Tuesday 26 September 2017

KERAJAAN KELANTAN TANGKAP LELAKI BERSELUAR PENDEK


SEORANG lelaki Islam berdepan denda RM1,000 oleh pihak berkuasa agama Kelantan kerana memakai seluar pendek untuk bermain futsal, lapor The Star.

Wan Khairul Hayye Wali diberikan notis itu pada jam 10.45 malam semalam dan diarahkan menghadiri sesi kaunseling bulan depan, sekiranya gagal berbuat demikian dia akan dihadapkan ke mahkamah syariah dan boleh didenda sekiranya didapati bersalah.

Lelaki berusia 30 tahun itu yang sudah memakai seluar pendek untuk bermain futsal sejak sekolah mengatakan dia tidak tahu wujudnya peraturan melarang pemakaian itu.

“Sangat mengejutkan saya bila pegawai penguatkuasa agama memberikan saya saman, mengatakan saya melanggar Enakmen Jenayah Syariah kerana mendedahkan lutut saya.

“Takkan lah mereka mahu saya pakai kain sarung untuk main futsal,” kata pekerja am di sebuah kedai itu.

Dalam kejadian semalam, dia mengatakan dia cuba menjelaskan kepada pegawai itu yang dia dalam perjalanan untuk bermain futsal dan keluar daripada keretanya sebentar membeli burger untuk isterinya.

“Jika saya tak berhenti beli burger, saya tak akan tahu yang salah pakai seluar pendek walaupun kita dalam perjalanan nak bersukan.

“Sekiranya ia kesalahan, mereka perlu beritahu kepada orang awam. Bagaimana kita patut tahu yang satu kesalahan pakai seluar pendek hendak main bola?

Wan Khairul mengatakan dia akan menghadiri sesi kaunseling itu.

Seorang pegawai Jabatan Agama Islam Kelantan mengatakan kod pakaian itu hanya terpakai untuk orang Islam.

“Kami tak ambil tindakan kepada orang bukan Islam, malah tak bertindak pun kepada perempuan bukan Islam yang pakai seluar pendek di tempat awam.” – 26 September, 2017.

Sunday 24 September 2017

PULUHAN RIBU HADIRI CERAMAH PAKATAN HARAPAN DI SARAWAK


















AURA TUN MAHATHIR MEMBANGKITKAN SEMANGAT RAKYAT SARAWAK

1'Rakyat Sarawak membanjiri tapak program ceramah bersama Rakyat pakatan Harapan (PH) Sarawak yang diadakan julung2 kali nya menampilkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Nasional Tun Dr Mahathir Mohammad di BDC kuching Semalam.

2.Kehadiran rakyat Sarawak tua dan muda serta pelbagai lapisan masyarakat dan kaum di negeri sarawak di luar jangkaan.walaupun hujan lebat melanda namun ia tidak menghalang Rakyat Sarawak untuk turun dalam program yang bersejarah ini.

3.Setiap ruang2 kedai,bangunan2 berhampiran serta jalan2 menuju ke tapak program penuh sesak dengan ratusan manusia yang ingin melihat secara lebih dekat dan yang pasti menunggu ucapan Amanat tokoh Negarawan Tun Dr Mahathir.

4.Rakyat Sarawak ternyata masih mengiftiraf ketokohan Tun Mahathir sebagai tokoh politik.tambah lagi dengan kehadiran tokoh pembangkang veteran dari DAP Saudara Lim kiat siang bersama dalam program tersebut.

5.Melihat dari sambutan yang diterima itu ia memberi gambaran jelas bahawa Rakyat Sarawak juga terutama warga bandaraya inginkan perubahan.perubahan pemerintahan yang lebih baik bukan pemerintahan pemimpin kleptorasi.keadaan seperti ini mampu mengugat kedudukan BN negeri Sarawak di kawasan2 bandar utama.

6.Program yang dianjurkan oleh Pakatan Harapan Sarawak malam tadi juga adalah kemuncak kepada pelancaran 5 teras manifestos Pakatan Harapan (PH) Sarawak "TAWARAN BARU HARAPAN BARU" bagi menghadapi PRU yg akan datang.

7.Sambutan yang diterima oleh Tun Dr Mahathir ini menandakan bahawa walaupun beliau tidak berada di tampuk kuasa namun aura,karisma serta ketokohan beliau masih mendapat perhatian rakyat.

8.Saya kongsikan kepada teman2 FB saya beberapa foto yang menarik sekitar program semalam.Foto ini adalah asli tidak ada sedikitpun cuba diedit dan segala tulisan berita saya adalah juga benar2 belaka.

"TAWARAN BARU HARAPAN BARU"
"NEW DEAL NEW HOPE"
Hud Andri Zulkarnaen
AJK PILIHANRAYA PH SARAWAK
Matang Jaya

Friday 22 September 2017

SULTAN JOHOR SINDIR MENTERI YANG SUKA MUNGKIR JANJI




Di dalam 1 majlis rasmi angkatan tentera malaysia, Sultan Johor, Tuanku Sultan Ibrahim Sultan Ismail telah menyindir menteri-menteri Malaysia kerana selalu mungkir janji.

Titah Tuanku "sejak saya menjadi kolenal komander rejimen gerak khas 7 tahun yang lalu saya telah dengar banyak janji janji yang di taburkan oleh menteri, timbalan menteri dan ketua angkatan tentera namun malangnya sehingga hari ini masih ada janji janji yang belum di tunaikan pada hari ini".

Di hadapan bekas menteri pertahanan Datuk Dr Haji Abdul Latif Ahmad, Tuanku Sultan bertanya di manakah janji janji Datuk? " Saya berharap pemimpin yang ada pada hari akan bertanggungjawab dengan janji janji yang telah di buat" tegas baginda.


Wednesday 20 September 2017

RINGGIT MALAYSIA SUDAH TIDAK LAKU DI SEMPADAN MALAYSIA/THAI






Jika sebelum ini pelancung dari Malaysia yang berkunjung ke negara jiran Thailand boleh menggunakan matawang ringgit di negara itu tetapi kini ianya tidak lagi kerana kejatuhan nilai ringgit berbanding matawang bath negara itu.

Lebih memalukan lagi matawang negara ini bukan saja sudah tidak laku di negara tersebut malah ianya juga menjadi bahan ketawa oleh rakyat negara tersebut kerana matawang bath sudah terlalu jauh meninggalkan mawatang negara kita.

Kedai-kedai di sempadan Malaysia/Thailand pula telah mempamirkan makluman di kedai kedai mereka bahawa mereka tidak mahu berurus niaga dengan matawang malaysia.

Akibat daripada itu peniaga-peniaga Malaysia yang selama ini berurus niaga dengan membeli barangan di sana mula terjejas kerana terpaksa membelanjakan berlipat kali ganda di sebabkan nilai ringgit yang kecil berbanding dengan nilai bath dan ada di antaranya terpaksa mengulung tikar kerana sudah tidak tertahan menanggung kos tersebut.

Monday 18 September 2017

TIADA SIAPA YANG MAHU MASUK UMNO SEKARANG - BEKAS AHLI PARLIMEN BN




TIADA orang yang mahu masuk Umno sekarang, kata Tamrin Ghafar, menafikan desas-desus beliau akan kembali menyertai parti terbesar orang Melayu itu.

"Tidak ada siapa yang nak masuk Umno sekarang," katanya kepada The Malaysian Insight.

Tamrin diminta mengulas khabar angin yang tersebar semalam kononnya beliau antara bekas pemimpin parti yang akan pulang ke pangkuan Umno dan kemasukannya akan diumumkan dalam sidang media khas Perdana Menteri Najib Razak semalam.

Menurut Tamrin, beliau tidak mengetahui mengenai khabar angin yang tersebar itu.


Jelas beliau, namanya mungkin dimasukkan dalam senarai itu oleh blogger Umno "untuk sedapkan cerita."

"Terima kasih kerana masih ingat nama saya," kata Tamrin.

Najib semalam mengumumkan kemasukan semula bekas naib presiden Umno, Muhammad Muhammad Taib ke dalam parti itu dalam sidang media yang heboh sejak petang Sabtu.

The Malaysian Insight hari ini melaporkan sidang media itu sepatutnya lebih besar daripada hanya mengumumkan kemasukan semula Muhammad, sebaliknya adalah untuk mengisytiharkan penyertaan Muhammad serta keputusan lapan Adun Selangor dari PKR keluar parti, sekaligus mengulangi episod peralihan kuasa di Perak pada 2009.

Tamrin pernah jadi ahli Parlimen kawasan Batu Berendam selama dua penggal antara 1986 hingga 1995. Dalam tempoh itu, beliau dilantik sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat antara 1991 hingga 1993.

Beliau kemudian keluar Umno pada 2012 dan menyertai PAS sebagai ahli seumur hidup. Ketika itu, Tamrin berkata beliau Umno sudah terbabas dari landasan asalnya membela rakyat dan beliau sudah bersedia "mewakafkan masa dan batang tubuhnya" untuk perjuangan PAS.

Tamrin bagaimanapun keluar PAS dua tahun kemudian dan sejak itu tidak menyertai mana-mana parti politik.

Beliau keluar PAS sebagai membantah tindakan parti Islam itu menggantung keahlian dua wakil rakyatnya di Selangor, Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin kerana menyokong pencalon Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor ketika episod Langkah Kajang.

Tamrin kemudian menyertai sekretariat Deklarasi Rakyat yang digerakkan oleh Dr Mahathir Mohamad sebelum bekas perdana menteri itu menubuhkan Bersatu. Tamrin bagaimanapun kemudian menarik diri daripada sekretariat dan tidak menyertai Bersatu. Beliau enggan menyatakan alasannya berbuat begitu. – 18 September, 2017

UMNO BERDUKA CITA PERANCANGAN RAMPAS SELANGOR GAGAL



Penyertaan semula Muhammad Muhammad Taib ke dalam Umno seharusnya melibatkan lapan Adun PKR bergabung bersama 12 Adun Umno dan 13 Adun PAS serta bekas Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim untuk membentuk barisan 34 Adun bagi membentuk sebuah kerajaan di Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 September, 2017. IA sepatutnya lebih daripada sekadar Muhammad Muhammad Taib masuk Umno semula semalam. Beliau sepatutnya membawa bersamanya lapan ahli dewan undangan negeri (Adun) dan menyebabkan pentadbiran Mohamed Azmin Ali tumbang. Namun kerana ada campur tangan daripada pihak berkepentingan yang berkuasa di Selangor, akhirnya, Presiden Umno Najib Razak hanya ada Muhammad seorang untuk muncul pada sidang media yang digembar-geburkan pada pukul 5 petang di Kuala Lumpur. Sumber memberitahu The Malaysian Insight rundingan untuk membawa Muhammad, 72, pulang ke pangkuan Umno dan menarik masuk lapan yang yang lain itu diuruskan oleh orang tengah dan bukannya perdana menteri sendiri. "Najib dimaklumkan semuanya lancar tetapi apabila beliau tiba, hanya Mat Tyson ada di situ," kata seorang sumber parti kepada The Malaysian Insight, dengan menggunakan nama gelaran popular bekas Menteri Besar Selangor itu. "Rundingan terbantut kerana ia tersekat di peringkat tertinggi apabila didapati Mat Tyson termasuk dalam rundingan itu," kata seorang sumber lain kepada The Malaysian Insight. Perkembangan itu membawa kepada pengumuman yang pendek dan hambar semalam Muhammad kembali ke pangkuan Umno, biarpun kehadiran hampir semua anggota Majlis Tertinggi Umno hadir sama mencetuskan desas-desus serta spekulasi peralihan sebuah kerajaan negeri atau rombakan dalam parti menjelang pilihan raya umum yang harus diadakan sebelum Ogos 2018. Difahamkan percaturan politik penyertaan semula Muhammad ke dalam Umno melibatkan lapan Adun PKR bergabung bersama 12 Adun Umno dan 13 Adun PAS serta bekas Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim untuk membentuk barisan 34 Adun yang sudah cukup untuk membentuk sebuah kerajaan di Selangor. DUN Selangor mempunyai 56 kerusi. Kenapa lapan Adun PKR itu mahu meninggalkan parti mereka tidak didedahkan, kata sumber Umno yang mengetahui percaturan tersebut. Pemerhati politik berkata langkah membawa Muhammad dan lapan Adun mengulangi episod yang berlaku di Perak pada 2009 ketika mana tiga Adun Pakatan Rakyat (PR) melompat keluar daripada kerajaan yang memerintah dan menyokong Barisan Nasional di DUN Perak yang mempunyai 59 kerusi. Ia menyebabkan kerajaan PR yang mempunyai 28 wakil rakyat tumbang. Sultan Perak kemudian mempelawa BN yang mempunyai 28 Adun untuk membentuk kerajaan negeri setelah ia mempunyai majoriti tipis susulan tindakan tiga Adun yang lompat parti itu. Pemerhati juga berkata langkah Muhammad semalam membayangkan hasrat Najib dan Umno untuk mengguna pakai jalan yang sama seperti di Perak untuk mengalahkan seteru politiknya di Selangor. Muhammad empat penggal menjadi wakil rakyat Batang Kali (1982-1999) dan Menteri Besar Selangor antara 1986 hingga 1997 apabila beliau letak jawatan berhubung kes mata wang di Australia. Beliau keluar Umno untuk menyertai PAS pada 2013, empat tahun selepas tidak tersenarai dalam Kabinet Najib pada 2009. Beliau meninggalkan PAS selepas dua tahun dan menyertai PKR pada 2015. Muhammad berbalah dengan Istana Selangor apabila berkahwin secara sulit dengan adinda kepada Sultan sekarang pada 1987 di Thailand. Beliau dan puteri Selangor itu, Tengku Puteri Zahariah Sultan Abdul Aziz Shah, kini sudah bercerai. Dalam satu wawancara dengan Utusan Malaysia dua tahun lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyentuh tentang beberapa menteri besar negeri itu tetapi membuat kenyataan yang keras tentang Muhammad. "Yang banyak tukar adat ini ialah Muhammad Muhammad Taib. Macam penganugerahan darjah kebesaran tidak lagi melalui Dewan Diraja, tetapi Exco sahaja luluskan terus, bagi darjah kebesaran. "Terus terang, saya tidak hormat pada Muhammad Taib. Dia buat kekayaan ketika berada dalam Umno, kemudian masuk PAS. Kemudian apabila PAS kelam kabut, dia keluar dan masuk PKR. Kalau dia masuk mana sekalipun, macam mana hendak hormat sebab dia banyak melompat. "Kalau orang tidak ada prinsip jadi pemimpin, memang goyanglah. Kita mesti teguh. Kalau kepercayaan kita betul, periksa dan ulang periksa dan jangan berganjak bila sudah buat keputusan," titah baginda. – 18 September, 2017.

Sunday 17 September 2017

DAP BANTAH TUTP PUSAT TAHFIZ

KUALA LUMPUR, 17 SEPT: DAP berbeza pandangan di sebalik gesaan banyak pihak supaya pusat tahfiz dan pondok ditutup kerana tidak mematuhi panduan keselamatan bangunan.
Sebaliknya, DAP menyeru pihak berwajib termasuk seluruh pengurusan sekolah tradisi memperbaiki dan memastikan tahap keselamatan pusat pengajian mereka mengikut garis panduan yang ditetapkan undang-undang.
Kenyataan ini dibuat Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Zairil Khir Joharirentetan tragedi malang yang mengorbankan 23 nyawa pelajar di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur baru-baru ini.
“Banyak pihak meminta pihak berkuasa untuk menutup sekolah-sekolah tahfiz ini. Bagi pihak DAP, tuntutan sedemikian adalah keterlaluan dan tidak wajar.
“Sesungguhnya, sistem persekolahan tradisi di seluruh alam Nusantara seperti sekolah pondok, madrasah atau pesantren di Indonesia mempunyai sejarah yang lama dan masyhur dalam mendidik manusia menjadi insan yang beradab, bertanggungjawab dan berbudi pekerti luhur,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Zairil, kebanyakan pusat tahfiz dan madrasah di Malaysia perlu menggalas tanggungjawab penting ini demi tuntutan agama dan tradisi masyarakat.
“Namun demikian, sudah tentu infrastruktur yang dibina dengan dana kewangan yang terhad akan mempunyai pelbagai kelemahan, termasuk dari segi kebakaran.
“Jika mengikut piawai binaan bangunan, sudah tentu banyak sekolah-sekolah ini akan gagal pemeriksaan bomba,” katanya.
Ahli Parlimen Bukit Bendera itu turut mengemukakan beberapa langkah wajar demi memastikan keselamatan pusat pengajian tradisi seluruh negara lebih terjamin seperti berikut:
1)     Laluan keluar tambahan harus dibina pada bangunan bertingkat mengikut keperluan bomba.
2)     Pengesan asap dan alat pemadam api harus disediakan.
3)     Latihan kebakaran juga harus dibuat secara berkala.
4)     Penyelenggaraan pengesan asap dan alat pemadam api harus dilakukan dengan sebaik-baiknya, dengan catatan rekod dalam buku log.
5)     Sekiranya boleh, perancangan jangka masa panjang juga harus dibuat bagi menaiktaraf bangunan kayu kepada bangunan batu atau sekurang-kurangnya dengan membina dinding kebakaran (fire wall) untuk mengasingkan kelas dan bilik asrama.
Bagaimanapun, beliau berkata langkah tersebut tidak akan berjaya tanpa pemantauan dan penguatkuasaan.
“Ketika ini, setiap bangunan telah pun disyaratkan untuk memiliki aspek keselamatan asas sebelum diberi kebenaran untuk diduduki.
“Namun, aspek penguatkuasaan yang lemah telah meningkatkan risiko terjadinya peristiwa yang sangat kita khuatiri ini.
“Lebih penting lagi, isu keselamatan ini bukan hanya melibatkan bangunan sekolah maahad tahfiz sahaja, malahan juga bangunan milikan persendirian hatta milikan kerajaan – khususnya bangunan lama, tradisi dan yang memiliki elemen sejarah,” ujar beliau.
Tambahnya, bahaya fizikal yang dihadapi oleh bangunan-bangunan tersebut bukan hanya daripada ancaman kebakaran malahan juga dari aspek keteguhan binaan.
“Kita tidak asing lagi dengan berita bangunan sekolah yang runtuh dan rosak, meskipun baru dibina.
“Bagi mengelakkan tragedi pada masa depan, kerjasama semua pihak diperlukan untuk menjadikan keselamatan satu keutamaan,” katanya lagi. –Roketkini.com--

Monday 11 September 2017

PENYOKONG PAS MULA UGUT MAHU MEMBUNUH.



Gara-gara terlalu taksub dengan Pas seorang pengguna FB bernama Monawa Soleh ( Link :https://www.facebook.com/mohd.nawal.18 ) telah mengeluarkan satu komen mahu membunuh Presiden Amanah, Haji Mohammad Sabu.

Berikutan dengan itu seorang penguna facebook bernama Muhammad Yahaya telah membuat satu laporan polis terhadap ugutan bunuh oleh penyokong Pas terhadap presiden Parti Amanah.

Ketaksupan terlampau di kalangan pengikut Pas bukanlah perkara asing lagi bagi kerana telah berlaku beberapa kejadian pembunuhan seperti peristiwa memali dan Lubuk Merbau di mana beberapa orang anggota polis telah terbunuh akibat daripada sentimen kebencian yang di ajar di dalam Pas terhadap musuh politik mereka.

Jika sebelum ini pengikut Pas mengkafirkan orang2 Islam yang menjadi ahli Umno namun selepas Sarawak Report mendedahkan parti ini mendapat duit sebanyak RM90juta daripada Umno maka mereka tidak lagi mengkafirkan Umno seperti dulu tetapi terpaksa berbaik dengan Umno dan bermusuh dengan mana mana parti yang melawan Umno.







Thursday 7 September 2017

RAKYAT THAILAND BERJOLI DI MALAYSIA KERANA NILAI RINGGIT MENJUNAM TERUK




Jika sebelum ini warga Singapura yang berpusu-pusu masuk dan membeli belah di Malaysia kerana nilai tukaran wang Singapura lebih tinggi dari Ringgit Malaysia tetapi kini perkara sedemikian juga telah berlaku di utara Semenanjung apabila rakyat Thailand pula berpusu-pusu untuk masuk ke Malaysia kerana matawang ringgit yang jatuh teruk berbanding dengan matawang Thailand.

Jika sebelum ini rakyat Malaysialah yang paling ramai masuk ke Thailand untuk membeli belah kerana matawang ringgit lebih tinggi dari bath Thailand di tambah lagi dengan harga barangan yang murah tetapi kini ianya sudah terbalik.

Dari tinjauan di media sosial kompleks imegresen rantau Panjang Kelantan melihatkan kesesakan di sempadan dengan kenderaan plat Thailand masuk ke Malaysia untuk membeli barang keperluan yang telah menjadi murah jika di tukarkan dengan nilai matawang Thailand.

Tukaran wang Malaysia dan Thailand pada hari ini ialah RM1,000.00 bersamaan dengan 7800bath Thailand. Ini bermakna setiap RM1,000.00 yang di tukar oleh rakyat Malaysia yang ke Thailand akan kerugian sebanyak RM220.000.

Sebaliknya bagi rakyat Thailand yang masuk ke Malaysia mereka akan mendapat lebihan sebanya RM220.00 setiap 10,000bath yang mereka tukar.

Tukar RM1,000.00 rugi RM220.00
Tukar RM10,000.00 rugi RM2,200.00
Tukar RM50,000.00 rugi Rm11,000.00

Bagi peniaga dari malaysia yang sebelum ini mengambil barang niaga di Thailand kejatuhan nilai matawang ringgit ini telah menyebabkan kerugian puluhan ribu ringgit setiap kali berurusan di Thailand.

Bayangkanlah dengan nilai RM11,000.00 jika urusniaga bernilai 500ribu bath yang rakyat Malaysia kerugian akibat daripada kejatuhan nilai matawang Malaysia berapa banyak barang yang boleh di beli dengan nilai yang sebanyak itu.

Maka tidak hairanlah rakyat Thailand berpusu-pusu masuk ke Malaysia kerana matawang Malaysia yang rendah akan memberi keuntungan kepada rakyat Thailand.

Tukar 10,000 bath untung RM220.00
Tukar 100,000 bath untung RM2,200.00
Tukar 500,000 bath untung RM13,600.00

#TukarBN
#UndiPH




PAK JABIT MATI KAFIR KATA PENYOKONG PAS



Kematian seorang pelakon veteran tanahair yang bernama Pak Jabit pada hari ini telah di kecam oleh penyokong-penyokong Pas kerana beliau di katakan adalah seorang penyokong Pakatan Harapan.

Penguna FB tersebut yang menggunakan nama Uwais Al-Qarni yang di dalam semua status FBnya penuh dengan maki hamun kepada orang islam yang tidak menyokong Pas telah mengatakan bahawa Pak Jabit adalah seorang kafir.

"Khadumb pandap rupanya pak jabit nie. Elok laa mampus" tulisnya di dalam satu status yang di muatnaik bersama dengan gambar Allahyarham Pak Jabit.

Rata-rata warga internet yang komen di status tersebut meluahkan rasa kesal atas kejian penyokong Pas ini yang keterlaluan sehingga sanggup menghina kematian sesama islam hanya kerana si mati tidak menjadi ahli Pas namun ianya tidak di perdulikan oleh penyokong Pas tersebut malah membalas komen dengan terus mencaci Allahyarham Pak Jabit dengan berbagai cacian.

Tidak cukup dengan status mencaci Allahyarham di FBnya penyokong Pas ini juga telah menulis di beberapa group facebook dengan berbagai cacian lagi terhadap allahyarham Pak Jabit.

Admin FOD mengucapakkan salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Pak Jabit dan semoga bersabar di atas kehilangan orang yang tersayang.

Al Fatihah.