,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis Himpunan Rakyat dan Pelancaran Jentera Jalinan Rakyat Parlimen Marang, hari ini. Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan pemimpin kerajaan negeri.
Berikutan itu, Zahid yang juga timbalan pengerusi BN berkata, ahli parti komponen BN tidak boleh berada dalam keadaan selesa kerana pertembungan 3 penjuru bukanlah laluan mudah dan segala kemungkinan boleh berlaku.
“Jangan pernah leka dan selesa dengan 3 penjuru…jangan fikir 3 penjuru lebih mudah. Kita perlu bekerja keras dalam menghadapi situasi ini pada pilihan raya akan datang kerana kita yakin musuh politik kita mahu melihat kita kecundang di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, BN memutuskan menghormati pendirian PAS untuk bergerak sendirian, namun akan terus mengadakan kerjasama yang mampu memberi kelebihan kepada orang Melayu dan Islam.
“Hari ini terdapat kenyataan daripada pihak pembangkang yang sengaja menyalahkan Umno kerana tidak membawa usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1955 atau Akta 355 di Parlimen, dan mempersoalkan keputusan PAS memutuskan hubungan baik dengan PKR,” katanya.
Kenyataan sedemikian katanya, adalah strategi pembangkang yang sengaja mencetuskan spekulasi untuk mengeruhkan keadaan berhubung kerjasama yang sudah berlangsung, namun BN akan tetap terus menyokong perjuangan PAS berkaitan agama dan bangsa.
Dalam pada itu, Zahid mengumumkan Jentera Jalinan Rakyat akan menjadi jentera utama dalam membantu gerakan PRU14 dan meminta semua ahli Umno dan komponen BN memberikan sokongan padu.
“Kita (BN) mesti terus kekalkan kerusi yang kita menangi dan tambah majoriti…kita harus lakukan sesuatu dan rampas kerusi daripada pembangkang. Kita mesti fokus…zaman sabotaj, zaman berkecil hati telah berlalu,” katanya.
Beliau juga mahu jentera itu memberi penerangan serta mengambil pendekatan berkesan dalam memberi keyakinan kepada rakyat untuk mengundi BN.
Perhimpunan hari ini menarik penyertaan kira-kira 15,000 orang dari sekitar daerah Marang.

Wednesday 30 August 2017

Shila Majid Nyanyikan Lagu Untuk Tun Mahathir Di Dapan Pemimpin Umno?


2 penyanyi terkenal tanahair telah di katakan menimbulkan persoalan semasa majlis penutup sukan Sea 2 malam lepas apabila berani menyanyikan lagu untuk Tun Dr Mahathir dan menyindir pemimpin negara di hadapan mereka ketika membuat persembahan.

Penyanyi terkenal Datuk Zainal Abidin di katakan telah menyindir pemimpin negara di dalam nyanyiannya di hadapan mereka ketika majlis penututp Sukan Sea 2 malam yang lalu.
Korupsi, oppressi, obsessi diri
polussi, depressi di bumi kini
Ianya di sedari oleh rakan penyanyi, pelakon dan pengacara Adibah Noor dan mula menulis di dalam twiternya dengan berkata "Berani abang Zainal nyanyi pasal korupsi, opresi depan pemimpin"

Tweet Adibah Noor telah mendapat reaksi daripada pembaca dan salah seorangnya menulis bahawa gambar bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir telah telah di keluarkan dari senarai Perdana Menteri Malaysia ketika Shila Majid sedang menyanyikan lagu Lagenda.

Umum mengetahui lagu Lagenda adalah di cipta khas untuk Tan Sri P.Ramlee dan Tun Dr Mahathir sebagai mengenang jasa ke dua tokoh tersebut dalam negara.












Monday 21 August 2017

Hadi Awang punca tragedi Memali, kata Bekas Ketua Polis Negara

SIASATAN oleh Suruhanjaya Diraja (RCI) terhadap peristiwa Memali yang berlaku 32 tahun lalu hanya akan mendedahkan peranan presiden PAS sebagai punca tragedi berdarah itu, kata bekas ketua polis negara, Abdul Rahim Noor.

Rahim menarik perhatian kepada ucapan Hadi dalam sebuah ceramah pada 1981 yang mempengaruhi Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya sehingga terjebak melakukan kegiatan yang mengancam keselamatan negara. Ucapan itu terkenal dengan gelaran "Amanat Hadi".

Sekiranya RCI diadakan, tidak dapat dielakkan hakikat tentang peranan Hadi melalui 'Amanat Hadi' sehingga berlakunya tragedi berdarah Memali,” kata Rahim kepada The Malaysian Insight.

'Amanat Hadi' merupakan petikan ucapan presiden PAS itu dalam ceramah di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 yang dipegang ahli PAS di seluruh negara pada ketika itu.


Ucapan itu dianggap titik penting dalam politik orang Melayu pada dekad 1980-an yang menyaksikan perpecahan terburuk orang Melayu sehingga melibatkan tuduhan kafir-mengkafir, sembahyang dua imam dan pulau-memulau dalam kegiatan masyarakat termasuk urusan jenazah.

Ada dua elemen penting dalam 'Amanat Hadi' ini. Pertama, dia kata orang-orang Islam tidak perlu menjadi Kristian, Yahudi, Nasrani untuk menjadi kafir, cukup dengan mengamalkan politik suku, agama suku, mereka sudah menjadi kafir.

Kedua, dia kata perjuangan yang dilakukan mereka adalah jihad dan sekiranya terkorban dalam perjuangan, mati mereka adalah syahid,” kata Rahim.

Ketua polis negara antara 1994 dan 1999 itu menambah "Amanat Hadi" disebarkan PAS menerusi sayap Pemuda parti Islam itu sehingga menjadi buah mulut di seluruh negara.

Akhirnya benda ni pun sampailah ke Ibrahim Libya. Dia pernah belajar agama di Libya dan sebab itu digelar Ibrahim Libya.

Ibrahim merupakan seorang pengikut PAS tegar dan aktif. Dia betul-betul taksub dengan 'Amanat Hadi', ” kata Rahim yang ketika peristiwa Memali merupakan ketua polis Selangor.

Rahim diminta mengulas kesediaan kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat peristiwa Memali, seperti diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi pada hujung minggu lalu.

Kenyataan Zahid itu dialu-alukan oleh PAS yang mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa membela nasib mangsa Memali dan bercadang membawa waris keluarga bertemu Zahid di Putrajaya.

Sejarah Memali lebih tiga dekad itu muncul semula selepas Hadi mendakwa kekecohan semasa forum "Nothing to Hide 2.0" baru-baru ini tercetus kerana jawapan Dr Mahathir berkenaan peristiwa Memali tidak memuaskan hati hadirin.

Lit flares at the Nothing to Hide 2.0 forum yesterday. Former international trade and industry minister Rafidah Aziz says today's leaders are not shy about displaying their arrogance and power with crude language and mannerisms. – The Malaysian Insight pic, August 14, 2017.
Lit flares at the Nothing to Hide 2.0 forum yesterday. Former international trade and industry minister Rafidah Aziz says today's leaders are not shy about displaying their arrogance and power with crude language and mannerisms. – The Malaysian Insight pic, August 14, 2017.
Tuan Ibrahim Tuan Man selepas itu mengulangi gesaan PAS agar kerajaan menubuhkan segera RCI demi keadilan kepada mangsa dan keluarga yang terlibat. Beliau juga mendesak kerajaan meminta maaf kepada keluarga mangsa.

Dr Mahathir, perdana menteri semasa peristiwa Memali, kini mengetuai gabungan pembangkang Pakatan Harapan. Hadi pula, selepas membawa PAS memutuskan kerjasama dengan parti-parti pembangkang, kini dilihat senada dengan Umno dalam banyak perkara menuju Pilihan Raya Umum ke-14.

Menurut Rahim, kerajaan tidak perlu menubuhkan RCI bagi menyiasat kembali apa yang berlaku di Memali lebih 30 tahun lalu.

Kertas putih tentang tragedi Memali sudah ada. Sepatutnya kerajaan bentangkan di Parlimen kertas putih itu dan bahaskan semula.

"Tetapi kalau sudah kehendak kerajaan hendak buat RCI, terserahlah,” katanya.

Kertas Putih Peristiwa Memali bertarikh 26 Februari 1986 itu ditandatangani oleh menteri dalam negeri ketika itu, Musa Hitam, dan dikemukakan kepada Parlimen.

Bagaimanapun, saksi hidup kejadian menganggapnya sebagai satu pembohongan.



Kertas putih itu merakamkan latar suasana semasa dan detik-detik yang berlaku apabila pengikut Ibrahim Libya bertempur dengan pasukan polis pada pagi 19 November 1985 itu. Ia turut mencatatkan kedudukan "Amanat Hadi" dalam seluruh episod peristiwa Memali.

Kertas putih itu merumuskan tindakan polis di Memali bertujuan menguatkuasakan undang-undang dan membendung kegiatan yang mengancam keselamatan dalam negara.

Menurut Rahim, polis ketika itu mempunyai maklumat dan bukti Ibrahim dan pengikutnya bersungguh-sungguh mahu melaksanakan "Amanat Hadi".

Dia (Ibrahim) ada ramai pengikut setia. Dia ada pelbagai rancangan dan perjuangannya sudah melebihi daripada PAS. Ini yang ada dalam kajian Unit Cawangan Khas.

Unit Cawangan Khas mempunyai bukti apa yang Ibrahim Libya dan pengikutnya nak lakukan sehingga keputusan dibuat untuk menahannya mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),” katanya.

Rahim berkata sekiranya tidak ditahan mengikut ISA, polis mempunyai bukti tindakan Ibrahim akan mengganggu ketenteraman awam.

Apa yang Ibrahim lakukan bukanlah arahan parti tetapi dia sudah mengikuti 'Amanat Hadi' dengan begitu mendalam dan disebabkan itu polis terpaksa mengambil tindakan.

Sebab itu saya tak faham apa niat Hadi nak bangkitkan semula isu Memali ini kerana akan terkeluar juga dia merupakan punca terjadinya tragedi berdarah ini,” katanya. – 22 Ogos, 2017.

Thursday 17 August 2017

NAJIB DI PERMATANG PAUH: AKTIVIS PKR DI TANGKAP, PEMIMPIN PAS DI LAYAN VVIP



Majlis makan bersila anjuran Umno di Permatang Pauh yang di hadiri oleh Presiden Umno pagi tadi di kejukan dengan penangkapan beberapa orang ahli PKR di hadapan pintu masuk Politeknik Seberang Perai.

Namun berlainan pula yang terjadi kepada Yang Di Pertua Pas kawasan Permatang Pauh, Haji Omar Hassan bila mana beliau mendapat layanan istimewa oleh Umno Permatang Pauh apabila di layan dengan layanan VVIP bersama Dato Seri Najib dan pemimpin2 Barisan Nasional seperti Dato Zainal (Pengerusi BN Pulau Pinang) Datuk Mohd Zaidi Mohd Said (Ketua Umno Permatang Pauh) dan lain lain pemimpin Barisan Nasional.

Namun tindakan layanan VVIP kepada YDP Pas tersebut tidaklah mengejutkan kerana di katakan Pas sememangnya sedang menambat hati Umno dengan membantu parti itu untuk merampas kembali Permatang Pauh dari tangan Pakatan Harapan dalam pilihanraya ini.

Tindakan pihak berkuasa menangkap aktivis PKR dan di satu masa yang lain pula pemimpin Pas mendapat layanan istimewa sudah cukup membuktikan kerjasama Pas dan Umno sudah tidak dapat di sorok lagi kepada umum walaupun di nafikan oleh penyokongnya.

Di bawah adalah berita yang di ambil dari Malaysiakini tentang penangkapan 15 orang aktis PKR.

Aktivis PKR di tahan polis


Polis hari ini menahan 15 anggota Pemuda PKR Pulau Pinang selepas mereka menyertai 'flashmob' menunggu lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Permatang Pauh.
Kumpulan itu ditahan selepas berkumpul di depan Politeknik Seberang Perai di Bukit Mertajam, di mana perdana menteri dijangka menyertai ribuan orang pada jam 11 ​​pagi.
Ketua Pemuda PKR (AMK) negeri, Asrol Sani Abdul Razak mengesahkan kejadian itu.
Mereka yang ditahan itu termasuk Arol Sani dan anggota Majlis Perbandaran Seberang Perai Ong Jing Cheng kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah.
Asrol Sani semalam memberitahu Malaysiakini, tujuan flashmob itu bukan mahu mencari masalah dengan pihak berkuasa tetapi mereka hanya mahu membawa sepanduk 'Bebaskan Anwar Segera’.
Ini kerana mereka percaya bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman lima tahun atas tuduhan meliwat adalah tidak bersalah.

Sunday 13 August 2017

KISAH BENAR! Apa yang terjadi di Program Nothing To Hide 2?



KISAH BENAR! Apa yang terjadi di Program Nothing To Hide 2?

Setelah sejam setengah program Nothing To Hide 2 berlangsung.

Admin ada dikalangan urusetia dan sekuriti. Sabotaj ini memang dirancang, bila ketika soalan dari Taufik (bekas Exco Armada yang pernah muncul di Buletin Utama TV3suku) budak-budak yg memakai baju Armada palsu bangun beramai dan menghimpit kearah hadirin.

Setelah habis beliau bertanyakan soalan, beliau ke belakang dan seolah memberi arahan sesuatu. Ketika itu Tun sedang menjawab soalan mengenai Memali. Selesai Tun menjawab soalan, mula balingan kasut kearah pentas, kemudian botol, kerusi dan suar (flare) dinyalakan dan dibaling kearah Tun.

Mula kekecohan!

Pihak sekuriti menyerbu kearah budak-budak tersebut dan ada yang mengepung Tun.

Ada satu cubaan membawa suar kearah Tun dapat dipatahkan oleh Armada dan sekuriti majlis.

Kemudian mereka melarikan diri secara beramai-ramai sambil membuka baju Armada palsu.

Ada diantara budak-budak yang membuat kacau dapat ditangkap dan dibawa ke bilik keselamatan untuk disoal siasat oleh pihak polis.

Kesemua soalan provok yg diajukan kearah Tun dilakukan oleh bekas-bekas Exco Armada yg pernah muncul di Buletin Utama TV3suku.

Alhamdullilah Tun dapat menjawab semua soalan dengan tenang dan admin pasti semua ini dirancang dengan rapi oleh pihak berkenaan untuk sabotaj program Nothing To Hide 2.

Rasanya tak perlu admin nyatakan siapa dalang disebalik semua ini.

Hanya Allah SWT Maha mengetahui!

#PPBM #Nothing2Hide2

Sementara itu dari satu komen di media sosial, Ketua Solodariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pula berkata beliau telah pun mendapat maklumat tentang kejadian tersebut telah di rancang lebih awal lagi.

Dalam pada itu beberapa pihak mula mengutuk keganasan yang terjadi dalam forum Nothing to Hide 2 beberapa jam selepas berita mengenai keganasan tersebut tersebar.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendalangi keganasan tersebut.
"Dr Mahathir hanya mahu berdebat mengikut amalan demokrasi dan sihat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tetapi mendapat respon dengan balingan kasut, kerusi dan suar.
"Setelah takut berhujah, Najib menggunakan gangsterime untuk menutup mulut Tun Dr Mahathir dan ia adalah tindakan pengecut," kata beliau dalam kenyataan media.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar pula berkata kejadian tersebut tidak boleh dipertahankan.
"Apa yang terjadi pada #Nothing2Hide mesti dikutuk dan tidak boleh dipertahankan. Harap pihak polis akan menangkap mereka yang bertanggungjawab," kata beliau di Twitter, merujuk forum tersebut dalam hashtag.
Dalam kenyataan berasingan, Challenger sebuah kumpulan anak muda berkata keganasan itu amat memalukan.
"Tindakan ini melampau melebihi rasa tidak hormat dan tidak beradab yang biasa dilakukan hadirin untuk menyoal siasat (pengerusi BERSATU Dr Mahathir Mohamad).
"Khalayak hadirin termasuk orang tua dan kanak-kanak terperangkap dalam serangan suar ke arah mereka yang hadir itu.
"Risiko untuk nyawa seseorang itu terancam tidak patut dijadikan perhatian kepada seseorang yang hadir dalam acara pertemuan sebegitu," kata setiausaha agung Challenger Jean Vaneisha.
"Ketepikan kecenderungan politik dan kesetiaan, kami menuntut dialog matang dan sivik. Kami mahukan Malaysia yang lebih baik," katanya lagi.
Sementara itu, bekas menteri penerangan Zainuddin Maidin memberi amaran perkara-perkara yang akan berlaku sewaktu berlangsungnya pilihan raya umum ke 14 nanti.
"Bayangkan apa yang akan terjadi dalam kempen pilihan raya umum, apabila botol dan kerusi dilemparkan ke arah Mahathir dalam forum Nothing To Hide 2 hari ini," kata beliau di Twitter.
Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun terkejut dengan insiden tersebut dan meminta semua pihak tidak menuding jari.
Acara di Shah Alam itu sepatutnya menjadi debat di antara Mahathir dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Namun demikian, Najib tidak hadir dan acara tersebut bertukar huru-hara dengan selipar dilemparkan ke arah Mahathir semasa sesi soal jawab.
Selanjutnya, kerusi, botol dan paling kurang dua suar dibaling ke dalam dewan. Pergaduhan juga meletus dan berterusan di luar dewan.
Paling kurang tiga orang telah ditahan dan diserahkan kepada pihak polis, manakala Dr Mahathir berjaya diselamatkan tanpa mengalami kecederaan.
Sekurang-kurangnya seorang wartawan yang membuat liputan luka di bahagian lutut semasa kekecohan terjadi.

Bagaimanapun di samping kutukan terhadap keganasan itu, ketua pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Rafii bersyukur kerana Umno tidak melayan undangan untuk hadir ke forum tersebut.
"Nasib baik kami tidak hadir," kata beliau dalam mesej teks kepada Malaysiakini.
Mohd Razlan menyalahkan ARMADA BERSATU atas keganasan tersebut kerana "mencari gaduh dengan orang ramai."



Friday 11 August 2017

MARKAS PAS BERTUKAR MENJADI MARKAS PAKATAN DI PERMATANG PAUH



Hasrat Pas untuk membantu Umno merampas Permatang Pauh dalam pilihanraya yang akan datang ini mungkin menjadi khayalan dan di tertawakan oleh penduduk Permatang Pauh apabila markas yang di gunakan untuk Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Pas Permatang Pauh baru baru ini telah pun bertukar wajah kepada markas Pakatan Harapan.

Dari apa yang di lihat semua bendera dan banting Pas yang di pasang di dalam dan sekeliling markas tersebut telah di turunkan dan di gantikan dengan bendera-bendera parti di dalam Pakatan Harapan.

Menurut sumber dari kalangan orang tempatan pemilik markas tersebut sebelum ini adalah seorang penyokong tegar Pas dan membenarkan rumahnya di gunakan sebagai markas Pas dalam setiap kali pilihanraya tetapi sejak Pas di lihat sudah bermesra dengan Umno di tambah lagi Pas akan membantu Umno untuk merampas Permatang Pauh dari Pakatan Harapan beliau sudah tidak lagi mahu memberi kepada Pas untuk menggunakan rumah tersebut lagi.

Sebagai permulaan Pakatan Harapan mengambil alih markas tersebut dari Pas satu ceramah umum akan di adakan pada malam ini bertempat di markas tersebut yang akan di hadiri oleh pemimpin tertinggi PKR, DAP, Amanah dan Bersatu.


Thursday 10 August 2017

Selangor tawar pendidikan percuma seluruh Malaysia


OLEH ERMIZI MUHAMAD
SHAH ALAM, 9 OGOS : Kerajaan Negeri menawarkan pengajian pendidikan percuma di bawah Skim Dermasiswa Universiti Selangor (Unisel) tidak terhad kepada masyarakat Selangor sahaja.
Sebaliknya, Pengarah Komunikasi Korporat UNISEL, Hasril Abu Hassan berkata, tawaran pengajian sama turut dibuka kepada masyarakat seluruh Malaysia.

“Pengajian di bawah Skim Dermasiswa adalah percuma 100 peratus dan sememangnya tawaran ini bukan janji palsu.
“Malah turut ditawarkan kepada pelajar dari luar Selangor di seluruh Malaysia,” katanya.
Terdahulu, Skim Dermasiswa diperkenalkan sebagai program perintis pendidikan percuma di bawah bidang kritikal dan strategik.
unisel_viewIa merangkumi peringkat pengajian Sains dan Teknologi Maklumat peringkat asasi bagi lanjutan pengajian ke peringkat Sarajan Muda di Unisel.
Tawaran terbuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf.
Orang awam boleh melunsuri laman sesawang www.unisel.edu.my atau menghubungi talian 03-55223400 untuk sebarang pertanyaan.
UNISEL sebelum ini membelanjakan lebih daripada RM912,000.00 bagi kemasukan pengajian pendidikan percuma bagi sesi Mei 2016 lalu.

Sunday 6 August 2017

ZAHID HAMIDI MENGHINA TUN MAHATHIR TAPI LUPA ASAL USUL DIRI SENDIRI





  

Di saat Datuk Zahid Hamidi menghina asal usul bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir beliau mungkin terlupa bahawa sekurang2nya Tun  lahir di semenanjung Tanah Melayu dan menjadi rakyat Malaysia sejak dari hari lahir  berbanding Zahid Hamidi yang lahir di Indonesia dan mula datang ke Malaysia pada tahun 1965 sebelum di sahkan menjadi warganegara ini.

Kenapa perlu seorang tokoh negarawan di hina sebegitu rupa walaupun Tun tidak lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan semasa pentadbirannya dulu namun itu bukannya lesen sebagai seorang pemimpin tertinggi negara untuk menghina keturunannya.



HINA TUN MAHATHIR : ZAHID MUNGKIN LUPA ASAL USUL DIRI SENDIRI

  

Di saat Datuk Zahid Hamidi menghina asal usul bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir beliau mungkin terlupa bahawa sekurang2nya Tun  lahir di semenanjung Tanah Melayu dan menjadi rakyat Malaysia sejak dari hari lahir  berbanding Zahid Hamidi yang lahir di Indonesia dan mula datang ke Malaysia pada tahun 1965 sebelum di sahkan menjadi warganegara ini.

Kenapa perlu seorang tokoh negarawan di hina sebegitu rupa walaupun Tun tidak lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan semasa pentadbirannya dulu namun itu bukannya lesen sebagai seorang pemimpin tertinggi negara untuk menghina keturunannya.












Thursday 3 August 2017

SAMAN SARAWAK REPORT : PAS DAPAT RM400RIBU DARI UMNO?

Tujuan Pas menyaman Sarawak Report (SR) adalah untuk membersihkan maruah parti itu yang ditohmah menerima dedak daripada 1MDB nampaknya mungkin tidak akan kesampaian, malah ia semakin mengukuhkan tohmahan tersebut!

SR mendakwa pemimpin PAS menerima dedak dari 1MDB sebanyak RM90 juta. Dakwaan yang sama juga diulang Datuk Husam Musa dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Pas melancarkan ‘Tabung Saman Sarawak Report’ semasa muktamar di Kedah, April lalu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan berjaya mengutip hampir RM200,000.

Apakah cukup dengan wang RM200,000 itu untuk menguruskan saman terhadap SR?

Dari mana Hj Hadi nak cekup lagi duit kalau kos itu lebih dari RM200,00??

 Menurut SR, kos yang munasabah yang dikenakan peguamcara Carter Ruck setakat ini adalah kira-kira £ 100,000 / RM600,000, walaupun sebelum perbicaraan itu sendiri telah berlaku (lebih £ 500 / RM3,000 per jam).

Persoalan ini mungkin dapat di leraikan melalui pendedahan terbaru yang didedahkan oleh SR.

Menurut SR, ada enam orang pegawai kanan Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang yang sibuk menghadiri pendengaran pengurusan kes Hj Hadi terhadap Clare Brown, pengarang Sarawak Report  di Mahkamah Tinggi di London pada 2 Ogos lalu. Mereka mendengar dengan teliti dan mengambil nota.

Mana Juham? Mana Datuk Takiyuddin Hassan?

Selain daripada mereka, tidak ada tokoh Malaysia lain yang menghadiri mahkamah, sebagai mewakili PAS atau Hj Hadi. Kenapa??

Tentulah agak janggal kerana tidak ada wakil dari Hj Hadi atau Pas menghadiri pendengaran di Mahkamah Tinggi di London pada 2 Ogos lalu.

Bertambah janggal lagi, kerana akhbar berita rasmi Pas, Harakah tidak menyiarkan langsung tentang berita pendengaran pengurusan kes Hj Hadi terhadap Clare Brown, pengarang Sarawak Report  di Mahkamah Tinggi di London pada 2 Ogos lalu.

  Apakah kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia berperanan sebagai wakil Hj Hadi dalam kes saman RM90 juta Sarawak Report ?

  Wisma Putra dan Kementerian Luar Negeri perlu memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.

 Sarawak Report sempat mengambil gambar tiga daripada enam kakitangan Suruhanjaya Tinggi yang hadir di makamah pada hari tersebut :

Mahu lari ke mana Hadrizammi?
1) Mohd Hadrizammi Mustafa dari Jabatan Politik & Keselamatan Suruhanjaya Tinggi Malaysia, 
Tertangkap di perkarangan luar
Mahkamah London
2) Pegawai Media Kedutaan (kiri), yang bertanggungjawab untuk fotografi, media sosial dan siaran akhbar, Wan Rosli Wan Osman dan 
3) Encik Jesse Quiban, Setiausaha Kedua Hal Ehwal Bilateral, juga dalam bahagian 'Politik dan Keselamatan' bahagian Suruhanjaya Tinggi.
Jadi apakah kepentingan Kerajaan Malaysia dalam saman fitnah oleh seorang 'ahli politik pembangkang' terhadap Clare Brown seorang wartawan Sarawak Report?

 Berhubung dengan kes pendengaran saman Hj Hadi keatas Clare Brown di Mahkamah London pada 2 Ogos lalu itu, apakah Pas boleh beri penjelasan terhadap perkara-perkara berikut :

1) Kenapa tidak ada wakil peribadi Hj Hadi?
2) Adakah 6 anggota kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia mewakili Hj Hadi dalam kes saman RM90 juta Sarawak Report ?
3) Kenapa Harakah tidak menyiarkan berita mengenainya?
4) Siapa sebenarnya yang bantu tolong sediakan dana untuk segala urusan guaman di London?

 Tanpa memberikan jawapan yang jelas keatas persoalan diatas itu, Pas tidak mungkin dapat membersihkan imejnya dari dakwaan menerima dedak dari 1MDB sebanyak RM90 juta dengan pendedahan di atas oleh Sarawak Report dan 

 Imej Hj Hadi dan Pas semakin berkecai dan berkecamuk menybabkan orangramai semakin hilang kenyakinan terhadap perjuangan Islam yang dilaungkannya selama ini. 

 Malah rakyat semakin menyakini bahawa memang sunggohlah bagai yang ditohmah - Hj Hadi dan Pas tersedak dengan dedak 1MBD!

Wednesday 2 August 2017

PRESIDEN AMANAH SELAR TINDAKAN ZAHID HINA KETURUNAN ORANG INDIA

Tindakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi mengungkit keturunan Tun Dr Mahathir Mohamad melambangkan tahap pemikirannya yang disifatkan sebagai kebudak-budakan.

Presiden AMANAH Mohamad Sabu berkata, tindakan mengungkit keturunan sesiapa pun termasuk Tun Mahathir atau Najib Razak, bukan sikap seorang pemimpin yang baik apatah lagi berjawatan Timbalan Perdana Menteri.

"Saya tidak menyangka sama sekali orang bertaraf Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden Umno boleh mengungkit soal keturunan seseorang.

"Sudah tentulah ungkitan soal keturunan ini meletakkan seorang bertaraf Timbalan Perdana Menteri seperti orang kampung, malah tidak keterlaluan saya katakan seperti budak-budak berkelahi dalam bilik darjah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zahid ketika berucap merasmikan majlis penutup mesyuarat bahagian Umno Kelana Jaya Ahad lalu mengungkit sejarah Tun Dr Mahathir Mohamad yang berketurunan India dan mendakwa bekas perdana menteri itu mempergunakan orang Melayu selama 22 tahun pentadbirannya.

Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, menunjukkan salinan kad pengenalan (IC) Mahathir, yang memaparkan namanya sebagai "Mahathir a/l Iskandar Kutty".

Sambil memegang telefon bimbit dan menunjukkannya kepada hadirin, Zahid berkata, "Ini IC biru dia dulu. Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty. Nombor IC biru dia […] Ini yang dihantar oleh ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Betullah dia kata kita ni mudah lupa sebab dia anak laki-laki Iskandar Kutty," katanya.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, jika Zahid mahu pun Pakatan Harapan (PH) ingin menerangkan kesilapan di zaman pemerintahan Tun Mahathir, tidak perlu sehingga menyerang peribadi dan keturunan.

"Kita dedahkan kepada orang ramai isu pengsonglapan wang rakyat seperti skandal 1MDB. Bukan 'menumbuk di bawah paras pinggang' seperti dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri.

"Apa yang dilakukan beliau ini cukuplah melambangkan tahap pemikiran beliau untuk dinilai oleh rakyat," katanya.

Beliau juga menambah, kesilapan yang pernah dilakukan seseorang pemimpin boleh diungkit untuk diterang kepada orang ramai jika ia boleh membawa kepada kebaikan bersama tanpa menyentuh soal keturunan.

"Kebiasaannya apabila berbalah dan mengungkit nama bapa dan keturunan ini adalah di kalangan budak-budak ataupun orang biasa. Ada juga kita bangkitkan soal keturunan untuk memuliakan diri kita atau keluarga.

"Namun soal keturunan atau asal usul ini bagi orang Islam, bukanlah boleh menjadi hujah utama menilai seseorang. Kebaikan seseorang di sisi agama terletak kepada nilai taqwa sementara nilai khidmat dan pengorbanan boleh dijadikan sebagai hujah yang boleh ditonjolkan," katanya.

Tuesday 1 August 2017

GADIS MUATNAIK VIDEO TEMPELAK ZAHID HAMIDI KERANA MENGHINA KAUM INDIA

Selepas merima berbagai kritikan daripada orang ramai termasuk daripada rakan lama dan pemimpin Umno sendiri kerana menghina kaum India, yang terbaru seorang gadis dari kaum India pula telah memuatnaikan satu video menyatakan rasa kesalnya terhadap Timbalan Presiden Umno Dao zahid Hamidi kerana menghina warganegara Malaysia yang berketurunan India.

Gadis yang menamakan dirinya sebagai Mona tersebut telah meluahkan perasaan kesalnya kerana katanya kenyataan Timbalan Presiden Umno itu telah seolah menghasut kebencian orang ramai terhadap kaum India dari kalangan warganegara malaysia.

"Kalaulah sebegitu anggapa Dato Seri terhadap kaum India, apalah gunanya kita melaungkan semangat 1 Malaysia?" persoal Mona di dalam videonya tersebut.

Saya merasa sangat kecewa pandangan TPM terhadap orang bukan melayu di Malaysia sedangkan mereka juga adalah warganegara dan menyanyikan lagu negara ku dengan penuh semangat kenegaraan.

Di akhir video tersebut beliau meminta maaf jika ada terkasdar tetapi beliau sangat kecewa dengan kenyataan Tpm yang menghina kaum warganegara dari kaum India di Malaysia.


Sementara itu Ahli Parlimen Umno Dato Ir Nawawi Ahmad juga meluahkan rasa marahnya kepada Timbalan Presiden partinya yang telah menghina kaum India dengan memuatnaikan satu status di FBnya dengan katanya "Ingat Jawa hebat sangat ka, kalau hebat mengapa datang merempat kat sini, balik Jawalah"