Tidak sampai 24 jam pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk mengangkat Datuk Hajiji Mohd Nor sebagai Ketua Menteri Sabah sekiranya gabungan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan PBS menang, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan serta-merta menafikannya.
Dalam satu hantaran pendek Shahril dalam facebooknya, beliau mengatakan perkara itu tidak dibincang dengan BN. Tambahnya, satu kenyataan akan dikeluarkan berkenaan perkara tersebut.
“Tidak dibincang dengan BN. Kenyataan/liputan media akan menyusul”, responnya ringkas.
Kemelut kepimipinan di kalangan parti-parti dalam PN dan BN menjelang Piilihan Raya Negeri Sabah begitu meruncing sehingga malam semalam.
Meskipun Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin cuba campur tangan dalam mententeramkan keadaan, namun beliau dilaporkan turut gagal untuk meleraikan kebuntuan untuk menyusun agiihan kerusi.
Sumber :https://perakinsights.com/2020/09/12/terkini-bn-dan-pn-berebut-jawatan-ketua-menteri/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook
No comments:
Post a Comment