Sunday 6 September 2020

DAP menyediakan portal aduan moratorium bantu peminjam Malaysia

 


DAP melancarkan laman sesawang ‘aduanmoratorium’ bagi membantu rakyat Malaysia yang gagal mendapat perlanjutan pinjaman bank.

Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee berkata DAP telah melancarkan laman sesawang pada awal minggu ini untuk membantu rakyat Malaysia yang gagal mendapatkan perlanjutan bank bagi penangguhan enam bulan lagi moratorium pinjaman mereka.

Beliau berkata DAP akan mendapatkan maklumat daripada peminjam melalui dalam talian portal dan membawa masalah kewangan mereka kepada Bank Negara Malaysia, kerajaan persekutuan dan Kementerian Kementerian Kewangan.

Pengguna boleh melayari www.aduanmoratorium.com untuk melaporkan kes mereka secara dalam talian.

“Mereka juga perlu menyediakan maklumat peribadi, perincian masalah peribadi dihadapi, perincian isu untuk mengekalkan lanjutan berkenaan, jenis pinjaman dan memuatnaik dokumen sokongan untuk pengesahan berkaitan.

Beliau menambah ketika Perdana Menteri baru saja mengumumkan perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Disember 2020, bagaimanapun kerajaan persekutuan masih enggan untuk melanjutkan morotarium bayaran pinjaman yang akan berakhir pada 30 September 2020 dalam meringankan beban rakyat yang terkesan secara langsung impak pandemik COVID-19.

“Saya rasa ini tidak adil kepada individu seperti pemilik perniagaan kecil dan sederhana yang berusaha keras dan teruk dalam situasi ekonomi semasa,” katanya.

Menurut Setiausaha DAP, Lim Guan Eng dalam sidang media kelmarin semasa pelancaran portal itu awal minggu ini, ramai yang telah ke bank kini dan telah mendapat kelulusan untuk perlanjutan penangguhan bayaran pinjaman mereka.

Justeru, adalah diharapkan portal ini akan dapat membantu 7.7 million rakyat Malaysia yang mempunyai pinjaman dan lebih 3,000 peniaga kecil dan sederhana yang terkesan dengan pandemik ini dan mereka yang memerlukan bantuan kewangan.

Vivian berkata rakyat amat memerlukan bantuan, dan beberapa kesatuan perniagaan dan persatuan juga menggesa kerajaan untuk melanjutkan tempoh morotarium sehingga akhir tahun.

“Malangnya, kerajaan nampaknya tidak tahu akan situasi buruk di akar umbi.

“Amat terlambat jika kerajaan menunggu sehingga tahun hadapan untuk memperkenalkan apa-apa bantuan lanjut untuk membantu kerana adalah sukar untuk perniagaan memulakan semula apabila ia sudah tutup,” katanya.

No comments:

Post a Comment