Teka teki kerjasama Pas dan Umno untuk berhadapan dengan pembangkang semakin menjadi kenyataan apabila Presiden Umno Dato Seri Najib mula memberi isyarat awal bahawa kerjasama dua parti ini bakal berlansung dalam pilihanraya ini.
Segala kemungkinan kerjasama UMNO-PAS: PM
KOTA
BHARU: Datuk Seri Najib Razak berkata, segala kemungkinan boleh berlaku
berhubung kerjasama di antara UMNO dan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum
ke-14 (PRU-14).
Bagaimanapun,
Perdana Menteri berkata, setakat ini mereka (PAS dan UMNO) melakukan kerja
masing-masing tanpa ada kerjasama. Pada masa sama,
Perdana
Menteri mengakui bukan mudah untuk memenangi PRU di Kelantan, namun UMNO
Kelantan akan membuat persediaan dan menggerakkan jentera yang terbaik.
"Kita mesti bekerja keras dan berharap UMNO tidak mengamalkan politik
negatif sebaliknya menunjukkan contoh terbaik. Selebihnya biarlah rakyat
Kelantan yang menilainya, " katanya.
Beliau
berkata demikian pada sidang media di Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
sebelum menghadiri Program Transformasi Nasional 2050 (TN50), di sini. Yang
turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa
Mohamed dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi
Dusuki.
No comments:
Post a Comment