Tiga wakil rakyat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Adun Batu Burok), Azan Ismail (Adun Bandar) dan Datuk Raja Bahrin Shah (Ahli Parlimen Kuala Terengganu) membuat laporan polis berkaitan dengannya.
Turut serta adalah Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hin. Laporan polis itu dibuat di Balai Polis IPK Kuala Terengganu pada 3 Mac lalu.
Yang kedua, mereka meminta polis menyiasat berapakah jumlah sebenar harga bas itu.
Yang ketiga, mereka meminta polis menyiasat apakah ada unsur-unsur pecah amanah dalam pembelian itu.
Syed Azman berkata, bas amfibia tersebut sepatutnya diserahkan kepada kerajaan negeri selewat-lewatnya akhir Ogos 2015.
Katanya, ia berdasarkan kenyataan Datuk Mohd Jidin Shafee pada Mei 2015 yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri pada waktu itu.
Dan juga kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada 28 Disember 2014 yang turut menjangkakan bas ditempah itu bakal beroperasi pada tahun 2015.
“Berkali-kali kami di dewan (sidang Dun) membangkitkan perkara ini dan kerajaan menjelaskan bahawa bas ini ada tetapi bila (sampai), kita tidak tahu. Jawapannya, bas sedang dalam proses untuk disiapkan.
“Jadi, tidak ada satu jawapan jelas bila ianya sampai ke Terengganu. Sekarang ini, hampir dua tahun terlewat dan kita mohon supaya polis membuat penyiasatan kemungkinan bas tidak sampai, dicuri orang atau hilang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan Balai Polis Kuala Terengganu.
Pembelian dua bas amfibia dari Malta, dicetuskan ketika zaman pentadbiran bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said pada 2014 dengan kos pembelian bagi sebuah bas berdasarkan harga kilang menelan belanja kira-kira 600,000 euro atau kira-kira RM3 juta sebuah.
Bas amfibia turut dikenali sebagai bas dua alam berikutan fungsinya yang boleh digunakan di darat dan di air untuk dimanfaatkan rakyat Terengganu bagi tujuan pelancongan serta digunakan untuk memindahkan penduduk terjejas banjir ke kawasan selamat.
Sumber : ataspagar.com
No comments:
Post a Comment