Mahkamah hari ini didedahkan bahawa blogger Papagomo, Parpukari dan The Unspinners adalah antara siber trooper yang mendapat gaji bulanan dari isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Mereka bertiga adalah antara anggota pasukan siber trooper yang dibentuk oleh Rosmah untuk menjaga nama baiknya.
Nama-nama mereka didedahkan oleh bekas pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor yang turut mendedahkan mereka dibayar antara RM1,500 hingga RM5,000 sebulan untuk membuat kerja-kerja itu.
Rizal juga mengaku menerima wang secara tunai sebanyak RM100,000 sebulan dari Rosmah untuk membayar mereka.
Rizal, bekas Pegawai Khas Rosmah dari 2009 hingga pertengahan 2018 sebelum ini turut dituduh bersama Rosmah namun kemudiannya bertukar menjadi saksi pendakwa yang utama.
Rosmah telah didakwa menerima rasuah sebanyak RM187.5 juta menerusi
Rizal bagi membantu Jepak Holding mendapatkan projek solar hibrid
bernilai RM1.25 bilion untuk sekolah luar bandar di Sarawak.
Sumber :https://malaysiadateline.com/papagomo-parpukari-dan-the-unspinners-antara-siber-trooper-rosmah/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook
No comments:
Post a Comment