Sunday, 13 August 2017

KISAH BENAR! Apa yang terjadi di Program Nothing To Hide 2?



KISAH BENAR! Apa yang terjadi di Program Nothing To Hide 2?

Setelah sejam setengah program Nothing To Hide 2 berlangsung.

Admin ada dikalangan urusetia dan sekuriti. Sabotaj ini memang dirancang, bila ketika soalan dari Taufik (bekas Exco Armada yang pernah muncul di Buletin Utama TV3suku) budak-budak yg memakai baju Armada palsu bangun beramai dan menghimpit kearah hadirin.

Setelah habis beliau bertanyakan soalan, beliau ke belakang dan seolah memberi arahan sesuatu. Ketika itu Tun sedang menjawab soalan mengenai Memali. Selesai Tun menjawab soalan, mula balingan kasut kearah pentas, kemudian botol, kerusi dan suar (flare) dinyalakan dan dibaling kearah Tun.

Mula kekecohan!

Pihak sekuriti menyerbu kearah budak-budak tersebut dan ada yang mengepung Tun.

Ada satu cubaan membawa suar kearah Tun dapat dipatahkan oleh Armada dan sekuriti majlis.

Kemudian mereka melarikan diri secara beramai-ramai sambil membuka baju Armada palsu.

Ada diantara budak-budak yang membuat kacau dapat ditangkap dan dibawa ke bilik keselamatan untuk disoal siasat oleh pihak polis.

Kesemua soalan provok yg diajukan kearah Tun dilakukan oleh bekas-bekas Exco Armada yg pernah muncul di Buletin Utama TV3suku.

Alhamdullilah Tun dapat menjawab semua soalan dengan tenang dan admin pasti semua ini dirancang dengan rapi oleh pihak berkenaan untuk sabotaj program Nothing To Hide 2.

Rasanya tak perlu admin nyatakan siapa dalang disebalik semua ini.

Hanya Allah SWT Maha mengetahui!

#PPBM #Nothing2Hide2

Sementara itu dari satu komen di media sosial, Ketua Solodariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pula berkata beliau telah pun mendapat maklumat tentang kejadian tersebut telah di rancang lebih awal lagi.

Dalam pada itu beberapa pihak mula mengutuk keganasan yang terjadi dalam forum Nothing to Hide 2 beberapa jam selepas berita mengenai keganasan tersebut tersebar.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendalangi keganasan tersebut.
"Dr Mahathir hanya mahu berdebat mengikut amalan demokrasi dan sihat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tetapi mendapat respon dengan balingan kasut, kerusi dan suar.
"Setelah takut berhujah, Najib menggunakan gangsterime untuk menutup mulut Tun Dr Mahathir dan ia adalah tindakan pengecut," kata beliau dalam kenyataan media.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar pula berkata kejadian tersebut tidak boleh dipertahankan.
"Apa yang terjadi pada #Nothing2Hide mesti dikutuk dan tidak boleh dipertahankan. Harap pihak polis akan menangkap mereka yang bertanggungjawab," kata beliau di Twitter, merujuk forum tersebut dalam hashtag.
Dalam kenyataan berasingan, Challenger sebuah kumpulan anak muda berkata keganasan itu amat memalukan.
"Tindakan ini melampau melebihi rasa tidak hormat dan tidak beradab yang biasa dilakukan hadirin untuk menyoal siasat (pengerusi BERSATU Dr Mahathir Mohamad).
"Khalayak hadirin termasuk orang tua dan kanak-kanak terperangkap dalam serangan suar ke arah mereka yang hadir itu.
"Risiko untuk nyawa seseorang itu terancam tidak patut dijadikan perhatian kepada seseorang yang hadir dalam acara pertemuan sebegitu," kata setiausaha agung Challenger Jean Vaneisha.
"Ketepikan kecenderungan politik dan kesetiaan, kami menuntut dialog matang dan sivik. Kami mahukan Malaysia yang lebih baik," katanya lagi.
Sementara itu, bekas menteri penerangan Zainuddin Maidin memberi amaran perkara-perkara yang akan berlaku sewaktu berlangsungnya pilihan raya umum ke 14 nanti.
"Bayangkan apa yang akan terjadi dalam kempen pilihan raya umum, apabila botol dan kerusi dilemparkan ke arah Mahathir dalam forum Nothing To Hide 2 hari ini," kata beliau di Twitter.
Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun terkejut dengan insiden tersebut dan meminta semua pihak tidak menuding jari.
Acara di Shah Alam itu sepatutnya menjadi debat di antara Mahathir dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Namun demikian, Najib tidak hadir dan acara tersebut bertukar huru-hara dengan selipar dilemparkan ke arah Mahathir semasa sesi soal jawab.
Selanjutnya, kerusi, botol dan paling kurang dua suar dibaling ke dalam dewan. Pergaduhan juga meletus dan berterusan di luar dewan.
Paling kurang tiga orang telah ditahan dan diserahkan kepada pihak polis, manakala Dr Mahathir berjaya diselamatkan tanpa mengalami kecederaan.
Sekurang-kurangnya seorang wartawan yang membuat liputan luka di bahagian lutut semasa kekecohan terjadi.

Bagaimanapun di samping kutukan terhadap keganasan itu, ketua pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Rafii bersyukur kerana Umno tidak melayan undangan untuk hadir ke forum tersebut.
"Nasib baik kami tidak hadir," kata beliau dalam mesej teks kepada Malaysiakini.
Mohd Razlan menyalahkan ARMADA BERSATU atas keganasan tersebut kerana "mencari gaduh dengan orang ramai."



No comments:

Post a Comment