Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini mengotakan janjinya
untuk mendedahkan nama bekas pemimpin PAS yang didakwa menerima dana berkaitan
1MDB.
Dalam sidang media di ibu kota hari ini, Rafizi menamakan
individu misteri itu sebagai bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa.
Rafizi juga membuat akuan berkanun berhubung perkara itu.
Beliau mendakwa bekas timbalan presiden PAS itu menerima dana
daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
Nasharuddin, yang kalah kepada pemimpin agresif PAS ketika itu Mohamad Sabu, sering dikaitkan dengan agenda kerajaan perpaduan antara partinya dan Umno.
Beliau kini memimpin Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), yayasan yang diilhamkan oleh Najib.
Rafizi pada 6 April lalu mendakwa mempunyai bukti seorang yang rapat dengan kepimpinan PAS menerima dana itu yang disalurkan langsung daripada akaun peribadi Najib.
Rafizi kemudian terus berteka-teki selama seminggu dan hanya memberi bayangan individu itu sebagai pernah menjadi pemimpin PAS dan pernah ditegur oleh bekas mursyidul am allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Ramai pihak telah membuat spekulasi bahawa Rafizi memang merujuk kepada Nasharuddin, termasuk penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang menamakannya.
Malaysiakini telah berulang kali cuba menghubungi Nasharuddin melalui pelbagai cara – panggilan telefon, pesanan teks, e-mel dan faks – untuk mendapatkan reaksinya tetapi tidak berbalas.
Malaysiakini terus cuba mendapatkan penjelasannya selepas Rafizi menamakannya hari ini.
Najib telah berulang kali menafikan menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi. Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali juga telah membersihkan namanya daripada sebarang salah laku.
ReplyDeleteTeknik & Cara Hebat Menjilat Faraj Wanita Di Sertai Gambar
18 SX – Rugi Tak Baca !!
>>> KLIK HERE !! <<<