Sunday, 12 March 2017

KERAJAAAN UMNO TANDATANGAN MOU RM114billion DENGAN CHINA.

Dalam minda politik kampungan dihebohkan parti DAP akan mengacam kedudukan kuasa Melayu di negara ini. DAP juga digelar akan menghalang pelaksanaan Islam di negara ini. Itulah dua momokkan yang dijual kepada orang-orang kampung mengenai DAP.

Orang kampung dan para pengamal politik bilisan dan hidup macam gogat (larva) dalam kelontong nyir mempercayai apa yang dimomokkan itu. Mereka pun turut sama mencanangkan akan bahaya DAP.

Satu hal yang mereka tidak sedar di sebalik propaganda memburukkan DAP itu mereka lupa siapa atau pihak mana yang mengundang syarikat-syarikat dari benua China untuk berdagang di negara ini. Siapa yang mengeratkan hubungan diplomatik dengan China kemudian memberi peluang syarikat China membangun negara ini.

Mereka lupa siapa yang berkuasa menandatangani persefahaman dengan Cina bernilai RM114 billion?

Begitu juga momokkan DAP akan mengancam kedudukan Islam dinegara ini. Sekali lagi isu agama dimomokkan bersekali dengan isu rasis. Tuduhan itu menunjukkan minda mereka tidak sampai segalah kerana terlupa kepada ikatan dan jaminan Perembagaan mengenai hak dan kedudukan Islam.

Mereka sang gogat ini lupa yang mecabuli prinsip Islam dan mempermain-mainkan Islam adalah mereka sendiri. Mereka menggubal hukum Islam ada kalanya terpesong dari faklsafah Islam itu sendiri yang mahu membawa rahmatan lil alami. Kenapa dikatakan begitu, apabila mereka cuba mengutamakan syariat Allah tetapi sampai mengabaikan kesejahtraan umum, itu bermakna suatu pencabulan. Mereka lupa masih banyak fahaman dan kepercayaan tahyul yang mereka praktikan dan selewengkan untuk mendapat wang.


Orang-orang yang berpolitik seperrti gogat ini melupai untuk menilai diri dan pemikiran sendiri apakah ia cocok dan menempati intisari Islam atau tidak kerana lebih percaya mereka sudah Islam apabila mereka mengamalkan tradisi Arab zaman padang pasir dahulu -- berjubah dan berjanggut macam bulu jagung. Inilah kelecongan dan kesilapan yang tidak mahu diralat oleh orang-orang bawah yang bersifat politik bilisan. Sebenarnya mereka menakutkan diri sendiri kerana tidak kenal diri. MSO

No comments:

Post a Comment