Sunday 27 September 2020

WARISAN menang kerusi terbanyak penuhi syarat dilantik KM Sabah

 


Bekas ketua menteri Sabah yang juga Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal kelihatan belum lagi bersedia akur kalah, dengan menyatakan bahawa partinya memenangi jumlah kerusi terbanyak dalam pilihan raya Sabah.

Ketika berucap kepada para penyokong di kediaman rasmi ketua menteri di Kota Kinabalu pada pukul 1 pagi, Shafie menggesa para wakil rakyat yang baru dipilih melaksanakan tugas masing-masing.

“Kita dapat melihat bahawa dalam keputusan (PRN) ini satu parti tunggal yang paling besar dapat peroleh kerusi ialah Warisan iaitu 29 kerusi kita menangi.

“Jangan lupa keyakinan dan kepercayaan yang diberikan rakyat ini… kita akan teruskan dan kita tahu bahawa keadaan politik yang ada di negara kita tidak begitu stabil, begitu juga dengan keadaan yang kita lihat di bumi Sabah.

“Tetapi satu parti yang paling besar (paling banyak kerusi) adalah Warisan,” tegasnya.

Ketika ditanya apakah Warisan dan sekutunya masih akan berusaha untuk membentuk kerajaan negeri, Shafie tidak memberi jawapan jelas.

“Kami masih mengkaji keadaan dan prosesnya … Namun, (hakikatnya) satu-satunya parti terbesar adalah Warisan,” tambahnya.

Secara teknikal, Warisan memenangi 23 kerusi sementara DAP, yang menggunakan logo Warisan, menang enam kerusi.

Secara keseluruhan, pakatan Warisan Plus, yang juga merangkumi PKR dan Upko, memenangi 32 kerusi.

PKR yang bertanding menggunakan logo sendiri menang di kerusi Inanam dan Api-Api sementara hanya berjaya mengekalkan satu kerusi sahaja iaitu DUN Kadamaian.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS), gabungan yang menang, memenangi 38 kerusi.

Namun, tidak ada satu parti pun yang mempunyai lebih banyak kerusi berbanding Warisan.

Umno hanya memenangi 14 kerusi sementara Bersatu mempunyai 11 kerusi.

Setakat laporan ini ditulis, GRS belum menamakan calon ketua menteri mereka.

Sumber:https://negaramerdeka.com/warisan-menang-kerusi-terbanyak-penuhi-syarat-dilantik-km-sabah/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Saturday 26 September 2020

6 daripada 7 kerusi yang di tandingi di sapu DAP

 


Meskipun tidak bertanding atas logo tradisonal parti itu, DAP berjaya memenangi hampir semua kerusi yang ditandinginya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Parti itu menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas; Luyang; Kapayan; Elopura; Tanjong Papat dan Sri Tanjong.

Mereka hanya tewas di DUN Bingkor kepada calon Bersatu.

Calon DAP di Luyang, Phoong Jin Zhe memperolehi 15,138 undi, mengalahkan calon dari Parti Progresif Sabah (SAPP), Gee Tien Siong.

DAP juga cemerlang di Sri Tanjong apabila calonnya, Justin Wong Yung Bin menang dalam pertandingan lapan penjuru dengan mendapat majoriti 8,880 undi.

Sumber:https://m.malaysiakini.com/news/544204?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Pengumuman GRS menang hanya 'penipuan' dakwa calon Warisan

 


KOTA KINABALU: Calon Warisan di kerusi Darau, Adzhar Matussin mendakwa pengumuman Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hanya satu “penipuan” kerana keputusan rasmi keseluruhan belum diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya.

“Mereka memang selalu macam itu, umum saja sedangkan belum ada keputusan rasmi.

“Kita akan tunggu sehingga keputusan rasmi dibuat dan mudah-mudahan kemenangan berpihak kepada kita,” katanya di Rumah Yayasan Sabah.

Sumber:https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/09/26/calon-warisan-dakwa-pengumuman-grs-menang-hanya-penipuan/

Serahkan jawatan pilihan yang wajar, berbanding bubar Parlimen



 Serah jawatan atau bubar Parlimen – itulah pilihan yang ada pada Muhyiddin Yassin ketika ini berikutan pengumuman Anwar Ibrahim tentang sokongan majoriti yang ada dalam tangannya sekarang untuk mengambil alih dan membentuk kerajaan baru.

“Kalaulah disebabkan saya sudah tidak mendapat majoriti yang disebutkan oleh Anwar dan saya pun dititahkan untuk menghadap Agong, yang mana ia belum lagi dititahkan, perkara pertama (saya akan melakukan) ialah memaklumkan (Agong) bahawa kalau sudah begitu keadaannya, maka saya akan mengosongkan kerusi (saya),” katanya dalam satu klip video KiniTV.

Pilihan lain, tambah Muhyiddin ialah mencadangkan pembubaran Parlimen kepada Agong.

Dalam situasi sekarang, bermakna Muhyiddin amat sedar bahawa nasib dirinya umpama sedang berada di pergentingan.

Tetapi, yang manakah – antara mengosongkan jawatan Perdana Menteri, seterusnya menyerahkan kepada Anwar mengambil alih kerajaan dan membubarkan Parlimen – akan menjadi pilihan Muhyiddin?

Dalam hal ini, tidak dinafikan, ramai yang menjangka membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya awal adalah pilihan yang paling wajar buat Muhyiddin.

Diperkatakan ramai, dengan pembubaran itu, maka hasrat Anwar untuk menjadi Perdana Menteri tidak akan kesampaian.

Seterusnya, apabila diadakan pilihanraya pula, belum tentu lagi Anwar dan PH mampu memenanginya.

Dalam keadaan tersebut, terutamanya kepada pembenci Anwar, mereka berhujah bahawa akan tertutup teruslah peluang Presiden PKR itu untuk menduduki kerusi Perdana Menteri buat selama-lamanya.

Tidak kurang yang berhujah bahawa sokongan UMNO kepada Anwar pun bukan untuk menjadikannya sebagai Perdana Menteri, tetapi lebih bertujuan agar PRU dapat segera diadakan.

Ternampak sekali pandang, memang diakui membubarkan Parlimen adalah pilihan yang paling munasabah untuk diambil oleh Muhyiddin.

Tetapi, harus diingat, sokongan kepada Anwar kali ini sebahagiannya datang daripada UMNO dan ini bermakna, UMNO sudah bersedia untuk meninggalkan Bersatu dan berlawan dengan parti itu di semua kerusi yang ditandinginya dalam PRU akan datang.

Apakah Bersatu ada keupayaan untuk menang bila berlawan dengan UMNO?

Lebih buruk lagi nasib Muhyiddin jika Pas yang sudah bermuafakat dengan UMNO turut mengambil keputusan tidak mahu bersama lagi dengan Bersatu.

Maka, macam mana Muhyiddin mahu mengemudi Bersatu menghadapi pilihanraya tanpa ada rakan yang kuat bersamanya?

Dalam kemungkinan lain, katalah Pas memilih untuk bersama dengan Bersatu dalam PN dan meninggalkan UMNO, sejauh manakah pula kekuatan dua parti bila bergabung dan mampukah ia memperolehi kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan?

Lebih-lebih lagi apabila Pas mengambil keputusan untuk bersama dengan Bersatu dan meninggalkan UMNO, pertandingan dalam PRU nanti akan menjadi pertembungan tiga penjuru – PN, BN dan PH.

Dalam sifir yang mudah, jika tiga penjuru, pihak yang berpotensi untuk menang ialah sama ada BN atau PH, manakala PN langsung tidak ada kelibatncahaya di hujung terowong.

Dalam erti kata lain, memilih untuk membubarkan Parlimen dan bertanding lagi, lebih memberi jaminan kekalahan buat Muhyiddin dan tetap kehilangan jawatan Perdana Menterinya.

Bukankah dengan itu hanya suatu pembaziran, bahkan jalan yang memalukan saja jika Muhyiddin memilih untuk membubarkan Parlimen?

Mahu tidak mahu, jika terbukti sokongan majoritinya sudah tiada, Muhyiddin harus berjiwa besar dengan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.

Tambahan lagi, dengan gelombang Covid-19 yang seakan-akan muncul kembali, ekonomi negara kekal parah dan tempoh penggal Parlimen masih panjang iaitu sehingga tahun 2023, menyegerakan pilihanraya hanya akan menambahkan lagi beban serta perit derita negara ini.

Apakah di pengakhiran kariernya, Muhyiddin sanggup memusnahkan negara sebegitu rupa?

Dengan sedia melepaskan jawatannya kepada Anwar, Muhyiddin bukan saja akan dikenang sebagai pemimpin yang berjiwa besar dan lebih mementingkan masa depan negara, malah inilah peluang untuk beliau membuktikan kata-katanya sebelum ini – Saya Bukanlah Seorang Yang Kemaruk Kuasa.

Sumber:https://malaysiadateline.com/berbanding-bubar-parlimen-serah-jawatan-kepada-anwar-pilihan-wajar-buat-muhyiddin/?fbclid=IwAR2T3okLprOA-VApQe-HYg5iv_rMJZ1S-e_pBOEXNt-UEMmvGWqX7E6YnGQ#.X27-ovEv5D0.facebook

Bentuk Kerajaan : DAP tidak akan kerjasama dengan Umno di bawah pimpinan Zahid, Najib.


 Selepas mendapat berita bahawa “ramai” Ahli Parlimen BN dan Umno menyokong rancangan rampasan kuasa Presiden PKR, Anwar Ibrahim, DAP menegaskan bahawa ia tidak akan bekerjasama dengan Umno.

Berkempen di Kota Kinabalu petang tadi, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menekankan pendirian parti itu tetapi tidak menyentuh secara langsung pengumuman Anwar baru-baru ini.

“Kita lawan Umno dan (Presiden Bersatu) Muhyiddin Yassin kerana kita tak boleh terima dasar memecahbelahkan rakyat

“Saya nak tegaskan di sini bahawa DAP tidak akan kerjasama dgn Umno di bawah pimpinan Zahid (Hamidi) dan di bawah pimpinan Najib (Razak). Sama sekali tidak.

“Tentu ini ditanya, kalau kita lawan dengan Umno ataupun PN di Sabah, macam mana boleh kerjasama dengan Umno di bawah Zahid atau Najib? Itu penting,” katanya.

Lim hadir berkempen utnuk calon DAP bagi Luyang, Phoon Jin Zhe dan calon Likas, Tan Lee Fatt menjelang hari pengundian pilihan raya Sabah esok.

Ucapannya disiarkan di Facebook.

DAP adalah parti terbesar dalam Pakatan Harapan dengan 42 Ahli Parlimen.

Rabu lalu, Anwar mendakwa mendapat sokongan majoriti anggota parlimen untuk mengambil alih Putrajaya dengan selesa.

Tidak lama selepas pengumuman Anwar, Zahid mendedahkan “ramai” ahli parlimen Umno dan BN menyokong Anwar.

Masih belum diketahui siapa dari Umno dan BN di pihak Anwar.

Amanah dengan 11 Ahli Parlimennya menyokong penuh rancangan itu sementara DAP sebelum ini menawarkan sokongan bersyarat.

“Sejajar dengan keputusan majlis presiden Pakatan Harapan, 42 anggota parlimen DAP akan memberikan sokongan kepada Anwar sebagai perdana menteri jika dia memiliki sokongan yang cukup untuk membentuk kerajaan,” kata Lim.

Sumber:https://themalaysialife.com/bentuk-kerajaansama-sekali-tidak-jika-ada-najib-dan-zahid-lim-guan-eng/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Friday 25 September 2020

PAS dakwa UMNO khianati persefahaman dalam PN

 


Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor sebentar tadi telah memuatnaik sesalin Kenyataan Media PAS Pusat di Facebook beliau. Antara kandungan surat berkenaan adalah berkaitan dengan sokongan PAS terhadap PM dan juga PAS mempertikaikan dan memohon penjelasan dari UMNO berikutan kenyataan yang dibuat oleh Zahid selaku Presiden UMNO semalam.

Semalam negara dikejutkan dengan pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan telah mempunyai cukup bilangan kerusi MP untuk membentuk kerajaan Malaysia yang baru. Malah Zahid Hamidi juga menyatakan bahawa terdapat MP dari UMNO yang turut menyokong Anwar Ibrahim, dan beliau selaku presiden UMNO tidak dapat berbuat apa-apa.

SOKONGAN PERDANA MENTERI – PAS MOHON PENJELASAN UMNO

1. PAS terpanggil untuk mendapatkan penjelasan daripada UMNO berhubung dakwaan berlakunya perubahan sokongan Ahli-Ahli Parlimen UMNO terhadap YAB Perdana Menteri.

2. PAS merasakan jika benar keadaan ini, ianya bermakna UMNO telah tidak mematuhi persefahaman dan persetujuan yang termaktub dalam Piagam Muafakat Nasional yang dimeterai pada 14 September 2019.

3. Sukacita diingatkan, Piagam Muafakat Nasional dizahirkan berteraskan matlamat untuk menyatu-padukan umat Islam dalam negara, sekaligus berusaha mengalahkan Pakatan Harapan yang diterajui PKR, DAP dan Amanah.

4. Justeru sekiranya peralihan ini benar, ianya boleh dianggap sebagai suatu gerakan yang bertujuan menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional yang terbina di atas permuafakatan BN, BERSATU, PAS, GPS dan beberapa parti lain di atas kejatuhan Kerajaan PH.

5. Sehubungan itu PAS berharap untuk mendapat penjelasan yang sejelas-jelasnya daripada UMNO atas dasar rakan muafakat dalam MN, seterusnya mengajak UMNO untuk kembali menghayati hasrat dan iltizam yang telah disepakati secara bersama ini.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS

Bertarikh: 7 Safar 1442 / 25 September 2020

Sumber:https://kedahkini.com/pas-pertikai-sikap-umno-dakwa-mula-khianati-persefahaman-dalam-pn/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Thursday 24 September 2020

Pemuda PKR gesa Muhyiddin letak jawatan

 


PEMUDA PKR hari ini mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk meletak jawatan bagi membuka jalan kepada Anwar Ibrahim.

Mereka mahu Muhyiddin melepaskan jawatan secara terhormat selepas Presiden PKR mendakwa mempunyai majoriti cukup untuk membentuk kerajaan persekutuan baharu.

Sumber:https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/274600?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Undi Warisan Plus bererti lindungi autonomi Sabah, tingkat dana pembangunan

 


Oleh Lim Guan Eng

(Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan)

Rakyat Sabah mengundi Warisan Plus dan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri bererti mengundi untuk melindungi autonomi Sabah dan peningkatan dana pembangunan daripada kerajaan Persekutuan.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah jelas merupakan pertempuran antara dua pemimpin, Warisan Plus yang dipimpin oleh Shafie dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menyokong Warisan Plus jelas merupakan undian rakyat Sabah untuk Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri, sedangkan undian untuk GRS akan membolehkan Muhyiddin memilih siapa Ketua Menteri Sabah yang seterusnya.

Rakyat Sabah tidak mempunyai pilihan selain menyokong Shafie, jika mereka ingin mengekalkan kuasa autonomi mereka untuk memilih Ketua Menteri mereka sendiri dan tidak membiarkan orang luar membuat keputusan.

Tambahan pula, menyokong Shafie juga dapat membantu meningkatkan dana pembangunan Sabah daripada kerajaan Persekutuan dengan menghantar mesej yang jelas dan tegas bahawa orang Sabah tidak akan dibuli, sebaliknya menuntut pembahagian yang adil daripada dana pembangunan yang diperlukan untuk mengeluarkan Sabah daripada kedudukan malang sebagai negeri termiskin di Malaysia.

Bahkan sebelum hari mengundi esok, Muhyiddin telah mengembalikan semula projek bernilai RM4.2 juta yang telah saya luluskan sebagai Menteri Kewangan, untuk menaik taraf 24 jambatan di Kampung Sim-Sim di Sandakan. 

Projek ini adalah antara lima projek PH di Sandakan yang telah dibatalkan pada 8 Julai oleh kerajaan PN sekarang.  Empat projek lain di Sandakan yang masih dibatalkan adalah: –

  • RM4 juta untuk memasang sistem kumbahan untuk 400 rumah di Kampung Cina Sim-Sim,
  • RM400,000 untuk menaik taraf balai raya,
  • RM1 juta untuk projek jalan raya di persimpangan Jalan St Monica; dan
  • RM1 juta untuk memperbaiki rumah orang cacat penglihatan.

Mengundi Warisan Plus dapat memberi pengajaran kepada PN untuk tidak membatalkan dengan kejam projek untuk rakyat di Sabah semata-mata kerana dendam politik.

PN harus menghormati semangat Perjanjian Malaysia 1963 dan cadangan Suruhanjaya Cobbold agar Sabah diberi layanan sebagai rakan kongsi setara. 

Adakah Muhyiddin lupa bahawa tanpa Sabah tidak akan ada Malaysia? Rakyat Sabah yang mengundi Warisan Plus akan mengingatkan Muhyiddin bahawa orang Sabah tidak akan dibuli dan status istimewa Sabah sebagai rakan kongsi setara.

PH telah meningkatkan dana pembangunan untuk Sabah sebanyak RM1.1 bilion daripada RM4.1 bilion di bawah Belanjawan 2018 kepada RM5.2 bilion di bawah Belanjawan 2020.

PH telah memudahcara pelaburan berjumlah RM 18.2 bilion untuk masuk ke Sabah dalam 22 bulan, berbanding dengan BN yang hanya membawa RM9.7 bilion dalam lima tahun daripada 2013-2018.

Walaupun kemenangan Shafie akan mempengaruhi kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin belum berjanji akan melakukan yang sama atau lebih baik daripada PH.

Shafie sebagai Ketua Menteri Sabah yang dipilih oleh rakyat Sabah, akan menjadi peringatan berterusan kepada Muhyiddin bahawa dia tidak membuat apa-apa sumbangan yang besar dan mesti melakukan lebih banyak lagi untuk Sabah. — Roketkini.com

Bekas Ketua Hakim Negara gesa tolak Umno BN di Sabah

 




Bekas ketua hakim negara, Richard Malanjun, menggesa rakyat Sabah supaya menolak pentadbiran lama yang sudah menerajui Sabah selama 55 tahun tetapi gagal memajukan negeri itu.

Dalam satu video klip yang dimuat naik menerusi media sosial semalam, Malanjun yang pernah disebut-sebut sebagai calon Warisan dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah, sekali lagi secara terbuka merayu undi bagi parti itu.

“Kepada semua rakan Sabah, saya bukan ahli politik, saya seorang pesara. Kenapa saya beritahu hari ini? Hanya satu sebab, saya tidak mahu tinggalkan dunia ini dengan perasaan bersalah kerana tidak berbuat apa-apa kepada rakan-rakan rakyat Sabah,” katanya dengan nada yang jujur tetapi tegas.

“Maka sebab itu saya keluar secara terbuka dan berkata mengapa kita perlu membuat keputusan yang bijak bagi pilihan raya ini,” kata Malanjun, yang juga merupakan pengundi di negeri bawah bayu itu.

“Sekiranya seseorang pernah pergi ke Pitas atau atas Moyog, mereka akan lihat tidak banyak yang berubah terutama di kawasan utara Sabah dan Pitas.

“Mereka masih miskin seperti dahulu,” jelasnya lagi.

Selain itu, Malanjun turut mempersoalkan adakah rakyat Sabah akan membenarkan parti yang cuba merampas mandat rakyat untuk kembali menerajui negeri itu.

“Shafie Apdal telah diberikan mandat untuk menerajui kerajaan tetapi mereka tidak membenarkannya. Mereka datang lagi. Adakah kita akan benarkan mereka untuk kembali dan teruskan apa yang sudah dilakukan kepada rakyat selama 55 tahun?

“Mengapa kita perlu ambil kembali ‘kuda lama’ yang menerajui negara kita selama 55 tahun tetapi hanya melakukan sedikit untuk Sabah melainkan, jika boleh saya kata, hanya menjaga diri mereka sahaja.

“Kita dah terseksa, adakah kita ingin biarkan anak dan keturunan kita juga terseksa. Dengan parti ini terus menerajui kita?,” soalnya Malanjun.

Tambahnya, dia juga menggesa rakyat supaya memberi peluang kepada Warisan untuk memajukan Sabah.

“Jangan biarkan diri kita senang terpengaruh dengan pemimpin yang hanya boneka kepada ahli politik Malaya (Semenanjung),” katanya tanpa menamakan parti tempatan tersebut.

“Undi secara bijak. Undi untuk Warisan Plus. Beri mereka peluang sekurang-kurangnya lima tahun untuk perubahan,” katanya.

Malanjun dilaporkan berkempen untuk calon sekutu Warisan, Upko di Kota Belud.


Sumber :https://gagoaritok.com/tolak-umno-bn-di-sabah-bekas-ketua-hakim-negara/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Laporan SPRM bukti BN dan PN amal rasuah di PRN Sabah?

 


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima 10 laporan berkaitan rasuah sejak kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bermula 12 Sept lepas sehingga hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata daripada jumlah itu pihaknya telah membuka satu kertas siasatan melibatkan dua individu yang disyaki menerima wang tunai untuk diagihkan kepada pengundi.

“Siasatan ini masih dijalankan dan kedua-dua individu berkenaan masih lagi ditahan reman dan kita juga masih menjalankan siasatan berkenaan aduan-aduan yang lain,” katanya pada sidang media khas berhubung PRN Sabah di Kota Kinabalu hari ini.

Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Azam berkata SPRM akan terus melaksanakan pemantauan dengan seramai 106 pegawai berada di lapangan, selain bekerjasama dan berkongsi maklumat dengan pihak polis.

“Kita mempunyai bilik gerakan SPRM di Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu, Tawau dan Keningau yang beroperasi 24 jam dan ia juga boleh dihubungi di talian 0109436002,” katanya.

Sementara itu, Acryl Sani berkata secara keseluruhannya situasi keselamatan dan ketenteraman awam di Sabah adalah terkawal.

“Penugasan polis telah dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu seramai 7,600 pegawai dan anggota diatur tugas untuk memastikan PRN Sabah berjalan dengan baik.

“Seramai 1,700 pula ditugaskan untuk menjalankan tugas hakiki polis dan 1,700 anggota lagi dikerahkan untuk mengawal keselamatan khususnya di kawasan pantai timur Sabah,” jelasnya.

Beliau berkata untuk memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan Covid-19, sebanyak 73 pasukan telah ditubuhkan yang terdiri daripada 1,276 anggota dan pegawai serta dibantu 570 orang dari pelbagai agensi lain.

Sumber :https://inforakyat.net/laporan-sprm-bukti-bn-dan-pn-amal-rasuah-di-prn-sabah/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Dua persoalan tentang Sabah yang perlu Muhyiddin jawab

 


Veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini meminta Perdana Menteri. Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawab dua persoalan berkaitan Sabah.

  1. Mengapa Muhyiddin tidak hadir ke Keningau 16 September lalu pada satu acara memperingati Batu Sumpah Keningau?
  1. Adakah Kabinet dalam mesyuaratnya semalam telah memutuskan untuk meletakkan Batu Sumpah Keningau dan ketiga-tiga janjinya sebagai antara agenda utama Jawatankuasa Khas Perjanjian Malaysia (MA63)?

“Jika Muhyiddin tidak bersedia untuk menjawab kedua-dua persoalan ini kepada rakyat Sabah sebelum hari pengundian pada 26 September, di manakah keikhlasan slogan dan gambar-gambar kempen beliau yang bersepah-sepah di keseluruhan negeri Sabah yang cuba menunjukkan beliau peduli mengenai kepentingan Sabah?” soalnya.

Pada Batu Sumpah Keningau, diukirkan jaminan bersejarah kepada rakyat Sabah, terutamanya yang berada di pedalaman, semasa menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 — mengenai kebebasan beragama, hal ehwal tanah akan selama-lamanya menjadi bidang kuasa kerajaan negeri, dan hak-hak adat akan sentiasa dihormati dan dipelihara oleh kerajaan.

Dalam pada itu, Kit Siang mengajak semua pihak memberikan ruang kepada rakyat Sabah untuk fokus terhadap pilihan raya negeri mereka sehinggalah keputusannya dikeluarkan.

Kata beliau, ini dengan harapan Datuk Seri Shafie Apdal dapat terus menjadi Ketua Menteri Sabah dengan kemenangan majoriti dua-pertiga untuk Warisan Plus untuk menghapuskan budaya katak politik buat selama-lamanya di Sabah dan di Malaysia. — Roketkini.com

Guan Eng dan Kit Siang jangka GPS sokong Anwar dalam masa terdekat

 


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata beliau beranggapan bahawa Presiden PKR Anwar Ibrahim berjaya memujuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) supaya bergabung dengan Pakatan Harapan.

Menurut laporan Malaysiakini, Lim, yang kini sedang berkempen di Sabah berkata, Anwar memaklumkan kepada beliau mengenai rancangannya beberapa ketika sebelum membuat pengumuman di sebuah hotel di Kuala Lumpur bahawa beliau mempunyai cukup sokongan untuk membentuk kerajaan baru.

Dalam sidang media semalam, Anwar juga berkata, Yang di-Pertuan Agong telah menerima beliau untuk menghadap walaupun terpaksa ditangguhkan selepas Sultan Abdullah menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada Isnin.

“Anwar memberi gambaran bahawa beliau mendapat sokongan GPS, sekali gus memperoleh majoriti selesa. Dengan adanya GPS, sekurang-kurangnya ada 120 ahli Parlimen,” kata Lim.

Susulan pengumuman Anwar, GPS mengeluarkan kenyataan media menafikan penglibatan dalam rancangan Anwar, selain mengulangi sokongan tidak berbelah bagi kepada pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Selepas itu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan ramai ahli Parlimen parti itu menyokong Anwar, walaupun pemimpin Umno lain, termasuk timbalan presiden Mohamad Hasan, menolak pengumuman Anwar sebagai “gimik”.

Lim memberitahu Malaysiakini bahawa parti selain GPS “tidak dijangka” akan bergabung dengan PH.

“Saya cuma mahu kata, kami menjangka ia adalah GPS. Apabila (orang) bercakap tentang parti lain, ia sesuatu yang tidak dijangka,” katanya, selain menambah bahawa beliau tidak dapat berbincang dengan Anwar secara lebih lanjut kerana sambungan tidak baik dan tidak selamat.

Laporan itu juga memetik veteran DAP Lim Kit Siang yang berkata, Anwar pernah memberi jaminan kepadanya bahawa tiada perjanjian akan dibuat dengan pemimpin kontroversi dalam Umno.

“Anwar memberi jamin bahawa beliau tidak menghubungi bekas pemimpin Umno seperti Najib (Razak) dan Zahid atau pimpinan PAS dalam usaha mendapatkan semula mandat rakyat yang dirampas dalam konspirasi ‘Langkah Sheraton’ pada Februari 2020 yang menjatuhkan kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan (PH),” kata beliau.

Kit Siang juga berkata, beliau tidak berhubung dengan Anwar sejak tiba di Sabah pada 14 Sept untuk berkempen dan pengumuman beliau merupakan “kejutan besar kepada saya seperti orang lain juga”.

Sumber:https://klatedaily.com/guan-eng-dan-kit-siang-jangka-gps-sokong-anwar-dalam-masa-terdekat/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Wednesday 23 September 2020

Senarai panjang kelemahan, kebobrokan menteri Perikatan Nasional

 


SUDAH lebih enam bulan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mentadbir Malaysia. Mentadbir Malaysia? Sebenarnya, PN atau lebih afdal disebut Kerajaan Tebuk Atap/Pintu Belakang ini hanya mengurus Covid-19!

Disebabkan ghairah mahu menjadi kerajaan, hadapilah wabak pandemik tersebut. Tidak pasti sama ada balasan atau hukum karma kerana mengkhianati rakan-rakan Pakatan Harapan (PH), Kerajaan PN menghadapi kes Covid-19 yang naik mencanak sebaik sahaja berada di Putrajaya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin (ketua pengkhianat) sebagai Perdana Menteri terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac 2020. Ketika rencana ini ditulis, PKP masih berjalan atas nama Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) fasa kedua.

Ramai yang memuji Muhyiddin dan PN hingga menganggapnya sebagai perdana menteri terbaik, dan kerajaan prihatin. Muhyiddin disanjung kerana memberi bantuan yang amat diharap-harapkan. Boleh pula berdoa, tetapi ada kawan yang bertanya Muhyiddin memohon doa atau mengarahkan Allah? Ada yang mengatakan rakyat boleh menilai kerajaan mana yang lebih baik, dan sudah tentu PN yang lebih baik.

Memang PKP berkesan dalam membendung Covid-19, walaupun hingga kini masih belum berakhir. Bantuan kewangan yang diberikan menerusi skim Pakej Rangsangan Ekonomi bernama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) memang disambut baik oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walau bagaimanapun, pujian rakyat itu kerana wang ringgit. PN lebih baik hanya kerana BPN? Sebenarnya, kesan buruk lebih banyak. Ramai yang menyumpah kerana terpaksa berkurung di rumah. Ramai yang hilang pekerjaan, dan terpaksa menghentikan perniagaan!
Menyanjung kerana wang BPN tanpa memikirkan penyaluran bantuan itu langsung tidak dibahaskan di Dewan Rakyat. Alasan tiada perbahasan ialah Covid-19, PKP dan prosedur operasi standard (SOP).

Mudah alasannya, sedangkan ada wakil rakyat PN, termasuk Timbalan Menteri Kesihatan melanggar SOP. Denda yang dikenakan kepada mereka hanya untuk mengaburi mata rakyat. Mereka mampu membayarnya. Juga dengan memohon maaf dan berjanji tidak mengulanginya, selesai kes.

PN menawan hati rakyat? PH pun akan melakukan yang terbaik untuk membantu rakyat menghadapi Covid-19 jika masih menjadi kerajaan. Wabak maut ini bukan ukuran PN lebih baik daripada PH.

Kelihatan baik, tetapi dari segi maruahnya, segala tindakan PN tiada hikmah dan berkah. Kalau cara tertubuhnya jelek, mana mungkin ia dapat berdiri dengan baik. Kini semakin jelas keburukannya.

Baik buruk sesebuah kerajaan bergantung pada perdana menteri, dan para menterinya. Dari mula lagi sudah terlihat kelemahan beberapa menteri PN – pandir dan menjadi bahan ketawa.

Pada awal landaan Covid-19 dan PKP, Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba menyarankan rakyat minum air suam untuk membasmi virus wabak tersebut. Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri kemudian membidasnya!

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin (seorang lagi pengkhianat) menyembur bahan pembasmi kuman (sanitizer) di jalan raya, bukan kawasan yang sewajarnya. Beliau juga meletakkan namanya pada penutup muka agar orang tahu!

Datuk Seri Rina Mohd Harun (juga pengkhianat), Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat mengesyorkan para isteri meniru suara watak animasi terkenal Jepun, Doraemon untuk memikat hati suami.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (‘kejatuhan’ PH menyebabkan beliau dapat menggantikan Anthony Loke yang telah bertugas dengan cemerlang), awal-awal lagi mengingatkan sesiapa pun jangan menyebut PN sebagai kerajaan Melayu Islam.

Kenaikan PN juga menyebabkan Pas akhirnya menjadi kerajaan persekutuan. Walau bagaimanapun, oleh kerana naik secara tdak wajar, ia pun menjadi lemah. Tiada seorang pun pemimpinnya, termasuk menteri, membidas kenyataan Presiden MCA itu.

Setelah menjadi kerajaan, pemimpin Pas tambah mengecewakan. Jelas mereka selama ini hanya bermain politik dan ‘menunggang agama’ demi kuasa. Setelah puas memfitnah DAP atas alasan membela Islam dan Melayu, mereka kini tuli dan bisu. Semasa menjadi pembangkang, asyik menyalahkan DAP. Setelah menjadi kerajaan, kecut pada MCA, sambil membela Umno.

Dalam soal pemandu mabuk, Ka Siong pernah menyarankan mereka yang mahu ‘minum’ agar menyewa e-hailing/grab. Sepatutnya beliau tegas memberikan jaminan akan memperketat undang-undang, bukan kenyataan sedemikian.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Saifuddin Abdullah (juga pengkhianat) menaikkan kemarahan warga internet apabila bercadang mengenakan lesen untuk Youtube, Tik Tok, instagram, dan sebagainya. Apabila keadaan semakin panas, beliau menarik balik cadangan, dan mengaku telah membuat kenyataan yang salah.

Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz diselar kerana lebih menjaga ahli bank daripada rakyat dalam isu moratorium. Senator yang juga mantan ahli bank dan pelabur ini dibidas dengan #bankerjagabanker.

Bulan lalu, Tengku Zafrul mengejutkan apabila menyebut di Dewan Rakyat bahawa Kerajaan PH meluluskan rundingan terus untuk 101 syarikat semasa mentadbir negara. Apabila didesak oleh pemimpin PH untuk menyebutkan satu-persatu, beliau menyatakan hanya menjawab soalan ahli Parlimen.

Memang sukar menyenaraikannya kerana mereka yang khianat juga terbabit memohon. Beberapa ahli Parlimen Kerajaan Tebuk Atap sendiri akan terkena.

Mantan Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang kini Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali boleh dianggap berubah 360 darjah sebagaimana pemimpin Pas. Sebelum melakukan Langkah Sheraton untuk mengkhianati rakan-rakan dalam PH, Azmin musuh ketat Dato’ Sri Mohd Najib Razak, dan para pemimpin BN/PN.

Namun begitu, selepas menjadi antara menteri kanan Kerajaan PN, Azmin membela Najib, dan membelasah bekas rakan-rakan dalam PH.

Lebih menyedih dan menyakitkan hati ialah apabila Azmin menyelar PH ketika mengaitkan dengan isu Covid-19. Beliau lupa dirinya pernah menjadi sebahagian daripada PH apabila mengatakan PH gagal membela rakyat, malah jika ada rakyat yang mati, katanya, bukan mati kerana Covid-19 tetapi disebabkan oleh PH!

Timbalan Presiden Pas, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man selepas dilantik menjadi Menteri Alam Sekitar dan Air mengejutkan wartawan apabila mengatakan punca pencemaran alam ialah durian musang king!

Tuan Ibrahim juga menyatakan pelaksanaan hudud tidak boleh secara tergesa-gesa. Beliau mengatakan semasa menjadi pembangkang, Pas hanya tahu mendesak, tetapi setelah menjadi kerajaan baru tahu banyak perkara perlu diselesaikan untuk pelaksanaan hudud.

Semasa membangkang, asyik bertanya kerajaan bila boleh melaksanakan hudud. Mereka yang enggan melaksanakannya dikatakan syaitan. Setelah menjadi kerajaan, usah ditanya pula bila mahu melaksanakannya, malah yang bertanya itu pula dikatakan syaitan!

Terbaharu, Tuan Ibrahim mencadangkan rakyat Kelantan menadah air hujan untuk mengatasi masalah bekalan air kotor. Sebelum ini beliau mengatakan masalah air di negeri Serambi Makkah itu akan selesai dalam masa 40 tahun lagi.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (juga dari Pas), sangat kontroversi baru-baru ini kerana mengingkari kuarantin wajib setelah pulang dari Turki. Ahli Parlimen Kuala Nerus itu hanya membayar denda RM1,000 dan mendermakan empat bulan gajinya, sambil memohon maaf.

Mohd Khairuddin atau Khairuddin at-Takiri ini juga kuat menyelar Teresa Kok yang semasa menjadi Menteri Perusahaan Utama menyarankan penanaman buluh. Beliau mengatakan Teresa mengarut, dan tiada idea.

Setelah menjadi menteri, at-Takiri tanpa malu mengikut idea penanaman buluh itu, malah memuji dan amat meyakininya pula. Sikap dan tindakan beliau ini tambah menguatkan hakikat pemimpin Pas hanya tahu memusuhi DAP. Ia menolak DAP kerana parti itu tidak menerima hudud. Anehnya, Umno yang mengaku Islam, tetapi juga menolak hudud yang sangat disembahnya kini.

Satu kesilapan besar jika rakyat hanya terpesona pada bantuan kewangan sahaja hingga buta pada keburukan yang kian terlihat. Hanya dengan cara yang baik sahaja memberikan kebaikan.

PN bukan pilihan rakyat, maka ia tidak untuk rakyat, biarpun Muhyiddin baru sahaja mengumumkan pemberian BPN 2.0 pada 23 September lalu – itu difahami kerana Pilihan Raya Negeri Sabah akan diadakan tiga hari kemudian.

PH yang dipilih oleh rakyat pada 9 Mei 2018. Kepada rakyatlah ia berbakti.

Sumber :https://malaysiadateline.com/senarai-panjang-kelemahan-kebobrokan-menteri-perikatan-nasional/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Azmin Ali meroyan di Twitter lepas dengar sidang media Anwar

 




Dakwaan Presiden PKR, Anwar Ibrahim bahawa dia mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen di Dewan Rakyat telah mengundang rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Walaupun ramai pemimpin kerajaan menolak dakwaan Anwar itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali hanya mempunyai lima kata-kata untuk dikemukakan.

“Pembohong tegar dan ahli politik gila,” katanya dalam ciapan di Twitter.

Azmin, yang juga anggota majlis pimpinan tertinggi Bersatu, tidak memperincikan maksud ciapannya itu.

Bekas timbalan presiden PKR itu berperanan dalam menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan pada akhir Februari lalu.

Azmin bersama 10 ahli parlimen PKR termasuk dirinya berpaling tadah menyokong Bersatu dan pada masa sama presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin membawa keluar parti itu dari Pakatan Harapan.

Muhyiddin kemudian mengangkat sumpah sebagai perdana menteri baru setelah dia membentuk kerajaan PN yang terdiri daripada pemimpin PKR yang membelot bersama wakil rakyat Bersatu, BN, GPS, PAS, PBS dan Star.

Azmin sebelum ini adalah penyokong setia Anwar yang bersamanya ketika dia dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada tahun 1998 dan kemudian dihumban ke penjara oleh perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad.

Namun, hubungan Azmin dan Anwar menjadi tegang dalam beberapa tahun kebelakangan ini sehingga menyaksikan PKR retak dan akhirnya berpecah.

Ini memuncak dengan pembelotan Azmin pada akhir Februari. Azmin juga membawa sebahagian besar penyokongnya ke Bersatu.

Pada sidang media di Hotel Le Meridien di Kuala Lumpur hari ini, Anwar mendakwa dia mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat tetapi enggan menyatakan jumlah anggota parlimen yang sebenarnya.

Ahli Parlimen Port Dickson berkata, bahawa adalah wajar baginya mempersembahkan nombor tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu.

“Jumlahnya (sokongan) kukuh dan menyakinkan, jauh daripada majoriti kecil.

“Bukan, empat, lima atau enam (kerusi) tetapi majoriti,” katanya sambil menambah ahli parlimen yang menyokongnya terdiri daripada pelbagai parti.

Namun, bagi pemimpin PN, Anwar hanya menipu.

Sumber:https://inforakyat.net/azmin-meroyan-di-twitter-lepas-dengar-sidang-media-anwar/

Selepas AMANAH, 42 MP DAP juga sokong kerajaan pimpinan Anwar

 


Selepas AMANAH, kini 42 ahli Parlimen DAP juga menyatakan pendiriannya menyokong pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, partinya menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sebagai Perdana Menteri sekiranya beliau cukup bilang untuk membentuk kerajaan.

“Kami mengambil maklum pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim tadi bahawa beliau telah mempunyai sokongan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

“Selaras dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan, 42 Ahli Parlimen DAP akan memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya beliau cukup bilang untuk membentuk Kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar tengah hari tadi mengumumkan telah mempunyai sokongan besar Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu sekali gus menggulingkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya juga memaklumkan kerajaan ini mempunyai mempunyai majoriti MP Melayu,” kata Anwar dalam sidang media khas di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur hari ini.

Ditanya mengenai jumlah kerusi yang diperolehinya, Anwar menjawab ringkas, “Hampir dua pertiga. Majoriti kukuh dan meyakinkan.”

Blok yang menolak Perikatan Nasional (PN) dan Muhyiddin pada masa ini membentuk jumlah keseluruhan 109 kerusi Parlimen dengan 91 daripadanya daripada PKR, DAP, dan AMANAH.

Sementara itu, Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memiliki 15 kerusi.

Turut menolak PN ialah Ahli Parlimen Muar bebas Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang merupakan penggerak penubuhan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda Malaysia).

Selain itu, dua Ahli Parlimen Parti Sarawak Bersatu (PSB) juga tidak menyokong PN yang pada masa ini hanya mempunyai 113 kerusi Ahli Parlimen.

Sumber:https://malaysiadateline.com/selepas-amanah-42-mp-dap-juga-sokong-kerajaan-pimpinan-anwar/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Selepas Pas jadi kerajaan, RUU 355 kian menyepi

 


Nafsu besar Pas untuk melaksanakan hudud dengan cadangan meminda RUU 355 tetapi kini senyap sendu dibangkitkan oleh Senator Husam Musa penuh kehairanan padahal inilah masanya RUU itu sesuai dilaksanakan.

“Kalau dulu ia serius tetapi kenapa selepas jadi kerajaan RUU 355 itu diam menbisu?” soal Husam.

Sikap Pas itu ujar Husam menjelaskan bahawa hudud hanyalah modal politik Pas untuk menarik perhatian orang Islam menyokongnya.

Husam mencabar Pas supaya menyegerakan pembentangan RUU 355 di Parlimen dan jangan berdolak dalih.

Tidak wajar ia didiamkan kerana sebelumnya Pas bersungguh sampai menuduh mereka tolak atau tidak sokong RUU 355 sebagai kafir harbi.

Dalam pada itu, Husam mempersoalkan tindakan Pas khasnya Abdul Hadi Awang membawa RUU 355 ke Parlimen mendahului Raja-Raja Melayu kerana ia tidak dirujuk kepada Majlis Raja-Raja.

Husam mengatakan demikian pada bual santai di Lembah Pantai di ibu negara malam tadi.

Sumber:https://malaysiadateline.com/ruu-355-diam-membisu-selepas-pas-jadi-kerajaan/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Tuesday 22 September 2020

Anwar umum akan bentuk kerajaan baru

 


Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beliau mempunyai sokongan besar Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu sekali gus kejatuhan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Alhamdulillah, kini saya mendapat sokongan yang kukuh dan meyakinkan.

“Saya diperkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam tetapi terpaksa ditangguhkan kerana baginda dimasukkan ke IJN (Institut Jantung Negara).

“Dengan sokongan majoriti selesa ini, kerajaan Tan Sri Muhyiddin jatuh.

“Saya juga memaklumkan kerajaan ini mempunyai mempunyai majoriti MP Melayu,” kata Anwar dalam sidang media khas di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur hari ini.

Turut serta isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Ditanya jumlah kerusi yang diperolehnya, Anwar menjawab ringkas, “Hampir dua pertiga. Majoriti kukuh dan meyakinkan.”

Beliau dan pimpinan Pakatan Harapan (PH) dijangka akan menghadap Yang di-Pertuan Agong secepat mungkin bagi memohon perkenan baginda bagi membentuk kerajaan yang baharu.

“Kita tidak umumkan secara terperinci untuk memberikan penghormatan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menjadi orang pertama yang mengetahuinya,” kata Anwar.

Menurut Ahli Parlimen Port Dickson berkenaan, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan terlibat dalam pembentukan kerajaan baharu ini.

Pada masa ini PH mempunyai 91 Ahli Parlimen iaitu PKR (38), DAP (42) dan AMANAH (11).

Menurut Anwar, majoriti dari MP yang menyokong beliau adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Sumber memberitahu, Anwar telah mendapat sokongan 10 Ahli Parlimen Umno dan kesemua 19 Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersama beliau.

Sumber:https://malaysiadateline.com/anwar-umum-akan-bentuk-kerajaan-baru-majoriti-mp-beragama-islam/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Monday 21 September 2020

Video ucapan panjang, dipotong untuk nampak saya hina tentera – Mohammadin

 


Bekas menteri pelancongan seni dan budaya Mohammadin Ketapi menafikan dia menghina pengorbanan anggota tentera dan polis dalam insiden pencerobohan di Tandou, Lahad Datu, Sabah pada 2013.

“Saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa saya sama sekali tidak menghina anggota keselamatan kita yang bertugas semasa kejadian di Tanduo seperti yang diputarbelitkan oleh pihak lawan khususnya parti dari semenanjung.

“Walau bagaimanapun, saya ingin memohon maaf sekiranya video yang ditularkan dengan niat jahat tersebut mengguris hati anggota-anggota keselamatan keseluruhannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dia mendakwa video yang disebarkan itu tidak menggambarkan keseluruhan ucapannya, permainan kotor untuk memburukkan partinya Warisan dan telah diputar belit.

Terdahulu media melaporkan Mohammadin mendakwa pencerobohan Lahad Datu di Sabah pada 2013 sebagai suatu “sandiwara”.

Berdasarkan video yang tular itu, beliau berucap semasa kempen baru-baru ini dengan berkata, situasi itu dikatakan berlaku apabila kononnya Umno akan kalah kepada PKR.

Menurutnya, ketika itu ketegangan telah mencetuskan “perang” dan ramai orang mati disebabkan kejadian berkenaan.

“Sandiwara bohong membunuh orang. Kamu ingat dahulu PRU yang lalu, dia bilang Filipina mau ambil Sabah, jadi ada peperangan, datanglah jet dibomnya kelapa sawit orang, habis semua kelapa sawit orang.

“Habis rumah orang, koyak ditembak, ini kenyataan. Disuruh kereta kebal masuk kampung suruh berperang sama ayam, ayam sama anjing lawan dia berperang, apabila habis pilihan raya tiada pula peperangan itu.

“Tetapi saya ingat, saya wakil rakyat Lahad Datu,” katanya seperti di laporkan Astro Awani.

Dalam insiden itu, seramai 10 wira negara terkorban dalam Op Daulat semasa mempertahankan bumi Sabah daripada pencerobohan pengganas Sulu, termasuk serangan hendap di Tanduo, Lahad Datu dan Simunul, Semporna.

Tragedi itu turut menyaksikan sekurang-kurangnya 68 anggota pengganas Sulu ditembak mati.

Sementara itu Mohammadin mendakwa, ucapannya ketika ceramah di Kampung Wawasan itu adalah untuk menggambarkan kesukaran anggota keselamatan negara.

“Saya ingin menjelaskan disini bahawa kenyataan saya semasa kempen di Kampung Wawasan telah disalah ertikan.

“Saya tidak pernah sama sekali memperkecil apatah lagi menghina anggota keselamatan kita yang telah berjuang bermati-matian untuk menjaga kedaulatan negara daripada penceroboh.

“Seharusnya video yang ditularkan tersebut dimainkan sepenuhnya dan bukanhanya merujuk kepada soal tersebut semata-mata dan saya mengutuk sekeras-kerasnya permainan kotor pihak tertentu yang jelas mahu menjatuhkan maruah Warisan,” katanya.

Tambah beliau insiden itu berlaku ekoran kegagalan kerajaan BN sebelum memantapkan aset sempadan negara sehingga diceroboh musuh.

Sumber :https://inforakyat.net/video-ucapan-panjang-dipotong-untuk-nampak-saya-hina-tentera-mohammadin/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Orang Pas dengar amanat Presiden MCA

 


“Mendengar amanat Wee Ka Siong.” Itu antara reaksi warganet terhadap gambar yang memaparkan dua individu dipercayai ahli Pas dengan baju serba hijau lambang parti itu.

Mereka duduk berhadapan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang kelihatan sedang memberi penerangan dengan kedua-dua tangan Ahli Parlimen Ayer Hitam itu tergenggam di atas meja.

Tidak kurang juga warganet yang merumuskan situasi dalam foto itu sebagai bukti Pas dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) kini jelas sebagai ‘khadam’ atau ‘barua’ MCA.

Panggilan bertujuan menghina tersebut sebelum ini dilihat kerap digunakan Pas terhadap AMANAH terutamanya ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dengan menyebut ‘khadam DAP’.

Mungkin tambah menampakkan ciri ‘khadam’ atau ‘barua’ kepada parti yang hanya ada dua kerusi Parlimen dalam PN itu ialah seorang individu dipercayai ahli MCA berbaju tema BN berdiri sedang memerhati dua petugas Pas itu.

Foto Ka Siong yang juga Menteri Pengangkutan itu dipercayai dirakamkan di Sabah sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) berdasarkan bendera yang digantung di lokasi tersebut.

Sumber :https://malaysiadateline.com/orang-pas-dengar-amanat-presiden-mca/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Ugut sekat pembangunan, Muhyiddin langgar Perjanjian Malaysia 1963 - Guan Eng


SHAH ALAM - DAP mendakwa ugutan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyekat pembangunan infrastruktur bagi Sabah mengkhianati semangat Perjanjian Malaysia 1963.

Setiusaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Muhyiddin telah mengugut rakyat Sabah bahawa kerajaan Persekutuan hanya dapat memberikan peruntukan kepada negeri tersebut sejauh mana yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

"Muhyiddin turut menyatakan bahawa Sabah akan mendapat peruntukan lebih rendah berbanding daripada sebelumnya jika negeri itu dipimpin Parti Warisan Sabah dan Warisan Plus tidak sehaluan dengan Perikatan Nasional (PN).

"Ini menidakkan Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan pembentukan Malaysia dan Suruhanjaya Cobbold, sebagai pendahulu Perjanjian Malaysia 1963. Lord Cobbold selaku Pengerusi menegaskan bahawa Sabah dan Sarawak ialah rakan kongsi setara dengan Semenanjung Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mempersoalkan adakah Sabah boleh dianggap sebagai rakan kongsi setara jika Perdana Menteri boleh mengugut rakyat Sabah untuk menyekat pembiayaan pembangunan yang dijanjikan.

"Ini tiada beza dengan tindakan buli siber Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin terhadap Veveonah Mosibin setelah Veveonah mendedahkan capaian internet yang lemah di luar bandar Sabah dengan memanjat pokok.

"Daripada menyelesaikan masalah capaian internet yang buruk di luar bandar Sabah, dia memanggil Veveonah sebagai pembohong dan ingin mencari populariti untuk dirinya. Orang Sabah tidak boleh membiarkan diri mereka dibuli dengan penghinaan dan ugutan seperti ini," katanya.

Jelasnya, rakyat Sabah harus memberi pengajaran kepada Muhyiddin dengan mengundi Warisan Plus dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk menghantar mesej yang jelas mereka menentukan siapa yang akan dipilih sebagai kerajaan serta Ketua Menteri mereka.

"Lebih penting lagi rakyat Sabah tidak akan tunduk pada ugutan seperti ini dan akan bersatu untuk memastikan semangat dan surat Suruhanjaya Cobbold dan Perjanjian Malaysia 1963 dipatuhi.

"Muhyiddin perlu faham bahawa sama seperti tanpa Sabah tidak ada Malaysia, begitu juga tanpa sokongan orang Sabah, tidak ada yang boleh dipilih menjadi Ketua Menteri. Bagaimana Muhyiddin boleh memanggil dirinya Abah Sabah ketika dia tidak melakukan apa-apa untuk Sabah," soalnya.

Setiausaha Agung Warisan tempelak Ketua Bersatu Sabah

 



Ketua Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dibidas seolah-olah tidak berupaya mengangkat maruah Negeri Sabah apabila beliau terus mengulangi pendiriannya bahawa rakyat di negeri itu sebenarnya memerlukan pertolongan daripada Kerajaan Persekutuan.

Setiausaha Agung Warisan, Loretto Padua Jr. berkata, Sabah tidak boleh lagi terus diumpan dengan pelbagai janji-janji peruntukan oleh Perikatan Nasional (PN) dan Umno.

Malah katanya, perkara tersebut bakal menjadi perjuangan WarisanPlus di peringkat Nasional demi membebaskan Sabah dari cengkaman BN yang selama ini mengatakan bahawa Warisan lemah dan tidak mampu berdiri sendiri.

“Apa yang mencetus kemarahan apabila rakyat Sabah dianggap bodoh selepas Muhyiddin pada 31 Ogos lalu, mengatakan bahawa pembangunan akan menjadi lebih mudah sekiranya parti politik yang mentadbir Sabah sealiran dengan Perikatan Nasional yang mentadbir Putrajaya.

“.. Dan pada 18 September yang lalu, Muhyiddin sekali lagi datang dan mengatakan bahawa peruntukkan bukan mandatori akan terjamin atas alasan yang sama iaitu keselarian politik antara Sabah dan Persekutuan.

“Ingin saya nyatakan kepada Hajiji di sini bahawa tidak ada peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia ataupun Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang mengatakan bahawa keselarian politik antara Sabah dan Persekutuan harus ada untuk menjamin pembangunan, pemberian peruntukan bukan mandatori dan pengagihan Belanjawan Tahunan untuk Sabah,” tempelaknya dalam satu kenyataan hari ini.

Loretto juga menegaskan, ketidak-adilan dengan menggunakan agenda politik dalam mengagihkan peruntukan pembangunan serta belanjawan tahunan akan ditentang habis-habisan oleh Warisan.

Menurutnya, rakyat sudah bosan melihat gelagat pemimpin-pemimpin tertinggi Umno dari seberang yang datang ke Sabah dan menjanjikan peruntukan demi peruntukan.

Walhal katanta, Sabah sudah menyumbang berbillion-billion ringgit dari petroleum dan kelapa sawit mereka kepada Kerajaan Persekutuan.

“Warisan akan membawa isu mengenai keselarian politik antara Sabah dan Persekutuan di peringkat Parlimen sebelum PRU15 diadakan dan saya pasti, kita ada rakan-rakan dari Selangor dan Pulau Pinang yang dapat membantu kita dalam perkara ini.

“Perkara ini amat serius dan perlu diselesaikan di peringkat tertinggi kerana parti-parti politik yang mentadbir Kerajaan Persekutuan tidak boleh menggunakan hasil kutipan Kerajaan yang disatukan ini untuk tujuan menarik hati pengundi di Sabah dengan janji peruntukan yang lebih besar atau bukan mandatori,” katanya lagi.

Tambah Loretto lagi, WarisanPlus berkeupayaan untuk mencorak sistem pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang berhemah dan adil pada PRU15 yang akan datang dan rakyat Sabah harus terus memberi sokongan kepada calon-calon WarisanPlus pada 26 September ini.

“Kita maafkan pemimpin-pemimpin Bersatu Sabah yang lemah seperti Hajiji Mohd Noor, Masidi Manjun dan Azizah Mohd Dun yang tidak berani berdiri dan mempertahankan martabat dan maruah Negeri ini dan kita undi calon-calon WarisanPlus sebagai tanda simbolik yang kita tidak mahukan calon-calon katak dan yang lemah,” ujarnya.

Sunday 20 September 2020

Laksana terus internet percuma, kenapa nak kaji lagi?

 


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menyoal Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin yang berkata kerajaan akan meneliti kemungkinan menyediakan perkhidmatan internet atau rangkaian jalur lebar percuma di institusi pengajian tinggi di negara ini.

“Hampir kesemua atau memang semua IPT sudah ada internet percuma untuk mahasiswa. Setahu saya, seluruh kampus UM ada prasarana asas ini.

“Dan jika pun ada mana-mana IPT yang belum ada internet percuma, mengapa masih perlu dikaji dibincang? Laksanakan terus sahaja lah!

“Apa masalah Timbalan Menteri ini sebenarnya,” soal Fahmi pada hantaran di Facebook malam ini.

Terdahulu, Zahidi berkata pihaknya bercadang dan mahu berbincang mengenai bagaimana boleh merealisasikan penyediaan internet atau ‘wi-ii’ percuma di semua kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Pada masa yang sama, kita juga mahu ia dipanjangkan kepada institut pengajian tinggi lain agar dapat mengurangkan perbelanjaan besar yang terpaksa ditanggung pelajar, sekali gus membantu mereka yang susah,” katanya hari ini.

Zahidi berkata adalah penting untuk memperkasakan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kalangan pemimpin mahasiswa dan juga pelajar memandangkan landskap dunia yang sudah berubah kepada digital selain bakal pemimpin negara perlu bijak ICT.

Pemeriksaan Malaysiakini mendapati bahawa walaupun terdapat akses internet percuma di kampus universiti awam Malaysia, terdapat aduan berterusan mengenai perkhidmatan itu terlalu perlahan.

Awal bulan ini Zahidi dan rakan timbalan menteri, Abdul Rahim Bakri menuduh siswi Universiti Malaysia Sabah Veveonah Mosibin menipu dalam klip video yang dibuatnya untuk membuktikan terdapat masalah talian internet yang lemah di Pitas, Sabah.

Klip video itu menunjukkan dia mengambil peperiksaan dalam talian di atas pokok.

Zahidi dan Abdul Rahim mendapat kritikan kerana tidak mengakui masalah penyambungan internet dan dituduh membuli Veveonah. Zahidi telah meminta maaf atas kenyataannya itu.

Sumber :https://inforakyat.net/dah-jadi-kjaan-pun-nak-kaji-lagi-laksana-terus-internet-percuma-fahmi/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Kami bukan anak derhaka, tapi lari dari dilacurkan kepada UMNO - Mahfuz

 


Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar berkata beliau tidak terkejut dengan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menyifatkan Amanah umpama ‘anak derhaka’ parti itu.

Menurutnya, sikap itu sudah sinonim dengan kepimpinan PAS yang melabel pihak lain dengan pelbagai gelaran.

Bagaimanapun katanya, realiti di sebalik kenyataan ahli parlimen Marang itu adalah salah sama sekali kerana sikap pemimpin PAS sendiri yang menyebabkan wujudnya Amanah.

“PAS ini ibarat ibu bapa yang suka berjudi, kemudian bila kalah judi dia mahu lacurkan anak. 

“Sebagai anak kita bukan derhaka, daripada kena lacur lebih baik lari selamatkan diri,” katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Ahli parlimen Pokok Sena itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Abdul Hadi yang menyifatkan Amanah sebagai anak derhaka kerana masih bekerjasama dengan DAP.

Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang berkata demikian ketika mengulas video yang memaparkan kenyataan Ketua Wirawati Warisan Bahagian Putatan, Izzatul Aini Nissanso yang mendakwa Amanah ibarat anak PAS.

Dalam rakaman yang tular itu, Izzatul Aini dilaporkan berkata, ahli-ahli PAS perlu mengundi Rosdy Wasli kerana pembawaan calon Amanah yang bertanding di DUN Tanjung Keramat itu sama seperti wajah pemimpin PAS.

Sementara itu, Mahfuz menegaskan Amanah diwujudkan oleh pimpinan PAS yang menghidu lebih awal parti itu mahu bekerjasama dengan Umno yang selama ini ditentang habis-habisan.

Justeru katanya, daripada ‘dilacurkan’ kepada Umno lebih baik mereka lari untuk selamatkan diri.

“Kami bukan anak derhaka, tapi bertindak melarikan diri selepas hidu lebih awal tindakan yang dibuat oleh ibu bapa. Ini bukan soal DAP,” katanya.

Sumber: https://gemilangdaily.com/kami-bukan-anak-derhaka-tapi-lari-dari-ibu-bapa-yang-nak-lacurkan-anak-kepada-umno-mahfuz/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

PRN Sabah: Pengundi patut tolak orang politik yang dituduh di mahkamah

 


Ungkapan berbunyi seseorang itu tidak bersalah selagi mahkamah tidak menjatuhkan hukuman tidak boleh diguna untuk semua keadaan.

Tanpa mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah atau sebaliknya seseorang yang sedang diperiksa di mahkamah itu bertarung dengan kemungkinan itu, dia seorang baik atau seorang tidak baik.

Dari segi prinsip perundangan memang begitu, tetapi dari segi moral dan tanggungjawab mungkin ia salah. Apabila seseorang itu sedang dibicara di mahkamah bermakna dia sudah mempunyai prima facie, ada asas kesalahan. 

Sebelum seseorang itu dibicarakan, mahkamah terlebih dahulu membuat semakan apakah tuduhan itu berasas atau ada prima facie atau tidak.

Kalau asasnya tidak kuat, mahkamah akan ketepikan pertuduhan terhadapnya. Apabila dibicarakan, asas jahatnya kukuh. Dalam mahkamah, orang jahat bisa bebas kerana berlaku kesalahan teknik, bukannya kerana ia tidak jahat.

Apabila ia sudah dibicarakan bermakna ia ada asas bersalah. Sebagai orang yang ada asas melakukan dosa, elok kalau ia diketepikan daripada bergaul apa lagi mengambil bahagian bebas seperti orang yang tidak dihadapkan ke mahkamah.

Dianggap bersih

Keadaan orang dituduh itu berbeza dengan orang yang sudah menjalani hukuman kerana orang yang sudah menjalani hukuman ia dianggap bersih dari konteks perundangan.

Saya lihat dalam kempen politik di Sabah masih ada orang yang sedang dalam proses semakan di mahkamah mengambil bahagian. Mereka bukan sahaja berkempen, tetapi ada yang menjadi calon pilihan raya.

Mereka adalah Najib Razak, Zahid Hamidi dan Bung Moktar Radin bahkan menjadi calon dan diuar-uarkan untuk jadi Ketua Menteri.

Barang kali berdasarkan prinsip tadi, elok kalau SPR melarang orang-orang yang sedang dituduh di mahkamah ikut mengambil bahagian khasnya sebagai calon.

Dan elok juga kalau pengundi dan orang ramai menafikan sahaja apa-apa yang keluar dari mulut persalah itu.

Kredit :MOHD SAYUTI OMAR 

Sumber:https://malaysiadateline.com/prn-sabah-pengundi-patut-abai-orang-politik-yang-dituduh-di-mahkamah/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Saturday 19 September 2020

Malunya rakyat Sabah jika Bung Mokhtar jadi ketua menteri, kata veteran DAP

 


Rakyat Sabah akan tertunduk malu sama ada di Malaysia mahupun di mana-mana pun dalam dunia jika Datuk Bung Moktar Radin yang bermulut kasar dan kerap menyumpah seranah menjadi Ketua Menteri Sabah, kata veteran DAP Lim Kit Siang. 

Bagi beliau, Bung terkenal dengan perbuatan mengucapkan perkataan jelik empat-huruf di Parlimen dan juga terkenal sebagai seorang yang tidak menghormati maruah dan peranan yang dimainkan oleh wanita dalam masyarakat Malaysia.

“Adakah Bung bersedia untuk memohon maaf di atas penggunaan perkataan jelik ini serta di atas perbuatan beliau yang sering merendahkan maruah dan peranan golongan wanita di Malaysia yang dilakukan sepanjang kerjaya beliau di Parlimen selama 21 tahun?” tanya ahli Parlimen Iskandar Puteri itu. 

Ketika berceramah di Likas pada jam malam tadi, Kit Siang bertanya, adakah mana-mana pemimpin dunia yang bermulut kasar seperti Bung, yang mengeluarkan kata-kata jelik sewenang-wenangnya seperti beliau ini.

“Benar, Umno Sabah telah berubah, bukannya berubah kepada yang lebih baik, tetapi berubah menjadi lebih teruk,” kata Kit Siang.

Umno Sabah mahu pengerusi mereka, Bung Moktar Radin untuk menjadi Ketua Menteri Sabah selepas PRN Sabah.

Bung Moktar pula telah meminta rakyat Sabah untuk memberikan Umno peluang lagi, kerana katanya Umno dan BN telah berubah dan kini komited kepada pentadbiran yang adil, telus, dan boleh dipercayai.

“Adakah UMNO Sabah telah berubah bersendirian tanpa Umno Malaysia?

“Bagaimanakah Umno Sabah ini telah berubah apabila mereka menentang penggunakan slogan “Pada Tuhan Kita Yakin, Berpadu Kita Mesti” yang digunakan oleh pemimpin Warisan Plus, Shafie Apdal dalam kempen PRN Sabah beliau?” tanya beliau lagi.

Katanya, dalam menentang slogan ini, Bung telah menentang prinsip-prinsip Rukun Negara — satu kejadian yang amat malang di bulan sambutan Jubli Emas Rukun Negara.

“Kerana inilah saya telah mencadangkan Perdana Menteri untuk meminta semua Menteri Kabinet untuk menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi mereka kepada Rukun Negara.

“Adakah Umno Sabah kini mahukan kerajaaan yang bersih dan bebas rasuah?” tanya beliau.

Jika ya, Umno Sabah perlu meninggalkan mentaliti “Malu Apa Bossku” dan semua pemimpin Umno Sabah perlu mempunyai nilai moral yang bertepatan dengan kelima-lima prinsip Rukun Negara.

“Jika Bung tidak bersedia untuk meninggalkan mentaliti “Malu Apa Bossku”, mengutuk keras skandal 1MDB, rasuah, dan penyalahgunaan kuasa, perubahan apakah yang beliau sedang katakan ini?” katanya.

Sumber : https://malaysiadateline.com/malunya-rakyat-sabah-jika-bung-mokhtar-jadi-ketua-menteri-kata-veteran-dap/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Muhyiddin “copy paste” idea dan usaha bekas menteri PH

Elaun sara hidup dan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk nelayan yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam didakwa merupakan hasil usaha bekas menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin berkata, ia adalah titik peluh bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan pasukan mereka sepanjang 22 bulan dalam kementerian.

“Beliau (Muhyiddin) jangan hanya nak ambil kredit dan nama semata-mata nak menangkan pilihan raya. Hakikatnya, kerajaan PN (Perikatan Nasional) kurang menunjukkan kreativiti atau dasar-dasar baru yang memberangsangkan.

“Rakyat masih tak nampak sangat dasar baru dalam sektor pertanian di bawah kerajaan PN. Mereka hanya meneruskan dasar diusahakan oleh kerajaan PH sahaja. Lembu punya susu, sapi dapat nama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Muhyiddin mengumumkan kerajaan bersetuju menaikkan elaun sara hidup nelayan daripada RM250 kepada RM300 sebulan bagi mengurangkan beban golongan itu yang terjejas akibat pandemik koronavirus (Covid-19).

Beliau dalam sebuah majlis di Beaufort, Sabah berkata, sewaktu PH mentadbir negara, Warisan sebahagian daripada PH dan ketika itu, elaun sara hidup nelayan dipotong daripada RM300 kepada RM250.

Bagaimanapun Tze Tzin berkata, sebagai bekas Timbalan Menteri Pertanian, beliau sememangnya gembira demi 42,000 warga nelayan di Malaysia.

“Tapi saya ingin ‘set the record straight’. Semasa Datuk Seri Salahuddin (Ayub) dan saya memimpin Kementerian Pertanian, kami melakukan dua perkara utama untuk nelayan tradisional (Zon A).

“Memperjuangkan kembalikan ESH (elaun sara hidup) ke RM300 pada tahun 2020 dan caruman Perkeso nelayan (Dasar Baru PH),” katanya.

Malah katanya, pada hari terakhir menjawat jawatan timbalan menteri, beliau mempengerusikan mesyuarat bersama pegawai dari Jabatan Perikanan untuk melaksanakan Perkeso untuk nelayan.

Sumber :https://infopantaitimur.com/muhyiddin-copy-paste-idea-dan-usaha-bekas-menteri-ph/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Masalah air Kelantan boleh selesai dengan air hujan – Tuan Ibrahim


Kerajaan menggalakkan rakyat memanfaat air hujan sebagai pilihan baharu bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man bagaimanapun berkata penggunaan air hujan hanya terhad di kawasan yang kurang mempunyai perindustrian.

“Sebenarnya kalau boleh kita hendak manfaatkan air hujan sebab airnya bagus cuma di kawasan industri, air lebih terdedah udara tercemar.

“Kelantan antaranya boleh manfaat air hujan sebab di negeri ini tidak banyak industri dan kurang pencemaran udara,” katanya kepada pemberita selepas perasmian projek rawatan air komuniti Parlimen Kubang Kerian di Masjid Mukim Seterpa Banggu di sini, semalam.

Turut hadir anggota Exco Dato’ Mumtaz Md Nawi, Adun Pasir Tumboh Ustaz Abdul Rahman Yunus dan Presiden Yayasan Amal, Hussin Ismail.

Tuan Ibrahim juga merangkap Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (Nahrim) menerokai kaedah penuaian air hujan di Malaysia.

Menurutnya usaha itu dilakukan menerusi pelaksanaan Projek Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) dan Inkubator Air Minuman Berbungkus (AMB) atau Air Hujan Terawat.

Sumber :https://utaradaily.com/masalah-air-kelantan-boleh-selesai-dengan-air-hujan-tuan-ibrahim/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Pemimpin hina orang miskin, anak buah hina OKU



Semalam cerita MB PAS gelak ketawa rintihan orang susah.. hari ini tersebar video katanya pemimpin GAMIS dan lebih memalukan jika dimaknakan sebagai gambaran Mahasiswa Islam menghina OKU.. tapi apa boleh buat, Taraf Ketua Ulama pun takda akhlak.. apal nak diharap pentaksub depa..

Kalau betul OKU pun.. Ruang Parking OKU bukan bermudah mudah untuk kita parking.. yang dibenar Parking jika memerlukan bantuan dan ruang yang luas untuk kerusi Roda.. Kalau pekak, Bisu, hatta otak senget macam Pemimpin Gamis tu.. tak perlu ruang parking OKU..

Tu sebab bila Tamrin, Usrah di Universiti datang dari kelompok Khawarij.. Ruwaibdihah… rosak habis Akhlak generasi Islam… bukan saja akhlak rosak, hatta begitu kuat Ashabiyah dan sifat Takfir mereka…. kerosakan ini lebih teruk berbanding anak muda yang terjebak dengan hiburan dan Maksiat,,

Belajar tinggi tinggi kalau IQ rendah boleh tahan lagi.. Tapi lebih teruk, bila bawa nama Islam.. tapi Akhlak teruk dari non Muslim.

Sumber:https://gemilangdaily.com/pemimpin-hina-orang-miskin-anak-buah-hina-oku/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Friday 18 September 2020

Goldman Sachs : Kementerian kewangan gadai kepentingan rakyat. - Lim Guan Eng

Add caption

Oleh Lim Guan Eng

(Ahli Parlimen Bagan dan Setiausaha Agung DAP)

Goldman Sachs (GS) sudah tentu sedang bergembira berikutan laporan berita bahawa Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) berusaha untuk mendapatkan semula aset tambahan bernilai USD300 juta (RM1.2 bilion) yang didakwa berkaitan dengan skandal 1MDB.

Aset ini dikesan ke akaun escrow di United Kingdom.

Tindakan terbaru ini menjadikan nilai keseluruhan aset yang diperoleh semula oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat berhubung skandal itu kepada USD2.1 bilion – dan mengesahkan bahawa GS hanya perlu membayar USD2.5 bilion, dan bukan USD3.9 bilion kepada kerajaan Malaysia.

Setakat ini Amerika Syarikat telah mendapatkan semula atau membantu Malaysia mendapatkan semula aset bernilai hampir USD1.1 bilion.

GS dengan bijak telah mendapatkan tawaran yang menguntungkan atas kerugian kerajaan Malaysia, bagi menyelesaikan penglibatan jenayah GS untuk menyeleweng 1MDB bersama dengan pemimpin Malaysia dan kroni mereka.

Sebagai pertukaran, tuduhan jenayah terhadap 17 pengarah dan bekas pengarah GS digugurkan oleh pihak berkuasa Malaysia.

GS akhirnya akan membayar USD2.5 bilion kepada kerajaan Malaysia dan bukan USD3.9 bilion, kerana jaminan USD1.4 bilion adalah daripada aset berkaitan 1MDB yang dirampas oleh pihak berkuasa kerajaan seluruh dunia.

Fakta menunjukkan negara AS sahaja telah berusaha untuk mendapatkan semula aset 1MDB sebanyak USD2.1 bilion dan telah mendapatkan semula atau membantu Malaysia mendapatkan semula hampir USD1.1 bilion,yang  jelas melebihi jaminan USD1.4 bilion yang diberikan oleh GS.

Bahkan GS secara terbuka menegaskan bahawa jaminan USD1.4 bilion yang akan diterima oleh Malaysia daripada aset berkaitan 1MDB yang dirampas oleh pihak berkuasa kerajaan seluruh dunia, tidak akan menyebabkan GS melakukan pembayaran yang besar.

Besar kemungkinan perbelanjaan GS hanya terhad kepada pembayaran tunai USD2.5 bilion yang dijanji oleh GS.

Kerajaan Persekutuan sekarang dengan jelas sudah ditipu oleh GS ketika ia sepatutnya berpegang pada tuntutan kerajaan PH untuk pengembalian penuh sekurang-kurangnya USD7.5 bilion.

Dengan bersetuju untuk hanya USD2.5 bilion atau sepertiga daripada tuntutan asal USD7.5 bilion, Kementerian Kewangan telah menggadai kepentingan rakyat.

Jabatan Kehakiman AS mengatakan pihaknya juga sedang mendapatkan daripada Riza Aziz, seorang penerbit filem Hollywood dan anak tiri Najib Razak, dana lebih dari USD4 juta yang dapat dikesan ada kaitan aset yang diseleweng daripada 1MDB.

Pihak berkuasa Malaysia secara kontroversinya telah menggugurkan pertuduhan terhadap Riza setelah dia bersetuju untuk membantu mendapatkan semula hanya sebahagian wang yang dicuri.

Ini mengukuhkan dakwaan bahawa Kerajaan PN tidak ada akauntabiliti awam dan ketelusan dalam perkara melibatkan kepentingan awam. — Roketkini.com

Pilih gabungan Warisan Plus, tolak politik katak - Lim Guan Eng

 




Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, memberi amaran kemungkinan politik wang akan mengacau “peluang baik” kerajaan Warisan untuk memenangi pilihan raya Sabah.

Beliau tidak melihat sebarang alasan untuk pengundi menolak Warisan Plus tetapi bimbang dengan ancaman beli undi.

Beliau menggesa rakyat Sabah beramai-ramai memilih gabungan itu untuk menunjukkan mereka menolak “politik katak”.

“Sabah diberi peluang untuk menjadi contoh kepada seluruh negara,” katanya kepada FMT.

Dalam pada itu, beliau menyentuh kemungkinan jumlah keluar mengundi yang rendah kerana “kebimbangan tentang Covid-19” mungkin akan tidak menggalakkan para pengundi luar negeri pulang ke Sabah untuk mengundi.

Beliau mendakwa pengundi luar negeri memberi kelebihan kepada Warisan pada pilihan raya 2018.

Jelasnya, Warisan Plus mengharapkan pengundi akan menghukum ahli politik yang bertukar parti kerana wang atau jawatan.

“Negeri ini mempunyai penduduk yang lebih berpendidikan dan rakyat yang sentiasa mahu menegakkan hak mereka. Saya rasa di sinilah anda akan lihat orang Sabah dengan berani mengambil langkah untuk memulakan gelombang menentang politik katak.”

Beliau mendakwa terdapat “sorakan” dari orang Sabah apabila pilihan raya negeri diadakan untuk menghalang pembentukan “kerajaan pintu belakang”.

“Sekiranya kita menang di Sabah, itu akan membawa suatu gelombang harapan baru dan semangat untuk menuntut kembali mandat kita daripada rasis dan pelampau yang mentadbir kerajaan persekutuan hari ini.”

Beliau optimis akan menang kerana parti pembangkang nampaknya seperti berselisih mengenai calon ketua menteri. 

“Kita percaya Warisan dan rakan kita dalam Warisan Plus. Kita saling sokong, bekerjasama dan tidak saling mencabar, tidak seperti Barisan Nasional dan PN, yang bertengkar tentang siapa yang akan menjadi ketua menteri,” katanya.

Dalam pada itu, Lim turut memuji Shafie sebagai individu yang berprinsip kerana menyerahkan mandat kepada rakyat.

Beliau mendakwa keputusan itu mendapat sokongan pengundi, “malah di pedalaman, yang menjadi suatu kelemahan kepada Shafie”.

Beliau berkata rakyat Sabah pada dasarnya perlu memutuskan sama ada politik wang atau kuasa rakyat yang patut memerintah.

Sumber :https://inforakyat.net/guan-eng-beri-amaran-pengkianat-jangan-kacau-peluang-warisan/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Cek replika bantuan RM60 juta - Bersih gesa SPRM siasat Muhyiddin

Badan pemantau pilihan raya Bersih mahu SPRM menyiasat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan menggunakan amalan rasuah semasa berkempen di Sabah.

Ini susulan penyampaian sebuah cek replika untuk bantuan lebih RM60 juta dalam majlis kerajaan persekutuan di Beaufort yang menampilkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, semalam.

“Muhyiddin dengan jelas menggunakan kedudukannya dan sumber kerajaan untuk mempengaruhi pengundi di Sabah untuk mengundi calon yang selari dengan Perikatan Nasional (PN),” kata Bersih.

“Kami menggesa pihak SPRM untuk menyiasat tindakan rasuah oleh Muhyiddin dan terhadap semua yang menggunakan kedudukan mereka serta sumber kerajaan bagi memancing undi,” mkatanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bersih juga menggesa orang ramai yang menghadiri ceramah di Beaufort membuat laporan polis tenatng apa yang mereka dengar dan saksikan di ceramah tersebut serta menjadi saksi sebarang siasatan.

Semalam, Muhyiddin menghadiri acara Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit Huma, di Dataran Bagandang, di Beaufort, yang juga dihadiri oleh calon PN bagi Klias, Isnin Aliasnih.

Pada majlis itu, cek replika untuk bantuan lebih RM60 juta disampaikan. Muhyiddin turut mengumumkan bantuan RM20 juta untuk petani dan nelayan.

Sumber :https://m.malaysiakini.com/news/543061?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Thursday 17 September 2020

Lembu punya susu, sapi dapat nama, kata PH kepada Muhyiddin

 


Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin berkata, bantuan sara hidup dan Perkeso untuk nelayan yang diumumkan perdana menteri semalam merupakan titik peluh bekas menteri beliau dan pasukannya sepanjang 22 bulan dalam kementerian itu.

“Beliau jangan hanya nak ambil kredit dan nama semata-mata nak menangkan pilihan raya.

“Hakikatnya, Kerajaan PN kurang menunjukkan kreativiti atau dasar-dasar baru yang memberangsangkan.

“Rakyat masih tak nampak sangat dasar baru dalam sektor pertanian di bawah kerajaan PN.

“Mereka hanya meneruskan dasar yang diusahakan oleh kerajaan PH sahaja,” kata Sim, Ahli Parlimen Bayan Baru itu.

Bagi beliau, apa yang berlaku adalah “Lembu punya susu, sapi dapat nama.”

Semalam PM Muhyddin mengumumkan kenaikan Elaun Sara Hidup ESH kembali ke RM300.

Pengumuman ini berlaku di Sabah sempena Pilihanraya negeri, maka ia bukan satu kebetulan.

Sebagai mantan Timbalan Menteri Pertanian, kata Sim, beliau sememangnya bergembira demi 42,000 warga nelayan di Malaysia.

“Tapi saya ingin set the record straight.

“Semasa YB DS Salahuddin dan saya memimpin Kementerian Pertanian, kami melakukan 2 perkara utama untuk nelayan traditional (zon A):

1. Kembalikan ESH ke RM300 pada tahun 2020.

2. Caruman Perkeso nelayan (Dasar Baru PH)

“Malah pada hari terakhir saya menjawat Timbalan Menteri, mesyuarat terakhir saya pengerusikan adalah bersama pegawai dari Jabatan Perikanan untuk melaksanakan Perkeso untuk nelayan,” kata Sim lagi.

Katanya, Perkeso untuk nelayan, petani dan penternak merupakan dasar baru di bawah pentadbiran PH dan akan diperluaskan ke semua sektor Pertanian dalam tahun 2020 untuk memberi perlindungan yang komprehensive kepada para pengusaha.

Beliau menjangka 900,000 pengusaha sektor pertanian akan dilindungi oleh PERKESO secara berperingkat mulai tahun 2020 dalam perancangan pentadbiran Pakatan Harapan.

Oleh itu, katanya, pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang bantuan untuk Nelayan semalam merupakan titik peluh kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini.

Sumber :https://malaysiadateline.com/lembu-punya-susu-sapi-dapat-nama-kata-ph-kepada-muhyiddin/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook