Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali hari ini berkata,
Datuk Seri Najib Razak selaku tertuduh tahu berkaitan transaksi wang ke
dalam akaun di AmBank Islamic tetapi tidak mendedahkannya.
Berkaitan akaun bank, Mohd Nazlan berkata, ahli perniagaan paling dikehendaki, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low dan Ketua Setiausaha Sulit Najib, Azlin Alias saling berhubung dengan Najib.
Walau bagaimanapun, Mohd Nazlan berkata, Najib tidak bertindak dalam isu pengembalian dana milik SRC International Sdn Bhd sebanyak RM42 juta atas alasan siasatan masih berjalan.
Hakim berkata tertuduh dimaklumkan bahawa dana itu daripada SRC dan sebagai menteri kewangan beliau ialah pemilik syarikat itu daripada segi undang-undang.
Mohd Nazlan berpendapat Jho Low sepenuhnya faham peranannya dan tiada keraguan bahawa dia berurusan dengan akaun bank Najib.
Menurutnya, sukar untuk mencadangkan Najib sebagai mangsa penipuan Jho Low.
Beliau juga berkata, Najib tidak meminta kepada pegawai-pegawaI
kerajaan, terutama di Jabatan Perdana Menteri untuk mengesahkan kesahan
“derma” daripada kerabat diraja Arab Saudi.
“Tak konsisten dengan apa yang Raja Abdullah kata di Riyadh,” kata Mohd Nazlan lagi.
Hakim menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Najib berhubung satu pertuduhan menyalahguna kuasa dana RM42 juta dari SRC International.
Baki enam pertuduhan lagi sedang dibacakan.
No comments:
Post a Comment