Monday, 10 April 2017

Anak Raja Petra pernah didakwa tuduhan mencuri motorsikal

Blog blog pro Barisan Nasional pernah menghentam RPK satu ketika dulu apabila RPK menentang Najib tapi selepas RPK bersama Najib mungkin perkara ini sudah di hapuskira oleh blog blog pro BN.


Sekadar ulangsiar berita untuk tatapan RPK.

Anak Raja Petra didakwa tuduhan mencuri

19/05/2009
SHAH ALAM 19 Mei – Anak kedua penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan mencuri dan memiliki motosikal curi serta melakukan pecah rumah di sekitar Shah Alam.
Raja Azman Raja Petra, 33, dari No. 5, Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh didakwa mencuri sebuah motosikal Yamaha RXZ nombor pendaftaran BJQ 9597 bernilai RM8,000 milik seorang lelaki, Syaiful Setapa.
Tertuduh juga mengaku mencuri sebuah telefon bimbit Nokia, sebuah jam tangan Seiko dan serangkai kunci motosikal yang kesemuanya dianggarkan berjumlah RM3,850 dari sebuah kediaman milik Saipul Adli Mohamad Yunus.
Raja Azman juga mengaku telah memecah masuk ke dalam kediaman dan mencuri wang tunai RM20, cukai jalan, kad ATM Maybank dan BSN serta lesen memandu milik Mohd. Syaiful Setapa.
Dia juga mengaku atas tuduhan pilihan iaitu memiliki sebuah motosikal Yamaha 135LC bernombor pendaftaran NBT 7332 milik Ahmad Firdaus Jalaluddin.
Kesemua perbuatan didakwa dilakukan Azman antara pukul 9.30 pagi, 20 Mac lalu dan 10.40 malam, 5 Mei lalu di Seksyen 19, Seksyen U2, dan di Kinrara Court Puchong dekat sini. Hukuman akan dijatuhkan pada 19 Jun ini. – Utusan
Pisau kata” Itu lah tuhan bayar cash,sibuk fitnah sana sini,tuhan turun bala,sibuk dengan Altantuya sampai anak bini tak terjaga,Bapak penyangak & anak jadi penyamun”

Ulasan

Ini bukan soal bengang kat bapak, anak dapat lime light. Ini soal contoh klasik bagi orang yang mahu berfikir. Siakap senohong gelama ikan duri, suka bercakap bohong, lama-lama jadi pencuri. Kalau bukan kau yang pencuri, anak kau yang mencuri. Kalau bukan anak kau yang mencuri, cucu kau yang mencuri.

Samalah dengan sesetengah orang Islam lain di negara ini yang suka bercakap bohong, menyampaikan khabar-khabar bohong dan menyokong berita bohong. Esok lusa, anak-anak yang rosak. Bukan sahaja jadi pencuri. Jadi pelacur, penyamun, perosak anak dara orang pun boleh.

Contoh orang yang suka berbohong ialah berjuang menentang seolah-olah demi rakyat. Tetapi hakikatnya demi keuntungan yang mereka akan peroleh sahaja. Bila berkuasa, lihatlah apa yang rakyat dapat.

Apa yang menarik di Parlimen Batu? Ampang? Bandar Tun Razak ( ada lembu korban free ). Parlimen Gopeng dapat apa? Pengundi Sungai Siput? Apa yang rakyat di konstituensi ini peroleh hasil dari memilih ahli Parlimen yang mahukan kerusi parlimen semata-mata matlamat politik pusat?


Anak Raja Petra mungkin hidupnya tak ada kena mengena dengan Raja Petra sehingga tergolong dalam tertuduh kes curi. Namun inilah hukum dunia yang hanya sedikit sahaja dipertunjukkan Tuhan.

Sumber : http://ipohmalay.blogspot.my/2009/05/anak-rpk-didakwa-pecah-rumah-curi-motor.htmlhttp://ipohmalay.blogspot.my/2009/05/anak-rpk-didakwa-pecah-rumah-curi-motor.html

No comments:

Post a Comment