Wednesday 12 April 2017

ZAHID BERPUTIH MATA BILA NAJIB PILIH HISHAMUDIN SEBAGAI PENGANTINYA?

TAFSIR TINDAKAN
Berfikir di luar kotak untuk melihat pelantikan Hishamuddin Hussein menjadi Menteri Dengan Tugas-tugas Khas. Apakah tugas-tugas khas yang dicari itu? Bagi saya tugas-tugas khas itu untuk berkhidmat dan menjaga perdana menteri yang juga sepupunya. Ia bukan untuk rakyat dan negara.
Selain daripada ia memberi mesej kepada Zahid Hamidi, bahawa orang penting dan kepercayaan Najib bukan beliau tetapi Hishamuddin, pelantikan itu juga dilihat sebagai persediaan rapi Najib; pertama untuk beliau berundur sebagai PM, kedua sambil berundur untuk jaminan dia selamat.
Dengan segala masalah yang ada, termasuk jenayah dan skandal beliau pasti takut tindakan akan dikenakan ke atasnya selepas ketiadaan kuasa nanti. Najib menyedari bahawa beliau kini sedang diasak oleh rakyat. Najib sebenar bersendirian sudah tidak ada sokongan rakyat, veteran Umno dan sebagainya. Dia menyedari sorakan dan tepukan yang diberikan orang ramai kepadanya hanya palsu semata-mata.
Kalau ada, hanya dua golongan sahaja yang menyukai atau pun bersamanya kini, pertama orang Umno khususnya ketua-ketua bahagian yang disuap, kedua orang Pas dan sedikit-sedikit peniaga yang mendapat kontrak.
Walaupun Najib mendapat perlindungan (kuasa) dari China yang dibentuk menerusi perniagaan tetapi itu bukan jaminan untuknya. China tidak jadi semulia itu kalau tidak ada tujuan lain. Kita semua kenal siapa dia Yap Ah Loy dan apa politiknya?
Makanya Najib harus bersiap sedia untuk menghadapi dan mengelak kemungkinan buruk. Justeru pelantikan Hishamuddin itu adalah langkah berjaga-jaga bagaikan sediakan payung sebelum hujan. Tugas Hishamuddin hari ini ialah menutup dan membuka pengkalan pada saat diperlukan. Trims.

Mohd Sayuti Omar

1 comment: