KUALA LUMPUR – Pemuda Negara mendesak Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Timbalan Menteri Kewangan I, YB Datuk Abd. Rahim Bakri menghentikan layanan bersifat diskriminasi terhadap Veveonah Mosibin.
Sebaliknya, kedua-dua mereka diminta menumpukan isu utama melibatkan jaringan dan akses Internet di kawasan pedalaman Sabah.
Pertikaian kedua-dua timbalan menteri tersebut terhadap Veveonah sama sekali tidak mencerminkan iltizam dan pendirian Kerajaan Perikatan Nasional yang menyanjungi dan menghormati pandangan, hak dan keperluan seluruh anak muda negara.
Oleh itu, Pemuda Negara menolak sama sekali tindakan dan kata-kata
yang jelas memperlekeh dan memandang remeh terhadap anak muda tidak kira
sama ada daripada pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang.
”Pemuda Negara berpendirian teguh bahawa anak muda hari ini tidak
sewajarnya diperlakukan seperti mana yang dihadapi kini oleh Saudari
Vevenoah. #KitaVevenoah!,” ujar Pemuda Negara. – MalaysiaGazette
No comments:
Post a Comment