Thursday 17 September 2020

Wayanglah! Muhyiddin dalam kabinet PH dulu potong RM50 elaun nelayan


Elaun Sara Hidup Nelayan: Sudahkah Tan Sri Muhyiddin lupa beliau bersama Pakatan Harapan dahulu?

Hari ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan bangganya mengumumkan kenaikan Elaun Sara Hidup Nelayan dari RM250 kepada RM300 sebulan.

Pengumuman tersebut ternyata bukan satu kebetulan kerana ia dibuat di Kota Kinabalu, Sabah pada hari ini. Seperti yang kita sedia maklum, rakyat negeri Sabah akan keluar mengundi pada 26 September ini.

Tetapi yang lebih memusykilkan adalah apabila Tan Sri Muhyiddin menyalahkan Parti Warisan Sabah yang bersama Pakatan Harapan ketika Elaun Sara Hidup Nelayan telah dipotong.

Sudahkah Tan Sri Muhyiddin lupa bahawa beliau merupakan sebahagian daripada Pakatan Harapan dahulu?

Beliau merupakan anggota jemaah menteri dan seingat kami beliau tidak pernah membantah pemotongan Elaun Sara Hidup Nelayan yang dilakukan ketika itu.

Barangkali Tan Sri Muhyiddin juga lupa bahawa Pakatan Harapan telah berjanji untuk meningkatkan Elaun Sara Hidup Nelayan sekiranya situasi ekonomi mengizinkan.

Walaupun wadah politik kami sudah berbeza, Tan Sri Muhyiddin tidak seharusnya menyalahkan Pakatan Harapan dan Parti Warisan Sabah tanpa mengingati bahawa beliau merupakan sebahagian daripada Pakatan Harapan sebelum ini.

SALAHUDDIN AYUB, BEKAS MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

SIM TZE TZIN, BEKAS TIMBALAN MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

17 SEPTEMBER 2020

Sumber :https://mhdaily.net/wayanglah-muhyiddin-dalam-kabinet-ph-dulu-potong-rm50-elaun-nelayan/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

No comments:

Post a Comment