Jika di Pulau Pinang terdapat sekumpulan ahli Pas dan Umno yang mengugut hendak berbuat kacau majlis berbuka puasa yang di hadiri oleh mereka yang tidak beragama islam tetapi di Kuala Lumpur, mufti Wilayah Perseketuan Dr Zulkifli Mohammad Al Bakri pula menerima jemputan berbuka puasa daripada persatuan kristian yang sama sama meraikan umat islam berpuasa.
Ucapan terima kasih Mufti Wilayah ini kepada persatuan Shah Kirit dan Christian For Peace and Harmony (CPHM) itu di tulis di dalam facebooknya dengan menyatakan bahawa perbezaan antara Islam dan Kristian tidak dapat menafikan sifat keAdaman kita. Semuanya lahir daripada keturunan yang sama dan perbezaan warna kulit, bangsa ini adalah untuk kita saling berkenalan sebagaimana dalam Surah al-Hujurat: 13.
Tindakan mufti Wilayah ini sudah pasti bersandarkan kepada keilmuannya sebagi seorang tokoh akedemik dan seorang mufti dan ianya secara lansung telah menafikan fatwa yang di keluarkan oleh kumpulan tersebut yang mengatakan orang bukan Islam tidak boleh bersama-sama meraikan umat islam berpuasa.
Terima kasih diucapkan kepada penganjur, UNITY yang diterajui oleh Bro. Shah Kirit dan Christian For Peace and Harmony (CPHM) atas jemputan Majlis Berbuka Puasa Imam dan Paderi Kristian di Concorde Hotel, Shah Alam.
Sejujurnya ini pengalaman yang sangat berharga bila dapat berkenalan dengan lebih dekat dengan saudara-saudara kami para Pastor. Jarang sekali kami bawa isteri dan anak-anak menghadiri jamuan berbuka puasa Iuar tetapi semata-mata untuk majlis ini, kami bawakan keluarga.
Kami nyatakan dalam ucapan ringkas sebentar tadi bahawa perbezaan antara Islam dan Kristian tidak dapat menafikan sifat keAdaman kita. Semuanya lahir daripada keturunan yang sama dan perbezaan warna kulit, bangsa ini adalah untuk kita saling berkenalan sebagaimana dalam Surah al-Hujurat: 13.
Fokus utama pemimpin agama-agama di Malaysia sewajarnya adalah isu-isu perpaduan, persaudaraan dan kasih sayang. Isu² perbezaan yang memungkinkan perpecahan dan perselisihan hendaklah dielakkan dan jika perlu, adili dengan budaya ilmiah dan toleransi yang tinggi.
Saya mempersilakan paderi² Kristian untuk menziarahi kami di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Presint 3, Putrajaya. Dasar kami adalah terbuka, menghormati perbezaan dan konsisten di atas jalan ilmiah berpandukan al-Quran dan al-Sunnah.
No comments:
Post a Comment