Wednesday 7 June 2017

PERUNTUKAN HAL EHWAL PULAU PINANG TERTINGGI DI MALAYSIA



GEORGE TOWN: Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dr Haji Abdul Rahman Abbas memuji pengurusan hal ehwal agama Islam negeri ini yang serius dan tidak mengabaikan kedudukannya sebagai Agama Persekutuan.
Ia katanya terbukti apabila kerajaan Pulau Pinang peruntukkan bagi Hal Ehwal Agama Islam meningkat sebanyak 84 peratus selepas tahun 2008 kepada RM457 juta bagi tempoh tempoh 2008 hingga 2016 berbanding RM257 juta untuk tempoh 2000 hingga 2007.
“Saya bersyukur, urusan hal ehwal agama Islam diberi perhatian berat oleh Kerajaan Negeri,” katanya ketika merasmikan mesyuarat pertama penggal kelima Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang ke-13 Jumaat lalu.
Menurut beliau, kerajaan negeri juga memberi keutamaan terhadap pendidikan Islam dengan pembinaan institusi pendidikan Islam melalui pembinaan Sekolah Agama Rakyat, lapor RoketKini.
Antaranya ialah pembinaan Sekolah Agama Rakyat Guar Jering telah siap dibina pada tahun 2016, Sekolah Agama Rakyat Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Sekolah Agama Rakyat Tuan Guru di Tanjong Tokong dan Sekolah Agama Rakyat di Masjid Abdullah Fahim sedang dalam proses untuk dibina.


“Semua sekolah agama termasuk Maahad Tahfiz di negeri ini juga didaftarkan bagi membolehkan penyaluran bantuan dan pemantauan dijalankan supaya mutu pembelajaran dan kebajikan pelajar terbela,” ujar beliau.
Selain itu, salah satu kejayaan pembangunan Islam di Pulau Pinang juga dapat dilihat dengan siapnya Kompleks Kehakiman dan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang di Jalan Scotland di atas tanah kerajaan negeri bernilai RM80 juta dan perbelanjaan kos pembinaan RM33 juta oleh Kerajaan Persekutuan.
“Semua ini tidak mungkin tercapai tanpa pentadbiran Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) dan kepimpinan bersih yang diterap ke dalam tata kelola kerajaan negeri.
“Urus tadbir CAT membuahkan kejayaan apabila Pulau Pinang berjaya mencatat lebihan bajet sebanyak RM573 juta bagi tempoh 8 tahun dari 2008 hingga 2015,” kata beliau.
Jelasnya, urus tadbir CAT telah berjaya mencatat lebihan bajet sebanyak RM573 juta bagi tempoh lapan tahun dari 2008 hingga 2015 berbanding lebihan bajet terkumpul bagi tempoh 1957-2007 sebanyak RM373 juta untuk 50 tahun.
“Nilai aset Pulau Pinang pula meningkat hampir sekali ganda dalam tempoh 8 tahun, iaitu dari RM850 juta kepada RM1.6 bilion,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment