Thursday, 9 March 2017

ANAK PEMIMPIN UMNO MILIKI KEKAYAAN LUAR BIASA PADA USIA AWAL 20an.

Tun Dr Mahathir dalam satu ceramah berkata “pencuri ayam selepas mencuri ayam akan menjerit memberitahu orang kampong bahawa ada orang mencuri ayam dan selepas orang kampong sibuk mencari pencuri maka pencuri yang sebenar membawa lari ayam keluar tanpa di sedar oleh orang kampong kerana orang kampong sibuk mencari pencuri yang di beritahuoleh si pencuri ayam tadi”

Begitulah yang terjadi pada orang Melayu sejak sekian lama apabila habis tanah dan harta milik Melayu di ambil dan di jual lalu Umno menjerit jerit memberitahu orang Melayu mengatakan parti pembangkang  telah mencuri tanah orang Melayu untuk di jual, lalu dalam masa orang Melayu sibuk mencari di manakah pencuri yang di katakan oleh Umno itu maka Umno perlahan lahan menjual tanah orang Melayu.

Isu skandal rasuah terkini yang berlaku di Johor adalah salah satu contoh yang paling jelas kerja jahat pemimpin Umno mencuri hak milik orang Melayu dan dalam masa yang sama mereka menjerit kepada orang Melayu mengatakan DAP telah mencuri tanah orang Melayu, lalu tanpa orang Melayu sedar pemimpin Umno ini hidup senang lenang hasil dari rasuah menjual hak orang Melayu.


Jom kita lihat siapakah pemimpin Umno dan anak beranaknya yang kaya raya hasil tuduhan rasuah menukar status hak bumiputra kepada bukan bumiputera kerana mencari untung dari hak milik orang Melayu sendiri.

Dalam usia semuda awal 20 sudah mampu hidup mewah yang terlampau hanya kerana beliau adalah anak kepada pemimpin Umno di Johor. Rupa-rupanya hasil buat kerja jahat menukar status milik melayu kepada bukan melayu.


Belum lagi habis penggal selepas menang pilihanraya 2011 tapi sudah di tuduh dengan tuduhan rasuah berbelas juta ringgit menjual hak milik melayu melalui penukaran status bumiputera.

Inilah kata bidalan orang melayu yang berbunyi "orang lain makan nangka, orang lain kena getahnya" yang membawa maksud orang lain yang melakukan kesalahan tetapi orang lain pula yang dituduh.

1 comment:

  1. Rumah ibu saya, slama lbih 40thn di robohkan di Taman Saujana, lot tepi jln yg bernilai lebih 200ribu, hanya dijanjikan 5ribu, itu pun belum trima.

    ReplyDelete