Saturday, 11 March 2017

MCA PULAU PINANG UMPAMA MELUKUT DI KAKI UMNO

Selepas terpaksa melepaskan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada parti Gerakan selepas PRU 1969, MCA yang menjadi parti teras utama Barisan Nasional yang telah menubuhkan parti Perikatan bersama Umno sebelum merdeka di lihat semakin di sisih dalam Barisan Nasional.

Umno menyedari MCA kini bukanlah sebuah parti yang boleh di buat tongkat lagi kerana pengundi cina buka saja telah menolak MCA selepas PRU 1969 malah nasib MCA terus di landa malang apabila gagal sama sekali menyumbangkan kerusi kepada Barisan Nasional dalam PRU 2008 sehingga menyebabkan Barisan Nasional hilang kerajaan di Pulau Pinang.

Peluang kedua MCA untuk membuktikan kepada Umno bahawa parti itu masih di terima oleh masyarakat cina seterusnya mengembalikan Pulau Pinang kepada Barisan Nasional sekali lagi gagal apabila dalam PRU13, MCA terus gagal merampas walaupun satu kerusi di Pulau Pinang.
Selepas daripada kekalahan memalukan itu MCA Pulau Pinang telah di terajui oleh pemimpin bukan dari kalangan anak Pulau Pinang seperti Datuk Seri Liow Tiong Lai (2008-2010), Datuk Seri Ng Yen Yen (2010-2015) dan Datuk Seri Ong Ka Chuan (2015-2017) namun tetap gagal memberi kesan yang besar kepada MCA Pulau Pinang untuk membina kembali kekuatan MCA di Pulau Pinang.

Akhirnya MCA telah membuat keputusan untuk memilih pemimpin dari kalangan anak tempatan iaitu bekas Adun Padang Lalang dalam PRU 2004, Tan Teik Cheng sebagai Pengerusi MCA Pulau Pinang yang baharu.

Menurut sumber dalaman kalau di lihat daripada sejarah keputusan piliharaya 2004 yang di menangi oleh Tan teik Chen tidaklah seberapa kerana beliau hanya menang dengan majority sebanyak 535 undi sahaja di Dun Padang Lalang, menunjukan di ketika Barisan Nasional menang besar di Pulau Pinang pun beliau masih belum mampu membuktikan namanya di sokong oleh majority kaum cina.

Dari cerita cerita orang Umno yang pernah berurusan dengan Tan Teik Cheng pula berkata Tan Teik Cheng adalah seorang yang tidak fasih berbahasa Melayu dan perlantikan beliau sebagai pengerusi MCA Pulau Pinang tidak akan memberi satu kesan undi orang Melayu dalam pilihanraya akan datang.
Perlantikan Tan Teik Cheng menerajui MCA Pulau Pinang sekadar menutup kelemahan pemimpin MCA yang lama atas kegagalan mengembalikan keyakinan orang cina kepada parti itu dan cubaan meleraikan perbalahan dalaman yang semakin meruncing.

Bagi permerhati politik di Pulau Pinang pula beranggapan perlantikan Tan Teik Cheng hanyalah sebagai mahu mendapatkan perhatian daripada Umno dalam persaingan dengan parti Gerakan dalam pertandingan siapa lebih kuat dalam mempengaruhi pengundi cina kerana parti Gerakan lebih di sayangi dan di percayai Umno daripada MCA.


Ianya terbukti apabila dalam pilihanraya 1999 walaupun MCA telah mengatasi kerusi daripada Gerakan namun Umno terus memberi jawatan ketua menteri kepada MCA yang membuat MCA di sisi Umno hanyalah umpama melukut di tepi gantang dalam ertikata sama ada MCA ada atau pun tidak, ia tidak akan memberi kesan kepada kesan kepada Barisan Nasional Pulau Pinang  kerana MCA seolah sudah tidak diperlukan.dan jika MCA  ada pun  mungkin membuatkan orang tidak senang terhadap terhadap parti ini serta  jika MCA tidak ada pun ianya tidak menjadi masalah kepada Umno.

No comments:

Post a Comment