Sunday 13 September 2020

Jangan guna Covid-19 takutkan pengundi Sabah balik undi - Teresa Kok

 


Kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kesihatan Dr Adham Baba bahawa Kementerian Kesihatan mengenakan kuarantin wajib terhadap mereka yang pulang ke Semenanjung dari Sabah selepas menjalankan urusan pilihanraya negeri Sabah menimbulkan persoalan.

Walaupun kenyataan ini kemudian dinafikan oleh Menteri Kanan Ismail Sabri, Ahli Parlimen Teresa Kok mempersoalkan sama ada Kerajaan PN ingin menggunakan wabak Covid-19 sebagai alasan menghalang pengundi Sabah untuk membuang undi pada PRN nanti.

Mengikut kenyataan Kementerian Kesihatan bertarikh 12 September 2020, 293 kes dikesan positif Covid-19 (43 kes baharu), manakala 88 kes dikesan positif Covid-19 (1 kes baharu). Kes-kes aktif ini diletak di bawah Kluster Benteng LD.

“Ini menunjukkan kes wabak Covid-19 yang meningkat di Sabah hanya tumpu di kluster yang berkaitan pusat tahanan PATI di Tawau dan Lahad Datu sahaja, bukan seluruh Sabah,” katanya.

Jadi, tegas Teresa Kok adalah tidak wajar bagi Dr Adham Baba untuk mencadangkan bahawa semua orang pulang ke Semenanjung selepas membuang undi dikehendaki menjalani kuarantin 14 hari.

Cadangan ini, katanya, bukan sahaja menjejaskan pengundi Sabah di Semenanjung untuk pulang membuang undi tetapi ia juga akan menjejaskan kegiatan ekonomi dan juga pegawai kerajaan yang harus menjalankan urusan kerajaan di antara Sabah dan Semenanjung.

“Implikasi dasar ini memang sangat serius.

“Saya ingin menyeru pihak kerajaan, khususnya anggota jemaah Menteri untuk memberi maklumat yang terperinci dan gambaran yang tepat tentang tempat yang berlakunya wabak covid-19, supaya urusan pilihanraya tidak akan dijejaskan,” katanya.

Sumber : https://malaysiadateline.com/jangan-guna-covid-19-takutkan-pengundi-sabah-balik-undi/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook


No comments:

Post a Comment