Wednesday 13 January 2021

Kerajaan Pulau Pinang sedia lancarkan Pakej Bantuan Covid-19 sekali lagi


 

Pakej bantuan Covid-19 sekali lagi akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dengan persediaan untuk dilancarkan setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sekali lagi oleh Kerajaan Pusat.

Malahan, kerajaan negeri telah siap siaga dan bersedia dengan pakej bantuan yang baharu setelah dibincangkan dalam mesyuarat Exco baru-baru ini.

Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, peruntukan yang akan dilaksanakan adalah selaras dengan pengumuman yang telah dibuat semasa pembentangan belanjawan oleh kerajaan negeri kerana terdapat beberapa program yang telah direncanakan belum dapat dilaksanakan.

“Seperti tahun lalu, kerajaan negeri tidak mempunyai belanjawan khusus bagi Covid-19, namun begitu kerajaan negeri menggunakan peruntukan simpanan yang ada bagi menguruskan pakej bantuan tersebut.

“Sebelum ini Pulau Pinang merupakan negeri terawal melancarkan Pakej Bantuan Rakyat secara peringkat untuk membantu semua golongan yang amat terkesan dengan penularan wabak Covid-19 di Pulau Pinang.

“Para peniaga dan penjaja kecil, pasukan barisan hadapan, pengusaha tadika, pemandu teksi, pengusaha industri pelancongan serta pelbagai lagi sektor turut mendapat manfaat dan dokongan dari kerajaan negeri,” jelas beliau.

Sumber: https://malaysiadateline.com/pulau-pinang-siap-siaga-lancar-pakej-bantuan-pkp/

No comments:

Post a Comment