Thursday, 16 March 2017

THUNAMI MAHATHIR BAKAL MELANDA PADA PRU 14

PRU 14: TSUNAMI APA PULA?
1. Pada tahun 1997, berlaku krisis kewangan yang mensengsarakan kehidupan rakyat. Krisis ini kemudiannya membawa kepada pemecatan DSAI sebagai TPM.
2. Dakwaan ke atas DSAI adalah salah laku moral, manakala DSAI pula menyatakan itu adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya.
3. DSAI kemudiannya didakwa dan dipenjara. Tindakan Dr. Mahathir mengakibatkan kebangkitan rakyat. Dr. Mahathir ketika ni digelar sebagai bapa firaun, autokrat dan pelbagai lagi gelaran negatif.
4. Dalam kemelut politik sebegini, Dr. Mahathir membubarkan Dewan Rakyat dan PRU 1999 diadakan.
*************************
5. Dalam PRU 1999, biarpun di penjara, DSAI menggoncang politik Malaysia. Ketika itu, goncangan ini kita panggil gerakan Reformasi.
6. Dalam PRU 2008, DSAI yang sudah di luar penjara memimpin pakatan pembangkang dan berjaya menafikan kemenangan dua pertiga majoriti BN. Ketika itu, kebangkitan rakyat ini kita panggil tsunami politik.
7. Dalam PRU 2013, BN sekali lagi gagal memenangi pilihan raya dengan dua pertiga majoriti. Ketika itu, kita panggil tsunami Cina.
Bagaimana dengan PRU 14? Tsunami apa pula yang akan muncul?
8. Tsunami DSAI tidak mungkin dalam keadaannya sekarang kecuali mendapat pengampunan diraja.
9. Maka, tokoh yang menentukan gelombang politik Malaysia seterusnya adalah di tangan tiga pemimpin ini—DS Najib Razak yang memimpin BN, Tun Dr Mahathir yang berada dalam PH, dan Tuan Guru Haji Hadi Awang yang menerajui PAS.
*******************************
10. Pada 3 Februari 2017, Tuan Guru Haji Hadi memberi ceramah di Alor Limbat, Terengganu.
11. Pada 13 Mac 2017, DS Najib memberi ucapan di Bachok, Kelantan.
12. Pada 15 Mac 2017, Tun Dr. Mahathir memberi ceramah di Cherang, Kelantan.
13. Setelah meneliti ceramah tiga pemimpin ini, mungkinkah yang muncul dalam PRU 14 nanti ialah Tsunami Mahathir? Pertanyaan ini wajar diberi perhatian.


No comments:

Post a Comment