Bagi pertuduhan salah guna kuasa, Najib didakwa mengikut Seksyen
23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang menetapkan
hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda tidak kurang daripada lima kali
ganda atau RM10,000 bergantung mana yang lebih tinggi.
Tiga pertuduhan pecah amanah pula dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun
Keseksaan yang menyediakan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda dan
sebatan.
Bagaimanapun Najib,67, akan terkecuali daripada hukuman sebatan berdasarkan kepada faktor usianya.
Baki tiga lagi pertuduhan yang dikenakan pada Najib membabitkan dakwaan pengubahan wang haram.
Untuk itu beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
Ia menyediakan hukuman penjara sehingga 15 tahun, denda RM5 juta atau lima kali ganda wang yang terlibat, tertakluk kepada mana yang lebih tinggi.
Selesai Mohd Nazlan menyampaikan keputusannya, ketua pembelaan Najib, Muhammad Shafee Abdullah, membuat permohonan supaya rayuan mereka – yang dibuat sebelum hukuman dijatuhkan – didengar pada Isnin ini.
Bagaimanapun permohonan Shafee dibantah Timbalan Pendakwa Raya Kanan V Sithambaram.
No comments:
Post a Comment