Adun Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran hari ini mengumumkan akan menganjurkan ujian saringan Covid-19 terbuka untuk semua rakyat Malaysia dengan kos yang lebih rendah.
Katanya, setiap individu hanya perlu membayar RM70 untuk satu ujian calitan Rapid Test Kit Antigen (RTK-Ag) berkenaan sementara golongan B40 yang berdaftar dengan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) pula hanya perlu membayar RM30.
Untuk rekod, kos semasa bagi mendapatkan ujian calitan RTK-Ag adalah sekitar RM150 hingga RM180 di klinik swasta.
“Untuk mendaftar ujian Covid-19, kongsikan butiran berikut; nama, alamat, no kad pengenalan dan nombor telefon – menerusi Whatsapp ke nombor 016-3064104.
“Ujian akan dijalankan berdasarkan temu janji sahaja dan segala butiran temu janji anda akan diberikan selepas pendaftaran berjaya.
“Anda boleh juga menghubungi kami di talian 016-3064104 jika terdapat sebarang pertanyaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP, hari ini.
Tambah Rajiv, kit ujian yang akan digunakan untuk program ini adalah sama dengan yang digunakan Kementerian Kesihatan Malaysia di klinik-klinik kesihatan seluruh negara.
Sumber: https://www.roketkini.com/2020/11/24/adun-dap-anjur-program-saringan-covid-19-dengan-kos-lebih-rendah/?fbclid=IwAR3AVwDJbqDEP14TXjXi3AdL5UWMTGLloMEfrQ4RvCZq3CP4XQjhLwdqlYM
No comments:
Post a Comment