Wednesday 8 March 2017

BLOGGER UMNO BERI AMARAN BARISAN NASIONAL AKAN KALAH DALAM PRU 14 KERANA ISU BRIM

Seorang blogger tekenal Umno Azmi Ibrahim atau nama blognya APA telah meluahkan rasa marah kepada kerajaan Barisan Nasional apabila pembahagian wang BR1m telah di sekat kepada mereka yang sebelum ini telah menerimanya sejak skim ini mula di perkenalkan oleh Perdana Menteri. 

Katanya akibat daripada pihak LHDN membuang begitu ramai penerima Brim walaupun nama nama itu sepatutnya layak menerimanya maka bersedialah Barisan Nasional di tolak dalam pilihanraya kali ini.

Azmi berkata barisan Nasional akan hilang undi daripada 3 golongan ini iaitu

1 . Mereka yang rasa layak tapi di tolak permohonan
2. Mereka yang sebelum ini dapat tapi kali ini tidak dapat
3. Anak muda yang tak dapat Brim.


FOD yang menerima screenshot ini telah membuka FB beliau dan di dapati hampir semua posting beliau sejak beberapa hari ini telah mengkritik pihak kerajaan kerana isu ini.


No comments:

Post a Comment