Satu artikal jawapan yang di katakan dari seorang anggota Polis viral di media sosial apabila Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, timbul masalah apabila terdapat anggota polis yang tidak telus menzahirkan hutang ketika menjawab soalan asal Anuar mengenai punca keberhutangan tinggi dalam kalangan anggota polis, Nur Jazlan berkata, ia berikutan kurangnya kesedaran mengenai pengurusan kewangan secara berhemah.
Antara kata penulis tersebut "Nak harap menteri yg ckp pandai ni, cecah kaki kat perumahan polis pun tak pernah. Kalau dtg pun nak undi untuk pilihanraya. Uniform kena buat sendiri baru claim, kasut kena beli sendiri baru claim. Lepas tu claim pulak ikut suka nak bayar bila."
Jika viral ini adalah benar maka sudah tiba masanya untuk anggota polis menyatakan bantahan mereka di kertas undi dalam PRU akan datang ini,
------------------------
JAWAPAN BALAS TERBAIK DARI ANGGOTA POLIS KEPADA MENTERI BN.
Dok ckp anggota polis berhutang ni mmg best...tapi pernah terfikir tak kenapa berhutang? Sbb menteri yg bijak mcm datuk la. Lif kat berek pun tak pernah terniat nak betulkan, berek rosak sampai air melimpah pun kena repair sendiri.
Nak harap menteri yg ckp pandai ni, cecah kaki kat perumahan polis pun tak pernah. Kalau dtg pun nak undi untuk pilihanraya. Uniform kena buat sendiri baru claim, kasut kena beli sendiri baru claim. Lepas tu claim pulak ikut suka nak bayar bila. Duduk berek, tapi motor asyik hilang.
Pernah menteri cerita hal ni? Gaji banyak tu, nak bayar taska jaga anak sahaja dah rm350-400 seorang. Kalau anak 4 dah berapa? Lepas tu bas sekolah anak dah rm120 sebulan, kalau 4 org? Beli beras, bayar api, beli keperluan asas sama je bayar mcm org kaya. GST kena bayar, tapi BRIM tak boleh claim sbb ikut gaji.
Nak beli rumah PPR or rumah DBKL tak boleh, sbb had gaji rm2500, nak beli rumah projek swasta pun tak lepas sbb gaji tak cukup syarat, nak duduk berek....rosak teruk. Terpaksa la sewa, sewa pulak dekat rm750-1000. Elaun sewa rumah rm480. Pak menteri ckp la, siapa yg tak telus dlm hal kewangan ni? Bg naik gaji, tapi kenaikan gaji dari gaji tahunan.
Jgn ckp pasal hutang la menteri, jgn sampai semua polis n army sakit hati tak undi BN. Polis diam2 buat kerja mcm anjing ada nampak tak? Buat kerja mcm hamba semata-mata nak bg menteri duk dlm aircond, naik kereta ada pemandu, gaji n elaun keraian cecah berbelas ribu. Minyak free untuk menteri jalankan tugas. Ada pengawal peribadi dari polis, ada eskot dari polis.
Pernah fikir kenapa polis berhutang? Minyak petrol harian polis bayar sendiri dgn ikut kenaikan harga semasa. Menteri ada fikir yg ni dulu tak sblm cerita pasal hutang polis? Check balik semua masalah ni, baru check pasal hutang polis.
Bila raya dpt la kuih dari isteri-isteri menteri konon kebajikan polis, hakikatnya....Allah je yg tahu. Bila dekat nak pilihanraya, mcm-mcm program bodek polis dijalankan. Fikir balik la sblm ckp....polis dah meluat dgn hal mcm ni. Polis duk diam2 buat kerja, hargai la yg tu. Menteri 5 tahun sekali bertukar, polis 20 tahun pun belum tentu naik pangkat. Dari orang lama. Pangkal 9.
..................................................................................................
Berita berkaitan :
KUALA LUMPUR - Tindakan buang kerja akan dilaksanakan terhadap anggota polis yang gagal menjelaskan perbelanjaan sebenar mereka secara bulanan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, timbul masalah apabila terdapat anggota polis yang tidak telus menzahirkan hutang selain yang dipotong oleh pengurusan.
"Misalnya hutang beli perabot dan kereta yang mereka tak jelaskan kepada pegawai atasan. Jadi selepas ini memang kita akan ambil tindakan keras kepada anggota polis yang tak dedahkan perbelanjaan mereka yang sebenar.
"Maknanya kita nak pantau mereka benar-benar hidup dengan gunakan gaji sebagai anggota polis. Kalau mereka tak patuhi dan transparent (telus) serta terdedah kepada risiko hutang dan rasuah, kita akan ambil tindakan drastik seperti buang kerja," katanya menjawab soalan tambahan Anuar Abd Manap (BN-Sekijang) di sidang Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Terdahulu, menjawab soalan asal Anuar mengenai punca keberhutangan tinggi dalam kalangan anggota polis, Nur Jazlan berkata, ia berikutan kurangnya kesedaran mengenai pengurusan kewangan secara berhemah.
"Kebanyakan anggota yang mengalami masalah ini disebabkan penggunaan kad kredit tanpa kawalan, membuat pinjaman peribadi serta memberli keperluan persendirian yang mahal dan tidak sepadan dengan gaji bulanan secara kredit," katanya.
No comments:
Post a Comment