Gara-gara terlalu ghairah untuk membuat fitnah terhadap kerajaan Pulau Pinang, seorang penyokong Umno telah terlupa statusnya yang menuduh Pulau Pinang tidak ada azan telah mendapat kecaman daripada orang ramai kerana kesilapannya tidak mematikan location di telefon bimbitnya.
Penyokong Umno yang menggunakan nama FB Fauzi Shaffie telah menulis status adakah beliau sekarang berada di Pulau Pinang atau Singapura kerana tidak kedengaran suara azan namun tanpa menyedari location statusnya menunjukan beliau sedang berada di Shah Alam sewaktu beliau menulis status tersebut dan menyebabkan hasrat beliau untuk membuat fitnah terhadap kerajaan Pulau Pinang yang kononnya di boleh azan akhirnya di ketawakan oleh orang ramai.
Pada hakikatnya semua orang tahu bahawa Pulau Pinanglah satu-satunya negeri yang telah mewartakan azan subuh sebanyak 2 kali sejak bulan julai lalu di mana azan pertama akan di laungkan 30 minit sebelum azan subuh dan azan kedua sebaik saja masuk waktu subuh.
Isu berkaitan azan di Pulau Pinang pernah hangat diperkatakan suatu ketika dulu, malah seorang pemimpin PAS peringkat kawasan pernah mendakwa kerajaan negeri melarang azan dikumandangkan di negeri berkenaan.
Bagaimanapun Yang Dipertua PAS Padang Serai, Shaharuddin Ibrahim, kemudian meminta maaf kerana membuat kenyataan fitnah berkenaan setelah takut dengan tindakan saman oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.
Selain Pulau Pinang, Pahang, Perlis dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor turut mengamalkan azan subuh dua kali ketika ini.
No comments:
Post a Comment