Friday, 7 April 2017

PRESIDEN MIC DEDAHKAN MUSLIHAT BN DAN PAS BERPAKAT?


Presiden MIC Dr S Subramaniam telah mendedahkan tektik kotor Barisan Nasional dalam isu usul persendirian RUU355 di mana ianya telah di rancang dari awal usul ini tidak di bahaskan atau sebarang pengundian.

Perkara ini berlaku kerana untuk menjaga hati rakan baru Barisan Nasional iaitu Pas agar penyokong parti ini tidak sedar bahawa pemimpin mereka sudah pun membuat rundingan dengan Umno untuk menjadikan RUU355 ini sebagai alat memecah belahkan parti pembangkang dan menarik simpati orang orang melayu.

Sebab itulah usul yang sepatutnya di bawa oleh wakil kerajaan telah di serahkan kepada MP Marang sedangkan belum pernah berlaku sebelum ini usul RUU di bawa oleh wakil parti pembangkang.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) sudah membuat keputusan supaya tidak berlakunya pengundian bagi usul persendirian Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 selepas perbahasan dan huraian di Dewan Rakyat, hari ini.

Presiden MIC Dr S Subramaniam berkata, mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) sudah menetapkan usul persendirian ahli Parlimen Marang, yang juga Presiden PAS, Abdul Hadi Awang itu akan dibentangkan dan dihuraikan namun tiada pengundian akan dilakukan.

“Keputusannya adalah membenarkan PAS membentangkannya dan terdapat persetujuan untuk tiada sebarang pengundian,” kata Dr Subramaniam, ketika ditemui di Parlimen, hari ini.

Ahli Parlimen Segamat itu berkata, keputusan itu selari dengan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi BN.

Beliau bagaimanapun berkata, sekiranya Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia tidak menangguhkan sesi perbahasan usul persendirian tersebut, MIC akan memberikan pendirian dan pendapat mereka berhubung perkara itu.

“Oleh sebab speaker tidak membenarkan perdebatan jadi MIC tidak boleh menyertainya.
“Jika speaker membenarkan pihak lain untuk berbahas, kami akan memberikan pendapat kami daripada sudut pandang Perlembagaan,” kata Dr Subramaniam lagi.

Pandikar hari ini menangguhkan perbahasan usul persendirian Abdul Hadi untuk meminda RUU 355 ke sesi sidang Dewan Rakyat akan datang pada 24 Julai depan.


Keputusan itu dibuat selepas ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan selesai membahaskan usul persendirian tersebut selepas Abdul Hadi membentangkannya di Dewan Rakyat.

No comments:

Post a Comment