SIASATAN
oleh Suruhanjaya Diraja (RCI) terhadap peristiwa Memali yang berlaku
32 tahun lalu hanya akan mendedahkan peranan presiden PAS sebagai
punca tragedi berdarah itu, kata bekas ketua polis negara, Abdul
Rahim Noor.
Rahim
menarik perhatian kepada ucapan Hadi dalam sebuah ceramah pada 1981
yang mempengaruhi Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya dan
pengikut-pengikutnya sehingga terjebak melakukan kegiatan yang
mengancam keselamatan negara. Ucapan itu terkenal dengan gelaran
"Amanat Hadi".
“Sekiranya
RCI diadakan, tidak dapat dielakkan hakikat tentang peranan Hadi
melalui 'Amanat Hadi' sehingga berlakunya tragedi berdarah Memali,”
kata Rahim kepada The Malaysian Insight.
'Amanat
Hadi' merupakan petikan ucapan presiden PAS itu dalam ceramah di
Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 yang
dipegang ahli PAS di seluruh negara pada ketika itu.
Ucapan
itu dianggap titik penting dalam politik orang Melayu pada dekad
1980-an yang menyaksikan perpecahan terburuk orang Melayu sehingga
melibatkan tuduhan kafir-mengkafir, sembahyang dua imam dan
pulau-memulau dalam kegiatan masyarakat termasuk urusan jenazah.
“Ada
dua elemen penting dalam 'Amanat Hadi' ini. Pertama, dia kata
orang-orang Islam tidak perlu menjadi Kristian, Yahudi, Nasrani untuk
menjadi kafir, cukup dengan mengamalkan politik suku, agama suku,
mereka sudah menjadi kafir.
“Kedua,
dia kata perjuangan yang dilakukan mereka adalah jihad dan sekiranya
terkorban dalam perjuangan, mati mereka adalah syahid,” kata Rahim.
Ketua
polis negara antara 1994 dan 1999 itu menambah "Amanat Hadi"
disebarkan PAS menerusi sayap Pemuda parti Islam itu sehingga menjadi
buah mulut di seluruh negara.
“Akhirnya
benda ni pun sampailah ke Ibrahim Libya. Dia pernah belajar agama di
Libya dan sebab itu digelar Ibrahim Libya.
“Ibrahim
merupakan seorang pengikut PAS tegar dan aktif. Dia betul-betul
taksub dengan 'Amanat Hadi', ” kata Rahim yang ketika peristiwa
Memali merupakan ketua polis Selangor.
Rahim
diminta mengulas kesediaan kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan
diraja bagi menyiasat peristiwa Memali, seperti diumumkan oleh
Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi pada hujung minggu lalu.
Kenyataan
Zahid itu dialu-alukan oleh PAS yang mengumumkan penubuhan sebuah
jawatankuasa membela nasib mangsa Memali dan bercadang membawa waris
keluarga bertemu Zahid di Putrajaya.
Sejarah
Memali lebih tiga dekad itu muncul semula selepas Hadi mendakwa
kekecohan semasa forum "Nothing to Hide 2.0" baru-baru ini
tercetus kerana jawapan Dr Mahathir berkenaan peristiwa Memali tidak
memuaskan hati hadirin.
Lit
flares at the Nothing to Hide 2.0 forum yesterday. Former
international trade and industry minister Rafidah Aziz says today's
leaders are not shy about displaying their arrogance and power with
crude language and mannerisms. – The Malaysian Insight pic, August
14, 2017.
Lit
flares at the Nothing to Hide 2.0 forum yesterday. Former
international trade and industry minister Rafidah Aziz says today's
leaders are not shy about displaying their arrogance and power with
crude language and mannerisms. – The Malaysian Insight pic, August
14, 2017.
Tuan
Ibrahim Tuan Man selepas itu mengulangi gesaan PAS agar kerajaan
menubuhkan segera RCI demi keadilan kepada mangsa dan keluarga yang
terlibat. Beliau juga mendesak kerajaan meminta maaf kepada keluarga
mangsa.
Dr
Mahathir, perdana menteri semasa peristiwa Memali, kini mengetuai
gabungan pembangkang Pakatan Harapan. Hadi pula, selepas membawa PAS
memutuskan kerjasama dengan parti-parti pembangkang, kini dilihat
senada dengan Umno dalam banyak perkara menuju Pilihan Raya Umum
ke-14.
Menurut
Rahim, kerajaan tidak perlu menubuhkan RCI bagi menyiasat kembali apa
yang berlaku di Memali lebih 30 tahun lalu.
“Kertas
putih tentang tragedi Memali sudah ada. Sepatutnya kerajaan
bentangkan di Parlimen kertas putih itu dan bahaskan semula.
"Tetapi
kalau sudah kehendak kerajaan hendak buat RCI, terserahlah,”
katanya.
Kertas
Putih Peristiwa Memali bertarikh 26 Februari 1986 itu ditandatangani
oleh menteri dalam negeri ketika itu, Musa Hitam, dan dikemukakan
kepada Parlimen.
Bagaimanapun,
saksi hidup kejadian menganggapnya sebagai satu pembohongan.
Kertas
putih itu merakamkan latar suasana semasa dan detik-detik yang
berlaku apabila pengikut Ibrahim Libya bertempur dengan pasukan polis
pada pagi 19 November 1985 itu. Ia turut mencatatkan kedudukan
"Amanat Hadi" dalam seluruh episod peristiwa Memali.
Kertas
putih itu merumuskan tindakan polis di Memali bertujuan
menguatkuasakan undang-undang dan membendung kegiatan yang mengancam
keselamatan dalam negara.
Menurut
Rahim, polis ketika itu mempunyai maklumat dan bukti Ibrahim dan
pengikutnya bersungguh-sungguh mahu melaksanakan "Amanat Hadi".
“Dia
(Ibrahim) ada ramai pengikut setia. Dia ada pelbagai rancangan dan
perjuangannya sudah melebihi daripada PAS. Ini yang ada dalam kajian
Unit Cawangan Khas.
“Unit
Cawangan Khas mempunyai bukti apa yang Ibrahim Libya dan pengikutnya
nak lakukan sehingga keputusan dibuat untuk menahannya mengikut Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA),” katanya.
Rahim
berkata sekiranya tidak ditahan mengikut ISA, polis mempunyai bukti
tindakan Ibrahim akan mengganggu ketenteraman awam.
“Apa
yang Ibrahim lakukan bukanlah arahan parti tetapi dia sudah mengikuti
'Amanat Hadi' dengan begitu mendalam dan disebabkan itu polis
terpaksa mengambil tindakan.
“Sebab
itu saya tak faham apa niat Hadi nak bangkitkan semula isu Memali ini
kerana akan terkeluar juga dia merupakan punca terjadinya tragedi
berdarah ini,” katanya. – 22 Ogos, 2017.
No comments:
Post a Comment