Walaupun
berbagai tohmahan di lontarkan kepada DAP oleh Umno dan rakan politiknya Pas
terhadap DAP namun ianya tidak memberi satu halangan untuk aktivis parti ini
memberi bantuan kepada rakyat Kelantan yang telah kehilangan rumah dan harta
benda akibat dari kesan banjir besar dua tahun lalu.
Fakta telah
memberitahu bahawa DAP adalah yang paling berjaya dalam membantu terus kepada
mangsa mangsa banjir dengan membina kembali rumah mereka yang telah 100% hilang
sehinggakan ada di antara mereka terpaksa tinggal di dalam khemah beberapa lama
akibat kegagalan pihak yang berwajib memberi bantuan .
Di samping
menyiapkan rumah rumah untuk mangsa banjir ini, aktivis parti ini juga adalah
yang paling awal berkunjung ke Kelantan dalam misi bantuan kemanusiaan, bukan
saja memberi sumbangan wang ringgit malah mereka juga melakukan kerja kerja
pembersihan bersama sama sukarelawan di sana.
Pulau Pinang
yang di tadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat pula telah mengumumkan melalui
ketua menterinya Lim Guan Eng bantuan segera sebanyak RM1.5juta kepada kerajaan
Kelantan sebagai satu tanda keperihatinan terhadap mangsa banjir di negeri ini.
No comments:
Post a Comment