Tuesday 23 January 2018

MCA TERKEJUT KAUM CINA SOKONG DR MAHATHIR SELEPAS BELIAU BERSAMA PAKATAN.


Sokongan kaum Cina kepada Tun Dr Mahathir Mohamad adalah aneh memandangkan sejarah pentadbiran autokratik beliau yang diselubungi skandal, kronisme dan rasuah, kata Setiausaha Biro Keharmonian Agama MCA, Chris Daniel Wong.

"Adalah membingungkan mengapa masyarakat Cina bersorak gembira apabila Mahathir menyertai gabungan pakatan pembangkang," kata Wong dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kaum Cina menunjukkan penolakan terhadap Mahathir apabila memberikan kemenangan kepada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Pilihan Raya Umum 2004.

Wong (gambar) berkata Mahathir yang berkuasa selama 22 tahun, terlibat dalam skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) dan mengganggu sistem kehakiman dengan memecat serta menggantung beberapa orang hakim.

Sehubungan itu Wong berkata DAP, yang pernah menunjukkan sikap anti-Mahathir, kini "memukau" orang ramai dan "mencuci Mahathirism" sebagaimana parti itu pernah menyokong PAS.

"Mahathir bukan benar-benar memperjuangkan usaha 'menyelamatkan negara', tetapi hanya untuk menawan semula kuasa dan menyambung semula peranan autoritarian beliau yang terdahulu.

"Masa depan negara tidak boleh digadaikan hanya untuk keuntungan sendiri dan hanya seorang pemimpin yang mempunyai keikhlasan untuk memimpin harus dipilih mentadbir negara," kata Wong.

Beliau berkata motivasi utama Mahathir adalah mengetuai sekumpulan bekas pemimpin Umno yang tidak berpuas hati terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tambahnya, mereka ini adalah kumpulan yang tidak ikhlas membawa perubahan sebenar ke Malaysia.

"Jadi sekarang masyarakat Cina harus menentukan masa depan yang mereka mahu, kerajaan BN yang stabil dan sederhana, atau Pakatan Harapan yang menjuarai zaman Mahathirisme!" katanya.

Saturday 13 January 2018

ex YDP DAN AHLI PARLIMEN PAS SERU RAKYAT UNDI PAKATAN HARAPAN


Sik - 10 Jan 2018 Mantan Ahli Parlimen Sik Hj Che Uda Bin Che Nik menyeru kepada seluruh rakyat Sik memberikan sokongan penuh kepada Pakatan Harapan .

 Beliau yang merupakan mantan YDP PAS Kawasan Sik suatu masa dahulu dan sekarang merupakan ahli Amanah Kawasan Sik berharap rakyat Sik mengubah angin politik menjelang PRU14.

' Berikan sokongan padu kepada calon calon yang mewakili Pakatan Harapan dikawasan Sik ini bagi membawa suara rakyat bawahan yang menderita dengan kos sara hidup yang tinggi , pendapatan yang rendah , tiada peluang pekerjaan dan kurangnya pembangunan dikawasan ini' .

Hasil bumi seperti balak diambil  hinggakan merosakan alam sekitar dan penduduk setempat menjadi mangsa kerakusan pemerintahan Barisan Nasional. Sudah sampai masanya penyokong2 yang bersama saya pada suatu masa dulu memberikan undian senyap kepada Pakatan Harapan atau terus kehadapan menjadi jentera dan amilin rakyat.

Beliau juga menyeru kepada ahli PAS supaya jangan menyokong PAS tanpa berfikir panjang masalah yang akan diterima rakyat sekiranya BN masih menang sedangkan kita tahu bahawa PAS tidak akan mampu mentadbir negara apabila bertanding bersendirian.Sejarah PAS yang lampau telah mengajar kita .

Fikirkan masa depan keluarga, ekonomi negara kita dan kasihanilah rakyat miskin bawahan dikawasan ini yang inginkan perubahan untuk kehidupan yang lebih baik dikemudian hari.

Hj Che Uda bin Che Nik
Mantan Ahli Parlimen Sik
Mantan YDP Pas Kawasan Sik

Share dan viral

Thursday 11 January 2018

UMNO AKAN BERGABUNG DENGAN PAS UNTUK TAWAN SELANGOR?


3 penjuru pu Barisan nasional akan kalah kata bekas pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman dalam sidang media persempadanan pilihanraya ke 14.

Ini kerana katanya walaupun melayu di longgokkan sebanyak 80% dalam satu kawasan tapi orang melayu sudah cerdik apabila mereka mendapat maklumat sebenar apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional kepada negara ini.

Bekas pengerusi SPR yang telah berpuluh tahun berkhidmat dengan SPR berkata beliau berjanji akan menggunakan kepakarannya untuk memastikan kemenangan Pakatan Harapan kerana sudah tidak tahan melihat kerosakkan yang di lakukan oleh Umno/Bn kepada negara.

Katanya lagi Barisan Nasional akan kekal sebagai pembangkang di Selangor dan parti kompenan Barisan Nasional iaitu MCA dan Gerakan tidak akan menang walau satu kerusi sekali pun.

Dalam masa yang sama timbul juga desas desus beberapa ahli dewan undangan negeri Selangor dari Pas akan melompat ke PKR kerana tidak mahu hilang jawatan dan gaji besar.

Manakala timbalan pegerusi institud darul Ehsan pula berkata Barisan Nasional akan menang 20 kerusi di Selangor dan akan bergabung dengan Pas yang di jangka akan menang sebanyak 9 kerusi untuk mengambil alih Selangor daripada Pakatan Harapan.

Kini jumlah kerusi yang di miliki oleh parti-parti dalam Pakatan Harapan di Selangor ialah sebanyak 29 kerusi manakala gabungan BN pula mempunyai sebanyak 12 kerusi dan Pas 13 kerusi.

Wednesday 10 January 2018

PAS KALAH KERANA ORANG ISLAM JAHIL KATA PRESIDEN PAS



PETALING JAYA: Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kejahilan umat Islam di Malaysia di samping kurang kesedaran di kalangan generasi muda Islam tentang pentingnya mengundi, adalah punca pendokong negara Islam seperti PAS gagal pada setiap pilihan raya.

Berucap merasmikan sebuah dewan serbaguna di Marang, Terengganu pada Isnin lalu, presiden PAS itu berkata Malaysia masih di bawah sistem yang ditinggalkan penjajah walaupun penduduk majoriti beragama Islam.

“Walaupun di Malaysia ini orang Islam 60%, Cina 25% je, India dengan macam-macam hat baki, orang Islam 60%. Tapi pilihan raya kalah, kalah Islam. Pasal apa? Banyak orang Islam jahil, tak tahu bahawa memerintah negeri cara Islam ini wajib,” kata Hadi, seperti dipetik portal berita rasmi PAS, Harakahdaily.

Menurutnya, umat Islam masih menganggap Islam hanya terbatas kepada beberapa rukun Islam seperti sembahyang, puasa dan haji.

“Pitih [wang] banyak, pergi haji umrah acap-acap kali, siapa dia memerintah serupa dia je. Bahkan banyak kalangan kita pilihan raya ini tak penting mana, pilihan raya tak mustahak, pilihan raya tak usah caralah. Kita buat pilihan raya, orang lain naik. Orang lain itu siapa dia naik? Orang yang memerintah tidak dengan cara Islam,” katanya.

Hadi berkata berbeza dengan pengundi Cina, umat Islam tidak merasakan mengundi sebagai kewajipan yang penting.

“Hidup dalam leka, sedangkan orang bukan Islam mengundi, orang Cina kerja balak di Sarawak balik mengundi di Perak, balik mengundi orang Cina, dia 20% je. Dia duduk dalam hutan, balik mengundi. Kita tak penting mengundi ini, lak begitu.

“Akhirnya kita tak mengundi, dia mengundi, dia pilih kerajaan.”

Monday 8 January 2018

GABUNGAN PAS UMNO TERGUGAT



Timbalan Pengerusi AMANAH Negeri Melaka Mohd Sofi Abdul Wahab berkata, keputusan besar yang dibuat oleh Pakatan Harapan (PH) semalam merupakan kejayaan besar dan di luar dugaan musuh-musuh politik PH.

Keputusan tersebut ialah menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri (PM) dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan persetujuan pengagihan kerusi Parlimen untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Tahniah kepada pimpinan tertinggi PH, semua pimpinan parti komponen PH, ahli dan penyokong-penyokong PH.

“Keputusan semalam menutup mulut musuh-musuh politik PH dan ia membuktikan bahawa PH mampu untuk bersatu dan mencapai kata sepakat dalam apa juga isu.

“Keputusan itu juga merupakan hadiah untuk rakyat Malaysia kerana mereka yang terhimpit sejak 60 tahun di bawah kerajaan BN, kini sudah mempunyai alternatif untuk mendapat kerajaan baru pada PRU14 nanti,” kata beliau dalam kenyataan medianya hari ini.

Tambah beliau, pengumuman yang dibuat semalam jelas membuktikan pimpinan PH mampu mengorbankan kepentingan diri dan parti sendiri demi untuk rakyat dengan mencapai kata sepakat tentang calon PM, TPM dan pembahagian kerusi.

“PH juga membuktikan mereka mempunyai barisan kepimpinan yang berpengalaman, berkebolehan dan hebat untuk menggantikan BN sebagai kerajaan. Malah PH telah membuktikan kejayaan mereka memerintah Selangor dan Pulau Pinang dengan program-program kebajikan rakyat serta ekonomi negeri yang kukuh.

“13 janji perubahan untuk Malaysia yang diumumkan semalam terbukti sangat relevan dan mampu membawa negara dan rakyat ke satu era baru yang lebih maju, adil dan sejahtera serta menyelamatkan negara dari menjadi sebuah ‘failed state’,” kata Naib Pengerusi PH Melaka itu.

Kata beliau lagi, kini masanya telah tiba untuk rakyat memberikan mandat kepada PH dalam PRU14 nanti bagi menggantikan BN sebagai kerajaan baharu.

Wednesday 3 January 2018

HARAKAH: PEMIMPIN HIDUP MEWAH TAPI HUTANG TAK BAYAR GAJI PEKERJA TAK DAPAT?


Selepas terpalit dengan kes hutang percetakkan akhbar milik Pas "harakah" yang melebihi RM2juta, hari ini tular pula cerita kegagalan akhbar Pas ini untuk membayar gaji pekerjanya.

Netizen mempertikaikan pemimpin Pas yang hidup kaya raya tetapi mengabaikan kakitangan akhbar parti tersebut dan di katakan gaji untuk bulan november pun masih belum di bayar.

Menurut seorang bekas wartawan akhbar milik Pas ini yang menggunakan nama facebook Arif Atan "sejak dulu saya perhatikan gaya hidup mewah pimpinan Pas bergelar 'Ustaz' (belajar sastera, bahasa Arab pun 'diijazahkan' Ustaz), selain ada seorang tu ingatkan pada saya jangan lupa tulis gelaran Dato' dalam laporan berita! Padahal ramai pekerja Harakah pakai kapcai sampai ada yang ditimpa kemalangan balik lewat malam kerana deadline selain naik turun bas dan menapak ke LRT."



Tulisnya lagi, "Pimpinan bergaya mewah, gila pangkat, harta gelaran dan kuasa. Nakhoda bermulut celupar, anak-anak buah tak keruan nasib. Kebajikan anak buah yang bersengkang mata di organ parti tidak diendah. Nampak benar bermuka-muka bertopengkan agama! Amat mengaibkan."








Dalam 2 kenyataan bekas timbalan presiden Pas yang kini bersama dengan parti Amanah Negara, Haji Mohammad Sabu pula berkata PAS yang satu masa dulu dituduh menolak pembangunan material dan sesat akidah, kini berdepan dengan tuduhan baharu yang berkait dengan gaya kehidupan mewah pemimpinnya, kata Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Bekas timbalan presiden PAS itu berkata, perubahan tersebut mula dirasakan beberapa tahun lalu, apabila gaya hidup mewah beberapa wakil rakyat parti itu menimbulkan tanda tanya di kalangan ahli.

“Kita melihat kelainan setahun dua tahun sebelum 2015. Kita melihat pimpinan yang baru wakil rakyat sepenggal, tetapi hidupnya begitu mewah. Boleh pergi London naik kapal terbang business class, duduk di hotel, kalau di Indonesia, hotel 5 atau 6 bintang,” katanya pada sebuah program ceramah di Kota Bharu malam tadi.

Mohamad, atau Mat Sabu, berkata perkembangan itu sesuatu yang baru untuk PAS yang satu masa dulu terkenal sebagai parti “miskin”.

“Dulu tidak ada tuduhan ini. Sekarang boleh hadiah kepada isteri (Audi) Q7,” kata Mat Sabu, dipercayai merujuk kritikan terhadap pemimpin Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Khairuddin Aman Razali, yang menghadiahkan kereta mewah kepada isterinya.

“Dulu tuduhan PAS dituduh parti miskin, parti menyeleweng aqidah, tolak pembangunan, ini tuduhan kepada kami dulu,” katanya, dan berkata tuduhan seumpama itu giat dilawan oleh pemimpin PAS terdahulu. “Masakan pohon bergoyang tiada angin,” tambahnya.

Tuduhan gaya hidup mewah pemimpin PAS timbul lagi ketika Muktamar PAS ke-63 di Kedah yang berakhir semalam, di mana poster menunjukkan gaya hidup mewah beberapa pemimpin utama diedarkan kepada perwakilan.

Antara lain, ia menyasarkan Khairuddin dan Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan, dengan gambar kereta yang didakwa ‎dimiliki mereka.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya tahu siapa yang melakukan provakasi tersebut.

“Benda itu benda biasa dengan melakukan tindakan provokasi. Pihak-pihak yang terlibat sebenarnya kami kenal. Kami kenal siapa yang buat itu, sama ada poster oren ke mahupun poster mengenai sebaran-sebaran di sisipan di akhbar itu,” katanya. -