Monday 6 March 2017

Najib Digesa Jelaskan 2 Projek Di Langkawi Yang Dikendalikan Peter Sondakh

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan isu pembinaan hotel St. Regis Langkawi dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC) yang dikatakan menelan belanja sehingga RM400 juta.

Kedua-dua projek itu dikendalikan oleh syarikat dikawal oleh Tan Sri Peter Sondakh yang merupakan sahabat baik kepada Najib, dakwa Rafizi..

“Sondakh menyatakan bahawa pihaknya memerlukan bantuan dari kerajaan negeri, kerajaan pusat, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Kementerian Kewangan.
Advertisement
“Sebab itu saya mahu mendesak Najib memaklumkan kepada orang ramai, dari jumlah RM400 juta yang dianggarkan dibelanjakan, berapa yang dibiayai oleh wang rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Sekitar bulan November yang lalu, Najib menunjukkan komitmen untuk membangunkan Pulau Langkawi sebagai sebuah destinasi pelancongan utama dunia ke tahap lebih tinggi.

Beliau berkata, bagi mencapai hasrat itu, Langkawi memerlukan pelaburan dan jenama besar bagi menarik lebih ramai pelancong kelas tinggi.

Kedua-dua kemudahan itu, apabila siap kelak, akan digunakan pada sidang kemuncak Asean 2015 yang dijangka berlangsung pada April 2015, jelasnya.

Najib berkata demikian dalam ucapan perasmian majlis pecah tanah Hotel St. Regis Langkawi dan LICC.
Turut berada di majlis berkenaan ialah Sondakh yang merupakan pengerusi Kumpulan Rajawali dan Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Tan Sri Khalid Ramli.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, beliau secara konsisten menyebut Najib ada hubungan persabahatan yang baik dengan Sondakh yang menjual saham di dalam PT Eagle High Plantations kepada Felda.

“Saya tahu kedua-dua projek itu dibina menggunakan juga wang rakyat dalam keadaan rakyat membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST).


“Sebarang bantuan kewangan yang diberikan kepada Sondakh samalah seperti mengutip cukai GST dari orang miskin untuk diberikan kepada hartawan asing yang merupakan sahabat perdana menteri,” jelasnya lagi.

No comments:

Post a Comment