Wang rakyat digunakan untuk membeli aset dari konco-konco Barisan Nasional (BN) dengan harga tinggi dan parti itu diberi balik sejumlah keuntungan oleh si penjual, dakwa bekas Ketua Penerangan Umno Pekan, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.
Beliau mendakwa mereka “menggunakan wang rakyat untuk membeli asset dari konco-konco dengan harga yang tinggi di mana sebahagian dari lebihan itu akan di pulangkan kepada pembeli”.
“Kenapa 1MDB membeli perniagaan (Tan Sri) Ananda Krishnan pada harga RM8 bilion lebih walhal nilai asset tetap sekitar RM1 billion dan dicampur goodwill, mungkin harga Tanjung Energy itu hanya RM4 billion.
“Jawapannya, kerajaan BN akan di beri balik sejumlah wang untuk (menghadapi) pilihan raya umum.
“Demikian juga, rakyat curiga bagaimana Mex Highway dijual pada harga yang begitu tinggi sedangkan pembiayaan nya datang dari kerajaan dan pencadangnya hanya mengeluarkan sekitar RM60 juta.
“Adakah keuntungan RM1 billion itu dikongsi dengan penaung-penaung dari Umno?” bekas Adun Pulau Manis itu mempersoalkan.
Ananda baru-baru ini telah menjual aset penjana tenaga bebas (IPP) miliknya, Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd (Tanjong Energy), kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bernilai RM8.5 bilion dan ia merupakan antara urus niaga terbesar pernah dicatat dalam industri tenaga negara dan di rantau ini.
Maju Expressway (MEX), lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya sepanjang 26 kilometer baru-baru ini dijual dengan harga RM1.7 bilion kepada vendor Proton dan Perodua, EP Manufacturing Berhad (EPMB) oleh Maju Holdings Sdn Bhd.
Menurut Ariff, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memerlukan wang yang banyak kerana itulah sahaja satu-satunya cara yang beliau tahu untuk menyelesaikan masalah.
“Najib hanya tahu satu cara sahaja menyelesaikan masaalah – bayar sana sini,” kata beliau yang pernah berkhidmat secara langsung di bawah Najib ketika menjadi Ketua Penerangan Umno Pekan.
No comments:
Post a Comment