Monday 19 June 2017

TUN MAHATHIR CABAR ROSMAH SAMANNYA JIKA FITNAH

Sambil memetik sebuah dakwaan mengenai pembelian barang kemas, bekas perdana menteri itu mencabar isteri perdana menteri mengheretnya ke mahkamah.

Dua hari selepas peguam Datin Seri Rosmah Mansor memberi amaran sedang memantau media sosial yang membuat tuduhan fitnah, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi sebuah tuduhan terhadap isteri perdana menteri itu dan mencabar menyamannya.

"Rosmah kata dia nak buru pemfitnah, dan saya tidak takut sebab ini bukan fitnah. Berani kerana benar," kata pengerusi PPBM itu dalam kiriman klip video di Facebook hari ini.


Beliau turut memetik laporan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) minggu lalu mengenai pembelian barang kemas bernilai AS$1.3 juta (RM5.5 juta) kepada seorang yang tidak dinamakan dengan menggunakan wang yang didakwa dilarikan daripada 1MDB.


"Jika berani, samanlah kami. Saya bersedia," kata Dr Mahathir.

DoJ dalam laporan lebih 200 muka surat difailkan di sebuah mahkamah California minggu lalu antara lain menerbitkan butiran invois daripada sebuah kedai barang kemas, mendakwa ia dihadiahkan kepada "isteri MO1".
Identiti MO1 atau Malaysian Official 1, yang disebut DoJ sebagai pegawai atasan 1MDB, belum dikenal pasti secara rasmi, walaupun ia mencetuskan pelbagai spekulasi.


Sabtu lalu, firma guaman mewakili Rosmah, Tetuan Noorhajran Mohd Noor memberi amaran akan menyaman jika fitnah dan tuduhan tidak berasas dilemparkan.

"Baru-baru ini banyak serangan berniat jahat dan tidak berasas dibuat terhadap Rosmah Mansor di blog dan media sosial.

Sunday 18 June 2017

BELANJA GUNA WANG RAKYAT? ROSMAH BUAT NAJIB PENING KEPALA?

Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor mengarahkan peguamnya memantau media sosial untuk melihat kemungkinan wujudnya serangan dan tuduhan palsu terhadap beliau.

Peguamnya memberitahu, mereka memantau semua platform media sosial dan penerbitan lain untuk mengenalpasti catatan yang berunsur fitnah dan tidak berasas berkaitan Rosmah.

Tindakan Rosmah ini adalah susulan pemfailan terbaru Jabatan Kehakiman AS atau DOJ setebal 251 halaman dua hari lalu yang antara lain menyebut isteri Malaysian Official 1 turut dihadiahkan beberapa barangan kemas mewah yang berpunca daripada dana 1MDB yang dilencongkan.
Dalam dokumen terbaru DOJ itu, isteri Malaysian Official 1 didakwa menerima barang kemas yang keseluruhannya berjumlah AS$28.6 juta atau kira-kira-kira RM128 juta.

Tidak disebut dengan pasti siapa isteri Malaysian Official 1 dalam dokumen DOJ itu, cuma Abdul Rahman pernah mengesahkan Malaysian Official 1 yang disebut dalam saman sivil kali pertama dulu tidak lain ialah Najib Razak.

Tetapi, Najib sendiri tidak pernah mengakui Malaysian Official 1 adalah dirinya.

Jadi, siapa yang mahu disaman oleh Rosmah?

Adakah pengguna media sosial yang menyebut nama Rosmah secara langsung atau mereka yang menulis isteri Malaysian Official 1 pun akan turut disaman juga?

Selain itu, kenapa penulis di media sosial saja yang mahu disamannya?

Tidakkah semua tulisan atau catatan di media sosial berkaitan dirinya yang menjadi perbualan ramai sekarang adalah berdasarkan dokumen DOJ?

Kenapa tidak DOJ  lebih dulu disaman jika Rosmah merasakan dirinya terganggu dengan laporan yang berunsur fitnah, tidak berasas, memburukkan nama atau menjejaskan reputasinya?

Lagi pula tanpa laporan DOJ yang mengaitkan nama Rosmah berdasarkan bukti dan hasil penyiasatan mereka untuk menjejaki ke mana perginya dana 1MDB yang dilencongkan, tentulah tidak mungkin sesiapa mahu menyebut namanya.
Dengan itu, DOJlah yang sepatutnya lebih dulu disaman oleh Rosmah berbanding mana-mana pemilik akaun media sosial di negara ini.

Dalam pada itu, terlanjur Rosmah sudah mengugut mahu menyaman, adakah tulisan atau kenyataan seperti yang dikeluarkan oleh Muhyiddin Yassin yang memintanya memulangkan barang kemas bernilai RM128 juta turut  tidak terlepas daripada tindakan saman beliau?

Mungkinkah Muhyiddin yang bermusuh dengan suaminya, Najib menjadi orang pertama disaman Rosmah?

Tetapi, jika menyaman Muhyiddin, bukankah ia dengan sendirinya bermakna Rosmah secara tidak langsung mengaku identiti isteri Malaysian Official 1 adalah dirinya?

Saturday 17 June 2017

KISAH SEDIH PUTERI ZAINAH ISTERI PERTAMA NAJIB YANG RAMAI TIDAK TAHU !!!




Inilah Kisah Sedih Puteri Zainah Iskandar, Isteri Pertama PM, Dato’ Seri Najib Razak | Semua orang tahu Datin Hajah
Rosmah Mansor atau lebih dikenali sebagai BikMama@LadyFirst ialah isteri kedua Dato Seri Hj Mohd Najib Razak, PM Malaysia. Manakala, Isteri pertama PM Najib Razak pula ialah seorang insan bernama Puteri Zainah binti Iskandar (kerabat diraja Kelantan), perempuan pertama yang bersama PM Najib membina kehidupan. Siapakah Puteri Zainah ini? Mari kenalinya lebih dekat lagi..
Dia adalah wanita pertama yang berada di sisi PM Najib. Wanita pertama yang berada di kiri PM Najib diatas pelamin yang kilau gemilau suatu ketika dahulu. Wanita pertama yang menjadi teman tidur PM Najib yang sah. Wanita pertama yang meyendukkan nasi ke pinggan PM Najib. Wanita pertama yang mengambil baju dan seluar PM Najib untuk ke pejabat.
Walaupun ada kuasa yang cuba untuk menafikannya, namun sejarah dan biologi tidak boleh menafikan bahawa darah wanita ini ada dalam tubuh tiga orang anak Perdana Menteri itu, Mohd Nizar, Puteri Norlisa dan Mohd Nasifuddin.
Puteri Zainah masih hidup dan masih sihat wal afiat. Cebisan kenangan indah dan buruk beliau dengan PM Najib masih terpapar di kepalanya. Dia juga berhak sebenarnya bercakap mengenai PM Najib. Dia masih waras untuk bercerita segala-galanya dari malam pertama sehinggalah kemalam terakhir kehidupan rumah tangganya bersama PM Najib.
Sebelum Datin Rosmah Mansor menjelma dalam kamus hidup PM Najib, Puteri Zainah atau lebih dikenali dengan Ku Yie inilah yang mengikut PM Najib ke majlis-majlis kerajaan. Yang menemani PM Najib menziarahi rakyat di Pekan dan seluruh Pahang semasa PM Najib menjadi Menteri Besar Pahang dulu. Ku Yie lah yang menjadi pujaan dan kesayangan Tun Puan Rahah.
Mungkin ada juga yang tak tahu bahawa bekas suami Datin Hajah Rosmah Mansor ialah Farid Ismeth Emir iaitu pembaca berita Dunia Jam 10 di RTM1. Manakala anak perempuan Datin Hajah Rosmah Mansor bersama Farid Ismeth pulak ialah Azrene Soraya iaitu isteri kepada penyanyi yang juga pakar motivasi terkenal Datuk Dr Fazley.
YM Tengku Puteri Zainah Tengku Iskandar, bekas isteri Perdana Menteri yang juga dahulu pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Najib Tun Razak menangkis fitnah-fitnah yang menuduh beliau tidak siuman dan uzur untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.
Menurutnya, fitnah-fitnah tersebut sengaja disebarkan untuk menjatuhkan imej dan memalukan beliau sebagai salah seorang kerabat di-Raja Kelantan. Tengku Puteri Zainah menegaskan beliau tetap tabah dan berusaha menyelamatkan rumahtangganya daripada menuju keretakan meskipun fitnah-fitnah tersebut sering menghantui kehidupannya.
Walaubagaimanapun telah ditakdirkan Allah SWT penceraian berlaku juga antara beliau dengan Datuk Seri Najib pada bulan April 1987, 28 tahun yang lalu. Menurut Tengku Puteri Zainah lagi, beliau telah diceraikan tanpa pengetahuannya dengan beberapa alasan.
Beliau melahirkan rasa sedihnya kerana walaupun setelah menjalanikan hidup berumahtangga selama hampir 10 tahun dan telah dikurniakan seramai tiga cahayamata, tiba-tiba diceraikan tanpa pengetahuan beliau.
Tengku Puteri Zainah juga memberitahu bahawa sebelum penceraian berlaku, beliau serta bekas suaminya tidak pernah bersengketa. Cuma selepas suaminya dilantik menjadi Menteri Belia Dan Sukan di tahun 1987, Datuk Najib tidak pulang ke rumah selama lebih enam bulan sebaliknya beliau menetap di hotel.
Menurut beliau, Datuk Seri Najib hanya mengunjungi beliau di waktu-waktu tertentu sahaja ketika beliau ditempatkan di rumah milik kerajaan.
Tengku Puteri Zainah diceraikan dengan talak satu kini tinggal bersama dengan tiga anaknya Mohd. Nizar, Puteri Nerlisa, dan Mohd. Naziffuddin. Tengku Puteri Zainah telah berjaya menuntut nafkah sara hidup sementara untuk beliau dan anak-anaknya dari bekas suaminya itu di Mahkamah Tinggi Syariah.
Tengku Puteri Zainah dan anak-anak, walaupun cuba menunjukkan kegembiraan di wajah masing-masing, tetapi itu hanya sekadar kegembiraan kerana menyambut kedatangan Hari Raya, bergambar di pagi Hari Raya Puasa 1987.
Pada malam menjelang Hari Raya itu juga lah PM Najib dan Rosmah telah pergi ber’honeymoon’ di Eropah. Juga menjadi pertama kali nya Nizar, Puteri Norlisa dan Naziffuddin berhari raya tanpa bapa mereka disisi.

Friday 16 June 2017

PAS MEMBISU ISU 1MDB - Wan Azizah mahu sidang parlimen tergempar diadakan segera

Wan Azizah mahu sidang parlimen tergempar diadakan segera


Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengesa kerajaan mengadakan sidang Parlimen tergempar bagi membincangkan dakwaan Jabatan Keadilan Sosial (DoJ) Amerika Syarikat dalam saman sivil berhubung penyelewengan dana 1MDB.

Beliau berkata skandal 1MDB yang telah mendapat perhatian masyarakat dunia ini menjadi lebih memeranjatkan apabila timbul dakwaan terbaru bahawa sebanyak RM17 bilion telah diseleweng oleh “pegawai tertinggi negara” untuk membiayai kehidupan serba mewah.

"Memandangkan dakwaan terbaru ini melibatkan maruah negara, saya menggesa supaya sebuah sidang tergempar Parlimen diadakan sesegera mungkin bagi membincangkan dakwaan terbaru ini.

"Mengadakan sidang tergempar di luar waktu persidangan Parlimen bukanlah amalan yang luar daripada kebiasaan. Terutama sekali apabila isu yang dibincangkan itu melibatkan kepentingan rakyat dan negara," ujarnya dalam kenyataan hari ini.

SIdang tergempar Parlimen pernah diadakan pada 23 Julai 2014, bagi membincangkan insiden pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai 2014 yang mengorbankan 298 nyawa.

Sebuah Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di Parlimen pula telah diadakan pada 26 Januari 2016.

Berdasarkan Peraturan Mesyuarat 4, Akta Parlimen, hanya Ketua Majlis (Perdana Menteri) boleh boleh meminta supaya sidang tergempar Parlimen diadakan dengan mengemukakan usul kepada Speaker.

"Maka dengan ini saya menggesa Perdana Menteri memanggil sidang tergempar Parlimen sesegera yang mungkin bagi membincangkan dakwaan terbaru oleh DOJ.

"Lantas dapat membersihkan nama negara dari sebarang cemuhan dan tohmahan," ujar Wan Azizah yang juga Presiden PKR itu.
 -MD

Thursday 15 June 2017

DOJ: 'Derma' dipulangkan diguna beli rantai berlian isteri Najib?

Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat (AS) akhirnya menyerlahkan apa yang berlaku terhadap wang AS$620 juta yang dipulangkan Malaysian Official 1 (MO1) kepada “penderma”.

Dalam saman sivil pelucuthakan terbaru, DOJ berkata sekurang-kurangnya AS$27.3 juta digunakan untuk membeli loket dan rantai berlian 22 karat berwarna merah jambu untuk isteri MO1.

Ia juga mendakwa “derma” yang dipulangkan itu digunakan oleh hartawan kelahiran Pulau Pinang Jho Low untuk membeli gambar bernilai AS$750,000 sebagai hadiah kepada pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio.

MO1 disifatkan sebagai pegawai kanan kerajaan oleh DOJ.

Tahun lalu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Rahman Dahlan berkata MO1 merujuk kepada Datuk Seri Najib Razak tetapi menegaskan perdana menteri bukan sebahagian daripada siasatan.

Najib telah menafikan menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi.
Dalam saman tahun lalu, DOJ berkata sejumlah AS$731 juta yang didakwa diseleweng daripada 1MDB mengalir ke dalam akaun peribadi MO1.

Ini termasuk ASS$681 juta yang dipindahkan pada Mac 2013. Dokumen DOJ memetik Peguam Negara Malaysia Tan Sri Apandi Ali sebagai berkata ia adalah sumbangan peribadi daripada kerabat diraja Arab Saudi.

Kedua-dua pihak, DOJ dan Apandi, berkata AS$620 juta telah dipulangkan.
DOJ mendakwa wang yang berpunca daripada 1MDB, dan dipindahkan kepada MO1 dan kemudian dipulangkan kembali, melalui akaun bank Tanore Corporation di Singapura.

Kes di mahkamah republik itu menyebut akaun itu dikawal oleh Low.

Bagaimanapun, apa yang berlaku kepada wangg yang dipulangkan itu kekal misteri sehinggalah butiran lanjutnya dinyatakan dalam saman 251 halaman DOJ pada Khamis.

Menurut DOJ, pada Jun 2013, dua bulan sebelum wang itu dipulangkan, Low dikatakan menghubungi tukang emas permata Lorraine Schwartz berkaitan “rantai berlian merah jambu permata bentuk hati 18 carrot (sic)”.

Bulan berikutnya, Schwartz dikatakan pergi ke Monaco dengan permata merah jambu 22 karat untuk bertemu Low dan ketua pegawai eksekutif (CEO) Aabar Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny di atas sebuah kapal layar.

Isteri MO1 dan kawannya – dirujuk DOJ sebagai "Malaysian Friend" turut berada di situ.

Mereka kemudian dikatakan membincangkan soal rekaan rantai itu.
Schwartz kemudian dikatakan bertemu isteri MO1 di New York pada 28 September bagi menunjukkan rekaan rantai itu.

Najib dan Rosmah berada di New York ketika persidangan agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Najib berucap pada 28 September..

Sementara itu, rantai yang siap itu didakwa dihantar kepada "Malaysian Friend" di Hong Kong pada 7 Mac 2014, supaya dapat disampaikan kepada isteri MO1.
Bagaimanapun tidak jelas bila beliau secara peribadi menerimanya.

Menurut DOJ, bayaran AS$27.3 juta itu berpunca daripada wang AS$620 juta yang dipulangkan MO1 kepada Tanore pada Ogos 2013.

Pada 9 September 2013, US$58.85 juta daripada akaun Tanore didakwa disalurkan ke akaun lain – Midhurst Trading Limited – yang berdasarkan fakta perbicaraan di mahkamah Singapura Low membukanya menggunakan nama Eric Tan.

Keesokan harinya, wang AS$32.76 juta itu didakwa dipindahkan ke akaun bank DBS Singapura atas nama Blackrock.

Daripada situ, dua pindahan kawat (wire transfer) dibuat kepada Schwartz di akaun Bank of America berjumlah AS$27.3 juta.
DOJ menyebut Low mungkin mengguna e-mel Tan untuk memastikan namanya tidak dikaitkan dengan rekod pembelian barang kemas itu.

E-mel daripada Tan kepada pembantu Schwartz pual dikatakan meminta nama Low tidak disebut lanjut dalam e-mel kemudiannya kerana dia hanya pihak yang memperkenalkan dan bukan pembeli.

Selain rantai merah jambu AS$27.3 juta, DOJ juga menuduh Low membeli 27 bentuk rantai dan gelas 18 karat untuk isteri MO1 yang keseluruhannya bernilai AS$1.3 juta.

Pembelian lain dikatakan diguna untuk membeli gambar Diane Arbus bertajuk “Boy with the Toy Hand Grenade" bernilai AS750,000 yang didakwa disalurkan daripada akaun Tanore kepada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.


Terdapat dakwaan bahawa AS$620 juta itu adalah baki wang yang digunakan untuk mendanai kempen pilihan raya umum BN pada 2013


Najib dan BN bagaimanapun menegaskan bahawa wang itu berpunca daripada kerabat diraja Saudi. Pihak yang membuat tuduhan terhadapnya pula didakwa mahu menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Wednesday 14 June 2017

TAIB MAHMUD MEMILIKI HARTA RM64 BILLION



Baru-baru ini sebuah NGO dari Switzerland, Bruno Manser Fund (BMF) telah mengeluarkan anggaran kekayaan Taib Mahmud dan keluarga beliau sebanyak AS$21 bilion atau pun RM64 bilion..

Dan kekayaan Taib Mahmud secara solo pula dianggarkan AS$15 bilion atau pun RM46 bilion..
dengan jumlah kekayaan beliau itu,menjadikan beliau lelaki terkaya di Malaysia dan sekaligus mengalahkan kekayaan Robert Kuok yang bernilai AS$12.5 bilion.

Setakat ini tiada sebarang penafian dari Taib Mahmud mengenai dakwaan memiliki kekayaan keluarga sebanyak RM64 bilion itu..

Tapi hari ni bukan tuan punya badan yang didakwa mempunyai kekayaan RM64 bilion tu yang menjawab..
sebaliknya...
Najib laki Kak Mah pulak yang menjawab dan menafikannya...

Tak faham aku..
kenapa Najib pulak yang nak menjawab bagi pihak Taib Mahmud....?
lepas tu siap kata dakwaan seperti itu tak perlu diambil pusing....

Sepatutnya Najib sebagai Perdana Menteri lebih molek mengatakan "biar SPRM siasat dakwaan tersebut.." bukannya meminta Taib Mahmud supaya tak layan dakwaan tersebut...
kalau Najib boleh berkata "biar pihak berkuasa siasat SUARAM.."
kenapa tidak dalam kes kekayaan Taib Mahmud ni..?

Benar atau tidak Najib perlu menggerakkan SPRM untuk menyiasat bagaimana Taib Mahmud boleh memiliki kekayaan seperti itu...

Usahkan RM64 bilion..
kalau Taib Mahmud ada kekayaan RM1 bilion pun kena siasat jugak dari mana datangnya harta tu..
sebab dia adalah Ketua Menteri,penyalahgunaan kuasa boleh berlaku dengan begitu senang sekali..

Dalam sidang media Najib berkata terlalu banyak dakwaan dan tidak perlu ambil kisah dakwaan ini semua.

Sunday 11 June 2017

TUKAR KERAJAAN TIADA MAFAAT KEPADA RAKYAT - PAS

PETALING JAYA: Menukar sebuah kerajaan yang sedang memerintah belum tentu membawa manfaat kepada rakyat sekiranya parti politik baharu yang dipilih gagal melaksanakan perubahan seperti diharapkan, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dipetik Utusan Online, beliau berkata, walaupun menukar kerajaan sering dilabel sebagai kebangkitan rakyat, namun berdasarkan banyak bukti, perubahan yang diharapkan itu tidak pernah menjadi kenyataan.
Tuan Ibrahim yang memangku tugas presiden PAS berkata, keadaan itu dapat dilihat berdasarkan keadaan di beberapa negara apabila kerajaan baharu yang dipilih gagal menguruskan perubahan telah menyebabkan keadaan lebih porak-peranda dan akhirnya mengakibatkan berlakunya campur tangan kuasa asing.
“Bukan politik untuk menukar kerajaan sahaja yang utama tetapi menguruskan perubahan adalah lebih penting berbanding perubahan (kerajaan).
“Lihat sahaja di Iraq dan di Asia Barat apabila perubahan gagal diuruskan. Kita tolak rasuah dan salah guna kuasa, tetapi apabila perubahan yang dijanjikan tidak dilaksanakan dengan baik, keadaan menjadi lebih buruk,” kata beliau.
Menurut laporan itu, beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Pimpinan PAS Pusat di ibu negara semalam.
Tuan Ibrahim berkata, walaupun sedar kenyataannya itu boleh menimbulkan persepsi bahawa PAS sedang bekerjsama dengan Umno tetapi hakikatnya tanggapan itu adalah tidak benar.
“PAS mahu membawa gagasan politik yang matang. Kita mahu berubah daripada politik maki hamun kerana generasi kini sudah berubah, bukan lagi generasi seperti zaman sebelum merdeka,” katanya.
Parti itu yang baru-baru ini memutuskan kerjasama politik dengan PKR dan dengan DAP 2 tahun yang lalu tidak menganggotai Pakatan Harapan yang dibentuk bagi menggantikan Pakatan Rakyat.
Dalam 2 pilihan raya umum lalu PAS menjalin kerjasama dengan DAP dan PKR, di mana telah membawa kepada penurunan majoriti dua pertiga Barisan Nasional di Parlimen. Pada tahun 2008, kerjasama itu membawa kepada perubahan kerajaan negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak selain Kelantan yang diperintah PAS sejak 1990.

Friday 9 June 2017

PAS IKRAR HAPUSKAN HAK ISTIMEWA MELAYU JIKA BERKUASA

Pas melalui persuruhjaya Pas Terangganu pernah membuat ikrar kepada masyarakat cina jika parti itu di beri peluang untuk memerintah semua keutamaan dan keistimewaan yang di berikan kepada golongan bumiputera akan di hapuskan termasuk dasar ekonomi baru dan tanah simpanan melayu.

Kenyataan tersebut di ambil di dalam laporan akhbar berikut:-


Thursday 8 June 2017

BN TAMBAH LAGI SATU CUKAI UNTUK RAKYAT

Cukai Pelancongan yang akan berkuat kuasa pada 1 Ogos akan menyaksikan pelanggan membayar sehingga RM20 semalam untuk sebuah bilik hotel.
Cukai itu bakal turut membabitkan sesiapa saja yang menginap di mana-mana premis hotel di Malaysia, termasuk rakyat tempatan dan mereka yang melakukan perjalanan bagi tujuan perniagaan dan bukan santai.

Ia bakal dilaksanakan selepas Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan diluluskan di Parlimen pada sidang yang lalu.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan boleh mengutip sehingga RM654 juta jika kadar penginapan adalah pada 60 peratus.

Menurut Kastam Diraja Malaysia, kadar cukai adalah berdasarkan kepada penarafan penginapan.

Kadar cukai itu adalah seperti berikut:

1. Lima bintang: RM20 bagi setiap malam
2. Empat bintang: RM10 bagi setiap malam
3. Satu hingga tiga bintang: RM5 bagi setiap malam
4. Satu hingga tiga orkid: RM2.50 bagi setiap malam
5. Tidak dinilai: RM2.50 bagi setiap malam

Menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia, cukai pelancongan turut dikenakan di sebalik membayar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan caj perkhidmatan.

Bagaimanapun, ia berkata bilik berdaftar dengan kerajaan di bawah program homestay dikecualikan daripada cukai.

Selain itu, Kastam Diraja Malaysia berkata premis yang menyediakan penginapan dengan kurang daripada 10 bilik juga dikecualikan.

Katanya bilik disenggarakan oleh institusi agama, kerajaan dan badan-badan berkanun untuk tujuan bukan komersial juga diberikan pengecualian.

Wednesday 7 June 2017

WARGA EMAS PUKUL MEJAR ZAIDI DAPAT UPAH?



Warga emas yang memukul Mejar Zaidi di hadapan masjid ketika jemaah masjid masih beribadat di dalam masjid pada beberapa minggu lalu rupanya adalah kawan rapat kepada Presiden Parti Cinta Malaysia, Dato Huan Cheng Guan.

Presiden PCM itu memuat naik gambarnya bersama warga emas tersebut di dalam sati status di facebooknya sambil memuji tindakan warga emas tersebut menampar mejar Zaidi.

Kemungkinan warga emas tersebut hanyalah menerima upah untuk melakukan perbuatan tersebut kerana dari apa yang pihak kami selidiki warga emas tersebut bukanlah orang tahu tentang politik tetapi cuma menjadi pak turut kepada kumpulan yang kecewa dalam politik.

Sama ada yang menerima upah adalah pemimpin kumpulan itu atau warga emas itu sendiri adalah tidak dapat di pastikan.

Namun begitu tindakan Mejar Zaidi yang tidak melawan kerana kasihankan warga emas tersebut yang sudah tua dan kemungkina hanya di pergunakan telah mendapat pujian daripada orang ramai.







PERUNTUKAN HAL EHWAL PULAU PINANG TERTINGGI DI MALAYSIA



GEORGE TOWN: Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dr Haji Abdul Rahman Abbas memuji pengurusan hal ehwal agama Islam negeri ini yang serius dan tidak mengabaikan kedudukannya sebagai Agama Persekutuan.
Ia katanya terbukti apabila kerajaan Pulau Pinang peruntukkan bagi Hal Ehwal Agama Islam meningkat sebanyak 84 peratus selepas tahun 2008 kepada RM457 juta bagi tempoh tempoh 2008 hingga 2016 berbanding RM257 juta untuk tempoh 2000 hingga 2007.
“Saya bersyukur, urusan hal ehwal agama Islam diberi perhatian berat oleh Kerajaan Negeri,” katanya ketika merasmikan mesyuarat pertama penggal kelima Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang ke-13 Jumaat lalu.
Menurut beliau, kerajaan negeri juga memberi keutamaan terhadap pendidikan Islam dengan pembinaan institusi pendidikan Islam melalui pembinaan Sekolah Agama Rakyat, lapor RoketKini.
Antaranya ialah pembinaan Sekolah Agama Rakyat Guar Jering telah siap dibina pada tahun 2016, Sekolah Agama Rakyat Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Sekolah Agama Rakyat Tuan Guru di Tanjong Tokong dan Sekolah Agama Rakyat di Masjid Abdullah Fahim sedang dalam proses untuk dibina.


“Semua sekolah agama termasuk Maahad Tahfiz di negeri ini juga didaftarkan bagi membolehkan penyaluran bantuan dan pemantauan dijalankan supaya mutu pembelajaran dan kebajikan pelajar terbela,” ujar beliau.
Selain itu, salah satu kejayaan pembangunan Islam di Pulau Pinang juga dapat dilihat dengan siapnya Kompleks Kehakiman dan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang di Jalan Scotland di atas tanah kerajaan negeri bernilai RM80 juta dan perbelanjaan kos pembinaan RM33 juta oleh Kerajaan Persekutuan.
“Semua ini tidak mungkin tercapai tanpa pentadbiran Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) dan kepimpinan bersih yang diterap ke dalam tata kelola kerajaan negeri.
“Urus tadbir CAT membuahkan kejayaan apabila Pulau Pinang berjaya mencatat lebihan bajet sebanyak RM573 juta bagi tempoh 8 tahun dari 2008 hingga 2015,” kata beliau.
Jelasnya, urus tadbir CAT telah berjaya mencatat lebihan bajet sebanyak RM573 juta bagi tempoh lapan tahun dari 2008 hingga 2015 berbanding lebihan bajet terkumpul bagi tempoh 1957-2007 sebanyak RM373 juta untuk 50 tahun.
“Nilai aset Pulau Pinang pula meningkat hampir sekali ganda dalam tempoh 8 tahun, iaitu dari RM850 juta kepada RM1.6 bilion,” katanya lagi.

Monday 5 June 2017

MUFTI WILAYAH HADIRI MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN PERSATUAN KRISTIAN


Jika di Pulau Pinang terdapat sekumpulan ahli Pas dan Umno yang mengugut hendak berbuat kacau majlis berbuka puasa yang di hadiri oleh mereka yang tidak beragama islam tetapi di Kuala Lumpur, mufti Wilayah Perseketuan Dr Zulkifli Mohammad Al Bakri pula menerima jemputan berbuka puasa daripada persatuan kristian yang sama sama meraikan umat islam berpuasa.


Ucapan terima kasih Mufti Wilayah ini kepada persatuan Shah Kirit dan Christian For Peace and Harmony  (CPHM) itu di tulis di dalam facebooknya dengan menyatakan bahawa perbezaan antara Islam dan Kristian tidak dapat menafikan sifat keAdaman kita. Semuanya lahir daripada keturunan yang sama dan perbezaan warna kulit, bangsa ini adalah untuk kita saling berkenalan sebagaimana dalam Surah al-Hujurat: 13.

Tindakan mufti Wilayah ini sudah pasti bersandarkan kepada keilmuannya sebagi seorang tokoh akedemik dan seorang mufti dan ianya secara lansung telah menafikan fatwa yang di keluarkan oleh kumpulan tersebut yang mengatakan orang bukan Islam tidak boleh bersama-sama meraikan umat islam berpuasa.



Terima kasih diucapkan kepada penganjur, UNITY yang diterajui oleh Bro. Shah Kirit dan Christian For Peace and Harmony  (CPHM) atas jemputan Majlis Berbuka Puasa Imam dan Paderi Kristian di Concorde Hotel, Shah Alam.

Sejujurnya ini pengalaman yang sangat berharga bila dapat berkenalan dengan lebih dekat dengan saudara-saudara kami para Pastor. Jarang sekali kami bawa isteri dan anak-anak menghadiri jamuan berbuka puasa Iuar tetapi semata-mata untuk majlis ini, kami bawakan keluarga.

Kami nyatakan dalam ucapan ringkas sebentar tadi bahawa perbezaan antara Islam dan Kristian tidak dapat menafikan sifat keAdaman kita. Semuanya lahir daripada keturunan yang sama dan perbezaan warna kulit, bangsa ini adalah untuk kita saling berkenalan sebagaimana dalam Surah al-Hujurat: 13.

Fokus utama pemimpin agama-agama di Malaysia sewajarnya adalah isu-isu perpaduan, persaudaraan dan kasih sayang. Isu² perbezaan yang memungkinkan perpecahan dan perselisihan hendaklah dielakkan dan jika perlu, adili dengan budaya ilmiah dan toleransi yang tinggi.

Saya mempersilakan paderi² Kristian untuk menziarahi kami di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Presint 3, Putrajaya. Dasar kami adalah terbuka, menghormati perbezaan dan konsisten di atas jalan ilmiah berpandukan al-Quran dan al-Sunnah.








Sunday 4 June 2017

GUAN ENG DEDAHKAN ERA KERAJAAN BN JUAL 3,661EKAR TANAH PULAU PINANG


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar: DARWINA MOHD. DAUD

PANTAI JEREJAK - Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng menyanggah tuduhan Gerakan kononnya RM574 juta lebihan kewangan yang Kerajaan Negeri hari ini berjaya kumpul adalah hasil penjualan tanah di Pulau Pinang semata-mata.

"Daripada RM1.1 bilion (hasil jual tanah secara tender terbuka) ini, sehingga sekarang kerana ia adalah pembayaran secara berjadual, kita telah terima kira-kira RM700 juta.

"Daripada RM700 juta ini, jangan lupa, kita (Kerajaan Negeri) telah berikan RM500 juta untuk program Rumah Mampu Milik (RMM).

"Maka, kalau ada apa-apa lebihan lagi yang tinggal hanya RM200 juta, (RM200 juta) ini pun tidak cukup untuk menampung kos selama ini.

"Justeru, tiada kaitan antara lebihan kewangan terkumpul sebanyak RM574 juta sejak tahun 2008 (dengan hasil jual tanah semata-mata).

"Ini (lebihan kewangan) adalah usaha Kerajaan Negeri kutip hasil daripada sumber-sumber lain, selain hasil penjualan tanah.

"Bukanlah penjualan tanah menjadi sebab utama kita mencatatkan lebihan (kewangan)," jelas Guan Eng  yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) Kebangsaan kepada pemberita, selepas berucap dalam Majlis Penyerahan Rasmi Penyiapan Kerja-Kerja Pengecatan Semula Blok 74 Jalan Tengah dekat Bandar Bayan Baru pada tengah hari tadi.

Timbalan Ketua Menteri I Dato' Mohd. Rashid Hasnon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak; Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Sing Deo; dan Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) Dato' Rosli Jaafar turut sertai sidang media tersebut di sini.

Guan Eng mendedahkan Kerajaan Negeri era Barisan Nasional terdahulu direkodkan menjual tanah secara tender tertutup seluas 980 ekar dekat Tanjong Tokong dengan harga RM42.7 juta atau RM1 sekaki persegi; 325 ekar tanah untuk projek Jelutong Expressway (RM325 juta atau RM20 sekaki persegi); 750 ekar tanah kepada Abad Naluri di Batu Kawan (RM106 juta atau RM3.24 sekali persegi); dan 1,606 ekar tanah kepada Rayston Concortium Sdn. Bhd. di Butterworth.

Manakala Kerajaan Negeri hari ini, katanya lagi, sejak tahun 2008 direkodkan menjual tanah secara tender terbuka seluas 1.1 ekar di Jalan Zainal Abidin dekat Taman Manggis dengan harga RM10.2 juta atau RM232 sekaki persegi; dan satu lagi 105 ekar tanah di Bayan Mutiara (RM1.1 bilion atau RM240 sekaki persegi).

"Tanah yang kita (Kerajaan Negeri hari ini) jual hanya 106 ekar, (Kerajaan Negeri era) BN jual 3,661 ekar, iaitu 36 kali ganda lebih banyak.

"Tapi, dia punya (hasil) pendapat lebih kurang kerana kita buat tender terbuka dan dia tak buat tender terbuka," jelas Guan Eng yang juga Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan.

Guan Eng yang juga ADUN Air Itam merangkap Ahli Parlimen Bagan turut memberi respons pada isu Kerajaan Negeri menjual tanah untuk tujuan pembinaan hospital swasta terbesar negara berhampiran Island Hospital yang sedia ada di Pulau Pinang, yang membawa RM2 bilion pelaburan ke negeri ini.

"Kalau berprinsip, jawab dahulu dan tunjuk bukti bahawa penjualan tanah Island Hospital dibuat oleh saya seorang.

"Sehingga sekarang, mereka (Gerakan) tidak mahu tunjuk bukti," tegas Guan Eng sambil menganggap tuduhan Gerakan itu menyerlahkan amalan fitnah pemimpin Barisan Nasional di Pulau Pinang.

Friday 2 June 2017

YB SIVARASA DI PERANGKAP OLEH UMNO?


PETALING JAYA: Adun Kota Damansara dari Barisan Nasional (BN) Halimaton Saadiah Bohan hari ini membuat pengakuan membuat perancangan dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) untuk membawa ke depan isu Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah menyampaikan ucapan di sebuah masjid.

Ketika diminta mengulas isu itu, Halimaton enggan memberikan komen, tetapi berkata:

“Saya nak biarkan NGO masuk (komen), akhir sekali baru saya cakap, sebab saya tengah rancang benda itu, lepas itu baru saya bagi komen saya,” katanya kepada FMT.

“Saya sebenarnya dah ‘plan’ dengan NGO-NGO ini supaya bawa isu ini berhari-hari, lepas itu baru saya nak komen di hujung itu nanti.”

Halimaton menang DUN Kota Damansara selepas PAS memaksa pertandingan 3 penjuru melawan penyandang kerusi itu, Dr Nasir Hashim yang menggunakan lambang PKR.

Kehadiran Sivarasa yang menemani penyelaras PKR bagi DUN Kota Damansara, Radzlan Jalaludin ke Masjid An-Nur di Kampung Melayu Subang mengundang kritikan beberapa NGO yang mahu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengambil tindakan.

Mereka termasuk Kesatuan Melayu Nasional (KMN), Permuafakatan Ayahanda-Ayahanda Semalaysia (Permas), Wakil Penduduk Kota Damansara dan Pertubuhan Aduan Masyarakat dan Pengguna Selangor (PAMPS).

Susulan itu, Pengarah Jais Datuk Haris Kasim berkata tindakan Sivarasa memberikan ucapan di hadapan jemaah turut tidak disenangi Sultan Sharafuddin Idris Shah.

‘Ucapan ringkas, tiada politik’

Bagaimanapun, Sivarasa berkata beliau hanya menyampaikan ucapan “Salam Ramadan” kepada jemaah di samping menemani Radzlan menyampaikan sumbangan berjumlah RM71,000 kepada masjid berkenaan.

“Saya hanya buat ucapan ringkas menyampaikan salam Ramadan kepada hadirin dan menegaskan keyakinan saya kepada komitmen kerajaan Selangor terus bimbing institusi surau dan masjid di Selangor,” katanya dipetik Berita Harian hari ini.

Sementara itu, Radzlan sekali lagi menegaskan Sivarasa tidak mengeluarkan ucapan berunsur politik.

“Beliau hanya beri ucapan sepatah dua kata, beliau juga sebut beliau bersama kerajaan negeri memberi komitmen sepenuhnya untuk membangunkan institusi keagamaan terutamanya masjid dan surau,” katanya.

Radzlan menasihati pengkritik berhenti mengeruhkan keadaan, dan berkata beliau bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa.

“Kami sedia memberi memberi kerjasama sekiranya kami dipanggil oleh mana-mana pihak yang mempunyai kuasa atau autoriti untuk kami memberi penjelasan dan kami tidak mahu perkara ini disensasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya, sambil menegaskan jemaah sekitar tidak membantah kehadiran Sivarasa.

Tinjauan FMT ke masjid berkenaan mendapati pihak pengurusan masjid enggan memberi komen disebabkan siasatan yang sedang berjalan.

“Saya tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan kerana hanya Jais sahaja boleh membuat kenyataan. Sivarasa hanya membuat ucapan ringkas,” kata nazir masjid, Mesni Mohd Dahlan.