Monday 31 August 2020

Azmin tidak sedar dia sendiri dulunya menteri PH

 


Dakwaan Datuk Seri Azmin Ali bahawa ramai rakyat akan mati sekiranya Pakatan Harapan (PH) terus memerintah adalah tidak berasas sama sekali, tegas Ketua Cabang PKR Sembrong Johor, Shahrun Radzi ‘Salehudin.

Bahkan, katanya, tuduhan tersebut juga umpama meludah ke langit, terkena batang hidung sendiri memandangkan Azmin sendiri adalah menteri ketika PH menerajui kepimpinan kerajaan.

“Azmin sendiri yang memegang portfolio Menteri Hal Ehwal Ekonomi, sekaligus ia menimbulkan persoalan apakah pula sumbangan beliau kepada rakyat.

“Apa kesudahannya membabitkan isu Felda, hutang peneroka, akuan peneroka Felda sama ada yang mengikuti rancangan mahu pun mereka yang menanam sendiri, apa pula kesudahannya,” bidas beliau.

Beliau berpendapat pengkhianatan terbesar yang harus disedari oleh Azmin ialah Langkah Sheraton yang juga dilabelkan sebagai kerajaan pintu belakang atau kerajaan tebuk atap kerana tidak mendapat mandat rakyat secara sah.

“Sejajar dengan itu dakwaan terhadap PH adalah menyimpang jauh dan tidak benar sama sekali.

“Sebaliknya tindakan tikam belakang yang dilakukan melalui Langkah Sheraton telah mempertontonkan kegelojohan kumpulan yang bersekongkol dengan niat mencemarkan amalan demokrasi yang telah sekian lama diamalkan dalam negara ini, ” tegas Shahrun lagi.

TERKINI : PH 28 PN 28, kedudukan semasa di Johor?

 


Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor Aminolhuda Hassan, mengesahkan bahawa Adun Kempas Osman Sapian mengadakan pertemuan bersama seorang pemimpin Amanah baru-baru ini.

Bagaimanapun, Aminolhuda enggan mengulas lanjut berhubung perjumpaan tersebut.

“Apa butiran pertemuan, saya tidak boleh komen. Bagaimanapun, saya boleh maklumkan ia berlaku baru-baru ini dengan seorang pemimpin Amanah.

“Pemimpin Amanah dan Osman adalah duduk berbincang sikit,” katanya seperti dipetik portal BH Online semalam.

Sementara itu, Aminolhuda menambah, sekiranya Osman memilih untuk bersama PH, kerusi pada sidang DUN negeri itu akan tergantung.

“Ia akan menyebabkan jumlah kerusi diperoleh PH dengan Perikatan Nasional (PN) terikat kepada 28 kerusi.

“Oleh itu, kami mempelawa beberapa Adun PN yang sebelum ini bersama PH untuk kembali bersama kami (PH) untuk mengekalkan mandat rakyat ketika pilihan raya umum (PRU) lalu,” kata Adun Parit Yaani itu.

DUN Johor memiliki 56 kerusi dengan agihan terkininya ialah Umno dan DAP masing-masing 14, Bersatu (12), MIC (dua), PAS (satu), Amanah (9) dan PKR (empat).

Ia menjadikan kerajaan PN mempunyai 29 kerusi berbanding PH 27 kerusi, manakala majoriti mudah bagi membentuk kerajaan baharu di Johor ialah 29 kerusi.

DAP gesa SPRM siasat dakwaan salah guna kuasa, nepotisme dalam Kerajaan PN

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menjelaskan mengapa tiada tindakan diambil terhadap Timbalan Menteri Pertahanan Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Ini selepas Ahli Parlimen Tanah Merah itu menulis surat sokongan untuk melantik anak sendiri sebagai ahli Lembaga Pengarah Pharmaniaga.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tindakan Ikmal memberikan surat sokongan melantik anaknya sebagai ahli Lembaga Pengarah Pharmaniaga adalah gejala salah guna kuasa, rasuah dan nepotisme yang sedang berlaku dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Tiada keraguan di sini bahawa SPRM perlu menyiasat dan mengambil tindakan kerana Ikmal telah meminta jawatan yang akan menguntungkan anaknya sendiri menggunakan kedudukan beliau sebagai Timbalan Menteri Pertahanan.

“Ikmal bukan sahaja telah mengaku bahawa beliau menulis surat sokongan tersebut, malah telah mengaku bahawa tindakan itu adalah salah dan telah menarik balik surat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di Ibu Pejabat Kebangsaan DAP, hari ini.

Dalam surat Ikmal kepada Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri bertarikh 5 Jun, Ismail Sabri telah meminitkan kepada Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menyatakan persetujuannya untuk melantik anak Ikmal sebagai Pengarah Pharmaniaga.

Pemegang saham terbesar Pharmaniaga ialah Boustead Holdings manakala LTAT merupakan pemegang saham terbesar Boustead Holdings dan juga pemegang saham dalam Pharmaniaga.

Mengulas lanjut, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan menambah, tindakan mengeluarkan surat sokongan bagi melantik anak sendiri, sekali dengan persetujuan Ismail Sabri, jelas melanggar salah satu kesalahan SPRM iaitu meminta rasuah ataupun habuan.

Kata beliau, jelas bahawa sudah terlambat untuk Ikmal menafikan tanggungjawab kerana beliau sudahpun melakukan tindakan mengeluarkan surat sokongan tersebut untuk mendapatkan habuan bagi anak sendiri dengan menyalahgunakan kedudukannya sebagai Timbalan Menteri Pertahanan. 

Malah, ujarnya, tindakan untuk mendapatkan habuan tersebut boleh dianggap telah genap dan lengkap apabila Ismail Sabri bersetuju dengan cadangan Ikmal untuk melantik anaknya itu.

“Ini merupakan tindakan 3-dalam-1 iaitu salah guna kuasa, nepostisme dan rasuah – sekali gus merupakan malapetaka negara kerana ada pihak yang menggunakan jawatan awam bagi kepentingan peribadi,” tegasnya.

Setakat ini, kata Guan Eng, tiada apa-apa berita mahupun perkembangan terbaru daripada SPRM tentang isu tersebut.

“Semua orang adalah sama di sisi undang-undang, tidak kira seorang VIP ataupun seorang rakyat biasa.

“SPRM harus mengambil tindakan segera terhadap Ikmal untuk menunjukkan bahawa mereka tidak mengamalkan dasar pilih kasih,” katanya. — Roketkini.com

 

Johor kembali bergoyang, Osman kembali kepada PH?

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Aminolhuda Hassan mengesahkan bekas Menteri Besar Johor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian mengadakan pertemuan bersama pemimpin PH, baru-baru ini.

Aminolhuda berkata, pertemuan itu membabitkan ADUN Kempas terbabit dengan seorang pemimpin AMANAH.

Bagaimanapun, Aminolhuda yang juga ADUN Parit Yaani, enggan mengulas lanjut butiran pertemuan itu.

“Apa butiran pertemuan, saya tidak boleh komen. Bagaimanapun, saya boleh maklumkan ia berlaku baru-baru ini dengan seorang pemimpin AMANAH.

“Pemimpin AMANAH dan Osman adalah duduk berbincang sikit,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kelmarin, tular video Osman yang sedang berucap dipercayai berkempen menyokong calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Dalam video itu, Osman mengakui masih menjadi ADUN Kempas atas tiket Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan masih menjadi ahli parti berkenaan, namun mendakwa parti itu menyeleweng daripada perjuangan asalnya.

Sebelum ini, Osman mendakwa kehadirannya ke Slim hanya mahu bertemu rakan lama sambil makan angin dan menegaskan tindakannya itu tiada kaitan dengan politik.

Aminolhuda berkata, jika Osman memilih untuk bersama PH, situasi bertambah sukar apabila jumlah kerusi dalam sidang DUN masing-masing sama menjadikannya tergantung.

“Ia akan menyebabkan jumlah kerusi diperoleh PH dengan Perikatan Nasional (PN) terikat kepada 28 kerusi.

“Oleh itu, kami mempelawa beberapa ADUN PN yang sebelum ini bersama PH untuk kembali bersama kami (PH) untuk mengekalkan mandat rakyat ketika pilihan raya umum (PRU) lalu,” katanya.

DUN Johor memiliki 56 kerusi dengan agihan terkininya ialah UMNO dan DAP masing-masing 14; BERSATU (12); MIC (dua); PAS (satu); AMANAH (9) dan PKR (empat).

Ia menjadikan kerajaan PN mempunyai 29 kerusi berbanding PH 27 kerusi, manakala majoriti mudah bagi membentuk kerajaan baharu di Johor ialah 29 kerusi.

Khairuddin macam burung hud-hud: Kerajaan laksana undang-undang dua darjat?

 


Naib Presiden AMANAH, Mahfuz Omar mempersoalkan adakah kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada masa ini melaksanakan undang-undang yang berbeza antara menteri dengan rakyat biasa.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu bertanya demikian sebagai reaksi terhadap dakwaan Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin bahawa Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali tidak bersalah berhubung isu perintah kuarantin wajib selepas pulang dari luar negara.

Sebaliknya, dakwa Hashim, kelalaian terletak pada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Luar Negeri.

“Saya minta KKM dan Kementerian Luar menjelaskan, adakah KKM khususnya melaksanakan undang-undang dua darjat?

“Padahal, dakwaan awal Khairuddin dia ke Turki bukan urusan rasmi,” kata Mahfuz.

Terdahulu, Hashim menyifatkan Khairuddin yang merupakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi seperti seekor burung hud-hud dalam kisah Nabi Sulaiman yang membawa keuntungan besar melalui kesalahannya melanggar undang-undang.

Dulu timbalan menteri DAP dikecam, kini pemimpin PN pula pakai ‘baju komunis’


Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong mempersoal tindakan pemimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mengenakan pakaian yang pernah didakwa menyerupai tentera komunis.

Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP itu berkata, beliau sebelum ini difitnah berbuat demikian ketika membuat pemeriksaan kawalan kuarter pada 2018.

“Dulu, saya difitnah kerana pakai baju korporat. Azwanddin pun belum bayar RM40,000 dari kes mahkamah.

“Sekarang pula, pemimpin PN pakai baju yang sama. Dah bukan baju komunis?” sindir Chin Tong lagi.

Dua tahun lalu, Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Datuk Azwanddin Hamzah memuat naik status di Facebook mendakwa Chin Tong dengan sengaja berpakaian seperti seragam komunis.

Walhal, pakaian itu adalah baju korporat rasmi (bush jacket) yang disediakan Kementerian Pertahanan kepada Menteri dan Timbalan Menteri Pertahanan untuk lawatan kerja khususnya membabitkan lawatan ke markas formasi dan kem.

Ekoran itu, Chin Tong memfailkan saman terhadap Azwanddin pada Disember tahun sama selepas Azwanddin pada mulanya enggan memohon maaf terhadap tuduhannya.

Namun, dia kemudiannya membuat permohonan maaf serta berjanji untuk tidak lagi mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Chin Tong dan membayar RM40,000 kepadanya dalam tempoh 90 hari.

Sunday 30 August 2020

Terbukti benar pengkhianat, kini Pas Gundik Umno - Khalid Samad

 


Pas sekarang tidak lebih hanya pengampu Umno dan terbukti benar telah mengkhianati Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini yang menjadi platform kerjasama dengan PKR dan DAP.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad berkata, slogan Pas Ganti Umno (PGU) yang dahulunya tersohor di Terengganu iaitu negeri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekarang adalah sebaliknya.

“Sekurang-kurangnya kita setuju Pas adalah ‘pembodek Umno’. Dakwaan AMANAH menjadi khadam DAP tak berasas dan ditolak.

“Yang dipersetujui adalah Pas dah hilang jati diri dan sekarang ini sekadar pembodek Umno.

“PGU bukan lagi Pas Ganti Umno tetapi Pas Geng/Gundik Umno,” tempelak Ahli Parlimen Shah Alam itu.

Beliau berkata demikian dalam ciapannya di Twitter sebagai reaksi terhadap kutukan seorang pengguna media sosial itu yang menganggap menjadi pembodek Umno lebih baik berbanding sebagai khadam kepada DAP.

Dalam masa sama, Khalid turut memberi respons kepada pengguna Twitter, Azmann@mann3636 yang mendesaknya untuk menjawab mengapa keluar dari Pas.

“Keluar Pas kerana Pas ingin bersama Umno dan khianat PR. Dulu dikatakan fitnah. Sekarang jelas terbukti benar,” jelasnya.

Untuk rekod, Muktamar Dewan Ulama Pas pada 3 Jun 2015 sebulat suara meluluskan usul tergempar iaitu membatalkan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan DAP dan memutuskan hubungan dengan parti itu.

Muktamar Tahunan Pas ke-61 kemudiannya menerima usul tersebut tanpa dibahas sebaliknya akan dikaji di peringkat Majlis Syura dan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

Pemilihan Pas pada ketika itu juga menyaksikan dominasi golongan ulama dalam semua jawatan tertinggi dengan semua Jawatankuasa Pas Pusat, Dewan Muslimat, Dewan Pemuda dan Dewan Ulama bukan terdiri daripada golongan pro-PR.

Lim Guan Eng sokong kenaikan bantuan JKM, tetapi gesa kerajaan lanjut tempoh moratorium


 

PETALING JAYA: DAP menyokong cadangan kenaikan bantuan bulanan kebajikan masyarakat kepada RM1,000, tetapi menggesa kerajaan melanjutkan tempoh moratorium pembayaran balik pinjaman bank selama 6 bulan lagi.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pandemik Covid-19 mewujudkan keperluan meminjam lebih banyak wang bagi mengeluarkan Malaysia secepat mungkin daripada kemelesetan ekonomi.

“Malaysia mencatatkan prestasi ekonomi tercorot di rantau Asean dengan pengucupan KDNK sebanyak 17.1% untuk suku tahun ke-2 tahun ini.

“Dengan kadar pengangguran yang tinggi pada 4.9% bersamaan dengan 773,200 orang menganggur pada Jun, jumlah penerima bantuan kebajikan masyarakat dijangka meningkat kepada 1 juta orang berbanding 500,000 sebelum ini pada 2018 apabila kadar pengangguran berada di tahap rendah 3.4%.

“Peningkatan jumlah penerima ini dan juga peningkatan bantuan kebajikan masyarakat sebanyak RM1,000 sebulan akan menambah kos keseluruhan kepada RM12 bilion setahun,” katanya.

Lim yang juga ahli Parlimen Bagan berkata, DAP menyokong kenaikan bantuan bulanan kebajikan masyarakat kepada RM1000 sebagai sebahagian peralihan strategik dalam fokus kewangan kerajaan untuk menyuntik dana bagi menyelamatkan kehidupan, pekerjaan dan perniagaan rakyat Malaysia.

Semalam Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengusulkan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang ketika ini berjumlah RM200 dan RM300 dinaikkkan kepada RM1,000 untuk keluarga yang layak.

Muhyiddin berkata, beliau akan mengemukakan cadangan itu dalam mesyuarat Kabinet minggu depan.

Dalam pada itu Lim berkata, jika Muhyiddin sanggup mempertimbangkan peningkatan perbelanjaan kebajikan masyarakat daripada RM1.7 bilion pada 2018 kepada RM12 bilion bagi membantu 1 juta rakyat Malaysia, maka tiada masalah untuk membelanjakan tambahan RM6.4 bilion untuk melanjutkan moratorium.

Beliau berkata, lanjutan moratorium, sama ada dibiayai oleh bank atau oleh kerajaan sendiri, akan dapat membantu 8 juta rakyat dan syarikat Malaysia, yang lebih besar jumlahnya.

“Demi membantu 32 juta rakyat Malaysia, satu suntikan dana tambahan RM45 bilion diperlukan untuk satu lagi pusingan pakej ransangan yang akan menyelamatkan pekerjaan dan perniagaan rakyat Malaysia.

“Tindakan melanjutkan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) sehingga 31 Disember akan memberikan kesan buruk terhadap ekonomi negara dan sepatutnya perlu disekalikan dengan suntikan dana tambahan RM45 bilion,” katanya.

Pada 29 Julai Putrajaya bersetuju melaksanakan lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar yang lebih bertumpu, khusus untuk golongan yang benar-benar memerlukan, seperti individu yang kehilangan pekerjaan dan belum mendapat pekerjaan baru.

Kerajaan berusaha mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi sebahagian rakyat yang masih memerlukan bantuan selepas tempoh moratorium 6 bulan berakhir pada September.

PH dan sekutu perlu bersatu hadapi polisi ‘khianat, rompak, jual agama’

 


Pembangkang perlu bersatu sebagai penyemak dan pengimbang kepada pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekarang yang dilihat mengamalkan dasar ‘khianat, rompak dan jual agama’.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad berpendapat pembangkang berhadapan dengan tiga unsur negatif terbabit di sebalik penyatuan Bersatu, Umno dan Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Perak.

“Keputusan (PRK DUN) Slim menunjukkan kerjasama ‘Bersatu-Umno-Pas’ amat berpotensi menguasai politik negara.

“Kesatuan atas dasar ‘khianat, rompak dan jual agama’ kali pertama dihadapi dan untuk menghadapinya kita juga perlu bersatu,” tegasnya dalam ciapan di Twitter beliau hari ini.

Untuk rekod, blok pembangkang pada masa ini terdiri daripada Pakatan Harapan (PH), Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).

Sehubungan itu, Khalid menyeru agar pembangkang mengambil perhatian serius berhubung penyatuan blok oposisi dalam menentang penguasaan Bersatu-Umno-Pas.

“Jangan dipandang remeh dan peranan setiap pihak diperlukan,” kata Ahli Parlimen Shah Alam tersebut.

Beliau turut mengulas dakwaan pihak tertentu kononnya kekalahan calon Bebas, Amir Khusyairi Tanusi, 38, yang mewakili Pejuang sebagai bukti penolakan rakyat serta hilangnya daya tarikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Sebenarnya ia membuktikan pembangkang perlu bersatu dan usaha menunjukkan kelemahan sesama sendiri hanya menguntungkan PN.

“Tiada yang boleh bersendirian. Rapatkan saf seperti semasa PRU-14,” ujar bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu lagi.

Saturday 29 August 2020

Penyatuan Anwar, Mahathir bangkit gelombang baru rakyat

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Perak malam tadi menyaksikan sudah tiba masanya untuk Pakatan Harapan (PH) dan semua parti pembangkang kembali ke meja rundingan dan memperkukuhkan kekuatan.

Jumlah undi 2,115 yang diperolehi calon bebas Amir Khusyairi Mohamad Tanusi agak signifikan jika diukur kekuatan jentera calon bebas berbanding jentera BN.

Slim adalah kawasan majoriti 75 peratus Melayu Melayu. Undi yang diperolehi Amir Khusyairi menunjukkan pengaruh Tun Mahathir masih relevan dalam kalangan Melayu terutama di luar bandar.

Dalam keadaan di mana pembangkang melawan kerajaan Melayu Islam di Slim, tidak dinafikan demografi Slim memberikan kelebihan kepada BN.

Namun, undi atas premis perkauman ini tidak semestinya kekal lama jika isu ekonomi mula menjadi isu utama rakyat terutama pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan selepas rakyat berhadapan kesan pandemik Covid-19 kelak.

Oleh sebab itu, penyatuan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan Tun M serta semua parti pembangkang akan membangkitkan gelombang baru di kalangan rakyat.

Biasanya, rakyat tertarik dengan gelombang baru dan sebab itu sejarah pilihan raya lalu menyaksikan undi diperolehi pembangkang meningkat setiap kali wujud gelombang baru seperti gelombang reformasi tahun 98 dan gelombang kerjasama PH dan Tun M PRU lepas.

MN atau PN adalah gabungan baru yang mungkin menjadi daya tarikan baru rakyat. Oleh itu, tidak mustahil kerjasama erat DSAI dan Tun M akan mewujudkan gelombang baru yang boleh menarik sokongan rakyat pelbagai kaum dan segmen kerana masing-masing mempunyai kekuatan masing-masing.

Dalam politik, mengurangkan musuh dan meramaikan kawan adalah penting, selain prinsip musuh kepada musuh adalah kawan.

Justeru, PH dan pasukan Tun M dengan kekuatan parti baru Pejuang mempunyai musuh politik yang sama iaitu PN, dan seharusnya kerjasama dimulakan dan diperkukuhkan kerana inilah ramuan kemenangan PH pru lepas.

Kerajaan lanjut PKPP tanpa lanjutkan morotarium – soal Lim Guan Eng

 


Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng mempersoalkan pelanjutan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) yang diumumkan semalam tanpa sebarang pakej bantuan ekonomi tambahan.

“DAP meluahkan rasa terkejut (apabila kerajaan) melanjutkan PKPP tanpa lanjutan morotarium pinjaman bank selama enam bulan dan tambahan peruntukan RM45 billion dana ekonomi Covid-19.

“Ini akan memberi kesan buruk kepada usaha menyelamatkan pekerjaan di Malaysia, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan kini pengeluar,” kata dalam satu kenyataan hari ini.

“Perdana Menteri Muhyiddin Yassin perlu sedar lanjutan PKPP akan memberikan akibat ekonomi yang negatif yang perlu dikurangkan dengan bantuan kewangan.

“Jaminan bahawa wabak Covid-19 terkawal akan lebih menggembirakan pekerja dan perniagaan kecil jika langkah kewangan juga diumumkan untuk meningkatkan ekonomi kita dari kemelesatan semasa,” katanya lagi.

Dalam perutusan khas semalam, Muhyiddin berkata penularan wabak Covid-19 di Malaysia pada tahap terkawal namun kerajaan masih memerlukan mekanisme undang-undang untuk meneruskan usaha-usaha mencegah dan mengawalnya.

“Justeru, demi kepentingan saudara-saudari sekalian, kerajaan telah memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020,” katanya.

Lim yang juga merupakan Anggota Parlimen Bagan turut mengingatkan Muhyiddin bahawa lebih 41 peratus pengilang Malaysia telah berkata bahawa perniagaan mereka hanya mampu bertahan sehingga hujung tahun ini susulan kerugian akibat penguatkuasaan PKP.

“Kadar pengganguran 4.9 peratus pada Jun adalah masih tinggi dan fakta tersembunyi bahawa ramai yang bekerja di bawah kelulusan dan kemahiran (underemployed), dan profesional seperti juruterbang perlu membuat kerja selain memandu kapal terbang,” katanya lagi.

Lim juga membangkitkan laporan Jabatan Statistik Malaysia pada April lalu bahawa 84 peratus pekerja swasta mengalami potongan gaji serta dapatan Bank Negara bahawa ketika suku kedua, gaji sektor swasta menurun 5.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Situasi ini akan jadi lebih teruk tanpa pakej stimulus kerajaan, subsidi gaji dan moratorium pinjaman. Jelas tambahan RM45 billion diperlukan untuk dana RM45 billion sedia ada (jumlah RM90 billion) untuk menyelamatkan bukan sahaja pekerjaan di Malaysia dan PKS tetapi juga pengeluar,” katanya lagi.

Lim juga berkata kerajaan perlu melanjutkan moratorium pinjaman bank untuk enam bulan lagi.

Katanya, lapan juta rakyat Malaysia dan syarikat telah mendapat faedah daripada moratorium sebelum ini, yang melibatkan nilai RM74.3 billion.

“Lanjutan moratorium enam bulan lagi selepas ia tamat pada 30 September ini hanya akan membuatkan bank menanggung lagi RM6.4 bilion (nilai pinjaman yang ditangguh bayarannya).

“Industri perbankan boleh menanggung RM6.4 bilion kerana mendapat faedah cukai RM32 bilion tahun lalu. Jika industri itu enggan menanggung kos itu, kerajaan perlu mengeluarkan RM6.4 billion,” katanya lagi.


Azmin dan Zuraida gelabah pendedahan ‘direct nego’

 


Zuraidah Nampaknya dah Gelabah.. Bukan hanya Zuraidah, Hatta Azmin pun sejak pendedahan itu di Parlimen.. Bagi aku banyak lagi projek boleh dikaitkan dengan Zuraidah..Cuma kali ini ia kantoi sebab kelulusan itu datang dari Kementerian Kewangan.. Yg diluluskan peringkat Kementerian..Kita tak tahu lagi.. Jat Kapitalis dan Pemaju Hartanah dapat laba kita tak tau lagi…

Setelah kantoi sebelum ini nafikan ada projek Runding terus.. Lepas tu Kantoi kononnya dia tak tahu menahu tentang Projek..Last last salahkan Lim Guan Eng.. apa kena mengena dengan Lim Guan Eng.. ? Itu projek KPKT.. kalau berani Dedah lah semua Dokumen..

Bila perlukan kelulusan Kementerian Kewangan, Mana mana Menteri dan Kementerian hatta Syarikat pun kena berunding dan hantar Proposal pada Kementerian Kewangan.. Hatta Kelulusan peruntukan Khas Tahfiz dan SAR( Sekolah Agama rakyat) pun kena jumpa dan diluluskan Lim Guan Eng..

Kalau ada unit EPU luluskan Peruntukan bina Masjid pun kena kelulusan Lim Guan Eng..hatta nak terbitkan Hutang atau SUKUK Tabung Haji pun kena minta kelulusan melalui kementerian Kewangan.. sebab dia jaga hal ehwal Kewangan..

bab urusniaga, Projek atau tender itu urusan kementerian..Sebab dia Menteri Kewangan… Bila ada harga tak munasabah.. Menteri akan minta Kaji balik..tu perkara biasa..

Kajian semula nilai Projek Itu berlaku dalam kes ECRL.. Kes projek pembinaan Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa 2 (KVDT 2) yg dikaitkan zaman BN pun perlu dapat lampu Hijau dari Kementerian Kewangan untuk kaji balik nilai Projek…

Untuk Mudah Faham macam ni.. Ko ada Kertas Kerja.. nak Buat Loan atau pinjaman di Bank, Samamda ko sebagai Syarikat Pemaju.. Ko Pengedar Kereta.. Bila ko bawa kes Client ko ke Bank.. Bank akan lihat Dokumen yang diberikan.. geran kereta yang ko bawa…samada ko tipu spek rumah dan spec kereta dan berpakat dengan pelanggan ko..Mana Pegawai Bank tu tahu…

Sebagai contoh..Ko hantar Dokumen beli Kereta spec Premium.. atau tipu valuation rumah dan hartanah ko..Mana Pegawai Bank tu tahu.. Depa hanya baca dan lihat dokumen ko bagi.. Bukan pegawai bank tu turun tengok jenis Kereta..atau lawat rumah ko..Dia tentukan Peratusan Pinjaman yang boleh Bank bagi berdasarkan Dokumen Ko..

Orang jahat memang selalu takut.. Selalu bagi jawapan tak tahu macam Najib..Kejap tahu..kejap tak.. hakikatnya tersebar lawatan Tapak dan hubungan ko dengan Syarikat tu..mcm gambar Najib ngan Jho Low lah.. Jadi bila Najib bagi pinjaman mudah dari KWAP.. Ahli dan Lembaga Pengarah KWAP tak Salah..Najib ngan Jho Low Lah menipu..

Jadi Faham tak… Alhamdulillah akhir nya Allah zahirkan wajah sebenar Zuraidah ngan Azmin.. Memang tak guna pun depa ni..

Ipohmali

Lim Guan Eng persoal kerajaan lanjut PKPP tanpa tambah bantuan ekonomi



Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng mempersoalkan pelanjutan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) yang diumumkan semalam tanpa sebarang pakej bantuan ekonomi tambahan.

"DAP meluahkan rasa terkejut (apabila kerajaan) melanjutkan PKPP tanpa lanjutan morotarium pinjaman bank selama enam bulan dan tambahan peruntukan RM45 billion dana ekonomi Covid-19.

"Ini akan memberi kesan buruk kepada usaha menyelamatkan pekerjaan di Malaysia, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan kini pengeluar," kata dalam satu kenyataan hari ini.

"Perdana Menteri Muhyiddin Yassin perlu sedar lanjutan PKPP akan memberikan akibat ekonomi yang negatif yang perlu dikurangkan dengan bantuan kewangan.

"Jaminan bahawa wabak Covid-19 terkawal akan lebih menggembirakan pekerja dan perniagaan kecil jika langkah kewangan juga diumumkan untuk meningkatkan ekonomi kita dari kemelesatan semasa," katanya lagi.

Dalam perutusan khas semalam, Muhyiddin berkata penularan wabak Covid-19 di Malaysia pada tahap terkawal namun kerajaan masih memerlukan mekanisme undang-undang untuk meneruskan usaha-usaha mencegah dan mengawalnya.

“Justeru, demi kepentingan saudara-saudari sekalian, kerajaan telah memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020,” katanya.

Lim yang juga merupakan Anggota Parlimen Bagan turut mengingatkan Muhyiddin bahawa lebih 41 peratus pengilang Malaysia telah berkata bahawa perniagaan mereka hanya mampu bertahan sehingga hujung tahun ini susulan kerugian akibat penguatkuasaan PKP.

"Kadar pengganguran 4.9 peratus pada Jun adalah masih tinggi dan fakta tersembunyi bahawa ramai yang bekerja di bawah kelulusan dan kemahiran (underemployed), dan profesional seperti juruterbang perlu membuat kerja selain memandu kapal terbang," katanya lagi.

Lim juga membangkitkan laporan Jabatan Statistik Malaysia pada April lalu bahawa 84 peratus pekerja swasta mengalami potongan gaji serta dapatan Bank Negara bahawa ketika suku kedua, gaji sektor swasta menurun 5.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.

"Situasi ini akan jadi lebih teruk tanpa pakej stimulus kerajaan, subsidi gaji dan moratorium pinjaman. Jelas tambahan RM45 billion diperlukan untuk dana RM45 billion sedia ada (jumlah RM90 billion) untuk menyelamatkan bukan sahaja pekerjaan di Malaysia dan PKS tetapi juga pengeluar," katanya lagi.

Lim juga berkata kerajaan perlu melanjutkan moratorium pinjaman bank untuk enam bulan lagi.

Katanya, lapan juta rakyat Malaysia dan syarikat telah mendapat faedah daripada moratorium sebelum ini, yang melibatkan nilai RM74.3 billion.

"Lanjutan moratorium enam bulan lagi selepas ia tamat pada 30 September ini hanya akan membuatkan bank menanggung lagi RM6.4 bilion (nilai pinjaman yang ditangguh bayarannya).

"Industri perbankan boleh menanggung RM6.4 bilion kerana mendapat faedah cukai RM32 bilion tahun lalu. Jika industri itu enggan menanggung kos itu, kerajaan perlu mengeluarkan RM6.4 billion," katanya lagi.

Anthony Loke sangkal tuduhan Menteri PN




Mantan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dilemparkan oleh Datuk Seri Wee Ka Siong berhubung isu projek Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT 2) semalam.

Ahli Parlimen Seremban itu menegaskan, Menteri Pengangkutan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) itu telah memutar-belitkan fakta yang sebenar.

Fakta pertama

Fakta pertama, jelas Anthony, Kementerian Pengangkutan tidak pernah melantik Opus Consultants sebagai perunding bebas dalam projek tersebut pada tahun 2018.

Sebaliknya kata beliau, Opus Consultants hanya membentangkan laporan mereka kepada Kementerian Pengangkutan untuk rujukan secara sukarela tanpa apa-apa obligasi daripada Kementerian Pengangkutan.

“Laporan tersebut bukan laporan rasmi yang lengkap dan hanya berdasarkan maklumat-maklumat yang diketahui umum,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Fakta kedua

Anthony berkata, beliau telah memaklumkan kepada Kabinet pada mesyuarat Jemaah Menteri pada 19 September 2018 bahawa Kementerian Pengangkutan telah mendapatkan anggaran penilaian daripada pihak ketiga.

Tambahnya, kos projek didapati mampu dikurangkan kepada RM3 hingga 3.5 billion sekiranya ditender semula.

Sehubungan itu, Kementerian Pengangkutan ujarnya, mencadangkan supaya kontrak dengan Syarikat Dhaya Maju LTAT dibatalkan dan ditender semula dengan kaedah tender terbuka.

“Mesyuarat Kabinet pada hari tersebut telah memutuskan untuk membatalkan kontrak dengan DM-LTAT,” katanya.

Petang semalam, Ka Siong dilaporkan mengumumkan bahawa projek KVDT 2 akan dibuka untuk ditender semula kerana mendapati kos projek tersebut masih terlalu tinggi walaupun Kerajaan PH telah mengurangkan 15 peratus daripada kos asal yang dipersetujui oleh Kerajaan BN.

Dalam kenyataan tersebut, beliau menuduh bahawa pada bulan Oktober 2018, perunding yang ditugaskan oleh kementerian, Opus Consultants telah mengemukakan Laporan Kajian Profesional yang menyimpulkan bahawa kos projek tersebut dianggarkan hanya RM3.398 billion berdasarkan skop kerja DM-LTAT yang asal dan kononnya, maklumat tersebut tidak pernah dimaklumkan kepada Kabinet pada masa itu.

Mengulas lanjut, Anthony berkata, Ka Siong boleh mendapatkan pengesahan terhadap fakta tersebut melalui cabutan Minit Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 19 September 2018.

“Beliau perlu memohon maaf terhadap saya di atas tuduhan yang tidak berasas tersebut,” katanya.

Menurutnya, Jemaah Menteri pada 5 Julai 2019 memutuskan untuk meneruskan projek tersebut dengan pengurangan kos sebanyak 15 peratus.

Pertimbangan yang terbesar katanya, adalah implikasi perundangan di atas pembatalan kontrak tersebut yang telah pun dipersetujui pada 4 April 2018 dan kemungkinan pampasan yang besar perlu dibayar oleh kerajaan.

Tambahnya, persoalan yang sepatutnya ditanya oleh Ka Siong ialah mengapa rakannya, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang merupakan mantan Menteri Pengangkutan semasa projek ini diluluskan, tidak mendapatkan penilaian pihak ketiga sebelum meluluskan kontrak tersebut?

“Kesimpulannya ialah bahawa pada hari ini, Menteri Pengangkutan MCA telah membatalkan projek KVDT2 yang diluluskan terdahulu oleh mantan Menteri Pengangkutan MCA.

“Ini kerana Menteri Pengangkutan MCA bersetuju bahawa kos asal yang diluluskan oleh mantan Menteri Pengangkutan MCA adalah terlalu tinggi!” katanya. — Roketkini.com

Tamrin jawab Zuraida: Jangan salahkan orang lain atas kegagalan sendiri

 


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin tidak seharusnya meletakkan kesalahan kepada pihak lain atas kegagalan dirinya sendiri, kata Tamrin Ghaffar.

Tamrin membalas kenyataan Zuraida yang mendakwa projek rundingan terus yang dianugerahkan kementeriannya ketika pentadbiran PH dimulakan dan diluluskan sendiri oleh menteri kewangan ketika itu, Lim Guan Eng.

Zuraida merujuk projek Sisa Pepejal Taman Beringin bernilai kira-kira RM170 juta kepada syarikat Bumi Segar Indah, yang mana Tamrin merupakan penasihatnya.

Bagaimanapun Tamrin bekata mustahil Zuraida selaku menteri tidak tahu langsung berkenaan perkara itu dan Kementerian Kewangan hanya bertindak mengikut syor Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Sebagai seorang menteri sepatutnya dia tidak membabitkan dan menyalahkan pihak lain di atas kegagalannya.

“Saya serahkan kepada peguam saya untuk tindakan seterusnya,” katanya yang juga anak bekas timbalan perdana menteri Ghaffar Baba, dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan semalam, Zuraida berkata hasil siasatan mendapati Tamrin - yang disifatkannya sebagai penyokong tegar PH - telah mewakili syarikat Bumi Segar Indah telah bertemu Lim pada 28 Nov 2018.

"Pada pertemuan inilah Lim bukan sahaja membincangkan tentang rundingan semula projek ini malah bersetuju untuk mengurangkan kos tipping fee 10 peratus lebih rendah daripada kos asal, kononnya sebagai penjimatan untuk kerajaan.

"Lim kemudian menasihatkan Bumi Segar Indah untuk menghubungi KPKT bagi membentangkan kertas cadangan formal.

"Seterusnya, projek tersebut diluluskan oleh Kementerian Kewangan di bawah YB Lim Guan Eng dengan surat bertarikh 20 Februari 2019 dari Kementerian Kewangan kepada Ketua Setiausaha KPKT," katanya.

Terdahulu, Lim menyatakan Zuraida antara menteri ketika pentadbiran PH yang terlibat dalam pemberian kontrak tanpa tender terbuka, berdasarkan senarai 101 kontrak bernilai RM6.61 bilion yang dinyatakan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

'Tambah kompaun Khairuddin sebelum naikkan denda Covid-19' - Teresa Kok

 


Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata, kadar kompaun bagi mereka yang melanggar peraturan Covid-19 tidak boleh dinaikkan kecuali ia turut dikenakan kepada Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali yang sebelum ini melanggar kuaranti selepas kembali dari luar negara.

"Semalam Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa dia menyokong kenaikan denda 'sekurang-kurangnya dua hingga tiga' kali lebih tinggi daripada kompaun semasa untuk kesalahan melanggar peraturan Covid-19.

"Pengumuman ini membuat saya tertanya-tanya adakah ia akan diterapkan secara menyeluruh, termasuk terhadap Khairuddin, yang jelas melanggar peraturan kuarantin," kata Kok dalam satu kenyataan hari ini.

Muhyiddin mengatakan semalam bahawa dia menyokong menaikkan kompaun dengan "sekurang-kurangnya dua atau tiga kali" dari RM1,000 sekarang.

Dia mengatakan undang-undang perlu dipinda sebelum hukuman dapat ditingkatkan.

Kok berkata, pengumuman ini mencerminkan kurangnya rasa simpati dan pilih kasih yang diamalkan.

"Perdana menteri nampaknya tidak peduli dengan akibat buruk terhadap sebahagian besar rakyat yang mengalami masalah kewangan.

"Selain itu, Muhyiddin juga tidak peduli dengan kemungkinan bahawa kenaikan denda tidak dapat dielakkan akan mendorong berlakunya amalan rasuah oleh beberapa pegawai penguat kuasa yang tidak bertanggungjawab dalam menjalankan tugas mereka, memandangkan kriteria penguatkuasaan selalu subjektif," katanya.

Pemipin DAP itu mengatakan pelanggaran kuarantin oleh Khairuddin menundang banyak kritikan dari masyarakat kerana hukuman yang bersifat pilih kasih.

"Sekiranya (Muhyiddin) masih berkeras untuk meningkatkan denda yang dikenakan, maka dia harus terlebih dahulu memastikan Khairuddin dikenakan denda dua hingga tiga kali lebih tinggi daripada denda semasa yang dikenakan kepadanya.

"Dia sekarang harus mengarahkan Peguam Negara untuk meminta semakan denda RM1,000 yang telah dijatuhkan kepada menteri itu atas kesalahan serius, segera," katanya.

Fokus kembalikan mandat, jangan sampai terlupa pada rakyat

 


Ketua Wanita PKR, Fuziah Salleh mengingatkan agar Pakatan Harapan (PH) tidak mengabaikan rakyat dalam usaha untuk mengembalikan semula mandat dan pilihan rakyat.

Beliau menganggap apa yang paling penting ketika ini bagi PH adalah untuk memastikan kepentingan rakyat terjaga.

Biarpun begitu menurutnya, perancangan mengambil semula kuasa Persekutuan perlu berjalan seiring dengan kebajikan rakyat yang semakin merundum di tengah pandemik Covid-19.

“Kita tak nafikan ada kemungkinan kita akan ada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lebih awal, jadi kita buat juga persiapan. Kita tak menolak usaha mengembalikan mandat rakyat.

“Tapi fokus kita mesti membela nasib rakyat dan jadi juru bicara isu masalah mereka. Jangan hari-hari bercakap nak kembalikan mnadat rakyat sehingga kita lupa tentang rakyat itu sendiri.

“Jadi pendekatan kita mesti multi dimensi agar hati tak lari dari membela rakyat,” katanya dalam sesi wawancara khas bersama Malaysia Dateline.

PH kukuh, rai kesepakatan dalam kepelbagaian

Sementara itu, Fuziah menganggap Pakatan Harapan (PH) masih kukuh biarpun ketika ini Tun Dr Mahathir Mohamad memilih untuk membangunkan partinya sendiri iaitu Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Menurutnya, apa yang penting adalah kesepakatan antara parti untuk berjuang menentang parti kleptokrat.

Ujarnya lagi, dengan pengumuman bekas Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mahu menubuhkan partinya sendiri, ianya sama sekali tidak menjejaskan oleh kerana kesepakatan dalam kepelbagaian yang diamalkan.

Bahkan katanya, ketika ini PH masih mendapat angka ‘solid’ di dalam Parlimen melalui beberapa siri undian yang dibuat di dalam Dewan Rakyat baru-baru ini.

“Saya lihat ini sebagai kesepakatan dalam kepelbagaian.

Kalau tengok waktu kita undi, kita solid dari segi jumlah iaitu 109.

“Kita sepakat menentang kleptokrat. Menentang kerajaan yang sepatutnya tidak berada di situ dan tidak mendapat mandat rakyat. Kerajaan yang bersekongkol dengan pemimpin yang rasuah.

“Kita sepakat. Jadi kita rasa kita raikan kepelbagaian selagi mana kita bersetuju untuk menentang korupsi,” katanya lagi.

Friday 28 August 2020

Lim cabar Zafrul: Dedah juga projek rundingan terus semasa BN, PN

 

Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini mencabar penggantinya supaya turut menyenaraikan semua projek kerajaan yang dianugerahkan melalui proses rundingan terus semasa era pentadbiran BN dan pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional ketika ini.

Ini susulan selepas Tengku Zafrul Abdul Aziz mendedahkan senarai 101 projek tender secara langsung bernilai RM6.61 bilion yang menurutnya diluluskan oleh kerajaan Pakatan Harapan, dengan Lim sebagai menteri kewangan yang bertanggungjawab.

Lim semalam memberi butiran bagi membuktikan senarai yang dikeluarkan oleh Zafrul itu tidak berasas dan hari ini mendesak senator tersebut supaya tidak pilih kasih dengan hanya mendedahkan projek-projek semasa pentadbiran PH.

Dia juga membidas SPRM, yang menurutnya hanya ingin meneliti projek yang diluluskan oleh PH.

“Zafrul harus dedar projek rundingan terus zaman BN dan penting sekali yang dilulus beliau sendiri dalam PN.

“Buktikan semua projek rundingan terus yang diluluskan beliau sendiri adalah teratur dan berkepentingan awam. Biar rakyat nilai sendiri.

“Jangan ada double standard seperti SPRM yang hanya berhasrat mengkaji projek rundingan terus PH tetapi bukan BN atau PN. Biar fakta berbicara sendiri,” kata Lim pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur pagi ini.

Menurut Lim semasa PH menjadi kerajaan, pengagihan projek melalui rundingan terus hanya merangkumi 0.07 peratus daripada keseluruhan tender dikeluarkan.

Pada masa sama dia meragui hal sebegitu berlaku sewaktu BN atau PN berkuasa.

Piala Dunia 2018: Kerajaan PH tak bayar sesen, jana untung RM3.3 juta

 

Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng menggesa Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menggugurkan kos siaran langsung Piala Dunia 2018 sebanyak RM29.9 juta daripada senarai projek rundingan terus (RT) Pakatan Harapan (PH).

Tegas Guan Eng, ia tidak boleh dikira sebagai projek RT kerana Sports Media & Distributor adalah pemegang tunggal hak penyiaran Piala Dunia 2018.

Malah katanya, kerajaan PH tidak membayar sesen pun bagi siaran langsung itu kerana ia ditanggung sepenuhnya oleh syarikat penerbangan, AirAsia dan syarikat telekomunikasi, Maxis.

Tambahnya, kerajaan PH turut menjana keuntungan RM3.3 juta melalui hasil iklan dan tajaan untuk siaran tersebut dan telah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. 

“Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang menyoalkan pihak kami tentang bayaran RM29.9 juta kepada Sports Media & Distributor, patut mendesak Zafrul untuk mengugurkan kos penyiaran RM29.9 juta daripada senarai projek RT.

“Sekiranya kedua-dua Menteri itu masih tidak faham, saya terangkan sekali lagi: AirAsia dan Maxis bayar RTM, RTM bayar Sports Media & Distributor. 

“Menteri Komunikasi Dan Multimedia ketika itu, Gobind Singh Deo telah mengumumkan bahawa tidak ada satu sen pun dibayar oleh pihak kerajaan.

“Sebaliknya kerajaan mendapat untung RM3.3 juta hasil iklan dan tajaan untuk siaran tersebut dan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan,” ujarnya. 

Pembangkang dan pemerhati politik melihat isu projek RT dibangkitkan sebagai percubaan kerajaan Perikatan Nasional untuk mengambarkan PH kononnya tidak memenuhi janji manifesto.

Namun, PH tidak pernah berjanji untuk menghapuskan pemberian kontrak secara langsung.

Sebaliknya, perkara 23 manifesto pilihan raya PH berjanji akan melaksanakan proses tender terbuka seluas mungkin. — Roketkini.com

Thursday 27 August 2020

Menteri Pas dirakam keterangan oleh Polis

 

Polis telah merakam keterangan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan beberapa saksi berhubung kegagalan menteri itu mematuhi kuarantin wajib di rumah setelah pulang dari Turki pada Julai lepas.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata keterangan Mohd Khairuddin diambil pada 8.30 malam tadi di Bukit Aman bersama beberapa saksi lain bagi membantu siasatan.

Menurutnya proses berkenaan yang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USTJ) Bukit Aman selesai kira-kira 11.30 malam tadi.

“Kita sudah merakam percakapan beliau dan beberapa saksi lain. Jika perlu kita akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan,” katanya kepada Bernama.

Beliau juga berkata setakat ini pihaknya menerima 27 laporan polis dari seluruh negara berhubung perkara itu.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata isu mengenai Ahli Parlimen Kuala Nerus itu telah diserahkan kepada polis untuk disiasat.

Mohd Khairuddin dikenakan kompaun RM1,000 pada 7 Ogos lepas atas kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador pula dilaporkan mengesahkan pihaknya telah membuka kertas siasatan terhadap Mohd Khairuddin yang gagal mematuhi kuarantin wajib di rumah setelah pulang dari Turki pada 7 Julai lepas.

- Bernama

Tubuh RCI siasat kontrak rundingan terus sepanjang 10 tahun lepas – Lim Kit Siang

 


Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat 28 Ogos 2020:

Seruan untuk satu Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat semua perjanjian rundingan terus dalam sepuluh tahun yang lepas, daripada tahun 2010 sehingga 2020, merangkumi ketiga-ketiga kerajaan Barisan Nasional, Pakatan Harapan, dan Perikatan Nasional

Rakyat Malaysia perlu berterima kasih kepada Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz yang telah mendedahkan isu perjanjian rundingan terus walaupun niat asal beliau mungkin berbeza, memandangkan perkara ini bermula sebagai satu permainan politik di Parlimen yang ditujukan kepada kerajaan Pakatan Harapan dengan tujuan untuk menuduh kerajaan tersebut sebagai sebuah kerajaan yang tidak berintegriti dalam menguruskan hal ehwal kewangan negara. 

Namun begitu, strategi Tengku Zafrul telah memakan diri dan kerajaan Perikatan Nasional apabila senarai 101 projek runding terus bernilai RM6.61 bilion ini telah menjadi bukti paling kuat — walaupun tidak sempurna — yang kerajaan Pakatan Harapan telah mentadbir negara selama 22 bulan dengan jauh lebih baik berbanding dengan kedua-dua kerajaan Barisan Nasional mahupun kerajaan “pintu belakang” Perikatan Nasional. 

Jika niat Tengku Zafrul ini ikhlas dan telus, beliau seharusnya memuji kerajaan Pakatan Harapan yang berjaya menjimatkan RM790 juta dalam Fasa 2 projek landasan berkembar Lembah Klang, memotong kos asal perjanjian yang bernilai RM5.625 bilion yang dipersetujui oleh kerajaan Barisan Nasional sehari sebelum Parlimen dibubarkan pada bulan Mac 2018 ini kepada RM4.475 bilion.

Bolehkah Tengku Zafrul memberikan satu contoh di mana kerajaan Perikatan Nasional dan Kementerian Kewangan di bawah pimpinan beliau berjaya menjimatkan negara daripada memperbelanjakan RM790 juta melalui semakan semula mana-mana kontrak yang telah ditandatangani oleh kerajaan Pakatan Harapan?

Daripada cuba menimbulkan persoalan terhadap integriti kerajaan Pakatan Harapan, Tengku Zafrul sepatutnya memuji kerajaan PH. 

Adakah Tengku Zafrul bersedia untuk mendedahkan senarai kontrak-kontrak yang telah dianugerahkan melalui rundingan terus yang telah diluluskan oleh beliau dalam tempoh enam bulan yang lepas selepas pembentukan kerajaan “pintu belakang” Perikatan Nasional untuk membuktikan yang mereka tidak mempunyai apa-apa perkara untuk disorokkan?

Jika beliau tidak mempunyai sebarang masalah dalam mendedahkan senarai kontrak-kontrak rundingan terus bawah kerajaan Pakatan Harapan ini, mengapakah beliau kelihatan seakan-akan malu-malu kucing untuk mendedahkan senarai kontrak-kontrak rundingan terus di bawah kerajaan Perikatan Nasional?

Mantan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, telah mendedahkan yang kerajaan Pakatan Harapan hanya bertanggungjawab terhadap 5.3 peratus daripada keseluruhan RM6.61 bilion kontrak rundingan terus yang telah didedahkan oleh Tengku Zafrul. Ini memandangkan kebanyakkan daripada kontrak-kontrak sejumlah RM6.61 bilion ini adalah warisan peninggalan pemerintahan kerajaan BN.

Kerajaan Pakatan Harapan hanya bertanggungjawab kepada sebahagian kecil (0.07 peratus) daripada semua kontrak-kontrak rundingan terus ini dalam tempoh 22 bulan ia mentadbir, dan hampir kesemuanya berkaitan dengan hal-hal yang tidak dapat dielakkan. 

Mantan Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa, Darel Leiking dan Timbalan Menteri beliau, Ong Kian Ming, telah menunjukkan di dalam kenyataan bersama mereka, empat projek yang bernilai RM8.18 juta (79 peratus daripada sejumlah RM10.4 juta kontrak runding terus yang berlaku di bawah MITI) adalah untuk perbelanjaan yang berlaku semasa pemerintahan Barisan Nasional dalam tempoh tiga bulan sebelum PRU14. Program-program ini adalah Young CEO Summit 2018, Himpunan Usahawan Bumiputera, Jom Niaga Wilayah Utara, dan Mini SDSI (Satu Daerah Satu Industri). 

Adakah Tengku Zafrul bersedia untuk mengaku yang beliau telah diberikan maklumat yang salah?

Guan Eng juga telah mendakwa, merujuk kepada senarai 101 kontrak-kontrak ini, empat orang pimpinan utama Bersatu terlibat dengan kontrak kerajaan yang dianugerahkan tanpa tender terbuka semasa mereka berada di dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan, mereka adalah Perdana Menteri sekarang, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa beliau merupakan Menteri Dalam Negeri PH, Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa Azmin Ali yang merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun.

Adakah Tengku Zafrul akan mengadakan sidang media bersama dengan keempat-empat menteri ini untuk menjelaskan cerita mereka?

Apa-apa pun, masanya telah tiba untuk satu Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menyiasat kesemua kontrak-kontrak rundingan terus yang berlaku dalam tempoh 10 tahun yang lepas, daripada tahun 2010 sehingga 2020 yang merangkumi ketiga-ketiga kerajaan Barisan Nasional, Pakatan Harapan, dan Perikatan Nasional. 

Adakah Tengku Zafrul akan membawa agenda penubuhan RCI ini ke kabinet hari ini, untuk menyiasat kesemua kontrak rundingan terus yang berlaku di bawah ketiga-tiga kerajaan BN, PH dan PN untuk mengumumkan penubuhan RCI ini pada Hari Kebangsaan 31 Ogos ini? — Roketkini.com

Kerajaan PN akan tarik balik pengurangan tol yang dilaksana oleh PH?

 

Kerajaan dalam peringkat akhir kajian semula pengurangan tol lebuhraya PLUS sebanyak 18% yang dilaksanakan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mustapa Mohamed.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat hari ini yang perbincangan itu membabitkan pelbagai pihak, termasuk Kementerian Kewangan dan Kementerian Kerja Raya, Unit Kerjasama Awam Swasta serta pemegang bon.

Beliau berkata, kerajaan PH sebelum ini menyatakan pengguna lebuhraya akan menerima penjimatan RM1.11 bilion hingga 31 Dis 2038, manakala pihak kerajaan mencecah RM43 bilion.

Tony Pua (PH-Damansara) mempersoalkan keperluan mengkaji semula perkara itu memandangkan pelaksanaannya menjimatkan kerajaan dan pengguna.

Beliau berkata, Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof baru-baru ini menyatakan kerajaan ketika ini sedang meneliti impak pengurangan tol dan cadangan untuk pemberian diskaun sama kepada lebuhraya lain juga akan dibincangkan Kabinet.

Mustapa berkata, kajian semula menumpukan usaha menambah baik perjanjian, dengan menambah beliau tidak dapat memberikan maklumat lanjut susulan perbincangan masih berlangsung.

Pengguna kenderaan yang menggunakan lebuhraya diselia PLUS Malaysia Bhd itu menikmati penurunan kadar tol sebanyak 18% sejak 31 Januari.

Lebuh raya terlibat adalah Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Lebuhraya Utara-Selatan, Link Kedua Malaysia-Singapura, Lebuhraya Pantai Barat Fasa 2, Lebuhraya Butterworth-Kulim dan jambatan Pulau Pinang.

Berita penuh: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/08/27/kajian-semula-kurangkan-tol-plus-di-peringkat-akhir-kata-menteri/

Zafrul buktikan PH jauh lebih baik dari BN dan PN

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dicadangkan agar membentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat apa sebenarnya yang berlaku di sebalik projek runding terus yang kini menjadi pendebatan hangat di kalangan rakyat negara ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pula didakwa menghulurkan tengkuknya untuk di sembelih selepas termakan umpan yang berikan kepada beliau.

“Strategi Tengku Zafrul dan Kerajaan Perikatan Nasional telah menyumbat gol sendiri selepas senarai 101 projek runding terus bernilai RM6.61 bilion didedahkan oleh beliau telah menjadi testimoni terbaik untuk membuktikan bahawa kerajaan PH jauh lebih baik dari BN atau kerajaan pintu belakang PN walaupun mempunyai kelemahan di sana sini,” kata veteran DAP, Lim Kit Siang.

Jika Tengku Zafrul jujur, dia akan memuji PH kerana telah berjaya menyelamatkan RM70 juta wang negara melalui Fasa 2 Projek Klang Valley double-tracking apabila membayar hanya RM4.475 billion untuk projek itu berbanding kos asal yang dipersetujui BN sebanyak RM5.265 billion, kata ahli Parlimen Iskandar Puteri itu.

Jangan terjerat dalam persepsi - Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini menulis artikel rencana mengenai Lim Guan Eng. Ahli Parlimen Muar itu menceritakan bagaimana beliau pada usia muda pernah ‘terpesona’ dengan kisah momokan terhadap Guan Eng.

Tulis Syed Saddiq: “Komunis, bersekongkol dengan negara asing dan mencabul hak Melayu. Keseluruhan ayat ini terdengar seperti karya fiksyen: momokan Melayu paling utama.

“Ini adalah dongeng yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi dan saya adalah seorang daripada mereka yang terpesona dengan kisah seperti itu pada usia muda.

“Cerita mengenai seorang ahli politik dari DAP. Cerita mengenai Lim Guan Eng.”

Namun begitu, jelas bekas menteri belia dan sukan itu, setelah bersama Guan Eng dalam perjuangan sama, beliau mula menyedari bahawa bekas menteri kewangan itu sebenarnya tidak begitu mementingkan kuasa.

Sebaliknya, kata Syed Saddiq, Guan Eng adalah seorang negarawan – matlamatnya cuma satu iaitu untuk membina sebuah Malaysia yang lebih baik.

Naratif negatif

Naratif negatif terhadap pemimpin DAP dan DAP secara umumnya, telah wujud dan berada di minda segelintir orang Melayu sejak sekian lama. Ia dipupuk dan disemai pihak tertentu.

Maka, DAP akan digambarkan sebagai ‘the boogeyman’ yang membawa ancaman kepada orang Melayu. Bagi orang Melayu yang menyokong DAP, tindakan mereka akan dipersoalkan, seolah-olah mengkhianati bangsa mereka sendiri.

Dengan itu, keluarlah panggilan-panggilan negatif terhadap mereka. Anak Melayu yang menyokong DAP terus dikecam di media sosial dengan bantuan cybertrooper yang terus menerus memainkan isu tersebut.

Bagi pihak-pihak ini, DAP seolah-olah tidak boleh disertai langsung oleh orang Melayu. Penyertaan politik orang Melayu perlu terhad kepada kumpulan-kumpulan tertentu dan bukannya dalam DAP.

DAP parti pelbagai kaum

Walhal, perlu disedari bahawa DAP  adalah sebuah parti pelbagai kaum yang sah. Ia terbuka keahliannya kepada warganegara Malaysia daripada mana-mana kaum, agama, gender, budaya dan wilayah.

Ideologinya adalah sosial demokrasi.

Menyingkap sejarah, sejak penubuhannya pada 1966, DAP memiliki banyak pemimpin dan calon pelbagai kaum termasuk Melayu. Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1969 iaitu pilihan raya pertama disertainya, sebanyak 10 calon Melayu telah diletakkan oleh DAP.

Daripada 10 calon itu, sembilan adalah untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu untuk Parlimen. Dua daripada mereka berjaya menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Kemudiannya, ramai calon Melayu DAP telah memenangi kerusi DUN serta Parlimen. Pada PRU 2013, DAP meletakkan empat calon Melayu di tiaga kerusi Parlimen (Zairil Khir Johari di Bukit Bendera. Ariff Sabri Abdul Aziz di Raub, Mahdzir Ibrahim di Tanjung Piai) dan satu kerusi DUN Pahang (Tengku Zulpuri Shah Raja Puji di Mentakab).

Selepas itu, DAP meletakkan Dyana Sofya Mohd Daud di pilihan raya kecil Teluk Intan 2014.

Bagi PRU 2018, calon-calon Melayu DAP untuk kerusi DUN ditambah menjadi sembilan. Untuk Parlimen, Tengku Zulpuri bertanding di Raub. Kesemua kerusi kecuali di Pulau Manis, telah dimenangi.

Semua ini membuktikan bahawa DAP sentiasa membuka ruang penyertaan kepada masyarakat pelbagai kaum termasuk orang Melayu. Dan, DAP dari aspek perjuangannya, tidak berjuang kerana kaum atau agama tertentu.

Sehubungan itu, kita jangan sekali-kali terjerat dalam serangan persepsi terhadap DAP ini. Kita perlu pandai mengelakkan diri daripada mengikut rentak pihak terbabit. Sebaliknya, mari bersama-sama berjuang untuk Malaysia yang lebih baik, adil dan harmoni. — Roketkini.com

 

Lim Guan Eng : Siaran langsung Piala Dunia dibayar sepenuhnya penaja

 

Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng berkata rakyat dapat menyaksikan siaran langsung Piala Dunia FIFA 2018 kerana ia ditaja sepenuhnya oleh pihak swasta.

Beliau menjelaskan perkara itu susulan senarai yang memperincikan 101 projek dikatakan diberikan melalui runding terus oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Mengikut senarai dikeluarkan oleh penggantinya Tengku Zafrul Aziz projek itu bernilai RM29.9 juta.

“Itu pun menteri kewangan sengaja jadikan isu sebagai projek rundingan terus PH padahal kerajaan tak perlu bayar 1 sen, malah kerajaan dapat untung bersih RM3.3 juta.

“Takkan dapat tonton Piala Dunia 2018 secara percuma ditambah pula untung RM3.3 juta, pun nak salahkan Lim Guan Eng? katanya melalui catatan di Facebooknya malam ini.

Lim turut berkongsi pautan laporan berita untuk menyokong hujahnya.

Menurut laporan Malaysiakini, Maxis Bhd dan AirAsia Bhd adalah penaja utama siaran langsung kejohanan diadakan di Rusia itu.

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini mempersoalkan kos projek bernilai RM29.9 juta itu dan apa berlaku kepada dana berkenaan.

“Mungkin wang itu digunakan untuk membayar hak siaran langsung melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia, itulah sebabnya ia disenaraikan sebagai perolehan kerajaan,” katanya.

Projek runding terus Kementerian Pertahanan untuk baiki kapal tentera, kata Mohamad Sabu


Bekas Menteri Pertahanan Haji Mohamad Sabu menjelaskan, projek runding terus bekas kementerian beliau yang didedahkan oleh Menteri Kewangan adalah projek pembaikan kapal terbang tentera.

Berucap ketika menyokong calon bebas, Amir Khusyairi di Slim malam tadi, Mohamad berkata, projek ini pula bukan projek baru tetapi hanya lanjutan dari projek yang telah diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum itu.

“Projek RM900 juta ni, baiki kapal terbang. Ia hanya lanjutan dari kerajaan dulu.

“Baiki kapal terbang ni mahal dan tak bolehlah ia dihantar ke sebarang bengkel. Tak bolehlah hantar workshop biasa di Slim ni.

“Kalau Airbus, kita kena hantar kat Airbus. Begitulah juga dengan kapal terbang kita ni, kena hantar balik kepada pembekal dia.

“Jadi kalau nak baiki kapal terbang macam ni, kena masuk dalam tender runding bukan tender terbuka,” kata Mohamad dalam ceramah itu.

Presiden AMANAH itu juga menjelaskan, hanya 0.07% dari kesemua perolehan di bawah kerajaan PH sebelum ini dibuat secara tender runding bukan sebagaimana yang didedahkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz baru-baru ini.

“Dia dah main campur semua. Tender yang kita runding semula dari tender runding yang telah diluluskan pun dia campur masuk,” kata Mohamad dalam ceramah itu.


 

Pusingan-U had PM dua penggal: PN sia-siakan peluang Reformasi

 


Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) mengutuk tindakan kerajaan yang menarik semula Rang Undang-Undang (pindaan) yang meletakkan had tempoh maksima bagi seorang Perdana Menteri memegang jawatan.

Ia susulan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan yang memohon penarikan itu dalam sidang Dewan Rakyat semalam.

Menerusi kenyataan bersama, PH berkata, Perikatan Nasional (PN) mensia-siakan peluang keemasan untuk negara melaksanakan reformasi apabila dengan mudah menarik pindaan yang pernah dicadangkan semasa pentadbiran PH.

“Usaha meminda RUU tersebut demi memastikan seorang individu tidak memegang jawatan Perdana Menteri untuk tempoh terlalu lama yang memungkinkan dia mengambil kesempatan ke atas kedudukan tersebut selama memegang jawatan politik utama negara.

“Ini termasuk kemampuan menutup penyelewengan yang dilakukannya.

“Secara tidak langsung juga, pindaan itu diharap akan dapat memberi peluang kepada lebih ramai pimpinan politik baharu untuk berkhidmat sebagai Perdana Menteri dan menutup kemungkinan budaya pendewaan seseorang pemimpin,” katanya.

Kenyataan tersebut dibuat antara Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abd Samad; Pengara Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil; dan DAP, Liew Chin Tong.

Terdahulu, RUU (Pindaan) (No 2) 2019 itu telah dibentangkan oleh bekas Menteri Undang-undang, Datuk Liew Vui Keong untuk bacaan kali pertama pada 3 Disember tahun lalu.

Ia bertujuan untuk menggantikan perenggan (a) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan untuk mengadakan peruntukan bagi kriteria tambahan berhubung dengan kelayakan ahli Dewan Rakyat untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Melalui pindaan yang dicadangkan itu, seseorang ahli Dewan Rakyat tidak boleh dilantik sebagai Perdana Menteri jika dia pernah memegang jawatan Perdana Menteri bagi tempoh dua penggal Parlimen.

Bagaimanapun, Takiyuddin ketika bangun untuk mencadang berkata, penarikan semula dibuat di bawah Peraturan Mesyuarat 62, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, selepas sesi soal jawab persidangan pagi tadi

Justeru kata PH, sikap pusingan-U yang dilakukan PN ini membuktikan bahawa kerajaan tiada falsafah perjuangan.

Malah katanya, mereka hanya berminat memegang kuasa, dan tidak mempunyai wawasan atau visi yang lebih besar untuk memastikan demokrasi sentiasa subur di bumi Malaysia.

Terima kasih Zafrul, akhirnya kami tahu kesungguhan PH selama ni



Selepas mendengar penjelasan semua mantan Menteri PH tadi.. aku amat bersyukur, hikmah besar dari rencana jahat UMNO dan PAS mainkan isu 101 Projek yang bernilai Rm 6.6 Billion ini.. Cara terbaik Allah zahirkan pentadbiran PH terutama Lim Guan Eng jauh lebih amanah..menepati prisip Al Qawwi Al Amin berbanding pentadbiran yang dikata menjulang prinsip Islam…

Jika semalam perbandingan jumlah procurement atau Perolehan yang terlibat darunding terus adalah 1.4 %.. dari penjelasan menteri, Boleh dikatakan hampir 100% tidak ada runding terus.. Hanya RM 350 Juta bukan dari projek dari zaman BN, mana RM 170 juta adalah kes melibatkan Kementerian Zuraidah.. Tak sampai 0.2%..

Jika ditolak jumlah Kementerian Zuraidah, dan faktor mendesak menepati konsep Dharurah yang dijelaskan.. Maknanya reform kerajaan PH itu berjaya..Jumlah tender terbuka adalah 99.9%… Dalam konteks hukum sedikit itu dimaafkan.. Bagi aku cukup membanggakan.. Dalam kaedah Fiqh disebutkan ..

ما لا يدرك كله لا يترك كله..

“Jika tidak didapati seluruhannya, jangan tinggalkan seluruhnya (semampu kamu).”

Kaedah ini diambil sesuai dengan firman Allah yang selalu disentuh Ds Anwar sendiri..menyentuh pesanan Nabi Syuaib Alaihissalam keatas kaumnya, juga menyentuh soal ekonomi dan..soal Islah( reform)..

إِنْ أُرِيدُ إِلَّا الْإِصْلَاحَ مَا اسْتَطَعْتُ ۚ

“Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku..”

Dalam Islam bukan hanya melibatkan Soal Islah dalam Siyasah, dalam Ekonomi..hatta dalam urusan Ibadah..ada Rukhsah atau keadaan yg dimaafkan.. dalam Ibadah soal kemampuan ini juga diguna pakai , iaitu konsep Kita harus menunaikan hak Allah semampunya (مَا اسْتَطَعْتُمْ)..

Malah aku berterima kasih dengan Tg Zafrul atas sifat telusnya mendedahkan semua senarai projek ini dan tidak menyembunyikan fakta..Kalau projek dan fakta Projek itu disembunyikan, ia akan jauh lebih teruk fitnah itu disebarkan kelompok ruwaibdhah dan Khawarij dari kalangan PAS..

Samaada Tg Zafrul terlibat atau hanya menjadi buah catur UMNO dan PAS memburukkan Lim Guan Eng dan PH dengan soalan Politik bagi menutup kes Takiri atau sebagai modal menghadapi PRK Slim River..aku tak pasti… tetapi tindakan Tg Zafrul tidak menyembunyikan fakta itu amat aku puji..

Tidak siapa menjangkakan..hatta mereka yang cuba kononnya mendedahkan salah laku PH.. dan Akhirnya, Allah zahirkan begitu amanahnya pemimpin PH.. Untuk mencari satu kesalahan Menteri dan Kementerian amat sukar.. apalagi mahu dikaitkan dengan Lim Guan Eng.. jauh lebih jahat mereka yang menuduh Rm 6 billion itu lesap seperti lesapnya duit 1MDB..

Seperti aku katakan, Besar hikmahnya tertubuhnya Kerajaan Khianat tebuk atap ini.. satu persatu Allah Zahirkan kebenaran, lalu menutup pintu fitnah UMNO dan PAS dari mulut dan tindakan mereka sendiri…

Maka benarlah firman Allah..

firman Allah..

وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

“ Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padehal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui…. ”

( Surah Al-Baqarah Ayat 216 )

Ipohmali


Projek rundingan terus PH hanya RM352 juta, kata Lim Guan Eng



KUALA LUMPUR - Pembangkang mendakwa perincian 101 senarai projek rundingan terus kerajaan Pakatan Harapan (PH) seperti yang didedahkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bukan berjumlah RM6.61 bilion, tetapi hanya RM352 juta daripada nilai keseluruhan perolehan kerajaan.

Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kebanyakan projek rundingan terus itu bukan inisiatif baharu daripada PH, tetapi merupakan projek yang diwarisi atau sambungan daripada zaman Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, bezanya, PH telah meneruskan projek-projek tersebut dengan pemotongan kos yang menghasilkan penjimatan yang ketara.

"Apa yang mengejutkan ialah rupa-rupanya projek rundingan terus di bawah inisiatif PH bukanlah RM6.61 bilion seperti yang diwar-warkan tetapi sebenarnya RM352 juta.

"Baki RM6.258 bilion ialah projek yang diwarisi dan sambungan daripada zaman BN yang terpaksa diteruskan oleh PH," katanya pada sidang media di Parlimen di sini hari ini.

Katanya, nilai projek rundingan terus RM6.61 bilion hanya merupakan 1.38 peratus daripada nilai keseluruhan perolehan oleh kerajaan pada 2018 dan 2019.

"Sekiranya hanya nilai projek rundingan terus yang benar-benar di bawah inisiatif PH diambil kira iaitu RM352 juta, ia merupakan hanya 0.07 peratus daripada nilai keseluruhan perolehan kerajaan tempoh itu sebanyak RM477.38 bilion.

"Dalam kata lain, 99.93 peratus daripada jumlah keseluruhan perolehan telah ditawarkan melalui kaedah tender dan bukan rundingan terus. Jelas sekali ia adalah penipuan besar oleh Tengku Zafrul mengatakan PH telah meluluskan RM6.61 bilion rundingan terus," katanya.

Mengulas lanjut, Guan Eng mendakwa, penipuan kedua ialah meletakkan projek pada zaman BN sebanyak RM6.258 bilion sebagai projek rundingan terus kerajaan PH yang hanya berjumlah RM352 juta sahaja untuk menjadikan jumlah kononnya RM6.61 bilion.

"Keraguan kami telah terbukti dengan senarai 101 projek bernilai RM6.61 bilion yang didedahkan oleh Kementerian Kewangan semalam. Pertama sekali, senarai tersebut telah memasukkan lima projek bernilai RM4.48 bilion yang ditawarkan oleh kerajaan BN sebelum PH menjadi kerajaan.

"Projek yang paling mengejutkan ialah projek menaik taraf kemudahan infrastruktur landasan berkembar elektrik di Lembah Klang Fasa 2 (KVDT2). Sebenarnya projek ini telah ditawarkan kepada syarikat tersebut dengan harga RM5.265 bilion oleh kerajaan BN secara rundingan terus," katanya.

Jelasnya, setelah mengambil alih kerajaan, PH mendapati bahawa harga kontrak tersebut terlampau tinggi dan jemaah menteri telah bersetuju untuk membatalkan kontrak tersebut.

"Akan tetapi pihak syarikat kontraktor, sebuah syarikat usaha sama antara Dhaya Maju dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah merayu kepada pihak kerajaan. Setelah rundingan yang menyeluruh, kerajaan PH telah bersetuju untuk meneruskan projek tersebut dengan harga kontrak jauh lebih rendah iaitu RM4.475 bilion.

"Penyelesaian ini juga akan mengelakkan sebarang tindakan mahkamah antara syarikat dengan kerajaan dan mengurangkan sebarang kelewatan ke atas projek jika projek tersebut ditenderkan semula.

"Oleh itu, Menteri Kewangan sepatutnya memuji kerajaan PH kerana berjaya menjimatkan wang rakyat sebanyak RM790 juta," katanya.

Tambah Guan Eng, selain projek tersebut, terdapat empat projek di bawah Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa yang bernilai RM8.18 juta yang telah dijalankan sebelum April 2018 iaitu ketika pentadbiran BN.

"Hanya lima projek daripada Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pengangkutan dan MITI di bawah BN sebanyak RM4.49 bilion sahaja sudaha merangkumi 68 peratus daripada jumlah RM6.61 bilion projek rundingan terus yang dihebohkan oleh Menteri Kewangan," katanya.

Temui 31 projek bernilai RM1.753 bilion diwarisi daripada kerajaan BN

Dalam pada itu, Guan Eng turut menjelaskan bahawa penemuan awal mengenai senarai 101 projek menunjukkan bahawa 31 projek bernilai RM1.753 bilion merupakan projek yang diwarisi daripada kerajaan BN.

"Kesemua kontrak tersebut merupakan sambungan dan penambahbaikan bekalan dan perkhidmatan yang diwarisi daripada kerajaan BN.

"Kontrak-kontrak tersebut juga selalunya melibatkan perkhidmatan atau bekalan yang memerlukan kepakaran tertentu atau monopoli misalnya Kementerian Komunikasi dan Multimedia terpaksa memperoleh perkhidmatan sewaan satu multiplexer beserta infrastruktur dan fasiliti rangkaian bagi siaran TV digital bagi tempoh tiga tahun dengan nilai RM254 juta kerana tiada pilihan lain.

"Kontrak melantik Mytv untuk perkhidmatan tersebut telah dibuat pada 2014 semasa kerajaan BN. Begitu juga dengan kontrak pengurusan operasi dan penyelenggaraan sistem Malaysia emergency response Services (Mers) 999 dengan Telekom Malaysia Berhad sebagai pembekal tunggal benilai RM94 juta merupakan perolehan dalam situasi sama," katanya.

Katanya lagi, hanya lebih kurang RM352 juta atau 5.3 peratus daripada RM6.61 bilion merupakan perolehan baharu rundingan terus yang dilaksanakan oleh kerajaan PH.

"Daripada nilai ini, RM170 juta iaitu hampir setengah daripada 48.3 peratus daripada nilai keseluruhan ialah untuk projek membina, mengoperasi dan menyelenggara stesen pemindahan sisa pepejal baharu di Taman Beringin, Jinjang Utara bagi menggantikan stesen sedia ada.

"Ia merupakan projek diterajui oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Mungkin lebih baik jika menteri terlibat, Yang Berhormat Ampang (Zuraida Kamaruddin) yang begitu lantang menafikan penawaran sebarang kontrak secara rundingan terus menjelaskan apa sebabnya projek ini ditawarkan secara rundingan terus," katanya.

Beliau turut mendakwa penipuan ketiga yang dilakukan oleh Tengku Zafrul untuk menutup hakikat bahawa Perdana Menteri dan menteri-menteri pengkhianat PH yang kini menjadi menteri Perikatan Nasional juga ada meminta projek rundingan terus.

"Mereka semua telah cuba menafikan di Parlimen dan dalam kenyataan akhbar. Pembohongan menteri-menteri pengkhianat dibongkar dengan pendedahan senarai Tengku Zafrul semalam yang menunjukkan kementerian yang disandang sebelum ini.

"Antaranya Kementerian Dalam Negeri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) meminta RM 517.7 juta; Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Zuraida) meminta RM170.8 juta; Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) meminta RM1.2 juta dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (Datuk Seri RIna Harun) meminta 7.36 juta," katanya.

Jelasnya lagi, selain permintaan menteri-menteri tersebut, projek-projek besar seperti KVDT2 mendapat kelulusan Kabinet.

"Sama ada menteri-menteri pengkhianat ini bohong tidur dalam Kabinet atau terlalu sibuk mengatur Langkah Sheraton, hanya mereka yang tahu," katanya.

Justeru, Guan Eng menggesa Tengku Zafrul perlu berterus-terang dengan mendedahkan projek rundingan terus zaman BN dan lebih penting projek yang diluluskan beliau sendiri pada ketika ini.

"Beliau harus membuktikan semua projek rundingan terus yang diluluskan adalah teratur dan berkepentingan awam. Biar rakyat buat penilaian sendiri, kerajaan mana yang menyokong prinsip akauntabiliti dan ketelusan.

"Jangan ada perbezaan antara dua darjat seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang hanya berhasrat mengkaji projek rundingan terus PH tetapi tidak projek rundingan terus BN atau PN," katanya.

Wednesday 26 August 2020

Lim Guan Eng bongkar 3 penipuan besar Menteri PN

 


Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng hari ini membongkarkan penipuan Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berhubung isu 101 projek rundingan terus (RT) yang didakwa dianugerahkan semasa zaman pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Berikut adalah hujah fakta bagi menyangkal pembohongan menteri Perikatan Nasional (PN) tersebut:

  1. Projek RT PH bukan 1.4% tapi 0.07%

Yang pertama, kebanyakan projek RT ini bukan inisiatif baru daripada PH, tetapi adalah projek warisan atau sambungan zaman Barisan Nasional (BN).

Lagipun, PH telah meneruskan projek-projek ini dengan pemotongan kos yang membawa penjimatan yang ketara. Apa yang mengejutkan ialah rupanya projek RT di bawah inisiatif PH bukanlah RM6,610 juta seperti yang diwar-warkan, tetapi sebenarnya RM352 juta!

Baki RM6,258 juta ialah projek warisan dan sambungan zaman BN yang terpaksa diteruskan oleh PH.

Nilai projek RT RM6.61 bilion hanya merupakan 1.38% daripada nilai keseluruhan perolehan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2018 dan 2019.

Sekiranya nilai projek RT PH RM 352 juta sebenar ini diambilkira, ia merupakan hanya 0.07% daripada nilai keseluruhan perolehan kerajaan tempoh itu sebanyak RM 477,379 juta.

Dalam kata lain, 99.93% daripada jumlah keseluruhan perolehan telah ditawarkan melalui kaedah tender dan bukan rundingan terus. Jelas sekali adalah satu penipuan besar oleh Zafrul mengatakan PH telah meluluskan RM6.61 bilion projek RT.

  1. Letakkan projek zaman BN sebanyak RM6,258 juta sebagai projek RT zaman PH

Penipuan kedua ialah meletakkan projek zaman BN sebanyak RM6,258 juta sebagai projek RT zaman PH yang hanya RM352 juta sahaja untuk menjadi RM6.61 bilion.

Keraguan kami telah ternyata dan terbukti dengan senarai 101 projek bernilai RM6.61 bilion yang didedahkan oleh Kementerian Kewangan semalam.

A. Projek BN – RM4.48 bilion (67.7%)

Pertama sekali, senarai tersebut telah termasuk lima projek bernilai RM4.48 bilion yang telah ditawarkan oleh kerajaan BN sebelum Pakatan Harapan menjadi kerajaan. Kontrak-kontrak ini adalah seperti berikut:
(grafik sini)

Projek yang paling mengejutkan ialah Projek Menaiktaraf Kemudahan Infrastruktur Landasan Berkembar Elektrik Di Lembah Klang Fasa 2 (KVDT2). Sebenarnya projek ini telah ditawarkan kepada Syarikat tersebut dengan harga RM5.265 bilion oleh kerajaan BN secara rundingan terus.

Setelah mengambil-alih kerajaan, Harapan mendapati bahawa harga kontrak tersebut adalah terlampau tinggi dan pihak Jemaah Menteri telah bersetuju untuk membatalkan kontrak tersebut.

Akan tetapi pihak syarikat kontraktor, sebuah syarikat usahasama antara Dhaya Maju dengan Lembaga Tabung Ankatan Tentera (LTAT) telah merayu kepada pihak kerajaan.

Setelah rundingan yang menyeluruh, kerajaan Harapan telah bersetuju untuk meneruskan projek tersebut dengan harga kontrak yang jauh lebih rendah, iaitu RM4.475 bilion.

Penyelesaian ini juga akan mengelakkan sebarang tindakan mahkamah antara syarikat dengan kerajaan, dan mengurangkan sebarang kelewatan ke atas projek jika projek tersebut ditender semula. Oleh itu, Menteri Kewangan sepatutnya memuji kerajaan Pakatan Harapan kerana kami telah berjaya menjimatkan wang rakyat sebanyak RM790 juta.

Di samping itu, ada lagi 4 projek di bawah Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa (MITI) yang bernilai sebanyak RM8.18 juta telah dijalankan sebelum bulan April 2018, iaitu semasa BN masih memerintah.

Hanya lima projek di atas daripada Kementerian Pengangkutan dan MITi milikan BN sebanyak RM4.49 bilion sudah menjadikan 68% daripada jumlah RM6.61 bilion projek RT yang dihebohkan oleh Menteri Kewangan.

B. Projek Sambungan BN – RM1.753 bilion (26.5%)

Selain daripada itu, penemuan awal mengenai senarai 101 projek menunjukkan bahawa 31 projek yang bernilai RM1.753 bilion merupakan projek yang diwarisi daripada kerajaan BN yang lalu.

Kesemua kontrak ini merupakan sambungan dan penambahbaikan bekalan dan perkhidmatan yang diwarisi daripada kerajaan BN. Ia juga selalunya melibatkan perkhidmatan/bekalan yang memerlukan kepakaran tertentu atau monopoli.

Misalnya, Kementerian Komunikasi dan Multimedia terpaksa memerolehi perkhidmatan sewaan satu multiplexer berserta infrastuktur dan fasiliti rangkaian bagi siaran TV Digital bagi tempoh 3 tahun dengan nilai RM254 juta kerana kami tiada pilihan lain.

Kontrak melantik Mytv telah dibuat pada tahun 2014 semasa kerajaan BN.

Kontrak pengurusan operasi dan penyelenggaraan sistem Malaysian Emergency Response Services (Mers) 999 Dengan Telekom Malaysia Berhad sebagai pembekal tunggal dengan nilai RM94 juta juga merupakan situasi yang sama.

C. Tayangan World Cup – RM29.9 juta (0.45%)

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mempersoalkan bayaran RM29.9 juta kepada Sports Media & Distributor untuk hak menyiarkan Piala Dunia FIFA 2018 walaupun Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada masa itu telah mengumumkan bahawa pihak kerajaan tidak akan menanggung sebarang kos untuk penyiaran pertandingan antarabangsa tersebut.

Zafrul sepatutnya mengeluarkan projek tersebut daripada senarai ini sebab walaupun pihak RTM, di bawah KKMM telah membayar RM29.9 juta, kesemua kos ini telah dikutip balik daripada pihak penaja, iaitu AirAsia dan Maxis.

Dalam kata lain, AirAsia dan Maxis bayar RTM, RTM bayar Sports Media & Distributor.

Tambahan lagi Sport Media & Distributor memegang hak monopoli ke atas penyiaran Piala Dunia di Malaysia. Oleh sebab itu, tiada tender terbuka dapat dijalankan.

D. Baki Projek Lain – RM352 juta (5.3%)

Hanya lebih kurang RM352 juta atau 5.3% daripada RM6.61 bilion merupakan perolehan ‘baru’ RT yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Daripada senarai ini, RM170 juta, hampir setengah atau 48.3% daripada nilai keseluruhan adalah untuk projek membina, mengoperasi dan menyelenggara stesen pemindahan sisa pepejal baharu di Taman Beringin, Jinjang Utara bagi menggantikan stesen sedia ada. Projek ini diterajui oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Mungkin lebih baik jika menteri terlibat, YB Ampang yang telah lantang menafikan penawaran sebarang rundingan terus, boleh menjelaskan apa sebabnya projek ini ditawarkan secara runding terus.

Selain itu, kontrak RM70 juta telah diberikan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk mencetak Buku Teks Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akibat kesuntukan masa.

Jika tidak dilaksanakan secara runding terus, murid-murid tidak akan ada buku teks untuk bermula sesi sekolah.

Manakala, projek rundingan terus terbesar dari Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MoA) adalah “Operasi Bersepadu Wabak Rabies” yang berbelanja RM2.98 juta.
Peruntukan ini adalah terdesak untuk mengatasi kecemasan wabak rabies di Negeri Sarawak. Adakah kerajaan perlu menunggu lagi menghadapi masalah kesihatan dengan menjalankan operasi melawan wabak rabies ini?

  1. Bukan sahaja mematuhi tatacara perolehan kewangan tetapi bila perlu mendapat kelulusan Kabinet

Penipuan ketiga ialah usaha Zafrul untuk menutup hakikat bahawa Perdana Menteri dan Menteri-Menteri “pengkhianat” PH, yang kini menjadi Menteri Perikatan Nasional, juga ada meminta projek RT. Mereka semua telah cuba nafikan di Parlimen dan dalam kenyataan akhbar. Pembohongan Menteri-menteri “pengkhianat” dibongkar dengan pendedahan senarai Zafrul semalam yang menunjukkan bahawa Kementerian yang disandang sebelum ini:-

• Kementerian Dalam Negeri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) meminta RM 517.7 juta;
• Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan(Zuraida Kamaruddin) meminta RM 170.8 juta;
• Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (Azmin Ali) meminta RM 1.2 juta; dan
• Kementerian Pembangunan Luar Bandar(Datuk Seri Rina binti Mohd Harun) meminta RM 7.36 juta.

Di samping permintaan Menteri-Menteri tersebut, projek-projek besar seperti KVDT2 mendapat kelulusan Kabinet. Samada Menteri-menteri “pengkhianat” ini bohong, tidur dalam Kabinet atau terlalu sibuk mengaturkan “Langkah Sheraton”, hanya mereka yang tahu.

Kesimpulan

Zafrul harus buktikan semua projek RT yang diluluskan oleh beliau teratur dan berkepentingan awam.

Zafrul sendiri mengakui projek RT tidak salah dibenarkan atas dasar proses perolehan yang memenuhi syarat-syarat di antaranya, perolehan masa krisis atau bencana alam, perolehan berkepentingan nasional dan melibatkan keselamatan negara (Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Di-Raja Malaysia), kepakaran khusus (one of a kind).

Sememangnya Kementerian Kewangan PH mengamalkan sistem tender terbuka selaras dengan Manifesto Pilihan Raya Umum 2018 PH yang menyatakan dalam Janji 23, ‘Kami akan memastikan sistem tender terbuka digunakan dengan meluas dan telus, terutamanya untuk projek-projek besar’.

Hanya 0.07% daripada jumlah keseluruhan perolehan kerajaan PH adalah projek RT. Jelas sekali PH mengotakan janji untuk menerima pakai sistem tender terbuka selaras dengan prinsip akauntabiliti dan ketelusan.

Sebagai kesimpulan, Zafrul juga harus berterus-terang dengan mendedahkan projek RT zaman BN, dan yang penting sekali projek RT yang diluluskan oleh beliau sendiri dalam kerajaan Perikatan Nasional(PN).

Zafrul harus buktikan semua projek RT yang diluluskan oleh beliau adalah teratur dan berkepentingan awam. Biar rakyat buat penilaian sendiri, kerajaan mana yang mendokong prinsip akauntabiliti dan ketelusan.

Jangan ada double-standard atau “antara dua darjat” seperti Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia(SPRM) yang hanya hendak kaji projek RT PH, tetapi tidaknya projek RT BN atau PN.

Biar fakta bicara dengan sendirinya. Berani kerana benar. Amar makruf nahi mungkar. — Roketkini.com