Wednesday 26 July 2017

BEKAS NAIB PRESIDEN MIC DI DAKWA TIPU RM13JUTA

KUALA LUMPUR - Bekas Naib Presiden MIC, Tan Sri S. Balakrishnan dan anak lelakinya Ashok  Kumar dihadapkan di dua Mahkamah Sesyen berasingan sebentar tadi atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu dan bersubahat mengemukakan tuntutan palsu berhubung projek pengindahan dan pemulihan sungai melaka berjumlah hampir RM13 juta empat tahun lalu.

Balakrishnan, 63, dan Ashok Kumar, 31, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan dihadapan hakim Allaudeen Ismail dan Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan Balakrishnan didakwa mengemukakan tuntuan bayaran interim yang mengandungi butiran palsu bagi kerja 'supply and deliver dewatering container' sebanyak 358 unit berjumlah RM12,888,000 sedangkan dewatering container yang dibekalkan hanya 89 unit sahaja.

Dokumen berkenaan dikemukakan melalui jurukur bahan yang dilantik syarikatnya iaitu Nuri Abdullah kepada pengarah bahagian projek khas ibu pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran.

Sementara itu anak lelakinya, Ashok Kumar pula didakwa bersubahat melakukan kesalahan tersebut.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Projek Khas Ibu Pejabat JPS, Jalan Salehuddin, Kuala Lumpur antara 27 April 2012 hingga 23 Oktober 2013.

Hakim Allaudeen Ismail membenarkan kedua-dua tertuduh diikatjamin RM500,000 setiap seorang dengan dua penjamin dan menetapkan 28 Ogos untuk sebutan.

No comments:

Post a Comment