Thursday, 13 April 2017

SENIMAN PYANHABIB SINDIR GOLONGAN AGAMA YANG SUKA BERCAKAP KESAT DAN BERDIAM DIRI DENGAN PENINDASAN


Seorang penyajak serta pelakon veteran terkenal bernama Pyanhabib telah memuatnaikan status di FBnya mengkritik sikap golongan agama yang suka mengeluarkan kata kata kesat di dalam percakapan. Tulisnya, apa yang beliau pelajari sejak kecil lagi orang-orang agama akan bercakap perkara yang baik-baik, manis mulut dan berhemah.

Dalam masa yang sama golongan agama yang suka mengeluarkan kata kata kesat ini pula berdiam diri dengan kerajaan yang menaikkan harga keperluan dan mengenakan berbagai cukai sehinggakan kos sara hidup semakin membebankan rakyat jelata.

Status di FB peribadinya itu mendapat 600 like dan 56 share dari orang ramai sebagai tanda bersetuju dengan pandangannya itu.


"kita diajar bahawa orang berserban berlebai itu orang tahu agama, orang yang bercakap baik-baik, bercakap manis mulut dan berhemah, sebaliknya mereka berserban berlebai itu dengan muka penuh amarah bertahi berbutir tahi satu negara. untungnya hishamuddin hussein dilantik menteri tugas khas dengan gaji yang barangkali hasil GST atau hasil kenaikan harga petrol siang tadi. di manakah orang tahu agama yang bertawaduk dan zuhud itu ketika rakyat disengsarakan GST? halalkah haramkan GST dikutip tanpa izin? tidak adakah orang berlebai berserban mahu tahikan GST atau berbutir tahikan beban kenaikan harga petrol?"

No comments:

Post a Comment