Friday 28 April 2017

Presiden Pas Sokong GST Di Kenakan Untuk Rakyat

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan kerajaan pada 1 April 2015 sebagai cara paling berkesan untuk meningkatkan ekonomi negara.
Justeru itu beliau meminta pihak kerajaan perlu memastikan tiada peniaga yang dapat lari dari membayar cukai berkenaan dan atas sebab itu Presiden Pas itu bertanya adakah pihak kerajaan mempunyai kaedah untuk mengesan peniaga yang tidak mahu membayar GST.

Laporan penuh : 


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/gst-paling-berkesan-tingkatkan-ekonomi-negara-8211-hadi-1.396678#ixzz4fbEpRBBj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday 24 April 2017

MCA HINA YANG DI PERTUAN AGUNG?

Parti kompenan Barisan Nasional, MCA di dapati cuba memprotes pertabalan Yang Di Pertuan Agung yang baru dengan menaikan ucapan di kain rentang yang di lihat sebagai di sengajakan menukarkan perkataan "Pertabalan" kepada "Perbatalan"

Kain rentang yang berlogokan parti MCA ini telah di lihat di rentang di sebuah kedai makan milik ahli MCA di Taiping sebelum ianya di turunkan selepas menimbullan kemarahan orang ramai yang lalu lalang di situ.

Tindakan secara senyap MCA dalam memprotes pertabalan Yang Di Pertuan Agung ini mungkin kerana parti ini melihat Yang Di Pertuan Agung baru ini lebih islamik dan membuat MCA tidak menyukainya.



PAS SEDIA BANTU BN RAMPAS KEMBALI SELANGOR DARI PAKATAN HARAPAN?

Naib Presiden Pas yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor memberi bayangan bahawa parti itu sedia untuk pastikan Pakatan Harapan kalah di Selangor sekiranya tiada persetujujan dalam pembahagian kerusi yang membababitkan Pas.
Gambaran ini mungkin sebagai satu amaran bahawa parti itu sedia untuk membantu BN dalam pilihanraya akan datang merampas semula Selangor daripada Pakatan Harapan.
Pas yang kini bukan lagi sebahagian dari Pakatan Harapan dan di lihat lebih mesra kepada Umno semakin hampir untuk bergabung dengan Umno pada bila bila masa saja sahaja.


HULU LANGAT: PAS sudah bersedia untuk “mengganggu” rancangan 1 lawan 1 pembangkang menentang BN di 45 kerusi DUN dan 15 kerusi Parlimen di Selangor.
Naib Presiden Datuk Iskandar Abdul Samad berkata kerusi pembangkang lain bebas untuk dirampas jika tiada persetujuan pembahagian kerusi dicapai dengan PAS.
“Kita sedia bertanding di 45 kerusi DUN, 15 kerusi Parlimen jika tak terikat persetujuan 2013. Ini beri ruang kepada PAS bertanding mana-mana kerusi sebab parti lain akan bertanding di kerusi PAS jika tiada keputusan dibuat.
“Kita telah hantar calon-calon kita kepada PAS Pusat untuk dipertimbangkan,” kata Iskandar pada sidang media himpunan PAS Selangor di Kuala Kubu Baru hari ini.
Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini dilaporkan berkata PAS tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan. Semua rundingan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilaporkan belum membuahkan hasil, manakala usul memutuskan hubungan dengan PKR akan ditentukan pada muktamar 27 April ini.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu video tular Mac lepas dirakamkan mahu PAS memerintah Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak dan Selangor, manakala selebihnya terserah kepada Umno.
PAS hari ini mencadangkan pakatan pembangkang supaya menumpukan negeri lain, sambil meminta Kelantan dan “kerusi tradisi” Pas tidak diganggu.
“Kita harap rakan-rakan dalam PH ingatkan mereka dan akur dengan kerusi tradisi PAS. Kita kena tumpu negeri yang dimenangi oleh Umno,” kata Tuan Ibrahim.
Sekarang, PAS Selangor berpendirian mengekalkan status quo tetapi akan akur terhadap apa jua keputusan pucuk pimpinan parti, jika PAS menamatkan kerjasama politik dengan PKR.
Ada 3 anggota exco kerajaan Selangor daripada PAS iaitu Datuk Iskandar Abdul Samad (perumahan, pengurusan bangunan dan kehidupan bandar); Zaidy Abdul Talib (infrastruktur dan kemudahan awam, pemodenan pertanian dan industri asas tani) serta Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (hal ehwal agama Islam, adat melayu dan warisan, pembangunan desa dan kampung tradisi).
Selangor mempunyai 56 kerusi DUN yang diwakili DAP (14), PKR (13), PAS (13), BN (12), Amanah (2) dan Bebas (2).
Spekulasi kerjasama antara PAS dan Umno kuat diperkatakan menuju pilihan raya umum ke-14 yang selewat-lewatnya perlu diadakan tahun depan.

HANYA ORANG BODOH SAJA YANG MASUK UMNO, KATA MAHATHIR.



TASEK GELUGOR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rakyat berasa malu apabila Malaysia sekarang ini diketahui di seluruh dunia, diperintah oleh pencuri dan penyamun.
“Pencuri, penyangak, penyamun, perompak. Orang ini yang memerintah negara kita sekarang. Dan kita berasa malu. Dia tak berasa malu, tapi kita berasa malu. Kalau kita nak tebus perasaan malu itu, kita kena singkirkan Datuk Seri Najib (Razak),” katanya berucap pada perhimpunan rakyat di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, malam tadi.

Beliau berkata, seluruh dunia tahu bahawa Najib telah melesapkan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan duit itu ada pada rakan rapatnya iaitu Jho Low serta Rosmah Mansor.“Semua dunia akui Najib adalah pencuri. Baru-baru ini, dia buat ucapan meminta dunia menghormati Malaysia. Siapa nak hormat negara yang dipimpin oleh pencuri?

“Kalau dalam keluarga kita ada pencuri, kita berasa malu. Tapi bila Najib ditanya.. awak curi.. (ketawa). Pemimpin UMNO pun kata Najib tak curi, tapi dapat derma,” katanya. Tun Dr Mahathir berkata, bagi mendapat sokongan daripada ahli-ahli UMNO, Najib memerlukan wang yang banyak sedangkan gaji Perdana Menteri tidak cukup untuk tujuan itu.
“Kawan dia dari Pulau Pinang, Jho Low kata ada satu cara mudah untuk dapat duit banyak iaitu mencuri. Maka, Najib pun merancang nak curi. Mulanya nak curi duit Terengganu, tapi raja tak bagi.

“Lepas itu buat 1MDB… duit kerajaan tak ada nak buat modal. Kerajaan mampu bagi RM1 juta sahaja. RM1 juta tak cukup nak curi. Jadi dengan nasihat Jho Low, pinjam RM42 bilion dengan kerajaan menjadi penjamin, kononnya untuk berniaga, nak tambah pendapatan negara. Sebaliknya tujuannya ialah untuk mencuri duit yang dipinjam,” katanya.

Tun Dr Mahathir berkata, orang tahu pelbagai perkara yang berlaku kepada wang 1MDB, tetapi sekarang semua tidak mengetahui di mana wang yang begitu banyak itu.“Duit yang banyak tak boleh simpan bawah bantal. Kena simpan dalam bank. Bila simpan dalam bank mesti ada rekod dan apabila ditanya, gagal menunjukkan rekod. Akhirnya kata, tok Arab bagi. Tok Arab ini pula sudah mati, susah kita nak tanya.

“Inilah Najib. Mula-mula diberitahu oleh akhbar bahawa dia ada RM2.6 bilion dalam akaun Ambank, dia kata fitnah. Tapi bila ditunjuk bukti, baru mengaku. Dia kata tok Arab bagi.

“Macam-macam pembohongan dibuat semata-mata untuk mempertahan diri setelah duit RM42 bilion bertambah dengan faedah menjadi RM50 bilion sudah dilesapkan. Hari ini, tak ada pun audit lagi. Pada mulanya diambil syarikat audit, dia nampak benda salah ditukarnya auditor, kemudian ambil audit baharu, ditukar lagi. Sekarang tak ada syarikat audit yang sanggup untuk audit akaun 1MDB. Selama dua tahun kita tak dengar lagi audit dilakukan ke atas wang 1MDB,” katanya.

Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, pemimpin dan ahli UMNO sekarang ini juga mengamalkan kepentingan diri dan menjadikan ‘apa aku dapat’ sebagai tujuan perjuangan.
“Kepimpinan UMNO semakin lama semakin buruk kerana hanya yang bodoh saja yang boleh menyertai UMNO dan mereka ini mengutamakan kepentingan diri, tidak mengutamakan agama, bangsa dan negara. Mereka kerap bertanya ‘apa aku dapat’.

“Kalau ada orang baru nak masuk UMNO, kalau ada kelebihan sikit dari ketua cawangan tak boleh masuk.. orang yang lebih bodoh daripada ketua cawangan boleh masuk dan apabila ketua cawangan itu mati, maka orang yang lebih bodoh daripada ketua cawangan itu akan menggantikannya. Begitulah seterusnya. Inilah yang berlaku kepada UMNO sekarang,” katanya.

Saturday 22 April 2017

SIAPA YANG KOMPLEN SAMPAH DI KELANTAN AKAN MASUK NERAKA - NIK AMAR

Naib Presiden Pas yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan di dalam satu ceramahnya mengatakan mereka yang membawa isu Kota Baharu di kotori dengan sampah yang tidak di uruskan akan di masukkan ke dalam neraka.

Kenyataan beliau adalah selepas runggutan rakyat Kelantang yang tidak puas hati dengan pengurusan sampah oleh kerajaan negeri sehinggakan Kota Baharu yang di kenali dengan Bandaraya Islam di penuhi dengan sampah sehinggakan mencacatkan permandagan terutamanya pelancung yang datang ke negeri Kelantan,




Pakatan semakin mendapat tempat di hati rakyat Kelantan, kata Prof Agus

Prof Agus Yusof melihat Amanah dan Bersatu semakin diterima rakyat Kelantan dan perlu bergerak ke Kelantan selatan pula.Prof Agus Yusof melihat Amanah dan Bersatu semakin diterima rakyat Kelantan dan perlu bergerak ke Kelantan selatan pula.
Amanah dan Bersatu semakin mendapat tempat di hati rakyat Kelantan, khususnya di kalangan pengundi muda (21-40 tahun), kata pengkaji politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusof.
Bagaimanapun, katanya, kepimpinan kedua-dua parti itu kurang padu manakala ceramahnya banyak, tetapi penceramahnya orang yang sama dan hanya tertumpu di kawasan bandar sahaja.
Bersatu dan Amanah perlu menumpukan aktivitinya ke Kelantan selatan pula.Bersatu dan Amanah perlu menumpukan aktivitinya ke Kelantan selatan pula."Bersatu dan Amanah perlu melakukan banyak lagi kerja untuk mendekati rakyat Kelantan secara lebih menyeluruh kerana setakat ini aktivitinya hanya tertumpu di Kelantan Utara sahaja," kata Agus.
Sehubungan dengan itu, Agus, saintis politik yang berasal dari Kelantan itu berkata, Umno lebih berpeluang untuk merampas kembali negeri Kelantan itu dari Pas.
"Pertanyaan saya cuma satu, setelah menang di Kelantan, siapakah Menteri Besar Umno tersebut?" kata Agus dalam satu tulisan di akaun Facebooknya.
Menurut beliau, sekiranya diadakan pilihan raya sekarang, Pas yakin mereka akan kekal memerintah Kelantan.
Umno juga yakin sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru, mereka yang akan menang.
"Amanah dan Bersatu juga mendakwa mereka boleh mencabar kekuatan Pas dan Umno, hatta jika Umno dan Pas berkerjasama sekali pun dalam PRU akan datang.
"Begitulah politik, semua parti yakin akan menang," katanya.

Agus akui Pas mempunyai sokongan akar umbi yang teguh.
"Penyokong tegarnya kekal dengan Pas atas alasan Pas adalah parti agama.
"Begitupun, saya dapati ceramah Pas sudah semakin kurang diminati kerana penceramahnya tidak mampu memberikan gagasan baru untuk memerintah Kelantan ke depan," katanya.
Katanya, Umno masih sepi dengan kegiatan ceramah, tetapi mempunyai banyak program berfokus.
"Seperti Pas, Umno juga mempunyai penyokong tegar dan jentera akar umbi yang kuat," katanya.
Menurut beliau, bagi anak Kelantan yang tinggal di Lembah Kelang pula, mereka pengundi rasional yang memerhati kepada calon dan isu.
"Penyokong tegar setiap parti sekitar 20% sahaja menjadikan 40% pengundi luar Kelantan ini adalah pengundi atas pagar," katanya.
Persoalannya, parti manakah yang akan menang dalam pilihan raya umum nanti?
"Dengan mengambil kira perpecahan Umno dan Pas sehingga lahirnya Bersatu dan Amanah, jika berlaku pertandingan tiga penjuru, data yang ada menunjukkan Umno lebih mempunyai kelebihan.
"Betul, rakyat kecewa dan marah berat dengan beberapa isu Umno, khususnya berkaitan dengan kenaikan harga minyak dan kos sara hidup serta rasuah yang sering dilaporkan di dada akhbar," katanya.
Tetapi dalam konteks Kelantan, Agus memberikan tiga faktor utama yang tetap memberi kelebihan kepada Umno untuk menang.
(i) kegagalan kerajaan Pas mengatasi masalah rakyat dan membangunkan Kelantan menyebabkan rakyat mahukan perubahan kerajaan.

(ii) pemimpin tempatan Umno lebih peka dengan masalah dan isu rakyat.

(iii) parti dan kewangan Umno lebih kukuh untuk memujuk rakyat dalam kempen pilihan raya.
PAS pula, katanya, perlu mengubah pendekatan kempen dan ceramahnya jika mahu kembali mendapat tempat di hati rakyat.
"Isu-isu rakyat perlu dijawab secara berhemah dan berfakta, bukan setakat apa yang PAS lakukan sekarang. Dalam politik, Pas perlu berpijak di alam nyata," katanya.

Thursday 20 April 2017

APA YANG ADA DI DALAM ALMARI ROSMAH ISTERI PERDANA MENTERI?

The Wall Street Journal memecahkan berita mendakwa bahawa Rosmah Mansor telah membelanjakan sekurang-kurangnya 6 juta USD (kira-kira RM24,863,700) dalam Caj kad kredit untuk membeli-belah di kedai-kedai berjenama di seluruh dunia.

Kami tidak mempunyai akses kepada dokumen-dokumen yang berupa ini pada masa ini, tetapi kami telah memutuskan untuk mencuba dan mengambil sepintas lalu perkara yang Rosmah telah dipakai untuk melihat apa yang dia mungkin mempunyai dalam almari pakaian beliau.










Wednesday 19 April 2017

ANAK PEMIMPIN BN KAYA RAYA SEKELIP MATA

Pemimpin BN diketahui umum mempunyai gaya hidup mewah.elaun ahli Parlimen mahu pun menteri tidak melayakkan mereka memiliki rumah atau kereta mewah.

~ apatah lagi individu yang memiliki kekayaan melampau itu bukan datang dari keluarga kaya atau telah mempunyai perniagaan sendiri sebelum menjadi ahli politik.kebanyakkannya jadi kaya setelah menang pilihanraya atau diberi jawatan parti.

- kini gaya bermewah yang dipertikai rakyat mula menular ke sebahagian besar anak anak pemimpin BN.
~ tidak masuk akal dgn gaji ahli parlimen mereka mampu memiliki rumah berharga jutaan ringgit dan kereta brharga ratusan ribu ringgit. Persoalan yang lebih menarik,bagaimanakah mereka mampu membelikan kereta kereta mewah untuk anak-anak?

~tentukan sekali pemimpin BN mendapat wang sampingan dari pelbagai sumber. pendapatan mereka dikatakan brjuta juta ringgit stahun dan tidak menjadi masalah untuk membiayai kehidupan mewah. kemewahan itu membuat rakyat MELUAT!. dengan gelagat gaya hidup mewah keluarga dan anak beranak pemimpin BN yg tak sedar diri, melantak hasil titik peluh Rakyat, Jelas dengan sikap Keborosan mereka merakalah membuat ramai lagi nasib si miskin di Malaysia tidak terbela ...

KEKAYAAN ANAK ABDULLAH AHMAD BADAWI

~ kamaludin diisytiharkan sebagai salah salah seorg 10 tokoh peniagaan Melayu teratas dgn aset melebihi RM320 JUTA sebaik PAK LAH menjadi Perdana Menteri. kamaluddin didakwa merupakan org dibelakang syarikat Scomi walaupun namanya tidak ada di dalam senarai Lembaga Pengarah Scomi yg brjumlah 9 org.
~ pada 2006 akhbar The Star melaporkan Petronas Carigali Sdn Bhd telah memberi kontrak sekurang kurangnya RM2 BILLION bagi membina pelantar minyak dari 2004 hingga 2006 kepada SCOMI.

KEMEWAHAN ANAK NAZRI AZIZ

~ anak kepada Menteri di jabatan Perdana Menteri nazri abdul aziz, Mohamad Nediam dilaporkan menjadi bintang dikalangan anak2 menteri kerana dibelit kontroversi berkenaan paparan pelbagai fotonya di beberapa blop brsama gadis2 jelita ~Nedim dilaporkan mempunyai sebuah kereta PORSCHE berharga sekitar RM700,000.beliau juga mempunyai pengawal peribadi yang sentiasa mengiringnya menaik kereta mewah.

KEMEWAHAN ANAK LIM LEONG SIK
~ anak Dr. Ling leong sik,ling hee leong bekas Menteri Pengangkutan dan Presiden MCA  didakwa telah mengumpul kekayaan sebanyak RM 1.2 BILLION!.

~ hee leong yang baru berumur 27 thn ketika itu tidak selayaknya mengumpul kekayaan yang sebegitu banyak.

~ pemimpin DAP,Lim Kit siang pada 1997 telah membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah agar kerajaan BN menyiasat skandal pengumpulan harta yng sebegitu besar dikhuatiri mengunakan kedudukan Lim Leong sik sbg menteri pengangkutan.namun sehingga ke hari ini tiada siasatan dijalankan.

KEMEWAHAN ANAK NAJIB RAZAK

~ ada beberapa org anak najib razak yg menjadi topik perbualan di internet.salah seorg dipercayai anak beliau bernama Ashman Najib,dan masih menuntut .foto dalam carian di beberapa blog mendedahkan gaya ashman yg mewah.

~ beliau didapati memiliki sebuah kereta mewah jenama Bantley yang tidak selayaknya dinaiki seorg remaja yang masih blajar.

~anak kdua najib bersama isteri pertamanya tengku puteri zainah tengku eskandar,mohd nazifudin najib merupakan salah seorg ahli lembaga pengarah syarikat Harvest Court Industries Bhd pada Oktober 2011.

~ beliau juga Pengerusi Sagajuta (sabah) Sdn Bhd, syarikat yang membangunkan 1 Borneo mall di Kota Kinabalu.mempunyai kepentingan sebanyak 13.83% selepas dilantik sbg ahli lembaga pengarah (BOD) Syarikat Harvest Court Industries Sdn Bhd.

~ pertunangan anak sulung najib bersama rosmah mansor,Nooryana najwa dengan warga kazakkhtan,Daniar nazarbayev,17 jun 2011.menelan pmbelanjaan RM79,053.

~ bil2 yang dikenal pasti sbg invois perbelanjaan jelas mengesahkan majlis itu ditanggung oleh kerajaan.sedangkan hanya majlis rasmi sahaja yang dibenar dari segi undang undang mengunakan wang negara.

KEKAYAAN ANAK SHAHRIZAT JALIL

~ dua anak shahrizat jalil dalam usia 20-an ,wan shahinur izran dan wan izzana fatimah zabedah memegang saham syarikat NFC.

~ anak2 shahrizat memiliki saham dalam Global Biofuture Pte Ltd,meatwork (singpore) Ptd Ltd.kdua duj syarikat itu didakwa memiliki modal berbayar S$3.65 juta,atau RM8.85 JUTA.

KEKAYAAN ANAK TAIB MAHMUD
~ taib mahmud yang memerintah Sarawak sejak 1980-an dianggap jelmaan Raja brooke ( James Brooke) di Sarawak.adik. Bradik dan anak beranaknya di berikan kekayaan yang melimpah ruah.

~ salah seorg anak taib mahmud,jamilah taib memiliki kekayaan luar biasa.beliau menguruskan kekayaan taib di Kanada melalui Sakto Corporation yg nilainya menjangkau ratusan juta Dollar dibawah nama menantu lelaki beliau,sean murray.

~ jamilah memiliki rumah mewah di malaysia dan luar negara.keluarga taib juga memiliki perniagaan Sakti International yang berpusat di Amerika Syarikat.

~ seorg lagi anak taib,abu bekir taib abdul taib mjadi kontrolversi selepas tuduhan pnceraiannya berjumlah RM500 juta dimahkamah syariah.

~ abu bekir brkahwin kali kdua dengan wanita Russia. isteri pertamanya Shahnaz a.majid,memohon penceraian.dalam permohonan pembahagian harta sepencarian istrinya menuntut :

1) RM100 JUTA tuntutan mutaah
2) RM300 JUTA harta sepencarian

~ slain itu menurut Shahnaz, suaminya,mempunyai perniagaan berbillion ringgit, juga mempunyai kereta Mercedes Benz, Lamboghini,Murcielago,Ferrari Spider,Bentley New Continental GT,Maserati Quortoporudi dan Alphard

Kereta Milik Pemimpin Parti Pembangkang.

Nota : Gambar2 kereta di dalam posting ini bukanlah gambar kereta sebenar ahli parlimen tersebut tetapi hanyalah di ambil dari carian internet.

Anthony Loke, Ahli Parlimen Seremban dan Setiausaha Organisasi DAP: Saya hanya pakai sebuah Nissan X-Trail sahaj

Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam: Saya ada 2 kereta iaitu Mercedes-Benz S320 digunakan selama 9 tahun sejak 2009 selepas saya menjadi ahli Parlimen, dan Land Rover Discovery yang digunakan 10 tahun.
M Kulasegaran, Ahli Parlimen Ipoh Barat dan Naib Pengerusi DAP: Saya menggunakan Honda CR-V dan pick-up Hilux. Saya menggunakannya kerana selesa misalnya untuk perjalanan jauh. Isteri saya menggunakan Toyota Prius, didaftar atas nama saya.
Mohamad Sabu, Presiden Amanah: Saya tidak ada kereta atas nama saya sekarang. Di rumah, ada kereta Toyota Wish dan Myvi, kedua-dua atas nama isteri. Penggal ke-3 sebagai ahli Parlimen dulu, saya pakai Honda CRV.
Muhammad Sanusi Md Nor, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat: Nissan X-Trail (2007).
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, Ahli Parlimen Pasir Mas dan Ketua Pemuda PAS: Memiliki 2 kereta, Proton Savvy dan Toyota Estima.
Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan dan Naib Presiden PKR: Setakat 30 November 2016, menurut pengisytiharan harta, beliau menggunakan Honda Accord (2014), manakala 2 lagi kereta di bawah namanya adalah Honda CR-V (2014) yang disewakan kepada pekerja, dan Honda Civic (1997) yang disewa-beli kepada seorang lagi pekerja dengan bayaran RM600 sebulan.
Salahuddin Ayub, Timbalan Presiden Amanah: Buat masa ini saya ada kereta Volvo atas nama saya. Telah guna kereta ini sejak 2015.
Steven Sim, Ahli Parlimen Bukit Mertajam: Keluarga kami menggunakan Kia Picanto yang didaftar atas nama isteri saya, yang dibeli kira-kira 6 tahun lalu. Selain itu saya menggunakan Kia Citra yang dibeli ketika mula bekerja 10 tahun lalu. Ketika itu dibeli atas nama bapa.
Tian Chua, Ahli Parlimen Batu dan Naib Presiden PKR: Saya menggunakan Nissan Teana. Saya pernah beli kereta terpakai Mercedes E-class W210 lama dulu, dan kini tersadai di bengkel kerana rosak teruk. Kalau nak jual pun sudah tiada nilai.

Tuesday 18 April 2017

PERSURUHJAYA PAS PERAK PULA AJAK RAKYAT UNDI MCA DAN GERAKAN

Nampaknya kerjasama politik di antara Pas dan Umno semakin menjadi kenyataan apbila selepas Presiden Pas memberi kata dua sama ada memilih Umno atau Pas sahaja dalam pilihanraya akan datang, hari ini persuruh jaya Pas Perak pula meminta rakyat mengundi part
i kompenan BN iaitu MCA dan Gerakan dalam pilihanraya ini.

Ianya menguatkan lagi dakwaan mengatakan Pas telah menerima sebahagian wang 1MDB dari Najib sebagaimana yang telah di dedahkan oleh Rafizi Ramli dalam akaun bersumpahnya.

PJ Perak ini telah memuatnaikan status di FBnya menyatakan sokongan kepada MCA dan Gerakan

Terdahulu dari itu seorang pengguna FB bernama Hj Muhammad Yahya pula telah membuat dakwaan beliau mempunyai rahsia skandal PJ Pas Perak ini bersama dengan seorang pegawai kastam wanita bukan islam sewaktu beliau berkhidmat dengan Kastam sebelum ini.

Monday 17 April 2017

ISTERI DI CERAI SEBAB TIDAK SOKONG PAS.

PASIR MAS 11 Julai - Usia perkahwinan yang menjangkau 14 tahun sepatutnya menjadikan hubungan kasih sayang antara suami isteri semakin erat.
Namun hanya disebabkan perbezaan fahaman politik, perasaan cinta yang terjalin hilang sekelip mata sehingga si suami sanggup menceraikan insan yang menjadi sebahagian daripada hidupnya.
Itulah nasib yang menimpa Che Hasnah Che Ahmad, 61, seorang guru agama di Kampung Chabang Tiga, Chetok, Pasir Mas, apabila suaminya, Yahaya Ibrahim, 78, menganggapnya sebagai sesat kerana tidak menyokong Pas dan menceraikannya dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas di sini hari ini.
Che Hasnah ketika ditemui di luar mahkamah mendakwa, semenjak berkahwin, suaminya pernah beberapa kali mengajaknya menyertai Pas namun dia tetap dengan pendiriannya menyokong Barisan Nasional (BN).
Tahap kesabaran suaminya 'meletup' apabila dia menghadiri ceramah bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali di Tanah Merah pada 11 Jun lalu.
"Masa mula-mula kahwin, suami saya kata tidak kisahlah sokong parti mana pun sebab itu hak masing-masing namun sejak akhir-akhir ini dia semakin taksub sehingga mengatakan saya sesat dan memaksa saya untuk bersamanya.
"Bagaimanapun saya tetap dengan pendirian saya menyokong BN dan akhirnya dia memfailkan penceraian di mahkamah pada 24 Jun lalu kerana terlalu marah dengan tindakan saya hadir di sebuah ceramah di Tanah Merah sebelum itu.
"Saya sendiri tidak tahu ia ceramah oleh pemimpin itu kerana hanya mengikuti kawan saya dan kami pergi pun sebab tertarik dengan hadiah cabutan bertuah dan saya juga ada minta kebenarannya untuk pergi ke situ," dakwanya yang mengajar al-Quran kepada lebih 100 pelajar di rumahnya setiap hari dengan bayaran elaun RM300 sebulan.
Che Hasnah yang juga bekas Ketua Wanita UMNO Cawangan Chabang Tiga mendakwa, suaminya sebelum itu tidak pernah mempertikaikan fahaman politiknya namun perubahan jelas berlaku sejak Yahaya kerap pergi ke Kota Bharu untuk mendengar ceramah Pas dan apabila pulang ke rumah pertengkaran akan berlaku.
Dakwa Che Hasnah, dia percaya bekas suaminya itu dihasut oleh rakan-rakannya yang berjaya membawa ahli keluarga masing-masing menyokong Pas sehingga Yahaya rasa tercabar dan mengambil tindakan drastik itu.
"Sebelum memfailkan cerai di mahkamah, dia memberitahu saya bahawa dia tidak mahu lagi tinggal di rumah kami dan akan berpindah ke rumah anak-anaknya dengan isteri pertamanya.
"Bila dia cakap macam itu, saya tidak menolak kerana saya tahu dia sudah tidak sayangkan saya kerana tidak menyokong Pas malah setiap hari dia menuduh saya macam-macam," dakwa Che Hasnah lagi.
Terdahulu, proses penceraian secara sah pasangan tersebut yang tidak dikurniakan cahaya mata dibuat di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Hafiz Daud.
"Saya sahkan penceraian talak satu kali pertama antara kamu dengan tuntutan mutaah sebanyak RM200 dan tuntutan edah sebanyak RM600.
"Pihak lelaki perlu membayar tuntutan ini secara ansuran selama empat bulan bermula akhir Julai ke dalam akaun bank pihak wanita dengan membawa dua orang saksi," perintah Mohd. Hafiz.
Turut hadir di mahkamah adalah beberapa ahli keluarga mereka yang dipercayai anak-anak Yahaya dengan isteri pertamanya yang sudah meninggal dunia


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Politik/20120712/po_07/Isteri-tidak-sokong-Pas-dianggap-sesat-akhirnya-dicerai-talak-satu#ixzz4eZHpdnVJ 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

PEMIMPIN UMNO PULAU PINANG KAYA HASIL JUAL TANAH ORANG MELAYU - BEKAS TIM. MENTERI UMNO

Terdapat banyak tanah yang telah difaraidkan sesama pimpinan Umno sehinggakan mereka mengkhianati amanah yang telah diberikan oleh orang Melayu kepada mereka, kata Timbalan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Shariff Omar.

Beliau berkata, kegagalan pimpinan Umno untuk membela nasib orang Melayu amat terserlah dengan pelbagai ketirisan termasuklah penyelewengan tanah dan seumpamanya.

"Saya pernah menjadi exco kerajaan negeri pada tahun 1982, tetapi kita membela nasib orang Melayu ketika itu.

"Namun begitu kini terlalu ramai pimpinan Umno lebih mengutamakan kekayaan dan memfaraidkan tanah-tanah yang ada untuk kroni dan suku-sakat mereka.

"PERDA atau Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang ditubuhkan pada tahun 1983 semasa saya menjadi exco lagi bagi membangunkan kawasan luar bandar yang menjadi tumpuan orang Melayu, tetapi kini ianya sudah terbalik, " katanya pada program Bicara Rakyat di Teluk Air tawar, kelmarin.

Malah katanya, lebih mengecewakan apabila terdapat tanah-tanah tersebut yang telah diagih-agihkan kepada pimpinan Umno.

"Begitu juga dengan JKP (Jawatankuasa Penyertaan Bumiputera) Pulau Pinang yang ditubuhkan untuk membantu orang Melayu semasa Umno memerintah dulu.

"Tapi kini banyak tanah-tanah organisasi ini juga telah diagihkan kepada pimpinan Umno termasuk di kalangan pimpinan pemuda.

"Apa dah jadi dengan tanah di Seberang Jaya berdekatan dengan 'Carrefour' dulu, jika bukan untuk pemimpin Umno menjadi kaya raya, " tanya beliau lagi.

Beliau yang juga merupakan mantan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang turut berkata, terdapat tanah milik JKP di Teluk Air Tawar, Seberang Perai Utara yang sepatutnya dibangunkan untuk orang Melayu mengalami kerugian.

"Projek perumahan usaha mereka terbengkalai berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Teluk AIr Tawar.

"Puncanya kerana memberikan projek perumahan tersebut kepada pimpinan Umno yang tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut.

"Akhirnya projek tak jadi, orang Melayu menjadi mangsa kerana mengharapkan projek yang tidak kesampaian bikinan tangan-tangan pimpinan Umno di negeri ini, " tambahnya lagi.

Tegasnya lagi, orang Melayu kini seharusnya membuat perubahan setelah melihat bagaimana kerajaan Pulau Pinang mentadbir dengan pelbagai program kebajikan untuk rakyat selepas menang dalam pilihan raya umum 2008 yang lalu.

"Banyak program kebajikan untuk rakyat yang dilaksanakan oleh kerajaan Pulau Pinang kini tidak pernah dilakukan oleh Umno dan BN semasa memerintah dulu.

"Sebagai bekas Ahli Parlimen Tasek Gelugor, exco kerajaan negeri dan juga Timbalan Ketua Menteri, apa yang dilakukan oleh kerajaan Pulau Pinang kini lebih baik dari apa yang dilakukan oleh kerajaan Umno dan BN dulu.

"Oleh kerana itu orang Melayu mesti bangkit dan buatlah perubahan dengan menolak Umno dan BN bukan saja di Pulau Pinang, tetapi juga di peringkat Persekutuan dalam pilihan raya umum yang akan datang, " katanya lagi.


AHLI PAS DEDAH KISAH HADI AWANG ARAH UNDI BN DI KELANTAN

BENARKAH PENDEDAHAN INI ?


PENGAKUAN KERJA KHIANAT OLEH PRESIDEN  PAS

Asssalamualaikum semua group perpaduan agama.

Saya Ghazali bin Mat ic 590612 03 5267 Dun kemuning parlimen machang Kelantan. Kalau sesiapa ada x puas hati boleh cek no keahlian saya.

Saya amat kesal dan sampai keharini sy masih terkilan dgn parti kita pas. Ini kesah dan tauladan buat saya.

Saya amat sayang parti yg  saya dokong dan memperjuangkan islam.

Ini kesah berlaku pd pru ke 13 dimana sy diberi tugas utk menolong jentera PKR  bg Parlimen Machang P.029.

Kehadirsn sy dlm pkr disambut baik oleh ajk dan jentera2 dlm PKR dan diberi tugas sabagai pengarah pilihanraya bg dun Kemuning. Tugas ini amat berat utk sy terima tp oleh kerana permintaan dr calon iaitu saudara Dr.Wan Zawawi Ismail.

 Pendekan cerita pd awal kempen sy amat2 berbesar hati dgn kerjasama semua pihak mengikut culaan ketiga2 dun pas blh menang. Ini bermakna parlimen pun ikut sama menang.

Hampir seminggu lg hari nk buang undi lain ceritanya.

Saya dipanggil bermesyarat dgn pengarah2 dun dr pas dan juga calon. Disini bermulanya keraguan sy yg mana diarahkan Calon Parlimen jgn dibagi undi dan undi parlimen dibagi kpd umno.

Ini arahan dr presiden iaitu Hj Hadi.  Sy bertanya kenapa ini berlaku. Jawapannya arahan presiden.

Sy mati akal. Pilihan raya rasa mcm x berguna lg. Maklum lah niat hati nk ke putrajaya.

Apabila sampai hari membuang undi dan seterusnya pengiraan undi, jelas 3 dun pas menang dgn majoriti tiga ribu lebih tp PKR kalah kpd umno (parlimen) dgn majoriti 805 undi.

Sy menyesal dan menanggis sebab kerjabuat sy sia2.

Bermula dr situ sy x mempercayai lg apa2 yg berkaitan dgn pas.

Apakah parti islam yg memperjuangkan agama sanggup menikam belakang dlm gabungan pakatan rakyat?

Harini sy masih ahli pas tapi pru 14 sy nekad x akan undi pas lg.

Wsalam.

Sunday 16 April 2017

PRESIDEN PAS KEMPEN RAKYAT SOKONG UMNO?

HADI KEMPEN RAKYAT UNDI UMNO

1. Selepas semakin mesra dgn Umno, kelmarin, secara jelas, Hadi berkempen untuk Umno. Pilih Pas atau Umno, kata Hadi. Kalimah atau, meletakkan Umno dan Pas pada suatu situasi samarata dari sudut layak utk diundi oleh rakyat.
2. Ketika PH bertungkus-lumus mengajak rakyat menolak Umno, Hadi merestui Umno utk dipilih. Nampaknya pendedahan Rafizi bahawa Pas menerima dedak Umno melalui Nasharudin semakin terbukti. Untuk apa Hadi buat begitu, kalau bukan utk membalas jasa Umno dan Najib kpd pemimpin Pas?
3. Rakyat semakin nampak, kebelakangan ini Hadi tidak lagi mengkritik Najib dan Umno. Apabila dia mengajak rakyat utk memilih Umno jika tak mahu memilih Pas, maknanya dia mahu Umno menang. Ini juga bermakna, Pas masuk pilihanraya bukan untuk menang, tetapi utk mengganggu PH. Pas cuma pengacau kemaraan PH.
4. Ketika kepercayaan orang Melayu kepada Umno sudah terhakis, Hadi mengajak rakyat memilih Umno. Pelikkan? Orang Umno sendiri keluar Umno, Hadi pula ajak orang ramai pilih Umno atas alasan kepentingan Melayu. Hadi sudah jadi pejuang Melayu pula? Bukankah perjuangan Umno suatu masa dulu adalah asabiah Melayu, kini bukan lagi?
5. Semakin hari, kompas politik pemimpin Pas semakin gelong. Mereka bukan lagi fokus utk tumbangkan Umno/BN. Betullah kata Tun, dedak jika masuk mata boleh buta dan jika masuk telinga boleh pekak. Kini dedak Umno sudah membutakan mata pemimpin Pas dan memekakkan telinga mereka terhadap kefasadan Umno.
6. Kasihan ahli Pas di peringkat cawangan yg terus diperkudakan oleh pemimpin mereka. Ketika mereka berjaga malam utk teruskan "perjuangan Islam" versi Pas, pemimpin mereka bersenang-lenang dgn ulitan kemesraan dan kemewahan anugerah pemimpin Umno. Ketika mereka nak "lawan Umno" pemimpin mereka ajak orang ramai memilih Umno.
7. Orang Pas wajar menilai kembali perjuangan Pas kini. Tidak salah mereka tinggalkan Pas kerana pemimpin Pas kini bukan meneruskan perjuangan pemimpin terdahulu. Kini Pas sudah jadi sekutu Umno.

Saturday 15 April 2017

PRESIDEN PAS SERU RAKYAT PILIH UMNO DALAM PILIHANRAYA

Presiden Pas hari ini telah meminta rakyat Malaysia memilih Umno dalam pilihanraya ini untuk mentadbir Malaysia. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan kewujudan Parti Pribumi Melayu Bersatu (PPBM) yang di katakan akan menggugat kuasa politik Umno dalam pilihanraya ini.

"Kuasa politik orang Melayu adalah dengan PAS dan Umno. Jika mana-mana pihak ingin untuk mentadbir Malaysia mesti memilih PAS atau Umno.

"Kami sentiasa terbuka kepada mana-mana pihak yang mahu bersama dengan PAS, keadaan ini adalah untuk menerima Islam," katanya dalam satu temu bual halaman penuh yang diterbitkan dalam edisi Ahad akhbar berbahasa Melayu Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia.

Dalam temubual Utusan itu, Hadi turut ditanya mengenai PAS dan hubungan dengan Umno kerana kerajaan kononnya telah memberi laluan untuk Bill Persendirian RUU355 di Parlimen dan mengenai persepsi bahawa kedua-dua parti politik mempunyai pakatan rahsia.

Hadi menjawab "kami (Pas dan Umno) tidak berperang 24jam adakalanya kita berkerjasama.

Berita asal :

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/hadi-choose-either-pas-or-umno

Friday 14 April 2017

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN ONN PERDANA MENTERI MALAYSIA

Apapun tafsiran dan anggapan tetapi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib telah memperkukuhkan lagi kewibawaan politiknya dengan keberanian mengambil risiko melantik sepupunya Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn menjadi Menteri Tugas-Tugas Khas di JPM.

Perlantikan ini sekali gus mengesahkan masa depan negara di dalam tangan Hishammuddin sebagai Perdana Menteri. Beliaulah bakal Perdana Menteri Malaysia dan Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi hanya sekadarkan sesuai untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri buat selamanya. Itupun jika beliau tidak menderhaka.

Harus diingatkan bahawa Najib mengambil tindakan ini dalam keadaan krisis keyakinan rakyat terhadapnya sedang memuncak dan dalam keadaan ramai melihat Zahid sebagai pengganti.

Zahid adalah seorang yang paling popular dalam parti,jauh lebih popular dari Hisahmuddin yang kemenangannya sebagai Naib Presiden UMNO terus diragui kerana adanya sokongan Istana dan juga songlap politik.

Terbukti Najib sanggup melakukan segala-galanya untuk mempastikan Hishammuddin sebagai Perdana Menteri setelah berjaya meruntuhkan halangan Mukhriz Tun Mahathir dan sanggup mengambil risiko tinggi menyekat hasrat bergelora Zahid untuk menjadi Perdana Menteri.

Zahid mesti menerima hakikat bahawa pada pandangan Najib beliau hanya layak sekadar menjadi Timbalan Perdana Menteri seperti Tun Mahathir menilai Gafar Baba tetapi Najib lebih telus dalam hasratnya tanpa membaling batu sembunyi tangan. Beliau tidak secara langsung telah memberitahu negara Hishammuddin lah Perdana Menteri walaupun demoralising Zahid.

Hishammuddin yang telah terjamin masa depannya tidak boleh menasihatkan orang ramai dari membuat berbagai andaian walaupun Zahid telah terpkasa menelannya dengan pahit apabila membuat kenyataan menerima baik perlantikan Hishamuddin itu. Ia adalah ibarat isteri pertama yang memberikan senyuman pahit dalam mengizinkan suami beristeri dua kerana takdir dan jodoh.

Zahid mestilah menerima hakikat ini walaupun pahit jika beliau hendak terus memelihara statusnya. Orang Jawa terkenal kerana kesetiaannya dan kepimpinannya tetapi orang Jawa di Malaysia khsususnya dalam UMNO hanya sekadarkan menjadi alat politik dan tidak setaraf dengan Jawa Indonesia yang boleh menjadi pemimpin pertama dan memerintah seluruh negara dari Sabang ke Meroke.

Najib telah membuktikan kebenaran kepercayaannya bahawa kuasa adalah bergantung kepada keupayaan menabur dedak mengikut taraf dan untuk itu Wang adalah Raja. Malangnya Zahid ada wang tetapi tak boleh jadi Raja.