Thursday 25 May 2017

PERLEMBAGAAN NEGARA JAMIN KEDUDUKAN ISLAM DAN MELAYU - Dr Aziz Bari

Pakar undang-undang dan perlembagaan.yang juga mantan Professor Kuliyah Undang-Undang UIAM berkata jaminan kedudukan Islam dan Melayu di dalam sistem pentadbiran negara sebenarnya sudah jelas termaktub di dalam Perlembagaan negara. Malah Institusi Raja-Raja Melayu mempunyai kata putus yang jelas di dalam perkara agama sesuai dengan kedudukan Sultan sebaga
Tidak ada parti politik yang berupaya menggugat kedudukan yang sedia termaktub di dalam perlembagaan ini. Beliau menolak keras sebarang andaian bahawa sekiranya PH menang, maka kedudukan Islam dan Melayu akan terancam. Ianya sekadar mainan politik bagi menakutkan sebahagian rakyat yang kurang memahami sistem politik dan perlembagaan negara.
Apa yang mungkin terancam sebenarnya ialah pemahaman Islam sempit yang cuba dipaksakan ke atas rakyat oleh pihak-pihak tertentu yang cuba mempergunakan agama untuk mencapai cita-cita politik sempit mereka.
Pihak yang paling berupaya mendokong perlembagaan negara adalah sebenarnya pihak yang paling layak diberi amanah mentadbir negara, sekaligus menjamin kedudukan Islam dan Melayu sepertimana yang termaktub di dalam perlembagaan.
Dr Aziz Bari dengan berani menyebut bahawa kedudukan Islam dan Melayu adalah lebih selamat di bawah seorang pemimpin non-muslim yang benar-benar menghormati perlembagaan, berbanding pemimpin Melayu kleptokrat yang korup.
Ayuh ... Negara ini kita bina semula.
Jamzuri Ardani 24 Mei 2017.

No comments:

Post a Comment