Tuesday 28 March 2017

Naib Ketua UMNO Bahagian di Johor Di Dakwa Miliki Dadah Syabu

Melaka: Seorang pemimpin politik di Johor bergelar Datuk, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, pagi tadi, atas tuduhan menggunakan dadah jenis syabu Ogos tahun lalu.
Tertuduh Mohamed Mustafa Abdul Kadir, 57, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian di Johor itu, didakwa menggunakan dadah jenis Methamphetamine pada jam 6 petang, 1 Ogos 2016 di cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.
Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1)(b) dibaca bersama Seksyen 38B akta yang sama.
Sabit kesalahan boleh di hukum penjara hingga dua tahun, atau denda hingga RM5,000 atau kedua-dua sekali dan perintah pengawasan hingga tiga tahun.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syazreen Nadia Saaban, mencadangkan jaminan RM4,000.
Bagaimanapun Peguam Bela Salmi Hamdan Sabran yang mewakili tertuduh merayu jaminan dikurangkan dengan alasan tertuduh memberikan kerjasama sepanjang siasatan.
Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, Mohd Firdaus menawarkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 April depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Sumber Harian Metro

TAKUT KALAH DEBAT: NGO UMNO GUNA TEKTIK JAHAT UNTUK PASTIKAN DEBAT TIDAK BERLAKU

Rancangan penganjuran debat di antara Tan Sri Anuar Musa dengan MP Gelang Patah saudara Lim Kit Siang yang mahu di anjurkan oleh sebuah NGO pro Umno awal awal lagi sudah di lihat sebagai berniat jahat apabila surat jemputan kepada kedua dua tokoh ini berbeza tajuk debat yang NGO ini beri.

Di pihak Tan Seri Annuar Musa surat dari NGO yang bernama YAYASAN KEUSAHAWANAN SOSIAL MALAYSIA" telah memberikan tajuk "Kepentingan Keharmonian Negara dari Pengamal Politik Kebencian Dan Rasis" manakala surat yang di hantar kepada saudara Lim Kit Siang pula di beri tajuk YB Lim Kit Siang pengamal politik rasis, diktator dan anti-Islam”.

Perbezaan tajuk yang di berikan kepada kedua tokoh Umno dan Dap ini adalah di sengajakan dengan harapan saudara LIM Kit Siang tidak akan menyahut cabaran ini dan mereka juga berharap agar pihak keselamatan tidak akan menberi keizinan untuk meneruskan debat yang mereka sendiri rancang itu.

Ini adalah tektik biasa yang sentiasa di gunakan oleh NGO NGO pro Umno untuk menonjol diri kepada pemimpin tertinggi Umno untuk mendapatkan pujian selepas NGO NGO ini tenggelam di hanyut oleh kepopularan Dato Jamal Yunus.

Bukan menjadi rahsia lagi Ali Tinju yang bersama sama NGO ini dalam rancangan debat tersebut tidak sefahaman dengan Dato Jamal Yunus, lebih lebih lagi pimpinan tertinggi Umno di lihat lebih menyayangi Dato Jamal dan lansung tidak perdulikan Ali Tinju sebelum ini.

Atas rasa inginkan perhatian dan mahu berlumba menunjukan mereka juga perlu di beri penghargaan oleh pemimpin Umno maka mereka terpaksa merancang sesuatu seperti debat ini walaupun niat sebenar mereka malah mereka pun tahu bahawa debat ini tidak boleh berlaku kerana jika debat ini di jalankan juga maka banyaklah cerita cerita kejahatan Umno akan di ketahui umum terutamanya orang orang Umno sendiri.

Lalu untuk memastikan cadangan debat ini tidak berlaku maka perkara pertama yang mereka telah buat ialah dengan memberikan tajuk berbeza di antara Annuar Musa dan Lim Kit Siang dengan harapan Lim Kit Siang menolak debat ini dan mereka akan istiharkan memenangan mereka.

Inilah tetktik lapuk yang di gunakan oleh NGO warga lapuk yang merasakan golongan muda hari ini tidak cerdik seperti mereka yang sudah lapuk idea itu.




KESATUAN PEKERJA KTMB IKRAR SOKONG DAP DALAM PRU 14!

Kesatuan pekerja pekerja keretapi Tanah Melayu Berhad di dalam blog rasmi kesatuan ini telah menyatakan akan memberi sokongan kepada DAP dalam pilihanraya kali ini.

Dalam kenyataan rasmi yang di keluarkan oleh kesatuan ini berkata jangan salahkan kesatuan ini kerana mereka hanya akan menyokong berdasarkan "orang berbudi kita berbahasa" dengan merujuk kepada DAP dan katanya lagi "kalau dah menganiaya dan bertindak zalim terhadap pekerja KTMB buat apa lagi hendak memberi undi iaitu merujuk kepada Barisan Nasional.

Sorry le, kita bukan pak angguk mengakhiri kenyataan rasmi yang di keluarkan di dalam blog kesatuan ini.

Baca link berkenaan di : http://suararum.blogspot.my/2017/03/cakap-politik-3-sokong-dap.html

Dah kita tolak MCA, kita sokonglah DAP, ini advantage pada DAP, macam RUM cakap kita bukan RASIS, kita bukan parti politik, kita kesatuan sekerja, dari bagi undi kat MCA yang nak mengancurkan kita, baik kita bagi pada DAP.

Lantaklah.. jangan salahkan RUM, RUM hanya menyokong berdasarkan "ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA", kalau dah "MENGANIAYA KITA" bertindak secara "ZALIM" kita masih lagi nak bagi "UNDI", memang kita ni "BODOH" ler...

Dan dia orang tidak boleh berterusan untuk memperbodohkan kita, PRU 14, kuasa ditangan kita, maka kita tentukan siapa yang nak kita pilih.

Pedulilah apa orang kata, yang susah kita, yang tak makan kita, yang kena buang kita, so kita masih nak angguk-angguk!

Sorry ler, kita bukan PAK ANGGUK!

RUM memang marah dengan idea bodoh RNAA ni... nak kenyang perut, kami semua jadi mangsa!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Tuesday 21 March 2017

10 PERKARA UNTUK SELAMATKAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 19 MAC: Selepas 60 tahun, Malaysia masih lagi terhumban ke dalam kancah politik kotor yang memainkan isu kaum dan agama, sedangkan perpaduan dan toleransi telah menjadi aspirasi negara sejak awal kemerdekaan lagi.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata semua pihak harus bekerjasama bagi menjalankan operasi ‘Malaysia Reset’, di mana sebarang dasar kerajaan yang baik dikekalkan, manakala semua dasar yang merugikan negara dihentikan atau diperbetulkan ke arah yang lebih baik.
Terdapat 10 butang ‘reset’ yang harus ditekan bagi menyelamatkan negara ini, iaitu:
  1. Pakatan parti politik yang membentuk kerajaan haruslah berdasarkan persetujuan dan keputusan bersama, bukannya sebuah gabungan yang berdasarkan hubungan ‘tuan-hamba’.
Menurut Kit Siang, pakatan antara Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan Tun V.T Sambanthan suatu ketika dulu amat mementingkan persetujuan bersama dalam segenap hal.

“Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin tertinggi Barisan Nasional pada awal 1970-an, iaitu Tun Razak, Tan Siew Sin, Sambanthan dan Dr. Lim Chong Eu.

“Tapi, Barisan Nasional pada hari ini amat berbeza. Ia telah berubah menjadi sebuah gabungan yang dikawal hegemoni UMNO dalam setiap keputusan dasar,” ujarnya.

2. Malaysia harus menjadi negara demokratik yang sebenar, di mana pengundi boleh secara aman dan demokratik menukar kerajaan Persekutuan melalui peti undi tanpa perlu takut kepada sebarang ancaman dan ugutan.

“Pengundi tidak boleh diugut dengan kekacauan, pergolakan atau sebarang cara kuku besi untuk menggagalkan usaha demokratik rakyat dalam pilihan raya, seperti di Malaysia hari ini,” kata Kit Siang.

3. Parlimen mesti dipulihkan menjadi badan perundangan tertinggi negara, selaras dengan doktrin pengasingan kuasa antara legislatif, eksekutif dan kehakiman.

Pada hari ini, kata Kit Siang, parlimen dikuasai eksekutif, dengan beberapa isu nasional dihalang daripada dibahas, seperti skandal 1MDB.

4. Pemulihan kebebasan dan profesionalisme badan kehakiman, seperti di negara-negara maju lain seperti Korea Selatan.

Menurut Kit Siang, lapan hakim di Mahkamah Persekutuan Korea Selatan telah mendakwa presidennya atas kesalahan rasuah dan kronisme.

“Adakah perkara sebegitu boleh dijalankan di Malaysia hari ini? Itu saja sudah menunjukkan tahap kebebasan badan kehakiman kita,” ujarnya.

5. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bebas, tidak berat sebelah dan efisien.

Kit Siang menjelaskan, tahap kecekapan SPR yang ada pada hari ini mesti dipersoal, memandangkan masih ada 4.4 juta individu yang layak mengundi masih belum mendaftar.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk parti pembangkang dan NGO seperti Bersih turut mendakwa SPR bersikap berat sebelah dalam proses pilihan raya, termasuk persempadanan semula yang tidak adil dan enggan menjalankan sistem pendaftaran secara automatik.

6. Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung skandal antarabangsa, 1MDB yang menyebabkan reputasi Malaysia terjejas teruk di seluruh dunia.

7. Memerangi habis-habisan kronisme dan penyalahgunaan kuasa.

Menurut Ahli Parlimen Gelang Patah itu, negara jiran Indonesia juga sudah mula menentang penyalahgunaan kuasa dengan memastikan semua pegawai awam memberi laporan tentang sebarang hadiah yang diterima.
Ia termasuklah hadiah dari delegasi Arab Saudi bernilai berjuta ringgit kepada pegawai awam Indonesia semasa lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman ke Jakarta baru-baru ini.
“Mengapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak melakukan perkara sama kepada semua pegawai Malaysia yang mendapat hadiah dari delegasi Arab Saudi?” soalnya.

8. Ke arah negara di mana potensi, bakat dan kepakaran rakyat dapat digunakan sepenuhnya agar negara dapat membangun dalam segenap aspek.

Kit Siang sekali lagi membandingkan situasi Malaysia pada hari ini dengan Korea Selatan.
Ujarnya, 60 tahun lalu, Korea Selatan jauh ketinggalan berbanding Malaysia dari segi politik dan ekonomi, namun hari ini negara itu telah berkembang pesat.

“Malah, hak asasi dan demokrasi di negara itu telah mencapai tahap tinggi apabila presidennya dapat diturunkan kerana penyalahgunaan kuasa,” katanya.

9. Memenuhi aspirasi rakyat Sabah dan Sarawak melalui pemberian hak sama rata dengan Semenanjung, selaras Perjanjian Malaysia 1963.

10. Memulihkan kembali perpecahan antara rakyat pelbagai kaum dan agama.

Menurut Kit Siang, Malaysia tidak pernah mengalami perpecahan seteruk hari ini sejak merdeka.
Malah, katanya, pengasas UMNO, Datuk Onn Jaafar mempunyai visi jauh ke hadapan apabila mahu membuka keahlian UMNO kepada kaum lain bagi menamatkan politik berdasarkan kaum.
“Operasi ‘Malaysia Reset’ ini perlu bagi menghentikan sebarang perpecahan atas dasar kaum dan agama, tetapi menyemai perpaduan atas satu nama – Malaysia!” tegasnya. – Roketkini.com

Krisis Ekonomi Negara : Penjawat Awam Bakal Di Berhentikan?

BEKAS Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim dipetik sebagai berkata adalah berbaloi untuk kerajaan memberhentikan kakitangan awam sekarang daripada menunggu sehingga negara terjerumus ke dalam krisis kewangan seperti yang berlaku di Greece.

"Walaupun perbelanjaan kerajaan untuk memberhentikan (kakitangan awam) adalah besar, adalah berbaloi untuk melakukannya sekarang selagi termampu, daripada menunggu sehingga kita terjerumus ke dalam krisis kewangan seperti yang berlaku di Greece," katanya.

Dakwanya lagi, pemberhentian kakitangan awam pada masa ini juga merupakan satu pendekatan yang positif bagi membolehkan mereka diberi pampasan yang adil.

Beliau dilaporkan berkata demikian pada forum tadbir urus ekonomi yang diadakan di Sasana Kijang, Bank Negara semalam. — Malaysiakini

The Star turut memetik kenyataan beliau sebagai berkata:

"Birokrasi kerajaan sudah menjadi begitu besar, ia bukan sahaja mengambil terlalu banyak sumber, tapi juga mewujudkan banyak kegagalan di dalam ekonomi kewangan kita,"

Mohd Sheriff turut mengambil contoh kepada tindakan penstrukturan semula Malaysia Airlines baru-baru ini di mana 6,000 orang telah diberhentikan.

Dakwanya, adalah baik untuk memberhentikan pekerja sekarang dan memberikan mereka pampasan dengan pakej pemberhentian sementara kerajaan masih mampu melakukannya.

Pandangan beliau ini nampaknya begitu senada dengan isu yang ditimbulkan oleh Nazir Razak, adik kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Menulis di instagram miliknya, Nazir sebelum ini membayangkan bahawa penjawat awam Malaysia yang terlalu ramai akan membebankan negara.

Beliau menggesa masaalah itu segera ditangani bagi mengelakkan generasi masa depan terpaksa mananggung beban.

Apa yang aku boleh simpulkan daripada perkara ini ialah, kerajaan pimpinan Najib Razak kini sedang menghadapi masalah kewangan untuk menanggung gaji serta pencen kakitangan awam seluruh negara.

Tidak lama lagi sudah pasti pemberhentian kakitangan awam akan dibuat secara berperingkat.

Namun sebelum itu, pelbagai forum, wacana dan perbincangan akan dibuat bagi melihat reaksi rakyat khususnya penjawat awam. Modus operandi seperti ini sudah kita lihat sebelum ini, contohnya ketika kerajaan Najib mahu melaksanakan G

Calon BN PRU14 : Umno Kedah Mula Bergaduh Sesama Sendiri,

'Ribut dimusim kemarau' itulah yang boleh digambarkan dengan keadaan politik Barisan Nasional Kedah setelah tersebar diseluruh pelosok negeri mengenai senarai Calon BN Kedah untuk PRU14.

Panas kian membara apabila dikhabarkan ramai penyokong-penyokong pemimpin yang tidak tersenarai mula meluahkan perasaan marah mereka terhadap kepimpinan BN Kedah.

Difacebook boleh cari tajuk 'Calon BN Kedah', pastinya anda akan menemui rintihan dan keluhan mereka.

Manakala dikampung-kampung juga telah riuh mengenai senarai calon ini yang mereka baca di akhbar tempatan....

Episod kerat mengerat, sindir menyindir sesama ahli parti mula panas terutama penyokong pemimpin yang tidak tersenarai.

Kita akan terus dipertontonkan mengenai perangai Umno yang suka boikot parti sendiri, cantas mencantas terutama ketika hampir pilihanraya....

Dibawah adalah artikel yang dikeluarkan oleh sinar harian mengenai senarai calon bn kedah..

ALOR SETAR - Senarai awal calon BN Kedah bagi PRU14 kini tersebar di laman sosial dan tular sejak kelmarin.

Senarai nama itu memaparkan 15 calon parlimen dan 36 calon bagi kerusi Dun Kedah, namun beberapa kerusi Dun masih dibiarkan kosong dengan meletakkan cadangan akan dipilih Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Kerusi Dun yang masih tidak dinamakan calon ialah Lunas, Bayu, Bakar Arang, Bukit Selambau dan Anak Bukit.

Berdasarkan kepada senarai calon itu, berlaku rombakan lebih 50 peratus bagi kerusi parlimen Kedah, di mana lapan muka baharu dipertaruhkan dengan menampilkan calon muda, di Parlimen Langkawi (Nor Saidi Nanyan), Pokok Sena (Kamarol Salleh), Alor Setar (Syed Abdul Hafiz Syed Mustapa), Kuala Kedah (Dr Heazar Ismail), Sik (Datuk Mohd Tajuddin Abdullah), Merbok (Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin), Sungai Petani (Datuk Shahanim Mohd Yusoff), Kulim/Bandar Baharu (Datuk Norsabrina Mohd Noor).

Manakala muka-muka lama yang dikekalkan adalah kalangan menteri kabinet dan yang memiliki pengaruh di kawasan masing-masing.

Mereka adalah Datuk Othman Aziz (Jerlun), Datuk Mohd Johari Baharom (Kubang Pasu), Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap), Datuk Othman Abdul (Pendang), Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Jerai), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling) dan Datuk Heng Seai Ke (Padang Serai).

Tiga anggota Exco Kedah yang di canang digugurkan sebagai calon, adalah Adun Sungai Tiang (Datuk Suraya Yaacob), Adun Jitra (Datuk Aminuddin Omar) dan Adun Tanjung Dawai (Datuk Tajul Urus Mat Zain).

Beberapa kawasan dijangka berlaku kejutan, antaranya Pokok Sena apabila nama besar seperti Datuk Ahmad Lebai Sudin digantikan dengan muka baharu, Haris Che Mat bagi Dun Bukit Lada.

Kawasan Sik menyaksikan calon sedia ada bertukar kerusi, antara Datuk Tajuddin Abdullah dengan Dr Mansor Abdul Rahman, bagi Dun Belantek.

Di Pendang, calon muka baharu yang disebut-sebut adalah, Khairul Asri Pubin bagi Sungai Tiang dan Mohamad Noor Azam Ismail (Tokai).

Beberapa kawasan lain turut menyaksikan perubahan dengan menampilkan calon lebih segar, dari kalangan Pemuda dan Puteri.

Perubahan besar ini mungkin antara strategi yang dilihat berkesan untuk pastikan BN terus kekal kuasa di Kedah, dengan ‘mencantas’ lebih awal calon-calon yang difikirkan bukan calon boleh menang.

Dibawah senarai yang ditularkan

Calon Awal BN Kedah PRU 14

CC: YAB Dato' Pengerusi BN Kedah

BERIKUT senarai awal calon Barisan Nasional (BN) bagi 15 kerusi parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri
(Cadangan)

PARLIMEN
1. Langkawi : Nor Saidi Nayan (Umno)
2. Jerlun : Datuk Othman Aziz (Umno)
3. Kubang Pasu : Datuk Mohd Johari Baharom (Umno)
4. Padang Terap : Datuk Seri Mahdzir Khalid (Umno)
5. Pokok Sena : Kamarol Bin Salleh (Umno/Muka Baru)
6. Alor Setar : Syed Abdul Hafiz Syed Mustapa (Umno/Muka Baru)
7. Kuala Kedah : Dr Heazar Ismail (Umno/Muka Baru)
8. Pendang : Datuk Othman Abdul (Umno)
9. Jerai : Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Umno)
10. Sik : Datuk Mohd Tajuddin Abdullah (UMNO)
11. Merbok : Dato Shaiful Hazizy Zainol Abidin (Umno/Muka Baru)
12. Sungai Petani : Dato Shahanim Mohd Yusoff (Umno/muka baru)
13. Baling : Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Umno)
14. Padang Serai : Datuk Heng Seai Ke (MCA)
15. Kulim/Bandar Baharu : Dato' Norsabrina Mohd Noor (Umno)


Dewan Undangan Negeri
1. Ayer Hangat : Mohd Rawi Abdul Hamid (Umno)
2. Kuah : Datuk Nawawi Ahmad (Umno)
3. Kota Siputeh : Datuk Abu Hassan Sharif (Umno)
4. Ayer Hitam : Ahmad Azhar Abdullah (Umno/Muka Baru)
5. Bukit Kayu Hitam : Datuk Ahmad Zaini Jaafar (Umno)
6. Jitra : Dato Hasmuni Bin Hassan (Umno/Muka Baru)
7. Kuala Nerang : Badrol Hisham Hashim (Umno)
8. Pedu : Datuk Ghazali Ibrahim (Umno)
9. Bukit Lada : Haris Bin Che Mat (Umno/Muka Baru)
10. Bukit Pinang : Dato' Said Ali Bin Syed Rastan (Umno)
11. Derga : Dr Cheah Soon Hai (Gerakan)
12. Bakar Bata : Dato' Seri DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah (Umno)
13. Kota Darul Aman : Loh Gim Hooi (MCA)
14. Alor Mengkudu : Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah (Umno)
15. Anak Bukit : (Pilihan Pengerusi BN Kedah)
16. Kubang Rotan : Dato' Abdullah Hasnan Kamaruddin (Umno)
17. pengkalan kundor : Suziyanti Binti Omar (Umno/Muka Baru)
18. Tokai : Mohamad Noor Azam Ismail (Umno/Muka Baru)
19. Sungai Tiang : Khairul Asri Pubin (Umno/Muka Baru)
20. Sungai Limau : Khairul Nizam Mohd Rozi
(Umno/Muka Baru)
21. Guar Chempedak : Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ismail (Umno)
22. Gurun : Dr Leong Yong Kong (MCA)
23. Belantek : Dr Mansor Abdul Rahman (Umno)
24. Jeneri : Mahadzir Abdul Hamid (Umno)
25. Bukit Selambau : (Pilihan Pengerusi BN Kedah )
26. Tanjong Dawai : Prof Dr Ismail Daud ( Umno )
27. Pantai Merdeka : Dato' Ali Yahya (Umno)
28. Bakar Arang : (Pilihan Pengerusi BN Kedah)
29. Sidam : Bee Sieong Heng (Gerakan)
30. Bayu : (Pilihan Pengerusi BN Kedah) cadangan K.Pemuda Baling
32. Kupang : Harun Abdul Aziz (Umno)
32. Kuala Ketil : Mohd Khairul Abdullah (Umno)
33. Merbau Pulas : Datuk Marlia Abdul Latif (Umno)
34. Lunas: (Pilihan Pengerusi BN Kedah)
35. Kulim : Chua Thiong Gee (MCA)

36. Bandar Baharu : Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (Umno)

Monday 20 March 2017

PENJUALAN 50% KEPENTINGAN PETRONAS KEPADA ARAB SAUDI

SALAH satu sebab utama lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ke Malaysia akhirnya terbongkar apabila lawatan itu dilaporkan telah membawa kepada penjualan 50% pegangan dalam projek penapisan dan petrokimia yang dimiliki oleh Petronas yang berjumlah US$7 bilion (RM31.10 bilion).

Syarikat minyak gergasi Arab Saudi, Aramco dilapor akan membeli sebanyak 50 peratus saham aset-aset dan usahasama terpilih dalam projek Penapisan dan Pembangunan Petrokimia Bersepadu (Rapid) di Pengerang, Johor.

Reuters melaporkan, majlis kerjasama menandatangani perjanjian itu secara rasmi disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Sumber — Reuters

Tun Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata, ada pemimpin negara asing datang ke Malaysia, bukan atas dasar persahabatan tetapi kerana sesuatu yang diberikan oleh perdana menteri kepada mereka.

Meskipun tidak menyebut nama pemimpin berkenaan, Tun Mahathir dipercayai merujuk kepada kedatangan Raja Arab Saudi, Raja Salman bersama delegasi 600 anggota yang terdiri daripada kerabat diraja dan jemaah menteri dari negara berkenaan.

"Kita tahu sebab-sebab yang orang asing membuat lawatan ke Malaysia. Saya tak perlu nak sebut di sini, tapi mereka datang bukan kerana persahabatan tapi kerana ada sesuatu yang najib boleh bagi kepada mereka," kata Tun Mahathir dalam ceramah anjuran BERSATU di Sungai Buloh.

"Inilah sebabnya mereka berada di sini," katanya lagi.

Sunday 19 March 2017

UMNO KEDAH BERGOLAK

Selepas viral 24 jam senarai calon BN tidak rasmi yang akan bertanding untuk PRU14 di Kedah,

Pergolakan dalaman UMNO dilihat semakin membahang:

1. Ada yang merajuk ketua tidak dicalonkan (printscreen dari group whatsapp UMNO bahagian/cawangan)

2. Ada YB Umno yang tutup terus media sosial bahagian & peribadi. Terasa di "cah keting".

3. Ada Adun dicalonkan tetapi sedang bergelut dengan skandal pembahagian tanah kerajaan negeri & ternyata orang tempatan marah.

4. Ada Adun tidak dicalon kerana dilihat dulu akrab bersama DSMM walaupun masih menjadi EXCO kerajaan negeri.

5. Ada Adun yang tidak dicalonkan berhadapan dengan tindakan mahkamah (kes RM48j bankrupsi)

6. Ada calon muka baru (Pemuda) namun akar umbi melihat hanya pada gelaran Dr, Datuk tetapi di-cop SOMBONG setelah menjadi SetPol kepada MB & Menteri.

7. Isu air. Sungguhpun RM26.5 juta diperuntukan Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah. Namun masalah di 5 daerah masih tidak dapat diselesaikan. Exco yang dipertanggungjawabkan pula dilihat tidak tercalon? Salah siapa?

8. Kedah juga terpalit dengan isu "China", contoh projek Solar di Merbok & Terminal ikan Kuala Kedah. Mereka pro BN-UMNO sendiri marah cuma masih kekal sebagai ahli pasif.

9. Bola sepak Kedah. Harga tiket naik 120%, tapi MB Kedah mahu membina stadium baharu menggantikan stadium keramat Hijau Kuning. 30 ribu majoriti penyokong "Boo" ketika Presiden KFA masuk ke stadium. Tandanya? Rasionalnya apa keperluan mendesak rakyat?

10. Isu Hospital Pendang nampak meluap-luapkan keretakan UMNO-BN Kedah, apabila pecah tanah kali kedua akan dibuat walaupun telah dibuat pada PRU13 lepas.

Panas lebih terasa apabila ada "pihak" terpaksa membuat "fake akaun" Ketua Pendaftar PPBM Kedah Anuar Abdul Hamid kononnya menyenaraikan calon yang akan bertanding bagi PPBM.

Kalau sekalipun terdesak senaraikanlah biar nampak "originaliti" calon yang akan dilantik. Rakyat tidak mahu fikir siapa wakil rakyat mereka.


Yang difikirkan ikan temenung RM20 sekilo, tepung, gula, minyak masak meningkat harga, biasiswa dibekukan, pengganguran, kuasa membeli rendah, GST membebankan sesetengah pihak, & pelbagai isu-isu memeningkan kepala rakyat setiap hari.

Friday 17 March 2017

Gagal Bayar Hutang RM48juta , Exco Kedah Bakal Diheret Ke Mahkamah ?

Ketua Umno Bahagian Merbok yang juga Adun Tanjung Dawai merangkap Exco Kerajaan Negeri Kedah Dato Tajul Urus Mat Zain dikhabarkan akan didakwa dimahkamah atas tuntutan hutang lebih RM48 juta dari Bank Pembangunan.
Melalui syarikat Kalansa Energy Corp, Re Power Gen & Tajul Urus Mat Zain telah meminjam sebanyak RM36juta dari Bank Pembangunan untuk mendirikan sebuah kilang Biomass di Beluran Sabah.

Tajul yang terkenal dengan pelbagai isu di Kedah mempunyai 700 ribu serta 300 ribu syer saham dan kedua-dua syarikat tersebut.
Dalam surat tuntutan tersebut, syarikat Tajul dikatakan GAGAL menjelaskan hutang termasuk faedah sebanyak RM48.6 juta.





Sebagai Adun dan Exco Kerajaan negeri, isu ini amat berat kerana sebagai pemimpin kerajaan negeri beliau sepatutnya tidak terlibat dengan perniagaan-perniagaan seperti ini yang bukan saja boleh membawa kesan negatif pada kerajaan malah Parti yang beliau wakili sendiri.
Syarikat itu ditubuhkan sebelum beliau menjadi Wakil Rakyat. Jika sebuah syarikat pun Tajul GAGAL untuk mentadbir bagaimana beliau mahu mentadbir kerajaan negeri Kedah.
Sebelum ini pelbagai isu telah didedahkan seperti sewaktu beliau menjawat jawatan Ketua Pegawai Esekutif KCB, Kedah Corp Bhd (KCB) terpalit dengan isu kerugian Projek 99East Langkawi sebanyak RM50 juta.
Boros
Sikap boros Tajul dapat dilihat dengan membeli no pendaftaran mewah , kenderaan mewah , rumah dan pelbagai lagi.
Tajul dikatakan Samseng
Laporan Polis terhadap Tajul pernah dibuat oleh Ahli Parlimen Merbok Prof Ismail Bin Daud.
Laporan tersebut untuk keselamatan diri dan keluarganya. Laporan polis seperti di bawah
Baru-baru ini viral di media sosial mengenai calon BN Kedah PRU14 dan dikhabarkan Tajul tidak akan dikekalkan sebagai wakil rakyat.
Senarai itu boleh dikatakan ada asasnya kerana beberapa nama yang tidak dikekalkan terpalit dengan palbagai isu seperti Tajul sendiri yang sedang bergelut dengan hutang lebih RM48juta.

Mengapa Mahathir Dan Lim Kit Siang Berkawan?

Wan Hamidi Ahmad – Bagi kebanyakan orang Melayu, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah pejuang bangsa. Dalam konteks ini, ia membawa dua maksud, iaitu bangsa sebagai kaum dan bangsa sebagai negara (nation).
Mereka yang menyanjunginya pasti tidak lupa amanat terakhir beliau sebagai Presiden UMNO sewaktu berucap di perhimpunan agung parti ke-54 pada Jun 2003 yang mengingatkan ahli dan pemimpin parti agar tidak mengkhianati bangsa, iaitu kedua-dua maksud bangsa; Melayu dan Malaysia.

Mahathir, Melayu dan Bangsa Malaysia
 
Dalam ucapannya beliau antara lain telah menyebut bahawa: “UMNO sebagai satu kumpulan yang penting, jika rosak, akan membawa padah kepada bangsa Melayu, bangsa Malaysia, kepada agama Islam dan kepada negara Malaysia.”

Istilah Bangsa Malaysia terkandung dalam idea beliau yang dirumuskan dalam Wawasan 2020 pada 1991 sebagai satu dasar kerajaan bagi mewujudkan Malaysia sebagai negara maju yang berteraskan kepada rakyat yang berdaya saing dan bermaruah.

Cabaran utama negara, menurut Mahathir sebagai Perdana Menteri pada masa itu, ialah mewujudkan Bangsa Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat dikongsi bersama. Beliau yakin wawasan itu dapat dicapai jika cabaran tersebut dapat dilaksanakan.

Dalam ucapannya melancarkan Wawasan 20200 pada 28 Februari 1991, beliau menjelaskan:
“Cabaran pertama ialah mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu Bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.”

Kebanyakan orang Melayu bangga dengan kepimpinan Mahathir, terutamanya sepanjang pentadbiran beliau sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun. Orang Melayu bukan sahaja melihatnya sebagai bapa pembangunan moden tetapi juga sebagai pemimpin yang mengangkat taraf orang Melayu.

Malah ramai juga orang bukan-Melayu yang memuja Mahathir, terutama atas dasar ekonomi pasaran bebas (walaupun keutamaan diberikan kepada usahawan Melayu) dan kestabilan politik (dengan kawalan undang-undang termasuk ISA dan kekangan kebebasan bersuara dan media).

Walaupun tidak semua orang menganggap beliau sebagai wira atau tokoh, ia tidak menghalang jutaan ahli UMNO serta sekutu-sekutu parti tersebut untuk memartabatkan Mahathir sebagai tokoh besar Melayu.

Mahathir diserang UMNO-BN

Kini musim berubah. Mahathir yang melihat UMNO pimpinan Najib Razak sebagai sudah rosak, kini berkawan dengan Lim Kit Siang, tokoh veteran DAP yang selama ini dianggap sebagai musuh UMNO-BN.
Namun, bagi Mahathir dan Kit Siang, mereka rela mengetepikan cerita lama demi menyelamatkan Malaysia. Bagi mereka, musuh yang lebih besar adalah Najib Razak yang dilihat sedang membawa kepada keruntuhan bangsa dan negara akibat pentadbiran yang korup, kleptrokrat dan khianat terhadap amanah rakyat.
Di peringkat akar umbi – yang tidak disiarkan oleh media arus perdana – momentum sokongan rakyat kepada Pakatan Harapan + Bersatu semakin meningkat. Orang Melayu semakin terbuka hati untuk mendekati barisan pembangkang, khususnya mereka yang mengagumi Mahathir, dan mereka yang sebelum ini pernah percaya dengan fitnah terhadap Kit Siang.

Keadaan ini menyebabkan pentadbiran Najib resah. Seperti biasa, melalui kuasa, perundangan dan aparatus negara seperti media yang mereka kawal, UMNO-BN mula menyerang Mahathir dan Kit Siang secara habis-habisan.

Sasaran mereka adalah minda dan hati orang Melayu kerana mereka sedar status UMNO sebagai pelindung orang Melayu semakin rapuh. Ini adalah kerana Mahathir sendiri berkempen sana-sini untuk mendedahkan kepincangan pentadbiran Najib yang dikatakannya bakal merudumkan masa depan orang Melayu.

Apa yang media kawalan UMNO-BN cuba lakukan adalah memastikan orang Melayu tidak akan dipengaruhi Mahathir untuk mengubah kerajaan dalam pilihanraya umum akan datang.

Walaupun mereka tahu Pakatan Harapan + Bersatu tetap berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan yang sememangnya menjadi hak-hak sah Melayu dan kaum-kaum lain, mereka tetap menghamburkan fitnah demi mengekalkan kuasa.

Mereka tidak mahu orang Melayu berpeluang mendengar hujah Mahathir yang antara lain telah menjelaskan: “DAP, Amanah, PKR – ketiga-tiga parti ini telah menyatakan pendirian mereka, iaitu DAP dan rakan-rakan mereka akan patuh kepada Perlembagaan Persekutuan.

Mereka menerima kedudukan Raja-Raja. Menerima Islam sebagai agama rasmi negara. Mereka menerima kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta menerima Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.”

Mereka juga mahu menutup minda dan hati orang Melayu daripada mendengar penjelasan Kit Siang: “Orang Melayu tidak akan berhadapan dengan mimpi ngeri sekiranya UMNO hilang kuasa dalam PRU14 akan datang.

Najib hanya mahu mewujudkan ketakutan dan rasa panik di kalangan orang Melayu bahawa mereka akan kehilangan kuasa politik kepada orang Cina. Jika Najib tewas dalam PRU14, Perdana Menteri akan kekal Melayu dan beragama Islam, dan bukannya seorang bukan-Islam atau bukan-Melayu.”

Tolak perkauman demi harapan baru

Amat malang isu perkauman masih laku dalam politik Malaysia yang sepatutnya lebih matang apabila negara sudah hampir 60 tahun merdeka. Lebih malang lagi apabila generasi muda yang biasanya dianggap golongan berani dan berakal hanya mampu menjadi burung kakak tua untuk menjaja fitnah dan pembohongan.
Sepatutnya, apabila mendengar atau membaca tuduhan yang bersifat melampau atau perkauman, ia perlu diteliti. Seperti mana diri sendiri menjadi bengang dan marah apabila menyedari diri difitnah, seperti itu juga rasanya pihak-pihak yang menjadi mangsa fitnah UMNO-BN.

Kerana itulah Mahathir dan Kit Siang berkawan; demi menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah negara gagal yang bukan sahaja memalukan setiap warga tetapi juga akan menyebabkan setiap rakyat bakal menderita.

Selama mana persahabatan mereka boleh terjalin, ia terpulang kepada keadaan. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula kerjasama mantan seteru politik. Dan seperti yang pernah didengar, politik adalah seni serba mungkin.


Kerjasama Mahathir dan Kit Siang melalui Pakatan Harapan + Bersatu mungkin bakal melahirkan semula usaha untuk mencapai wawasan Bangsa Malaysia, iaitu mencapai kesejahteraan bagi semua kaum termasuk Melayu, dan demi negara (nation).