Monday, 19 October 2020

Jabatan Penjara Pulau Pinang dan Frontliners Menerima Sumbangan Kerajaan Negeri


 

Setiausaha sulit kepada YAB Ketua Mneteri, Lai Hon Meng telah menyampaikan sumbangan khas kepada Jabatan Penjara Negeri Pulau Pinang dan para frontliners pada hari ini.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyumbangkan sejumlah 100,000 pelitup muka dan sebanyak 3,000 pelindung muka (face shield) kepada Jabatan Penjara Negeri Pulau Pinang. 

Tambahan lagi, Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut menyumbangkan 20 botol cecair pembasmi kuman yang beratnya 10 liter per botol, sarung tangan getah sebanyak 100,000 pasang dan 100 botol pensanitasi tangan. 

Setiausaha sulit kepada YAB Ketua Menteri, Lai Hon Meng telah menyerahkan sumbangan-sumbangan tersebut kepada Inspektor Jabatan Penjara Negeri Pulau Pinang, IP. Mohd. Syafiq Yusoff.

Menurut Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang menerusi laman facebook, Chow Kon Yeow berharap agar sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban serta membantu memenuhi keperluan barisan hadapan (frontliners) dalam bersama-sama mematahkan rantaian perebakan Pandemik Covid-19 yang sedang melanda ini. 

Penang Lawan Covid! 

No comments:

Post a Comment