Sunday 24 December 2017

TIADA LAGI MENTERI DARI KALANGAN ORANG BUKAN MELAYU SELEPAS PRU14? - PRESIDEN PAS



Presiden Pas dalam satu kenyataan telah mengatakan Pas telah membayangkan satu barisan kabinet Malaysia yang hanya terdiri dari kalangan orang melayu sahaja atau dalam erti kata lain tanpa melibatkan lain lain kaum di Malaysia.

Kenyataan tersebut telah di siarkan oleh akhbar New Strait Times adalah berkemungkinan atas strategi politik di antara Pas dan Umno dalam pilihanraya akan datang di mana Umno sudah tidak lagi mengharapkan kerusi daripada parti bukan melayu seperti MCA, MIC dan Gerakan untuk meneruskan kuasa mentakbir negara sebaliknya Umno kini hanya mengharapkan Pas sebagai rakan kerjasama yang baru selepas pilihanraya nanti.

Umno yang menjadi musuh tradisi Pas sejak sekian lama sehingga berlakunya kafir mengkafir terhadap penyokong Umno tiba-tiba berubah angin di era Haji Hadi menjadi presiden Pas dengan mula mempertahankan Umno dan menyerang parti-parti pembangkang yang lain.

Kenyataan presiden Pas tersebut telah mengambarkan satu poltik perkauman yang amat dasyat sekiranya Umno yang di bantu oleh Pas terus memenangi pilihanraya yang akan datang di mana rakyat Malaysia yang bukan melayu akan menjadi rakyat kelas kedua dan seolah di nafikan hak mereka sebagai warganegara.

KUALA LUMPUR: Pas has envisioned a Malaysian Cabinet line-up to consist only of Malays as they are the majority race, party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang said.

He said Islam had outlined that a national leader and his Cabinet members must profess the Islamic faith who were from the most influential race.

“But, Islam also provides rights to non-Muslims on the aspects of politics, economy and other affairs of life,” he said in an opinion piece published by Pas’ mouthpiece Harakah Daily on Friday.

Hadi said the rights for non-Muslims as accorded by Islam were better compared to provisions offered by “supporters and fighters of man-made ideologies” and other religions to those from a different religious belief.

He quoted Islamic scholar al-Mawardi, who stated that it was required by Islam for non-Muslims to be appointed as ministers, but they would be restricted to only be in management duties.

“Scholars of Islamic political ‘fiqh’ (Islamic jurisprudence) such as al-Mawardi, stipulate the appointments of non-Muslims among ministers or Cabinet members who are in charge of management, not as policymakers.

“This shows flexibility in the Islamic political system which is not of partisan fanatics like secular ideologists.”

Hadi pointed out that Islam dealt more closely with human nature, provided that the religion was mandated to govern.

He said Islam also maintained the rights of other religions without interfering with their religious practices.

“In terms of politics, Islam firmly requires the primary leadership to safeguard its policies and concepts to be Muslims and accept non-Muslims in the areas of expertise and management rather than on policy and conceptual matters.

“This means, Islam accepts non-Islamic positions through elections or the concept of a technocratic government,” he said.

Friday 22 December 2017

ARAK DI KELANTAN RM3 SAHAJA SEBOTOL TAPI NIK AMAR KATA ORANG LANGKAWI MINUM ARAK MACAM AIR SEJUK


Timbalan Menteri Besar kelantan yang juga Naib Presiden Pas YB Nik Amar menuduh orang langkawi minum arak seperti minum air sejuk atau bermaksud orang di Langkawi adalah kaki minum arak kerana Langkawi pesat membangun ketika beliau menjawab persoalan kenapa Kelantan paling tertinggal dalam kepesatan pembangunan di antara negeri2 di dalam malaysia.

Namun dalam satu laporan pula telah melaporkan bahawa di Kelantan arak di jual lebih murah daripada pulau Langkawi yang bebas cukai itu sehingga mendatangkan kerisauan terhadap ibu bapa.

Menurut laporan tersebut, sebotol arak terbabit dijual dengan harga RM3 dan ia lebih murah daripada arak berjenama sekaligus mengelakkan pelajar terjebak dan mula ketagih.




Tuesday 19 December 2017

PAS LARI DARI BAYAR HUTANG CETAK HARAKAH RM2.4JUTA?


Antara isu yang sedang di hebohkan oleh Netizen di media sosial sekarang ialah tentang hutang percetakan akhbar Harakah yang di katakan tidak mahu di bayar oleh Pas iaitu pemilik akhbar parti ini.

Menurut seorang peguam bernama Zul Hazmi di status FBnya hutang tersebut telah mencecah lebih RM2.4juta manakalah di lain-lain komen pula mengatakan Pas telah berhutang sebanyak lebih RM3juta.

Banyak komen yang menyindir Pas yang kononnya sebuah parti yang memperjuangkan islam tetapi tidak mahu membayar hutang yang tertunggak begitu lama dan seorang pengunana akaun FB bernama Mohd Subhi pula bertanyakan ahli Pas adakah mereka boleh masuk syurga kerana setiap ahli Pas bertanggungjawab untuk menyelesaikan hutang yang di lakukan oleh parti mereka.

Di dalam satu blog penulisnya bertanyakan tentang kemanakah duit keuntungan jualan harakah tersebut sehingga tidak mahu membayar hutang.

APA GENG USTAZ BUAT, HUTANG HARAKAH SUDAH CECAH RM2 JUTA?
APA GENG USTAZ DAH BUAT DENGAN HARAKAH SAMPAI HUTANG MENINGKAT 2 JUTA? 24 Mac 2016

1. Satu masa dulu jualan Harakah mencecah 70k ke 80k tetapi kini untuk capai 20k pun susah nak habis.

2. Ust Idris Ahmad akui hutang harasedah mencecah 2juta dan tak mampu untuk membayar gaji staff dan staff Pejabat Agung.

3. Setelah 'dipaksa' cawangan dan ADUN2 PAS membeli harakah jualan masih terus merudum.

4. Dakwaan PAS bahawa keahlian PAS bertambah beribu-ribu sehari sepatutnya meningkatkan jualan Harakah. Dengan apa yang berlaku, ternyata itu semua hanya propaganda PAS untuk meyakinkan umum bahawa PAS semakin baik setelah sedikit demi sedikit  ahlinya keluar menyertai AMANAH.

5. Ada sahabat yang sinis mengatakan Utusan dah macam Harakah. Macamana nak laku. Terpaksa bahagi dua dengan Utusan.

6. Dahulunya, Geng Ustaz (GU) menuduh ada musuh dalam Harakah. Berita banyak sokong Anwar dan DAP. Sekarang dibawah penyeliaan Nasrudin Tantawi kenapa masih tidak laku?

7. Dahulu kewangan PAS tidak terlalu teruk. Anjurkan pelbagai himpunan raksasa. Ijtima Antarabangsa habis 1.6juta. Dapat duit dari mana? Bila menang Pemilihan Solid takkan duit tak ada?

Monday 18 December 2017

MESTI BACA : Senarai Kekayaan Anak-Anak Menteri Malaysia



Pemimpin BN diketahui umum mempunyai gaya hidup mewah. Elaun ahli Parlimen mahupun menteri tidak melayakkan mereka memiliki rumah atau kereta mewah.

Apatah lagi individu yang memiliki kekayaan melampau itu bukan datang dari keluarga kaya atau telah mempunyai perniagaan sendiri sebelum menjadi ahli politik. Kebanyakkannya jadi kaya setelah menang pilihanraya atau diberi jawatan parti.

Kini gaya bermewah yang dipertikai rakyat mula menular ke sebahagian besar anak anak pemimpin BN.

Tidak masuk akal dengan gaji ahli parlimen RM4,000 sebulan, Senator Dewan Negara RM6,000, Timbalan Menteri RM10,847 atau Menteri Kabinet RM14,907 mereka mampu memiliki rumah berharga jutaan ringgit dan kereta berharga ratusan ribu ringgit. Persoalan yang lebih menarik, bagaimanakah mereka mampu membelikan kereta kereta mewah untuk anak-anak?

Tentukan sekali pemimpin BN mendapat wang sampingan dari pelbagai sumber. Pendapatan mereka dikatakan berjuta-juta ringgit setahun dan tidak menjadi masalah untuk membiayai kehidupan mewah. Kemewahan itu membuat rakyat MELUAT! Dengan gelagat gaya hidup mewah keluarga dan anak beranak pemimpin BN yg tidak sedar diri, melantak hasil titik peluh rakyat, jelas dengan sikap keborosan merakalah membuat ramai lagi nasib si miskin di Malaysia tidak terbela.

Kamaludin diisytiharkan sebagai salah salah seorang 10 tokoh peniagaan Melayu teratas dengan aset melebihi RM320 JUTA sebaik PAK LAH menjadi Perdana Menteri. Kamaluddin didakwa merupakan orang dibelakang syarikat SCOMI walaupun namanya tidak ada di dalam senarai Lembaga Pengarah SCOMI yang berjumlah 9 org.

 Pada 2006 akhbar The Star melaporkan Petronas Carigali Sdn Bhd telah memberi kontrak sekurang kurangnya RM2 BILLION bagi membina pelantar minyak dari 2004 hingga 2006 kepada SCOMI.

KEMEWAHAN ANAK NAZRI AZIZ

Anak kepada menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Abdul Aziz, Mohamad Nedim dilaporkan menjadi bintang dikalangan anak-anak menteri kerana dibelit kontroversi berkenaan paparan pelbagai fotonya di beberapa blog bersama gadis-gadis jelita.

Nedim dilaporkan mempunyai sebuah kereta PORSCHE berharga sekitar RM700,000. Beliau juga mempunyai pengawal peribadi yang sentiasa mengiringnya menaik kereta mewah.

Baru-baru  ini pengawal peribadinya myerang seorang pengawal keselamatan kerana berlaku salah faham mendaftar masuk ke sebuah kondominium Mount Kiara.

Angkatan Muda Keadilan menuntut polis menyiasat Nedim yang pernah dikaitkan dalam 1 kes pembunuhan, Darren Kang di Sri Hartamas pada 2004. Ironinya, seorang anak menteri undang-undang tidak faham undang-undang dan terlajak ke dalam kes-kes jenayah.

KEMEWAHAN ANAK LIM LEONG SIK

Anak Dr. Ling Leong Sik, Ling Hee Leong yang merupakan Menteri Pengangkutan dan Presiden MCA pada zaman Dr. Mahathir didakwa telah mengumpul kekayaan sebanyak RM 1.2 BILLION!
Hee leong yang baru berumur 27 tahun ketika itu tidak selayaknya mengumpul kekayaan yang sebegitu banyak.

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang pada 1997 telah membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah agar kerajaan BN menyiasat skandal pengumpulan harta yang sebegitu besar dikhuatiri mengunakan kedudukan Lim Leong Sik sebagai Menteri Pengangkutan. Namun sehingga ke hari ini tiada siasatan dijalankan.

KEMEWAHAN ANAK NAJIB RAZAK

Ada beberapa orang anak Najib Razak yang menjadi topik perbualan di internet. Salah seorang dipercayai anak beliau bernama Ashman Najib, dan masih menuntut. Foto dalam carian di beberapa blog mendedahkan gaya Ashman yang mewah.

Beliau didakwa memiliki sebuah kereta mewah jenama BENTLEY yang tidak selayaknya dinaiki seorang remaja yang masih belajar.

Anak ke-2 Najib bersama isteri pertamanya Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, Mohd Nazifudin Najib merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat Harvest Court Industries Bhd. pada Oktober 2011.

Beliau juga Pengerusi Sagajuta (Sabah) Sdn Bhd, syarikat yang membangunkan 1 Borneo Mall di Kota Kinabalu. Mempunyai kepentingan sebanyak 13.83% selepas dilantik sebagai ahli lembaga pengarah (BOD) Syarikat Harvest Court Industries Sdn Bhd.

Pertunangan anak sulung Najib bersama Rosmah Mansor, Nooryana Najwa dengan warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev, 17 jun 2011 menelan perbelanjaan RM79,053.
Bil-bil yang dikenal pasti sebagai invoice, perbelanjaan jelas mengesahkan majlis itu ditanggung oleh kerajaan. Sedangkan hanya majlis rasmi sahaja yang dibenarkan dari segi undang-undang menggunakan WANG NEGARA!

KEKAYAAN ANAK SHAHRIZAT JALIL

Dua anak Shahrizat Jalil dalam usia 20-an, Wan Shahinur Izran dan Wan Izzana Fatimah Zabedah memegang saham syarikat NFC

Anak-anak Shahrizat memiliki saham dalam Global Biofuture Pte Ltd, Meatwork (Singpore) Ptd Ltd. Kedua-dua syarikat itu didakwa memiliki modal berbayar S$3.65 JUTA, atau RM8.85 JUTA!

KEKAYAAN ANAK TAIB MAHMUD

Taib Mahmud yang memerintah Sarawak sejak 1980-an dianggap jelmaan Raja Brooke (James Brooke) di Sarawak. Adik-beradik dan anak beranaknya diberikan kekayaan yang melimpah ruah.
Salah seorg anak Taib Mahmud, Jamilah Taib memiliki kekayaan luar biasa. Beliau menguruskan kekayaan Taib di Kanada melalui Sakti Corporation yang nilainya menjangkau RATUSAN JUTA DOLLAR dibawah nama menantu lelaki beliau, Sean Murray.

Jamilah memiliki rumah mewah di Malaysia dan luar negara. Keluarga Taib juga memiliki perniagaan Sakti International yang berpusat di Amerika Syarikat.

Seorang lagi anak Taib, Abu Bekir Taib Abdul Taib menjadi kontroversi selepas tuduhan penceraiannya berjumlah RM500 JUTA dimahkamah syariah.

Abu Bekir berkahwin kali kedua dengan wanita Russia. Isteri pertamanya Shahnaz A.Majid, memohon penceraian. Dalam permohonan pembahagian harta sepencarian isterinya menuntut :

1) RM100 JUTA tuntutan mutaah.

2) RM300 JUTA harta sepencarian.

Selain itu menurut Shahnaz, suaminya, mempunyai perniagaan berbillion ringgit, juga mempunyai kereta :
MERCEDES BENZ
LAMBORGHINI MURCIELAGO
FERRARI SPIDER
BENTLEY NEW CONTINENTAL GT
MASERATI QUATTROPORTE
ALPHARD

Thursday 14 December 2017

LAGI TANAH NEGARA DI JUAL KEPADA SYARIKAT NEGARA CHINA



DUN TERENGGANU Tapak kilang Perwaja Steel Sdn Bhd (PSSB) seluas 150 hektar di kawasan perindustrian Telok Kalong, Kemaman, telah dibeli oleh sebuah syarikat dari China untuk dibangunkan sebagai loji penapisan aspal minyak atau bitumen dan produk kimia, demikian sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu diberitahu hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata syarikat MD Petrol Kimia berminat melabur lebih RM10 bilion dalam dua fasa iaitu fasa pertama pelaburan lebih RM2 bilion untuk kilang bitumen dan RM8 bilion untuk produk kimia.

Projek ini di tapak kilang PSSB membuka 7,000 peluang pekerjaan, katanya, ketika menjawab soalan lisan Hanafiah Mat (ADUN-Chukai) yang ingin tahu mengenai usaha kerajaan memulihkan kawasan perindustrian Telok Kalong yang didakwa semakin malap.

Katanya, 99 peratus daripada 319 lot industri di kawasan perindustrian Telok Kalong telah diisu atau dimohon dan menyumbang lebih 50 peratus pertumbuhan ekonomi kepada daerah Kemaman.

Menurut Tengku Putera, yang juga ADUN Kuala Berang, daripada 319 lot itu hanya ada dua lot sahaja yang kosong namun telah mula ‘diintai’ oleh banyak pihak.

Kilang Perwaja Steel di Telok Kalong telah menutup operasi pada November 2014 dan seramai 1,500 pekerjanya diberhentikan.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita di luar persidangan, Tengku Putera berkata syarikat milik China itu telah membeli tapak kilanng Perwaja Steel daripada Pemegang Harta setelah syarikat PSSB digulungkan beberapa tahun lalu dan kerajaan negeri telah meluluskan untuk menukar status pembuatan besi kepada pemprosesan kimia.

“Keadaan ini bukan setakat boleh pulihkan tanah itu tetapi juga memeriahkan kawasan industri serta membuka peluang pekerjaan. Pelabur yakin dengan kawasan ini dan kami jangka awal Januari akan memulakan operasi,” katanya.


Beliau berkata kerajaan negeri turut meletakkan syarat kepada syarikat terbabit untuk membuka 70 peratus peluang pekerjaan kepada anak Terengganu terutama kepada mereka yang pernah bekerja dengan Perwaja.

“Jika ada bekas pekerja Perwaja yang berminat untuk bekerja di situ, kerajaan negeri akan turut menyokong sekiranya bersesuaian dan mempunyai kelayakan,” katanya.

- Bernama

Wednesday 13 December 2017

PROJEK TERBENGKALAI : RM 334 juta wang rakyat dihabiskan?



Dalam Persidangan DUN Terengganu yang kini sedang berlangsung telah secara rasmi dinyatakan bahawa Kerajaan Terengganu telah membelanjakan sebanyak RM 334 JUTA, bukan RM 3.34 sen wang rakyat dibelanjakan bagi projek Taman Ilmu Tembila,Besut.

Apa berlaku dengan wang sebanyak RM 334 juta?

Pembangunan Projek Taman Ilmu di Tembila, Besut  dibangunkan sejak 2004 melibatkan  kawasan seluas 280 hektar yang bernilai kira-kira RM334 juta, TERBENGKALAI dalam tempoh telah beberapa tahun yang lalu semenjak sebahagiannya siap!

Tidak sahaja berhabisan RM 334 juta sahaja, malah penyelesaian luar mahkamah juga telah dinyatakan secara rasmi dalam sidang DUN Terengganu yang terakhir bahawa satu penyelesaian mahkamah telah berlaku dengan pihak yang ada potensi menyaman Kerajaan Terengganu atas kepentingan mereka dalam projek ini dengan Kerajaan Terengganu telah menggunakan wang rakyat sebanyak RM 40 juta kepada mereka.

 Apa alasan dan sebab munasabab Kerajaan Terengganu membelanjakan lagi wang sebanyak itu, dewan tidak dinyatakan.

Lebih seronok dan lunak didengar dari penjelasan dari Kerajaan Terengganu yang dikuasai Umno adalah, HARAP RAKYAT TERENGGANU tidak lagi persoalkan bab Taman Ilmu ini kerana kononnya UNIZA telah baiki satu dari 6 bangunan asrama yang ada dengan UNIZA mengeluarkan belanja sebanyak 10 juta melalui Kementerian Pelajaran Tinggi.

Wakil Kerajaan dengan bangga berhujah kononnya Kerajaan Terengganu tidak perlu pun keluarkan belanja satu sen pun membaikinya, jika beginilah OTAK pentadbir Kerajaan Kelantan Terengganu maka hancur leburlah AMANAH rakyat!

Sebetulnya, RM 10 juta yang dibelanjakan oleh UNIZA untuk baik pulih satu bangunan asrama utk UNIZA gunakan akan juga memberik impak kepada Kerajaan Terengganu kerana dalam 10 tahun UNIZA tidak perlu membayar sewa selama 10 tahun kepada Kerajaan Terengganu atas penguasaan mereka kepada asrama itu.....

KUT MANA CERDIK NYA KERAJAAN TERENGGANU SETELAH RM 334 juta wang rakyat dihabiskan?

Apa yang berlaku ketasa Medan ilmu ini adalah projek oleh Dato' Idris Jusoh sewaktu Beliau sebagai Menteri Besar Terengganu. Persepsi kerana MARAHNYA bekas Menteri Besar Terengganu selepas Idris iatu MAt Said telah menjadikan Medan Ilmu ini di TERBENGKALAIKAN kerana dendam politik mereka berdua yang memangsakan rakyat!

Apa mustahilnya harta dan khazanah Negeri Terengganu akan lebih banyak di JAHANAMKAN oleh UMNO bagi negeri Terengganu jika mereka terus diberi kuasa selepas PRU 14. Kemungkinan akan terbengkalainya projek BEBAS CUKAI di Kenyir akan berlaku jika RAZIF tidak lagi MB jika pun BN/UMNO kembali berkuasa kerana amalan yang lalu mencatitkan sejarah bahawa setiap MB baru dilantik maka GU-GU,anak beranak baru akan mengelilingi mereka!

Sebetulnya, bagi membina balik TERENGGANU yang amanah dan Sejahtera...BERIKALAH UNDI ANDA KEPADA PAKATAN HARAPAN AGAR RAKYAT SEJAHTERA DAN NEGERI SENTOSA
https://www.youtube.com/watch?v=KZZd5bKGTso
Nyamuk Menggigit
12 December 2017
Batu Rakit

Tuesday 12 December 2017

PENDUDUK TUNTUT PAMPASAN TANAH TAPI MB TERENGGANU TIDAK MAHU BERJUMPA


KUALA TERENGGANU – Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) khususnya Menteri Besar (MB) Dato’ Seri Ahmad Razif diminta bertanggungjawab dan jangan hanya ‘lepas tangan’ dalam isu membabitkan pembinaan jalan ‘Kuala Terengganu-Bypass’.

Seramai 30 orang penduduk menuntut hak dan keadilan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) keatas 240 lot tanah mereka yang diambil balik bagi pembinaan jalan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindaknya Haji Chik Ali, 54, dari Kampung Seberang Baroh kesal kerana pertemuan dengan MB bagi mengadu masalah tersebut mendapat jawapan yang mendukacitakan.

Beliau berkata, Ahmad Razif mendakwa pampasan tidak dapat dibayar mengikut kehendak penduduk kerana kerajaan negeri tidak mempunyai kewangan bagi tujuan itu.

“Saya bersama beberapa orang Jawatankuasa Bertindak pernah jumpa MB di Pejabat Umno Bahagian Kuala Terengganu.

“MB kata kerajaan Terengganu tidak ada duit untuk bayar pampasan seperti yang dituntut oleh penduduk itu. Dia lepas tangan begitu sahaja…kata kerajaan tak ada duit.

“Jika tidak ada duit (kami) minta kerajaan tangguhlah dahulu projek itu. MB ada kuasa untuk tangguh sementara dan biar kerajaan pusat buat, kasihan kepada rakyat,” jelasnya.

Haji Chik berkata, tanah miliknya berada di lot hadapan jalan utama Kuala Terengganu ke Kota Bharu.

Namun katanya, bayaran pampasan ditawarkan kerajaan negeri terlalu rendah dan tidak setimpal dengan anggaran penilai.

“Bayar (pampasan) murah dan rakyat hendak beli tanah ganti di mana dengan bayaran yang tidak setimpal itu.
“Kami hendak beli tanah ganti dengan duit pampasan yang dibayar itu pun tidak mampu dengan harga tanah sekarang,” ujarnya.

Katanya, penduduk tidak puas hati kerana tanah mereka hanya dibayar antara RM48.00 hingga RM53.00 sekaki persegi, sedangkan mereka menuntut pampasan RM90.00 sekaki persegi.

Selain itu, kata beliau, kerajaan hanya mahu bayar harga tanah sahaja sedangkan ganti rugi untuk bangunan atau rumah tidak dibayar.

“Siapa yang hendak pindah, takkan hendak ‘rombak’ (punggah) rumah dengan air liur sahaja. Orang berniaga, dia hendak bawa keluar macam mana, barang dia ada (banyak) hendak letak di mana?

“Tanah saya pula berada di lot pertama jalan utama dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu, sudah tentu harganya tidak sama dengan harga tanah di lot kedua, ketiga dan seterusnya,” ujar beliau.

Oleh itu menurutnya mereka sepakat enggan berpindah selagi tidak ada penyelesaian terbaik, walaupu notis terakhir arahan mengosongkan rumah diterima pada tiga bulan lalu.

Katanya mereka diberi tempoh 21 hari dan akan didenda RM500,000 jika engkar dan yang terbaharu pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) datang Pada 10 Oktober lalu dan arah berpindah.

Wednesday 22 November 2017

PEMIMPIN PAS FITNAH P.PINANG TIDAK BOLEH AZAN TIDAK BERANI HADIR FORUM


Pemimpin Pas yang telah membuat fitnah terhadap rakyat Pulau Pinang dengan tuduhan di Pulau Pinang tidak boleh azan lagi tidak berani hadir ke forum yang telah di anjurkan oleh sebuah masjid di Permatang Pauh semalam.

Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Padang Serai, Shaharuddin Ibrahim membuat fitnah tersebut di sebuah masjid di negeri Kedah tetapi kemudian memohon maaf dan mengaku telah membuat fitnah terhadap umat islam di negeri Pulau Pinang setelah takut akan di saman oleh kerajaan Pulau Pinang.

Rupanya pemimpin Pas ini hanya berani membuat fitnah terhadap orang islam di Pulau Pinang di dalam tempat sendiri sahaja tetapi apabila di jemput untuk berforum oleh sebuah masjid di Seberang Jaya Pulau Pinang beliau tidak berani untuk tampi berhadapan dengan umat islam di Pulau Pinang.

Walaupun tajuk forum iaitu "Ulamak Penyelamat Ummah" tidak ada kaitan dengan fitnah yang beliau buat selama ini terhadap umat islam di Pulau Pinang namun sehingga  selesai majlis tersebut beliau tidak kelihatan di kerusi panel yang telah di sediakan untuknya.

Seorang lagi ahli penel forum tersebut ialah ustaz Wanji iaitu pegawai khas kepada ketua menteri Pulau Pinang dan mungkin atas faktor tidak berani dengan hujah dan fakta oleh pegawai khas ketua menteri tersebut pemimpin Pas ini tidak berani hadir karana selama ini tuduhan yang beliau buat ke atas umat islam di Pulau Pinang hanyalah fitnah semata-mata untuk menimbulkan kebencian dan ketakutan terhadap kerajaan Pulau Pinang.

Pemimpin Pas ini juga sebekum ini telah memberi amaran Presiden Parti Keadilan Dato Seri Dr Wan Azizah mahu menanam presiden PKR itu di dalam kubur cina jika parti itu tidak mahu menyokong usul Pas di dalam parlimen namun sehingga kini usul yang di siukan tersebut masih belum lagi di bentangkan sedangkan parlimen Malaysia sudah bersidang untuk kali terakhir tahun ini.




PEMIMPIN PAS FITNAH P.PINANG TIDAK BOLEH AZAN TIDAK BERANI HADIR FORUM


Pemimpin Pas yang telah membuat fitnah terhadap rakyat Pulau Pinang dengan tuduhan di Pulau Pinang tidak boleh azan lagi tidak berani hadir ke forum yang telah di anjurkan oleh sebuah masjid di Permatang Pauh semalam.

Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Padang Serai, Shaharuddin Ibrahim membuat fitnah tersebut di sebuah masjid di negeri Kedah tetapi kemudian memohon maaf dan mengaku telah membuat fitnah terhadap umat islam di negeri Pulau Pinang setelah takut akan di saman oleh kerajaan Pulau Pinang.

Rupanya pemimpin Pas ini hanya berani membuat fitnah terhadap orang islam di Pulau Pinang di dalam tempat sendiri sahaja tetapi apabila di jemput untuk berforum oleh sebuah masjid di Seberang Jaya Pulau Pinang beliau tidak berani untuk tampi berhadapan dengan umat islam di Pulau Pinang.

Walaupun tajuk forum iaitu "Ulamak Penyelamat Ummah" tidak ada kaitan dengan fitnah yang beliau buat selama ini terhadap umat islam di Pulau Pinang namun sehingga  selesai majlis tersebut beliau tidak kelihatan di kerusi panel yang telah di sediakan untuknya.

Seorang lagi ahli penel forum tersebut ialah ustaz Wanji iaitu pegawai khas kepada ketua menteri Pulau Pinang dan mungkin atas faktor tidak berani dengan hujah dan fakta oleh pegawai khas ketua menteri tersebut pemimpin Pas ini tidak berani hadir karana selama ini tuduhan yang beliau buat ke atas umat islam di Pulau Pinang hanyalah fitnah semata-mata untuk menimbulkan kebencian dan ketakutan terhadap kerajaan Pulau Pinang.

Pemimpin Pas ini juga sebekum ini telah memberi amaran Presiden Parti Keadilan Dato Seri Dr Wan Azizah mahu menanam presiden PKR itu di dalam kubur cina jika parti itu tidak mahu menyokong usul Pas di dalam parlimen namun sehingga kini usul yang di siukan tersebut masih belum lagi di bentangkan sedangkan parlimen Malaysia sudah bersidang untuk kali terakhir tahun ini.




PEMIMPIN PAS FITNAH P.PINANG TIDAK BERANI HADIR FORUM


Pemimpin Pas yang telah membuat fitnah terhadap rakyat Pulau Pinang dengan tuduhan di Pulau Pinang tidak boleh azan lagi tidak berani hadir ke forum yang telah di anjurkan oleh sebuah masjid di Permatang Pauh semalam.

Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Padang Serai, Shaharuddin Ibrahim membuat fitnah tersebut di sebuah masjid di negeri Kedah tetapi kemudian memohon maaf dan mengaku telah membuat fitnah terhadap umat islam di negeri Pulau Pinang setelah takut akan di saman oleh kerajaan Pulau Pinang.

Rupanya pemimpin Pas ini hanya berani membuat fitnah terhadap orang islam di Pulau Pinang di dalam tempat sendiri sahaja tetapi apabila di jemput untuk berforum oleh sebuah masjid di Seberang Jaya Pulau Pinang beliau tidak berani untuk tampi berhadapan dengan umat islam di Pulau Pinang.

Walaupun tajuk forum iaitu "Ulamak Penyelamat Ummah" tidak ada kaitan dengan fitnah yang beliau buat selama ini terhadap umat islam di Pulau Pinang namun sehingga  selesai majlis tersebut beliau tidak kelihatan di kerusi panel yang telah di sediakan untuknya.

Seorang lagi ahli penel forum tersebut ialah ustaz Wanji iaitu pegawai khas kepada ketua menteri Pulau Pinang dan mungkin atas faktor tidak berani dengan hujah dan fakta oleh pegawai khas ketua menteri tersebut pemimpin Pas ini tidak berani hadir karana selama ini tuduhan yang beliau buat ke atas umat islam di Pulau Pinang hanyalah fitnah semata-mata untuk menimbulkan kebencian dan ketakutan terhadap kerajaan Pulau Pinang.

Pemimpin Pas ini juga sebekum ini telah memberi amaran Presiden Parti Keadilan Dato Seri Dr Wan Azizah mahu menanam presiden PKR itu di dalam kubur cina jika parti itu tidak mahu menyokong usul Pas di dalam parlimen namun sehingga kini usul yang di siukan tersebut masih belum lagi di bentangkan sedangkan parlimen Malaysia sudah bersidang untuk kali terakhir tahun ini.





Tuesday 21 November 2017

ARAHAN DARI SIAPA?


Ahli Parlimen Pas yang bertindak untuk berkecuali semasa undian bantahan tentang kenaikan harga barangan dan minyak, YB Idris Ahmad berkata 6 orang ahli parlimen Pas yang lain telah membantah usul tersebut bersama ahli parlimen pembangkang yang lain mungkin kerana mereka tidak menerima arahan.

Jawapan tersebut telah menimbulkan persoalan netizen apabila mereka bertanya siapakah yang memberi arahan tersebut kerana di dalam 1 keratan video di parlimen seorang ahli parlimen Barisan Nasional secara terang menyebut nama ahli parlimen Pas tersebut iaitu Idris Ahmad mesti menyokong usul tersebut.

Manakalah di dalam 1 keratan applikasi whatapps pula di katakan seorang lagi ahli parlimen Pas dari Rantau Panjang berkata tindakannya berkecuali semasa undian tersebut selepas bertanyakan terlebih dahulu kepada Idris Ahmad.

Tindakan 2 ahli parlimen Pas tersebut yang telah berkecuali di dalam undian itu menyebabkan usul kenaikan harga barang yang di bantah oleh ahli parlimen lain telah berjaya di luluskan.

Perkara ini telah menimbulkan kesangsiang kepada netizen dan ada yang mengatakan ianya telah di rancang dan kedua ahli parlimen Pas yang berkecuali tersebut mendapat arahan dari Barisan Nasional.

Monday 20 November 2017

2 AHLI PARLIMEN PAS PENYELAMAT BARISAN NASIONAL


Tindakan dua ahli parlimen Pas bekecuali dari mengundi dalam Dewan Rakyat hari ini telah menyelamatkan Belanjawan 2018 untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Dalam pengundian belah bahagi untuk kementerian yang menjadi punca kenaikan harga barangan itu, BN telah mendapat 52 undi, pembangkang 51 undi manakala berkecuali dua undi.

Ahli parlimen yang berkecuali itu adalah Idris Ahmad (Pas – Bukit Gantang) dan Siti Zailah Yusof (Pas – Rantau Panjang).

Yang lebih menyelamatkan Bajet KPDNKK adalah tindakan Timbalan Speaker yang melambat-lambatkan mengumumkan pengundian untuk menunggu wakil rakyat BN masuk ke dalam Dewan, kata Mohamed Hanipa Maidin (AMANAH – Sepang).

“Sekarang ini terbukti hasrat parti suci hendak menjadi ‘king maker’ di PRU dijelmakan malam ini,” kata Hanipa di facebook beliau.

Sebelum ini, 11 ahli parlimen Pas telah mengambil sikap berkecuali ketika pengundian untuk Bajet 2018.

Monday 13 November 2017

DAP SEDIAKAN PEGUAM BELA WANITA BERTUDUNG YANG BEKERJA HOTEL



KUALA LUMPUR, 14 NOV: Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Gobind Singh Deo menegaskan larangan wanita bertudung dalam industri perhotelan negara ini merupakan diskriminasi serta melanggar Perlembagaan.

Selain berat sebelah, larangan tersebut juga katanya merupakan pencabulan hak asasi manusia terhadap seseorang untuk mengamalkan kepercayaan agamanya.

“Saya merujuk kepada isu tentang staf wanita Muslim yang bertugas di bahagian perkhidmatan pelanggan (front desk).

“Sebenarnya tidak ada sebab untuk melarang wanita memakai tudung dalam industri perhotelan.

“Larangan itu, pada pendapat saya, adalah berat sebelah, bersifat diskriminasi, dan melanggar Perlembagaan,” katanya dalam kenyataan.

Ahli Parlimen Puchong itu berkata, tindakan melarang pekerja wanita Islam bertudung juga merupakan sikap tidak sensitif terhadap kepercayaan seseorang.

“Kita sepatutnya menghormati dan mempertahankannya. Bagi saya, melarang pemakaian tudung dalam hal ini tidak sepatutnya berlaku,” ujarnya.

Justeru, beliau menggesa supaya kerajaan menangani isu ini dengan baik, sama ada melalui undang-undang atau sebagainya.

“Jika perlu menyelesaikannya di mahkamah, saya bagi pihak  DAP,  sedia menawarkan bantuan guaman kepada mereka yang terjejas akibat larangan itu.

“Saya sedia membantu jika mereka yang terlibat mahu mencabar kesahihan larangan tersebut di mahkamah,” katanya lagi.

Kontroversi berhubung perkara ini tercetus apabila Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (Uni-MLC) mendedahkan terdapat aduan daripada kakitangan wanita Islam yang diarah menanggalkan tudung mereka. – Roketkini.com

Sunday 12 November 2017

AHLI PARLIMEN PAS SERU AHLI PAS UNDI PAKATAN HARAPAN




SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar enggan meninggalkan Pas kerana ada 'mesej' yang ingin disampaikan kepada ahli parti.

Mahfuz ketika bercakap kepada Sinar Online mengaku beliau mahu membuktikan sesiapa sahaja berhak mempunyai pandangan dan pendirian yang berbeza dalam parti.

"Saya mahu kekal di sini. Saya tidak akan ke mana-mana termasuk Bersatu, PKR, atau Amanah. Saya hanya mahu berada dalam Pas.

"Saya mahu buktikan yang tidak salah jika kita mempunyai pandangan politik berbeza daripada parti. Kita tidak perlu keluar parti dan boleh terus bebas menyuarakan pandangan kita," katanya.

Beliau dalam masa sama menafikan kecenderungannya dalam menyokong lawan kepada partinya, iaitu Amanah.

Menurut Mahfuz, sokongannya hanya diberikan kepada Pakatan Harapan (Harapan) yang diyakini mempunyai potensi untuk menyaingi BN pada PRU akan datang.

"Hanya Harapan sahaja yang mampu mengubah corak arena politik negara. Kita tidak boleh mengharapkan Pas yang hanya mensasarkan 44 kerusi pada PRU nanti.

"Sekiranya menang 44 kerusi sekalipun, mereka tidak boleh menjadi pemerintah negara. Itupun jika dapatlah (44 kerusi), bahkan saya rasa Pas hanya mampu menang sebilangan kecil sahaja kerusi sekiranya mereka masih teruskan rajuk mereka dengan Harapan," katanya lagi.

Mahfuz sejak kebelakangan ini sering tampil lantang menyuarakan sokongannya terhadap Harapan.
Tindakannya itu jelas bertentangan dengan pendirian Pas yang enggan mempunyai sebarang hubungan politik dengan Harapan.

Mahfuz juga sering dilihat hadir pada majlis dan program anjuran Amanah, Bersatu, PKR dan Pakatan.

Thursday 9 November 2017

PERSURUHJAYA PAS FITNAH NIZAR - DI PERINTAH BAYAR RM250



Yb Dato Seri Nizar Jamaludin menang saman terhadap Razman merangkap pesuruhjaya PAS Perak. Razman diarahkan untuk membayar RM250,000.00 kepada Dato Seri Nizar Jamaludin. Seandainya Razman tidak dapat membayar maka beliau akan diistihar muflis.

PAS BUKAN TERIMA 90JUTA TAPI LEBIH - BEKAS NAIB PRESIDEN PAS



PAS TERIMA LEBIH BESAR DARI 90JUTA. BERCAKAP SELEPAS MELIHAT SENDIRI SUMBER MAKLUMAT.

Dalam ucapan, saya tak sebut jumlah. Kerana dalam fikiran saya, jumlahnya lebih besar dari 90juta. Saya hanya secara tegas menamakan nama Bank, iaitu Affin Bank.

1. Dalam ucapan, saya tak sebut jumlah. Kerana dalam fikiran saya, jumlahnya lebih besar dari 90juta.

2. Saya hanya secara tegas menamakan nama Bank, iaitu Affin Bank.

3. Saya masih berpendirian mempertahankan kenyataan saya itu. Saya tidak berganjak kecuali berkenaan jumlah.

TERIKAT DENGAN AKTA WALAUPUN RAMAI INGIN TAHU

4. Sekarang kita terikat dengan adanya Akta Kewangan ataupun Bank dalam negara kita Walaupun ramai rakyat Malaysia dan ahli PAS ingin tahu.

5. Saya tidak bermain dengan kata2. Saya bercakap selepas saya melihat sumber maklumat tersebut dan pastikan ianya tepat dan benar.

6. Iaitu sejumlah wang telah disalurkan melalui Affin Bank kepada beberapa pihak yang berkaitan dengan kepimpinan PAS selain dari transaksi runcit lain yang disalurkan.

CADANGAN SAMAN SAYA SUDAH SUNYI

7. PAS pada mula telah beriya-iya menyaman saya. Pengerusi Lajnah undang2 PAS tekad untuk saman.

8. Saya berharap, walaupun saya tidak terlalu berani macam Rafizi atau orang lain, jika diizinkan dan proses mahkamah kompiten, Mahkamah boleh memerintahkan bank berkenaan untuk mendedahkan akaun.

9. Cara lain, PAS mesti berterus terang. Banyak cara PAS boleh tunjuk ketegasan termasuk mengadakan penyelidikan.

10. Presiden PAS mesti tunjukkan ketegasan, sampai hari ini tiada ketegasan. Bahkan Presiden PAS tidak banyak komen diberikan.

11. Cadangan untuk menyaman saya sudah sunyi. Saya tidak nak mencabar.

PENDEDAH RAFIZI BOLEH DIBUKTIKAN DI MAHKAMAH JIKA PAS SAMAN

12. Transaksi ini tidak boleh dipadam. Apa yang disebut oleh Rafizi adalah rentetan dari transaksi ini.

13. Sdr Rafizi telah membuat Pengakuan Bersumpah. Sehingga hari ini tidak dicabar oleh Nasaruddin Mat Isa atau pemimpin PAS yang lain.

14. Saya berpendapat (saya tidak peguam), ahli dan pimpinan PAS ada Locus Standi untuk saman Rafizi jika Nasaruddin keberatan kerana ini telah menjejaskan PAS.

15. Dengan itu, apa yang didakwa oleh Rafizi, boleh dibuktikan di Mahkamah. Tetapi semua orang dalam PAS tidak berminat.

16. Satu masa dulu, DS Najib saman PAS/Harakah atas dakwaan penyelewengan 1MDB. Termasuk yang disaman Dr Rosli Yaakob. Tengah jalan kes telah dipohon untuk selesai diluar mahkamah. Saya difahamkan Dr Rosli enggan. Kes ini belum diselesaikan.

17. Kenapa PAS setuju penyelesaian luar mahkamah? padahal kalau PAS tegas dalam penentangan terhadap penyelewengan 1MDB, sepatutnya dibiarkan kes ini dibicarakan di Mahkamah. Tidak perlu ada rundingan.

18. Yang menghairankan, PAS telah memilih untuk selesai luar mahkamah.

PAS BERTUKAR PENDIRIAN DENGAN KETARA TENTULAH ADA SEBAB

19. isu ini berkait. Isu yang sama. Wang dari 1MDB atau tidak. Digunakan untuk PAS menukar pendirian politik.

20. Jumlah tidak lagi penting. Yang penting adalah termasuk PAS sebagai sebuah parti Islam yang dulu lantang dan tegas, yang letakkan UMNO sebagai parti lawan yang tidak harus didekati, tiba2 PAS telah ambil pendekatan yang berbeza.

21. Ini patutnya timbulkan tanda tanya. Samada libatkan brainwash dari agensi seperti BTN yang letakkan ancaman DAP, CINA dan kaum lain sehingga tenggelamkan isu 1MDB dan Felda.

22. Peralihan pendirian politik yang sangat ketara atau sesetengah pemimpin PAS. Tidak semua yang sanggup dibeli sebab itu ada pandangan yang berbeza dalam isu 1MDB, isu kerjasama umno.

23. Kebelakangan ini, suara-suara ini pun sudah tidak kedengaran lagi. Suara Tuan Ibrahim kritik Felda dan 1MDB sekarang sudah tidak ada.

24. Mereka ada dalam keadaan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku kepada negara kita.
25. Sesuatu berlaku mesti ada sebab khasnya dalam politik.

(catatan admin dari video. Video Ehsan INVOKE)

Wednesday 8 November 2017

BEKAS DUTA TINGGALKAN PAS UNTUK BERSAMA DAP



Kepimpinan melalui kebolehan - itu keutamaan yang dilihat bekas duta Malaysia, Datuk Yeop Adlan Che Rose, yang kini secara rasmi menganggotai DAP.

Dengan pengalaman sebagai pegawai diplomatik Yeop Adlan menggunakan analogi tersendiri untuk menggambarkan sebuah negara yang mampu membangun dengan kerjasama pelbagai kaum.

Diminta mengulas mengenai cakap-cakap pemimpin Umno mengenai dominasi DAP, bekas anggota PAS itu sebaliknya menjawab dengan pertanyaan: Apa salahnya?

Di tangan Tok Guru ada cangkul, senapang, buku "Kalau beri (DAP) menerajui dan menunjukkan kebolehan, apa salahnya? Apa kita takut?

“Macam pasukan bola sepak. Kalau dulu pasukan bola Malaysia masyhur, siapa kapten (pasukan)? (Datuk) Soh Chin Aun. Tak ada apa-apa (masalah pun), Abdullah Nordin boleh bermain di sebelah Chin Aun, (Datuk) Santokh Singh bermain di belakang beliau,” ujarnya " katanya seperti dilapor roketkini hari ini.

Yeop Adlan, 74, ialah diplomat Malaysia yang pernah berkhidmat sebagai duta negara di Mexico, Brazil, Argentina dan beberapa negara Afrika.

Bekas pelajar Maktab Melayu Kuala Kangsar itu pernah menyertai PAS ketika parti berkenaan menjadi tumpuan golongan profesional yang tertarik dengan pendekatan sederhana di bawah pimpinan Allahyarham Datuk Fadzil Noor.

Pada pilihan raya umum ke-11 (2004) Yeop Adlan dipilih PAS bertanding mewakili parti itu untuk merampas kawasan parlimen Hulu Langat namun gagal apabila beliau kalah kepada Datuk Markiman Kobiran.

Itu rekod dunia

Pada 2009 beliau dipinjamkan ke PKR untuk menjadi pengerusi Jawatankuasa Disiplin parti itu sebelum meletakkan jawatan kemudiannya.

Menurut Yeop Adlan kejayaan kerajaan Pulau Pinang juga menarik perhatiannya untuk menyertai DAP.

Bersama PKR, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), katanya DAP membentuk HARAPAN mentadbir Pulau Pinang dengan baik.

“Pulau Pinang dipegang BN selama 50 tahun tapi apa yang dia buat? Tak ada perancangan, kelam kabut, sesak, begitu begini dan sebagainya, terutama tempat makan, masyhur sebagai bau sampah.

“Tetapi (DAP) ambil dua penggal sahaja. Tengok, sudah bersih. Kerajaan waras dengan perbelanjaan. Tutup bocor (pembaziran), tak ada tiris. (Pelaksanaan) tender terbuka. Dia (kerajaan) belanja, tapi dengan baik.

“Hutang dah turun, daripada RM680 juta tinggal RM66 juta sahaja. Yang paling tinggi sekali (hutang) Pahang (iaitu) RM2.3 bilion,” katanya.

Kata Yeop Adlan lagi, kemajuan ekonomi orang Melayu hanya akan dapat dicapai dalam sebuah negara yang ditadbir seperti dilakukan HARAPAN di Pulau Pinang.

Beliau juga berpendapat tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan jika DAP ditakdirkan lebih ke depan berbanding parti lain.

Pada masa sama katanya gejala rasuah perlu diberikan perhatian utama supaya dapat dibendung secara menyeluruh oleh kerajaan.

“Kalau dah masuk dalam akaun sendiri (peribadi) sampai RM2.6 bilion macam mana ni? Ini dah rekod dunia!” tegasnya.

RAKYAT JOHOR DAN SERAWAK BINATANG KATA PENYOKONG PAS


Seorang penyokong Pas yang menggunakan nama facebook Muhammad Firdaus telah menghina rakyat negeri Serawak serta Johor dengan panggilan binatang dan berkata rakyat Serawak masih memakai cawat dan tinggal di dalam hutan.



Tuesday 7 November 2017

Putera Charles, Buat Kunjungan Rasmi Ke Pulau Pinang


Prince of Wales, Putera Charles dan isteri Camilla, Duchess of Cornwall tiba di George Town malam tadi, sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi sehari sempena ulang tahun ke-60 hubungan dua hala antara Malaysia dan United Kingdom.

Pesawat Tentera Udara Diraja yang membawa pewaris takhta British dan isteri itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada 8.10 malam.

Pasangan diraja itu diiringi Menteri Pengiring Datuk Seri S. K. Devamany yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Ketibaan baginda berdua disambut oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan barisan exco kerajaan negeri.

Baginda berdua dijadual melawat beberapa tempat ibadat di kawasan warisan di sini esok termasuk Gereja St George, Masjid Kapitan Keling, Tokong Pusaka Han Jiang dan Kuil Sri

Pasangan itu juga dijangka bersiar-siar di sekitar kawasan warisan pada tengah hari sebelum Putera Charles melawat Muzium Sun-Yat Sen di Armenian Street manakala Camilla ke Teochew Puppet and Opera House untuk melihat pertunjukan kebudayaan.

Sementara Camilla berehat pada sebelah petang, Prince of Wales itu akan melawat Pusat Perikanan Dunia, sebuah organisasi penyelidikan antarabangsa yang memanfaatkan perikanan dan akuakultur bagi mengurangkan kebuluran dan kemiskinan, berpusat di Batu Maung, di bahagian selatan Pulau Pinang.

Merangkumi pelbagai bidang

Selepas lawatan ke pusat perikanan itu, Putera Charles akan ke pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Butterworth, Seberang Perai atau dahulunya dikenali sebagai Province Wellesley, untuk Perjanjian Pertahanan Lima Negara.

Pada sebelah malam pula, pasangan Diraja British itu akan menghadiri Resepsi Alumni Sandhurst di Hotel Eastern and Oriental sebelum mengakhiri lawatan dengan menghadiri Resepsi Muzium Peranakan Pulau Pinang di Church Street.

Ini merupakan lawatan pertama pasangan diraja itu ke Malaysia.

Lawatan oleh keluarga Diraja British sebelum ini ialah Ratu Elizabeth II dan Duke of Edinburgh yang menghadiri pembukaan rasmi Sukan Komanwel ke-16 di Kuala Lumpur pada 1998 dan kunjungan Putera William dan Kate Middleton, Duke dan Duchess of Cambridge pada September 2012.

Hubungan antara Malaysia dan United Kingdom merangkumi pelbagai bidang termasuk perdagangan, pertahanan dan keselamatan, pendidikan, ekonomi digital, teknologi hijau, tenaga boleh diperbaharui, budaya dan pelancongan.

Malaysia adalah pasaran eksport kedua terbesar negara itu di ASEAN dan United Kingdom adalah rakan dagang ketiga Malaysia di Eropah, manakala dalam bidang pendidikan, terdapat lebih daripada 18,000 rakyat Malaysia belajar di negara itu pada masa ini.

Sebelum tiba di Pulau Pinang, Putera Charles dan Camilla melawat Kuching, Sarawak yang mana mereka dipersembahkan dengan pertunjukan kebudayaan negeri Bumi Kenyalang itu yang penuh warna-warni.

Thursday 2 November 2017

WAKIL RAKYAT BN PERTIKAI PEMBERIAN BONUS RM2,000 KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI DAN PENGECUALIAN LESEN PENJAJA.



Di ketika penjawat awam kerajaan negri Pulau Pinang mendapat berita gembira apabila Ketua Menteri dalam belanjawan kerajaan Pulau Pinang telah mengistiharkan bonus sebanyak RM2,000.00 yang akan di beri pada penghujung tahun ini telah mendapat respon yang sebaliknya daripada wakil rakyat Barisan Nasional.

Adun Pulau Betong, Datuk Dr Muhamad Farid Saad mempersoalkan tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang yang bercadang membayar bonus RM2,000 kepada penjawat awam negeri pada akhir tahun ini menerusi peruntukan Bajet 2018.

Muhamad Farid berkata tindakan kerajaan negeri itu juga jelas hendak memperlekeh dan memperkecilkan kerajaan persekutuan kerana hanya memberi bantuan khas RM1,500 kepada penjawat awam yang akan dibayar secara berperingkat iaitu RM1,000 pada Januari tahun depan dan RM500 sebelum Aidilfitri.

Sementara itu Wakil Rakyat BN Ketua Pembangkang  DUN Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid pula mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang telah mengumumkan perlepasan lesen penjaja.


Wednesday 1 November 2017

Tun Mahathir paling Banyak Fikirkan Soal Melayu - Mufti Perlis


Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin menegur sesetengah pihak yang menurutnya melemparkan tuduhan yang tidak adil kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, hanya kerana pendirian politiknya.

Antaranya adalah tuduhan yang mengatakan bekas perdana menteri itu sebagai pengkhianat Melayu, yang menurut Asri sangat tidak tepat dan perlu dinilai semula.

"Saya tidak mahu mengulas urusan politik Tun Mahathir, saya tidak berminat dengan parti baru beliau.

"(Tetapi) saya simpati melihat ada media yang menuduhnya mengkhianati Melayu," katanya menerusi Facebook, hari ini.

Mahathir dilihat mula menerima kritikan termasuk sebagai pengkhianat melayu selepas keluar daripada Umno pada Februari 2016 dan menjadi pembangkang.

Penyertaan parti yang diasaskannya bersama bekas pemimpin Umno lain, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), dalam HARAPAN dan kerjasama dengan DAP meningkatkan lagi kritikan itu.

Namun Mohd Asri berkata, berdasarkan pengalaman peribadinya sendiri, Mahathir sebenarnya adalah pemimpin politik yang lebih banyak memikirkan soal Melayu berbanding orang lain.

"Saya banyak kali berbual secara peribadi dengan beliau sejak dulu lagi. Saya kata 'hati nurani beliau sangat Melayu'," katanya.

Justeru, beliau merasa terpanggil untuk membangkitkan perkara ini kerana merasakan tuduhan yang dilemparkan itu tidak wajar.

"Kita wajar bercakap benar. Kebencian kita kepada seseorang tidak wajar sehingga kita menzalimi haknya," katanya lag

Tuesday 31 October 2017

ADAKAH KEMEWAHAN PEMIMPIN PAS DARI DANA RM200JUTA NAJIB?




CLARE REWCASTLE BROWN pengarang Sarawak Report melalui kenyataan pembelaannya yang dikeluarkan pada 21 April 2017 mendedahkan bagaimana Ahli Parlimen PAS dan pemimpin kanan parti itu telah membeli kereta baru, mewah dan rumah baru. Menikah dengan isteri kedua dan ketiga, dengan perbelanjaan yang lebih tinggi berbanding dengan gaji politik mereka dan apa yang mereka boleh bayar sebelum ini.

Menurut Clare, Dr Nasharudin Mat Isa  telah menjadi sekutu politik Presiden PAS yang konservatif dan seorang perunding gabungan politik antara PAS dan UMNO.

"Pada tahun 1999 Nasharudin menjadi Setiausaha Agung PAS dan pertama kali dipilih ke Parlimen, menjadi Ahli Parlimen untuk Yan sehingga kehilangan kerusi itu pada tahun 2004. Pada tahun 2005 beliau terpilih sebagai Timbalan Presiden Pas, yang bertindak sebagai timbalan kepada Hj Hadi. Beliau dipilih semula pada kedudukan itu pada 2009. Dia gagal dipilih semula pada tahun 2011, ketika ia dikalahkan oleh Mat Sabu, dari puak yang progresif dalam PAS.

"Pada Januari 2013, beliau diusir dari Majlis Syura PAS untuk mengatur dan mengambil bahagian dalam perjalanan publisiti sebelum pilihan raya oleh Najib Razak ke Gaza. Bertentangan dengan hasrat Nik Aziz, Mursyidul 'Am PAS, tetapi dengan sokongan dari Hj Hadi, dia tidak dipecat dari keanggotaan PAS, tetapi tetap sebagai pendukung berpengaruh terhadap Hj Hadi dan anggota puak ulama yang diketuai oleh Hj Hadi dan hubungan politik dengan Najib Razak."


Clare mendakwa, sejak 2014, berjuta-juta ringgit telah dibayar kepada Nasharudin oleh atau bagi pihak Najib Razak, termasuk wang yang disalurkan oleh Najib Razak dari 1MDB, yang dibayar kepada akaun bank peribadi Najib Razak oleh anak syarikat 1MDB SRC International Sdn Bhd.
Dakwaan yang sama pernah dibuat oleh Rafizi Ramli melalui satu akuan bersumpah tetapi sehingga kini entah apa sebabnya Nasharudin tidak berani saman Rafizi....

"Lebih daripada RM200 juta telah dibayar kepada Nasharudin oleh atau bagi pihak Najib Razak dari mana peristiwa PAS secara rahsia dibiayai mempromosikan puak ulama yang diketuai oleh Hj Hadi." dakwa Clare.

Rafizi telah membuat suatu akuan bersumpah bahawa  Nasharudin Mat Isa adalah orang yang menerima dana daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.

Menurutnya lagi, jutaan ringgit yang dibelanjakan untuk acara parti PAS yang dianjurkan pada tahun 2014 dan pada tahun 2015 oleh PAS di Selangor, Kelantan, Kedah dan di tempat lain, mempromosikan puak ulama yang akan mengambil alih pada Perhimpunan Agung 2015 yang dibiayai secara rahsia oleh wang ini dari Najib Razak dan UMNO. Acara ini mempromosikan pro-ulama, kumpulan pro-UMNO dalam PAS.

Clare juga mendakwa pembayaran sebanyak RM10 juta telah dibuat untuk membiayai acara Majlis Ulama Sedunia pada Mac 2015 yang dianjurkan oleh pihak Pas di Rusila yang di dalamnya Kawasan Parlimen Terengganu.


"Dana rahsia diteruskan pada tahun 2015 dan selepas itu, termasuk untuk Perhimpunan Agung pada bulan Jun 2015 dan acara-acara seperti Himpunan Istiqamah Sampai Kemenangan pada bulan Jun 2015, Himpunan 60K / Himpunan Fastaqim pada bulan Oktober 2015, Himpunan Anak Muda Istiqamah (HAMASAH 2015), September 2015, TPPA Himpunan Bantah, Januari 2016, RUU 355 di Padang Merbok, Februari 2017 dan Persidangan Antarabangsa mengenai Kesatuan Islam, Kota Baru, Julai 2017." Ujarnya.

Menurut Clare, pemimpin tinggi PAS selain Nasharudin yang menerima bayaran rahsia yang berasal dari Najib Razak termasuk Takiyuddin bin Hassan, Ahli Parlimen Kota Baharu dan Setiausaha Agung PAS, Nik Mohamad Abduh, Pemimpin Pemuda, dan Ahmad Samsuri Mohktar, Setiausaha Politik Presiden.

" Nasharudin dan pemimpin kanan PAS turut mendapat faedah secara peribadi, menikmati dan mempamerkan kemewahan baru dari wang yang disalurkan ke parti itu oleh Najib Razak.
"Nasharudin telah menunjukkan kekayaan barunya dengan membeli kenderaan bernilai tidak kurang daripada RM1.5 juta (termasuk BMW 525 berharga RM388,000, Mini berharga RM230,000, Toyota Vellfire berharga RM290,000, Toyota Camry, berharga RM150,000 dan Toyota Fortuner berharga RM200,000 dan hartanah termasuk rumah di Bangi, Selangor, bernilai RM3 juta, dibeli dengan wang tunai.

"Ahli Parlimen PAS dan pemimpin tinggi telah membeli kereta baru, mewah dan rumah baru dan isteri kedua dan ketiga berkahwin, membelanjakan wang yang mencukupi melebihi gaji politik mereka dan apa yang mereka boleh bayar sebelum ini.

"Dengan cara ini, Timbalan Ketua Menteri Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah telah membeli sebuah kereta mewah, termasuk Range Rover, Audi 6, Toyota Vellfire dan Toyota Attis dan membina beberapa buah rumah untuk keluarganya.

Clare melanjutkan pendedahananya terhadap beberapa pemimpin tinggi Pas yang lain; Mursyidul ‘Am Hashim Jasim memperoleh kereta Porsche Cayman. Ketua MP dan Ketua Penerangan PAS, Khairuddin Aman Razali memberikan isteri keduanya RM500,000 sebagai kereta Audi Q7 sebagai hadiah.

" Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan Tantawi membeli Toyota Vellfire bernilai RM300,000. Setiausaha Majlis Syura, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh memperoleh Mercedes mewah dengan nombor plat PAS 9, bernilai kira-kira RM100,000 dan Audi mewah.

" Takiyuddin bin Hassan, Ahli Parlimen Kota Baru dan Ketua Setiausaha PAS telah membeli sebuah kereta mewah dan sebuah motosikal mewah, termasuk Volkswagen Passat berharga RM160,000 dengan plat nombor peribadi TAK 11, yang bernilai sehingga RM100,000.

"Muhammad Khalil, Pemimpin Pemuda PAS, telah memperoleh motorsikal mewah BMW. Mokhtar Senik, pengerusi Majlis Ulama PAS Pahang, telah membeli Mercedes dan Toyota mewah."

Kesian kepada ahli-ahli Pas bawahan yang bertungkus lumus berkorban tenaga dan wang ringgit untuk perjuangan parti yang kononnya memperjuangkan agama, rupa-rupanya pemimpin atasan mereka joli sakan menambah bini dan hidup serba mewah hasil dari dedak Umno.Sarawak Report Dedah Kemewahan Lebai2 Pigs

Monday 30 October 2017

GAJI PETUGAS SUKAN SEA BELUM DAPAT?



Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Nasional memandang serius berkenaan terdapat segelintir petugas, sukarelawan dan artis yang tidak memperolehi bayaran selepas menjayakan Sukan Sea 2017 (KL 2017) yang berakhir pada Ogos yang lalu.

Dengan kejayaan sebagai pemenang keseluruhan pada temasya tersebut, ia sepatutnya menjadi pemangkin kepada kerajaan untuk menyelesaikan segera segala pembayaran yang tertunggak.

Menurut pihak penganjur Malaysian Sea Games Organising Committee (Masoc) dalam kenyataan melalui pegawai unit media dan komunikasinya, ia sudah membayar lebih 50 peratus nilai kontrak untuk persembahan pembukaan dan penutupan bagi pihak kerajaan.

Dalam erti kata lain, pihak MASOC juga masih tergantung kurang daripada 50 peratus bayaran nilai kontrak sepatutnya yang perlu dibayar kepada agensi yang dilantik.

Justeru itu tidak hairanlah jika terdapat segelintir pihak yang belum dilunaskan bayaran walaupun KL 2017 sudah melabuhkan tirai selama dua bulan.

Seharusnya dengan era teknologi terkini, tiada lagi alasan untuk kerajaan melewat-lewatkan bayaran melainkan terdapat isu di sebalik tabir yang cuba disembunyikan.

Janganlah hanya kerana ingin menempa nama di Asia Tenggara baik sebagai penganjur dan juara keseluruhan, kita mengabaikan pihak-pihak lain yang turut menjayakan KL 2017 ini.

Rasulullah juga berpesan dalam hadisnya yang bermaksud “Berikanlah pekerja upahnya sebelum keringatnya kering” (hadis riwayat Ibnu Majah).

Oleh yang demikian, Pemuda Amanah Nasional mendesak agar perkara ini dapat diselesaikan segera bagi menjaga nama baik Kuala Lumpur sebagai penganjur dan pemenang keseluruhan KL 2017 di mata negara-negara Asean yang lain.

Tuesday 24 October 2017

ANWAR CEDERA KRITIKAL



Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan tidak mampu menggerak bahunya dan mengalami kesakitan teruk ketika menulis.

Menurut laman Facebook Bebas Anwar yang dikongsi oleh laman Facebook rasminya, kehidupan seharian ketua umum PKR itu terjejas berikutan kecederaan bahunya yang semakin teruk selepas satu kemalangan pada 22 September lalu.

Menurut catatan bertarikh 20 Oktober itu, keluarga Anwar pada minggu lalu menerima suatu panggilan kecemasan dari Anwar.

“Pakar ortopedik sebelum ini pernah menyarankan pembedahan segera akibat kekoyakan bahagian bahu (rotator cuff), namun beliau berwas-was mengenai pembedahan yang sebegitu invasif.

“Kemusyikilan Anwar disebabkan oleh ketidaklengkapan kemudahan rawatan susulan di penjara, khususnya dalam tempoh pemuliharaan yang begitu genting sekali, ditambah lagi dengan suasana politik Malaysia yang begitu tegang.

“Namun, melihat pada keadaan kecederaannya kini, beliau telah memohon untuk memulakan pembedahan secepat mungkin,” petik kenyataan di Facebook itu.

Menurut catatan itu, ahli keluarga Anwar sedang dalam proses berunding dengan pihak berkuasa penjara dan kerajaan Malaysia agar pemimpin pembangkang itu diberi pembedahan serta rawatan susulan yang terbaik supaya proses pemuliharaannya tidak terjejas.

“Anwar adalah mangsa sebuah sistem politik yang tidak adil dan beliau telah dinafikan hak asasinya.

“Ahli keluarganya sedih melihatnya dikurung seorang, tanpa kasih sayang mahupun dorongan ahli keluarga tersayang,” katanya.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun atas sabitan liwat sejak 10 Februari 2015 – suatu tuduhan yang didakwa pembangkang sebagai bermotif politik – dan dijangka dibebaskan pada pertengahan tahun depan.

Anwar, 70, kali terakhir ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 19 Septermber lalu akibat masalah tekanan darah kurang stabil.

Bagaimanapun selepas menjalani rawatan selama empat hari, konvoi kereta dan van yang membawa pegawai penjara serta Anwar terlibat dalam kemalangan, sewaktu dalam perjalanan ke Penjara Sungai Buloh.

Monday 23 October 2017

PENYOKONG UMNO DI KETAWAKAN KERANA TERSILAP MEMBUAT FITNAH.


Gara-gara terlalu ghairah untuk membuat fitnah terhadap kerajaan Pulau Pinang, seorang penyokong Umno telah terlupa statusnya yang menuduh Pulau Pinang tidak ada azan telah mendapat kecaman daripada orang ramai kerana kesilapannya tidak mematikan location di telefon bimbitnya.

Penyokong Umno yang menggunakan nama FB Fauzi Shaffie telah menulis status adakah beliau sekarang berada di Pulau Pinang atau Singapura kerana tidak kedengaran suara azan namun tanpa menyedari location statusnya menunjukan beliau sedang berada di Shah Alam sewaktu beliau menulis status tersebut dan menyebabkan hasrat beliau untuk membuat fitnah terhadap kerajaan Pulau Pinang yang kononnya di boleh azan akhirnya di ketawakan oleh orang ramai.


Pada hakikatnya semua orang tahu bahawa Pulau Pinanglah satu-satunya negeri yang telah mewartakan azan subuh sebanyak 2 kali sejak bulan julai lalu di mana azan pertama akan di laungkan 30 minit sebelum azan subuh dan azan kedua sebaik saja masuk waktu subuh.

Isu berkaitan azan di Pulau Pinang pernah hangat diperkatakan suatu ketika dulu, malah seorang pemimpin PAS peringkat kawasan pernah mendakwa kerajaan negeri melarang azan dikumandangkan di negeri berkenaan.

Bagaimanapun Yang Dipertua PAS Padang Serai, Shaharuddin Ibrahim, kemudian meminta maaf kerana membuat kenyataan fitnah berkenaan setelah takut dengan tindakan saman oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Selain Pulau Pinang, Pahang, Perlis dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor turut mengamalkan azan subuh dua kali ketika ini.





Thursday 19 October 2017

KEMISKINAN DI KELANTAN



KOTA BHARU - Hanya makan nasi berlaukkan budu, itulah yang hanya mampu dinikmati dua beranak bagi meneruskan sisa kehidupan mereka ekoran tidak mempunyai sumber pendapatan tetap.

Bukan sahaja terpaksa makan makanan seumpama itu, malah lebih menyatat hati keluarga ini juga tinggal dalam kediaman yang begitu sempit dengan ruang yang sangat terhad. Di kawasan sempit itulah dua beranak ini menggunakan ruang yang ada sebagai  kawasan dapur untuk memasak, ruang tidur dan disitulah juga dua beranak ini berehat.

Namun kediaman pusaka itulah yang menjadi tempat mereka berdua berteduh. Biarpun rumah yang didiami sejak 10 tahun lalu itu banyak kerosakan dan sebahagian atapnya juga sudahpun bocor, mereka tiada pilihan.

Menurut Wan Rahana Wan Hasan, 52, dia tidak mampu bekerja ekoran terpaksa menjaga anaknya yang lembam dan hanya menghabiskan masa di rumah.

“Perbelanjaan seharian kami hanya bergantung sepenuhnya pada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Lagipun bantuan itu hanya RM120 sebulan dan saya perlu berjimat untuk menanggung perbelanjaan kami.

“Kalau ada pun saya hanya mampu beli seekor ikan itupun jika ada lebihan belanja memandangkan kini kos berbelanja pun mahal,” katanya ketika ditemui di keiamannya di Kampung Gutong, Limbat di sini.

Rahana berkata, dia mengharapkan agar bantuan OKU untuk anaknya dapat ditambah ekoran perbelanjaan mereka berdua tidak mencukupi lagipun segala tugas menjaga dan menguruskan anaknya digalas sepenuhnya oleh Rahana setelah berpisah dengan suami.

“Kami tidak mampu menikmati hidangan mewah dan terpaksa catu makanan dan pernah juga kami kehabisan wang. Mujurlah ada kejiranan sepempat yang datang membantu dan turut menghulurkan sumbangan beras untuk kami dua beranak.

“Harapan saya agar kehidupan kami lebih baik dan ada pihak yang sudi membantu ekoran kami tidak mampu tinggal dan menyewa di kawasan lain ekoran kekangan perbelanjaan dan inilah rumah pusaka keluarga," katanya.

Sementara itu, Pentadbir Mukim Dun Pasir Tumboh, Wan Azizi Wan Ab Ghani yang ditemui turut meluangkan masa melawat keluarga itu berkata, pihaknya akan cuba menyelesaikan masalah dua beranak itu.

"Kita juga akan merujuk kepada JKM bagi menaikkan jumlah bantuan yang diterima mengikut kesesuaian dengan tanggungan mereka.

“Selain itu saya juga akan rujuk perkara ini kepada pihak Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) untuk tindakan susulan,” katanya.

Tuesday 17 October 2017

PENAGIH DADAH DI KELANTAN SEMAKIN MENINGKAT



PASIR PUTEH, 17 Okt ― Aktiviti penyalahgunaan dadah di Kelantan bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini meningkat berbanding tempoh sama tahun lalu dengan 6,653 Orang Kena Pengawasan (OKP) direkodkan berbanding 4,410 OKP tahun lepas.
Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Kelantan Rohayu Ahmad berkata jajahan Kota Bharu merekodkan jumlah OKP paling tinggi iaitu 1,476 orang diikuti Bachok (977 OKP) manakala golongan belia berusia 20 hingga 39 tahun merupakan pengguna dadah teramai.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Perangi Dadah Habis-habisan 2.0 bersama pemimpin masyarakat yang dirasmikan Anggota Dewan Undangan Negeri  Semerak Datuk Zawawi Othman.
Rohayu berkata pil kuda merupakan dadah paling popular dalam kalangan penagih di negeri ini pada 84 peratus berbanding bahan terlarang yang lain.
Sementara itu, Zawawi yang juga Ketua Umno bahagian Pasir Puteh dalam ucapannya berkata beliau akan menubuhkan skuad antidadah di setiap mukim terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri  Semerak bagi membantu AADK membendung kegiatan yang kini menular di setiap kampung. ― Bernama

Read more at http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/hisap-dadah-di-kelantan-meningkat-pil-kuda-paling-laris#2YeUXwRYg5v87DZQ.99